Bab - 6 ( Bunuh Diri)

Romance Series 7692

INAS bercekak pinggang memandang tiga susuk tubuh dihadapannya.Mereka membuat wajah tiada perasaan membuat kemarahan Inas turun naik.Inas memejamkan mata untuk hilangkan perasaan marahnya.Dia membuka mata kembali.

"Apa abah dah buat huh?" Inas terus menyoal.

"Apa abah dah buat?" Soalan di balas dengan soalan.

Inas mendecit geram.

"Abah, can you be serius? Ini kehidupan Inas, jangan buat main-main boleh tak? Abah ingat Inas ni benda mainan ke sampai nak permainkan Inas?"  Sudah naik geram Inas dibuatnya.

"Apa yang abah dah buat sampai kamu kata abah permainkan kamu?" Soal Tun Hamri pula.

"Wow, pandai abah lakon! Abah tahu atau buat-buat tak tahu? Kenapa taste abah buruk sangat sampai pilih pondan untuk Inas? Apa masalah abah sebenarnya?" Soal Inas tanpa basi-basi.

"Inas, jangan kurang ajar dengan abah boleh tak?" Marah Puan Aida.Tidak suka apabila anaknya tidak menghormati mereka sebagai ibu bapa.

"Ummi, pun sama sahaja!" Inas menjeling umminya yang berdiri dihadapan.

"Now tell me? Kenapa abah pilih pondan tu jadi suami Inas?" Soal Inas kembali.

"Inas kamu boleh tak hormat bakal suami kamu tu? Kenapa Inas malukan Areez dihadapan orang ramai?" Mencerlung tajam mata Tuan Hamri memandang anak daranya.

Tuan Hamri tahupun dari orang suruhannya yang dihantar untuk memerhatikan gerak-geri anaknya dan mereka juga sempat mengambil video Inas dimana dia memalukan Areez  di Restoran dihadapan orang ramai.

"Inas tak malukan dia! Tapi Inas yang malu, kecewa dengan abah tahu tak? Sampai hati kan ummi dengan abah pilih pondan jadi suami Inas? Apa salah Inas pada kamu semua huh? Kalau kamu semua tak suka Inas ada di rumah ni, bunuh je Inas.Inas lebih rela mati dari hidup seperti di dalam penjara.Inas dah penat tahu tak bila abah ugut dan paksa Inas.Salah ke Inas tunggu Arin? Salah ke Inas cintakan Arin? Cakaplah kenapa semua diam! Arghhh...!" Jerit Inas seperti orang histeria.Emosi dan marahnya sudah campur menjadi satu.

"INAS NUWAIRA!"  Jerit Tuan Hamri.

Terdiam Inas dibuatnya.Airmatanya mengalir dengan deras membasahi pipi gebunya.

"Cukup Inas cukup! Tak cukup ke selama ni kami semua patuh pada arahan kamu? Kami tunggu sampai sekarang kerana arahan kamu nak menunggu Arin datang kembali.Tapi kamu tengok sendiri ada Arin datang nak ambil kamu, tak kan? Jadi berhentilah fikirkan Arin.Buang Arin dari kehidupan kamu.Dia tak layak untuk kamu Inas.Tolong sekali ini patuh pada arahan kami.Kahwin dengan Areez! Abah percaya dia boleh jaga Inas dengan baik! Tak kiralah dia pondan ke apa ke, keputusan abah adalah muktamad! Tiada siapa boleh tukar keputusan abah!" Lantang suara itu memberi arahan.

Tuan Hamri mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah mewah itu.Amarahnya membuak-buak dengan perangai anaknya.

Inas jatuh terduduk di atas lantai.Dia menangis tersedu-sedan.Puan Aida dan Imani menuju ke arah Inas dan memeluknya dengan erat sekali.Airmata Puan Aida menitis melihat anaknya.Siapa tidak sakit bila anaknya dalam keadaan sakit.Hati ibu mana kuat melihat anak menangis.

"Dah, sayang jangan nangis." Puan Aida mengusap lembut kepala anaknya.

"Sa--kit um--ummi s--sakit.Inas c--cin--takan A--Arin.Inas t--tak da--pat lu--pa--kan A--rin." Dengan payah dia ungkapkan rasa cintanya.

"Ummi tahu Inas.Tak semestinya cinta pertama akan jadi cinta terakhir.Kalau kamu dengan Arin berjodoh, pergilah jauh mana pun tetap akan bersatu.Kalau tak mesti Allah akan gantikan dengan lebih baik lagi." Puan Aida mengelap airmata yang mengalir dari mata Inas dengan jari ibunya.

Betul lah orang kata, ketika sesuatu hilang dari diri kita, bersabarlah.Jika itu memang milik kita insyaallah akan kembali.Jika tidak, akan Allah gantikan dengan lebih baik lagi.

Inas hanya diam mendengar ucapan umminya.Ya, apa yang diakatan umminya ada benarnya.Tapi tidak mungkin dia melupakan cinta pertamanya begitu sahaja.Sakit? Ye, semestinya dia sakit tapi sakit lagi bila cinta itu tidak dapat diungkap pada lelaki itu.Ya, perasaan cinta itu tidak pernah dia meluahkan pada lelaki itu.Dan sama juga lelaki itu tidak pernah dia meluahkan perasaannya walaupun masing-masing mempunyai perasaan.

Bagaimana nanti lepas dia kahwin lelaki itu datang balik mengambil haknya iaitu Inas?

•••

Tangannya menyeluk poket seluarnya mengambil telefon bimbit.Dia mencari-cari nombor yang perlu dihubunginya.Dia menekan butang pembesar suara dam tangannya menekan pula butang record.Selang beberapa minit nombor yang dihubunginya telah angkat.

"Hello, uncle ada apa ye?" Soal lelaki di dalam talian.

"Err..sebenarnya uncle nak minta maaf pasal kat restoran tu.Uncle tak sangka Inas akan buat macam tu.Dari pihak Inas, uncle minta maaf.Maafkan anak uncle." Ujar Tuan Hamri dengan rasa bersalah.

Kedengaran tawa kecil dari hujung talian.

"Uncle tak perlu minta maaf.Saya tahu kenapa Inas buat macam tu, dia tak nak perkahwinan ni berlangsung.Tapi saya takkan lepaskan Inas pada sesiapa pun, dia hak milik kekal saya.Saya akan jaga dia sepertimana saya jaga diri saya sendiri.Dia nyawa saya uncle." Ujar Areez dengan senyuman walaupun Tuan Hamri tidak dapat melihat.

Tuan Hamri bangga kerana dia dapat mencari calon yang betul- betul sayangkan anaknya.Dia tidak mahu anaknya terus hanyut dan seksa dalam emosinya sendiri gara-gara lelaki yang bernama Arin.

"Uncle bangga sangat ada bakal menantu seperti kamu.Janji dengan uncle jaga Inas dengan baik?" Soal Tuan Hamri pula.

"Saya janji uncle.Saya akan jaga dia hingga ke akhir nafas saya." Ujar Areez dengan jujur.Sejujurnya dia sayang sangat dengan gadis itu.Baginya Inas adalah dunianya.Dia akan tunjuk betapa cintanya pada gadis itu.

Setelah tamat perbualan anatara Tuan Hamri dan Areez, Tuan Hamri menghantar rekod perbualan mereka kepada Inas melalui WhatsApp supaya gadis itu tahu yang Areez sayangkannya.

•••

Ting! Ting!

Bunyi deringan message menyentakkan Inas yang sedang tidur dengan lasak.Dia mendecit geram apabila tidurnya diganggu.Inas menggosok-gosok matanya.Dengan mamainya tangannya menggapai telefon bimbit di atas meja disebelah katil

Tangannya membuka aplikasi WhatsApp dan menekan contact abahnya.Ada satu video berserta dengan chat sekali.Inas membaca chat dari abahnya itu.

Abah - Tengok video tu sampai habis.Baru kamu tahu betapa sayangnya Areez pada kamu.

Inas membuat wajah meluat lalu menekam skrin video itu dengan kasar.Dia mendekatkan telefon bimbitnya tepat ke arah telinganya.Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan yang keluar dari mulut itu.

"Jaga hingga akhir nafas lah konon.Eee, loya lah tekak aku." Inas membuat wajah seperti mahu muntah.Geli dibuatnya.

Pada masa yang sama, dia risau kerana rancangannya tidak berjaya.Ingatkan lelaki itu tidak mahu perkahwinan ini berlangsung sebab dia dah malukan lelaki itu dihadapan orang, tapi lain pula yang jadi.Lelaki itu tekad mahu berkahwin dengannya.Lain yang dirancang, lain pula yang jadi.

•••

Hari berganti bulan, bulan berganti hari, seminggu sahaja lagi perkahwinan Inas dan Areez akan dilangsungkan.Matanya memandang gaun perkahwinan berwarna putih dengan manik-manik di gaun itu.Sangat cantik! Tapi itu tidak membuatkan Inas gembira.

Tiada majlis bertunang, terus kahwin.Inas rasa mahu mati sahaja dari kahwin dengan Areez a.k.a pondan.Tiada gembira langsung diwajahnya.Jika orang lain sudah meloncak gembira mahu kahwin tetapi tidak buat gadis bernama Inas.Dia benci dengan perkahwinan ini!

Baginya tidak ada makna disebaliknya perkahwinan yang bakal dilangsungkan.Entah apa yang akan jadi lepas kahwin nanti.

Airmata gadis itu mengalir dengan deras membasahi pipi bagai hujan membasahi bumi.Dia tidak suka langsung dengan perkahwinan ini.Dia mahu menunggu Arin sehinggga jejaka itu kembali.

Kenapa hidup aku bagai ada dalam penjara.Aku tak suka kehidupan ini Ya-Allah.Aku tak suka hidup macam ni.Salahkah kalau aku nak tunggu lelaki itu? Salahkah aku mencintai lelaki itu? Kenapa kau munculkan perasaan ini dalam hati aku? Aku tak minta supaya perasaan ini muncul, tapi kau yang hadirkan perasaan tu? Semua ni salah kau!
Jika semua ini kesalahan aku, tolong ambil nyawa aku.Aku tak nak hidup terseksa macam ni.

Inas membuka laci meja dan matanya mencari-cari sesuatu.Selang berapa minit, dia mengambil pisau lipat itu dan memandang dirinya dari cermin.Dia menggengam pisau itu dengat kuat dan meletakkan di leher jinjiang itu.Dia tersenyum senget.Semuanya salah, dia mencintai lelaki yang tidak akan kembali.

Inas mengelap airmata yang mengalir.Tidak perlu tunggu tuhan mengambil nyawanya.Biar dia sendiri yang mengambil nyawanya.Hari ini adalah hari yang terakhir buatnya.

"Selamat tinggal abah, ummi dan Imani.Inas pergi dulu." Sungguh sayu suara itu.

Dia memejamkan mata.Sudah tiba masanya.

Rina berjalan ke arah pintu bilik Inas.Sudah setengah lama dia menunggu Inas, namun batang hidung gadis itu tidak muncul langsung.Rina memulas tombol pintu.Dia terbungkam.Terkaku.Terkejut.Dia tidak langsung bergerak dari tempatnya.Airmatanya mengalir dengan deras.

Kenapa?

Kenapa boleh jadi macam ini?

"Ya-Allah Inas...Arghhh...!"

Drop comment Support me and rate my novel Luv ur support :) Maaf kalau ada typo

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-28 12:52:44 

Meloncak tu bukan enssn betul, meloncat sha


NovelPlus Premium

The best ads free experience