Pagi itu, Is terus memecut keretanya ke rumah. Is sebenarnya agak risau dengan keputusan yang diberikannya kepada Farah tapi dia juga ingin mengetahui agenda Aryana.
Setelah sampai ke rumah, Is membuka kasutnya dan alangkah terkejutnya dia melihat Farah yang berada di rumahnya.
“ Hey bie! Mailah masuk.. Kenapa dok tercengat kat pintu lagi? Mai lah masuk!" Kata Farah seraya menarik tangan Is ke dalam rumah.
“Bila sayang sampai? Tak call pun!" Merungut Is sambil melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi milik Farah.
“I dah sampai lama dah.. Dok tunggu bibik bie buat kerjalah! Dari tadi dok buat! " kata Farah dengan suara tegas apabila menyebut perkataan ‘buat'.
“Lama dah? Dalam pukul berapa tu hah?" Tanya Is risau akan kawan-kawannya yang mungkin terlihat Farah sambil mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bukan dirinya tak nak kawannya tahu tapi dia tidak mahu keruhkan keadaan lagi.
“Setengah jam sebelum bie sampai! " kata Farah dengan gedik sambil membelek lengan Is. Is tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap tindakan Farah.
****************************************
“Mak Som... Baik kita cepat sikit.. takutlah dengan cik Farah tu... nanti dia marah lagi.." kata Aryana pada Mak Som yang sedang sibuk mengaul bihun goreng yang hampir masak.
Aryana telah rapat dengan Mak Som ketika ketiadaan Is lebih-lebih lagi Mak Som yang menjaganya sewaktu dirinya sakit. Aryana amat menyukai momen dia bersama Mak Som kerana itulah kasih sayang yang diinginkannya selama ini. Dia bersyukur kerana berpeluang mendapatkan semua itu dari Mak Som.
“Laaaa... Nak buat cam mana .. benda dok masak kan.. takkan nak gaul bihun ni depan mata dia kut baru nak caya? Haihh.. sabar... Bukannya Mak Som yang lambat! Orang mai tukar tong gas pun pukul 8 lebih cam tuu.. lepas tu nak masak cam mana! cubalah fikir.." leter Mak Som panjang lebar apabila melihat Aryana yang kalut menyediakan peralatan yang lain.
“Saya faham Mak Som.. cumanya sekarang Tuan Is dah balik ke rumah.. Mereka berdua belum sarapan lagi.. " Pujuk Aryana sambil menerangkan dirinya yang gelisah saat itu pada Mak Som.
“Is balik dah? Haihh.. Tak bagitau sepatah pun budak tu! Hah! Ambik bihun goreng tuu.. Dari tadi, cepat-cepat! Hahahahhahahaha" Sergah Mak Som seraya melepaskan tawa melihat gelagat Aryana yang turut terkejut akan sergahan itu.
“Mak Som melawak jaa.. Pergi hidang bihun goreng ni di depan nak... Nanti Mak Som datang tolong.. Mak Som ke tandas jap.. " Kata Mak Som lalu pergi meninggalkan Aryana.
Aryana hanya mengganguk kepalanya lalu bergegas membawa mangkuk yang berisi bihun goreng ke meja makan lalu meletakkan pinggan dan lain-lain sehingga dia menuangkan air teh'o di gelas mereka.
Kerja Aryana amat mudah kerana dibantu oleh Mak Som berbanding dahulu dirinya yang hanya bekerja seorang diri.
Sebelum dirinya melangkah masuk ke dapur, Is telah menghentikannya lalu menyuruhnya berdiri di tepi meja agar senang untuk menambah lauk yang tidak cukup di pinggan mereka.
“Kau nak ke mana tu hah? "
“Saya nak ke dapur balik memandangkan Tuan sedang menjamu makanan"
“ Tak payah! Kalau kau ke dapur, sapa yang nak semawar kitaorang? Dok tepi ni jaa! "
“Baik Tuan Is"
Mak Som yang kembali ke meja makan telah menyuruh Aryana ke dapur disebaliknya menggantikkan tempatnya. Mak Som pun terus pelik kenapa Aryana kena berdiri di situ melihat mereka makan.
“Kau nak ke mana lagi?" Tanya Is pada Aryana apabila melihat Aryana hendak ke dapur balik.
“Mak Som yang suruh yana pergi.. Mak Som ada nii" Celah Mak Som kerana tidak mahu Aryana dimarahi.
“Tak payah! Mak Som boleh buat kerja lain.. Saya nak perempuan ni yang berdiri kat sini" Jerit Is tanpa sebab membuatkan Mak Som dan Aryana tersentak sekali.
Is memang telah berubah. Sayangnya terhadap Mak Som sedikit pun tidak berbaki selepas mendengar hasutan Farah.
Is lebih tegas dengan Mak Som berbanding dahulu yang dirinya menggangap Mak Som sebagai ibunya.
“Baik" Jawab sepatah Mak Som lalu meninggalkan mereka dan berlalu ke dapur.
Mak Som telah redha dan kenal posisinya dalam rumah itu. Dirinya juga tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan akan majikannya.
Mak Som pun kering idea tentang perkara yang ingin dilakukan Is. Mak Som terus melakukan kerja yang lain.
****************************************
“Hah kau perempuan! aku tak kesahlah kau nak kata aku buaya kah atau binatang kah sebab aku nak bagitau kat kau yang perempuan cantik ni ialah girlfriend aku! Kau faham tak?"
Hembus Is tanpa memikirkan perasaan Aryana kerana bagi dirinya dia sudah sayang sepenuh hati akan Farah yang dianggapnya keluarga sendiri.
“Kau jangan nak buat drama pukul 7 yang kata ‘suami aku ni dah ada perempuan lain' kah atau apa-apa yang lain kah.. Hahahahahah" Sambung Is sambil membuat mimik muka ketika mengucap dialog tersebut seterusnya mempertawakan Aryana yang kelihatan bodoh dihadapan mereka.
Is memang sengaja bercakap sebegitu kerana dirinya yang amat marah dengan Aryana yang dianggapnya punca mereka berdua berkahwin sekaligus hendak memuaskan hati Farah.
“Baik Tuan Is" Kata Aryana dengan hati yang sayu. Dirinya tidak kesah sangat kalau terpaksa kahwin secara terpaksa tetapi apabila diperkatakan sebegitu hatinya sedih yang amat. Dia tak diberi peluang untuk berterus-terang tentang peristiwa tempoh hari.
“Hey perempuan! Kau dah dengar kan boyfriend aku kata apa? jadi kau jangan memandai nak kata dia suami kau yaa! kalau orang tanya, kata jaa kau bibik rumah ni.. Kau memang pun bibik rumah ni tapi tak bergaji.. " Tegas Farah pada Aryana.
“Baik Cik Farah" jawab Aryana. Aryana sudah biasa dengan penghinaan. Ini bukan perkara baru buat dirinya. Dia sedar siapa dirinya.
Is telah bergerak keluar untuk berjumpa kawan-kawannya setelah sekian lama berjumpa sebaik sahaja menghabiskan sarapannya.
“Bye Bie! Love you" Ucap Farah dengan sengaja walaupun dia tahu Is tidak mampu mendengar kerana jaraknya yang jauh. Maka bermulalah misi Farah untuk menghalau Aryana keluar dari rumah dengan nama PERAMPAS.
“Dah.. Woi perempuan, Mai tuang air lagi kat aku! dok tercengat apa lagi?" Arah Farah pada Aryana
Aryana terus ke sebelah Farah sambil mengambil jug air untuk dituang tapi sebaliknya Farah telah mengambil air yang berada di gelasnya itu lalu menolak gelas tersebut sehingga menyebabkan terkena di pakaiannya.
“Oii perempuan! Orang suruh tuang je pun.. Yang ni pun tak boleh buat! Kau ni saja kan nak balas dendam dengan Aku kan?" Marah Farah terhadap Aryana.
“Maaf Cik Farah.. Saya tak sengaja" Jawab Aryana walaupun dia tahu yang Farah sengaja tumpahkannya tetapi dirinya juga tahu yang dia tidak boleh menang dalam perdebatan mereka.
“Kau ni kann.. Mai sini" Panggil Farah lalu menarik tudung Aryana sehingga tercabut tudungnya lalu membuat dirinya rebah di lantai. Farah tidak melepaskan Aryana begitu sahaja malah dituangnya air teh'o yang masih panas-panas suam ditubuh Aryana sambil gelak berpuas hati.
“Panas! panas! Maafkan saya Cik Farah... Saya tak sengaja... Janji saya tak buat lagi! maaf!" Berulang kali Aryana meminta maaf.
“Kalau kau buat perangai sekali lagi, kau jaga! Aku akan buat lagi teruk dari nii!" Farah memberi amaran pada Aryana lalu meninggalkan meja makan dan terus berlalu keluar rumah.
“Yana! Apa yang terjadi ni hah? mesti perempuan gila tu yang buat macam ni kan? Dia tu memang ah cam tuu.. Tak da akal.." Leter Mak Som sambil menolong Aryana membangunkan dirinya.
“Mak Som saya nak ke bilik boleh?" Tanya Aryana lembut walaupun dalam keadaan yang tak terdaya.
“Boleh nak tapi janji lepas dah rehat datang makan dulu yaa?" Mak Som minta kepastian Aryana terlebih dahulu kerana dirinya tahu yang Aryana jenis yang tidak kesah jika makan atau tidak.
“Baik Mak Som" Jawab Aryana walaupun dia tidak pasti yang dia akan makan atau tidak. Dirinya sudah penat memikirkan akan semua hal ini. Dia mahu dapatkan rehat lalu menuju ke biliknya iaitu dikenali sebagai ‘Stor'.
‘ Ya Allah, kau selamatkanlah Aryana ini kerana sesungguhnya dia memerlukanmu' Doa Mak Som dalam hatinya kerana dia sayu melihat keadaan Aryana.
maaf lama tak uptade... Harap suka!
Share this novel
Insyallah.. secepat mungkin.. sekarang sibuk sikit .. maaf
belum ada update terbaru ket