BAB 15

Drama Series 27353

Sudah masuk 1 bulan usia perkahwinan mereka tetapi semua perkara tetap sama seperti sedia kala.

Aryana tetap dilayan sama oleh Is dan dilayan lebih kejam oleh Farah. Aryana yang sudah biasa dengan perkara ini tidak memberi respons yang mengejut kepada mereka bahkan dia turuti sahaja.

**********************************************

“ Assalamualaikum Yana!" Sapa Mak Som sebaik sahaja melihat kelibat Aryana di dapur.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk melepak di dapur sambil menyiapkan kerja.

“ Waalaikumussalam! Mak Som ceria semacam jaa hari ni? ada apa-apa kah Mak Som? Yana pun nak semangat Mak Som sikit.. Hahahaha" Sakat Aryana balik dengan niat ingin mengusik Mak Som.

“Setiap hari mak som happy ja.. Aryana yang muram jaa" kacau Mak Som

“Mak Som nak buat apa hari ni?" Tanya Aryana pada Mak Som sambil menukar topik perbualan mereka.

“Entah lah.. baru nak fikir" Jawab Mak Som dengan tenang.

“Boleh saya cadangkan?" Tanya Aryana.

“ Boleh sangat... apa yana nak masak hari ni?" Tanya Mak Som balik.

“ Saya ingat hari ni nak buat kerang masak kurma.. Mak Som okay?" Cadang Aryana.

“Mak Som okay jaa.. Mana kamu dapat idea kerang kurma ni semua?.. Setahu Mak Som kerang sambal, kerang rebus, kerang bakar adalah.. yang ni kerang kurma dari celah mana? Kah kamu silap sebut?" Tanya Mak Som sambil menanyakan soalan yang tersemai di fikiranya.

“ Tak salah sebut Mak Som.. Memang sebutan dia Kerang Kurma..." Jawab Aryana dengan tenang.

“ Baik.. Baik.. saya explain kat Mak Som.. Mak Som tau ayam kurma, danging kurma semua tuu?" Tanya Aryana pada Mak Som.

“ Yaa.. tahu.. sedap tuuu yana!" Jawab Mak Som sambil memuji akan menu tersebut.

“Hmm. Kerang Kurma pun lebih kurang sama jaa macam tu cuma lauk tu kita tukar dengan kerang.. tu jaaa.. Mak Som faham?" Tanya Aryana kembali.

“Mak Som faham sangat... Terima kasih sudi kongsi dengan Mak Som.. Mak Som baru tau rupanya banyak lagi makanan yang belum Mak Som tahu " Jawab Mak Som.

“ Ehh.. tak da apa lah Mak Som.. Yana pun belajar sikit-sikit.. lagi-lagi dengan Mak Som yang banyak makan garam.." Jawab Aryana.

“Ehh, Ni Mak Som nak belajar dengan kamu boleh?" Tanya Mak Som dengan kesungguhan.

“Mestilah boleh Mak Som !! Jom Start buat" Jawab Aryana kembali.

“Mula- Mula kita kena ada barang-barang biasa menumis.. bawang merah dalam 2-3 biji, lepas tu kena ada halia denagn bawang putih yang dah siap kisar, separuh tomato yang dipotong macam biasa dan akhir sekali ubi yang dipotong slice." Aryana menerangkan menu masakan kepada Mak Som.

“Eh, kerang terus masak dengan kulit kan?" Tanya Mak Som

“Ahh, itulah lainnya.. saya tak masukkan dengan kulit sebab nak nak kualiti masakan.. lagi satu kulit akan ada pasir yang tersebunyi walaupun dibilas banyak kali.. Jadi proses dia senang jaa.. ambil kerang bilas semuanya berkali-kali dengan air bersih... Selepas tu ambil sedikit garam dan bilas dengannya pada kali keempat dan sehingga air kotor hilang.. selepas selesai mencuci, isi bekas kerang dengan air sehingga paras kerang tersebut dan masukkan sedikit garam. Masak kerang atas dapur sehingga mendidih dan kalau nak lebih yakin sehingga kulit kerang terbuka sendiri... Selepas itu, tunggu sehingga sejuk dan mula mengupas.. itu jaa untuk bahagian kerang.. senang kan Mak Som? Yana memang suka gila dengan kerang.. jadi Yana tak suka makan kerang dengan kulit sebab tak rasa nikmat makan keramg selain dari nak jaga kebersihan." Terang Aryana panjang lebar kepada Mak Som.

“Ohh.. faham.. sebelum ni pun jarang masak kerang.. kalau masak pun simple-simple jaa.." Jawab Mak Som kembali.

“Okay.. jom start buat.." Kata Aryana lalu mereka mula sediakan bahan-bahan tersebut.

Mereka Aryana sudah rancang untuk masak kerang sebab itu sebelum dia balik, dia dah beli kerang di market terlebih dahulu.

“ Baik Mak Som.. part ni paling penting.. bahagian menumis nii.. First, kita masukkan bawang yang dah kita potong, tumis dia sampai bau aromanya then masukkan halia dan bawang putih yang dah dikisar dalam 1-2 sudu makan biasa smabil gaulkan. Selepas pecah minyak, ambil rempah sup dan rempah kurma campur sekali dan masukkan air sedikit ke dalamnya sebelum masukkan dalam tumisan tadi. Selepas dah pecah minyak masukkan tomato dan ubi.. tutup dengan penutup dan tinggu 5 minit.. lepas tu buka penutup dan masukkan kerang yang dah dikupas ke dalamnya dan biar ia masak.. Selepas siap masak masukkan lada hitam yang dikisar kasar sebagai topping nya sebelum gaulan yang terakhir.. Siappp!!!!.. Senangkan Mak Som?" Terang Aryana panjang lebar sehingga membuatkan Mak Som terpesona seketika.

“Hmm.. ya betui..Pandai yaa kamu yana.. Mak Som bangga dengan kamu .." Bagitau Mak Som pada Aryana.

“Kalau Mak Som bangga dengan kerang kurma ni jaa.. saya tau banyak lagi yang boleh Mak Som bangga dengan lagi" Gurau Aryana.

Mereka seterusnya menyiapkan masakan dan mengemas dapur sambil menghidangkan makanan untuk dijamah.

Memang telah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk melakukan demikian setiap hari..

maaf cerita pendek.. tapi try lah resepi tuu.. sedap.. hehe.. minggu raya dengan exam memang stress..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience