Setelah selesai urusan mereka berdua di dapur, Mak Som terus ajak Aryana ke luar rumah untuk berbincang dengannya.
“ Ya ada apa ni Mak Som? sampai tarik saya macam nii?" Tanya Aryana kerana perbuatan Mak Som sangat pelik.
“Mak Som bukannya nak jual kamu pun.. nak ajak sembang jaa pun kat luar rumah" Jawab Mak Som selamba.
Selepas mereka dah duduk di meja luar rumah, Mak Som terlebih dahulu memulakan percakapan.
“Mak Som nampak kamu macam ni jaa sebulan lebih dah ni!" Tanya Mak Som memulakan bicara.
“Maksud 'macam ni' tu apa?" Tanya Aryana kembali kepada Mak Som.
" Macam ni lah.. Hidup tak tentu arah.. kerja dah macam orang gaji dalam rumah nii teman Mak Som.. Makan kah tak makan pun tak tau.. Hidup mati pun orang tak tau.. Lagi satu dah jadi isteri pun macam anak dara lagi! Tak kisah ada suami" Leter Mak Som panjang lebar kepada Aryana.
" Mak Som.. kerja orang gaji tu pun satu pekerjaan.. lagi satu saya memang dok jaga suami saya tapi Mak Som tau kan.. setiap kali saya hidang makan dia baling pingganlah apa lah.. tapi yang pelik benda tu jadi setiap kali kalau ada Farah.. kalau takdak elok jaa dia makan ikut mood dia tapi dia tak nak tengok muka saya je lah! Lepas tu, macam mana saya nak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri? Muka pun tak nak tengok! Lagi satu! saya memang anak dara lagi Mak Som! " Jawab Aryana panjang lebar balik kepada Mak Som. Baginya ini satu- satunya peluang baginya untuk ceritakan perasaannya kepada Mak Som.
“ Sabar nak! Mak Som tahu kamu kuat! Allah yang bagi kamu perkahwinan yang tak diduga ni pasti ada sesuatu yang tak diduga jugak! Kamu jangan risau anak dara pun biar jelah.. biar suami kamu orang pertama yang sentuh kamu!" Jawab Mak Som sambil menenangkan Aryana.
“Ba...." Belum sempat Aryana nak habiskan kata-katanya, mereka berdua telah mnoleh ke belakang dengan serentak setelah mendengar bunyi hon sebuah kereta yang sedang memasuki rumah.
Ternyata itu kereta Is tapi bersamanya ada Farah yang sentiasa jaa nak berkepit dengannya.
“ Mak Som dah masak?" Tanya Is kepada Mak Som.
"Dah! Jemputlah makan !" Jawab Mak Som kembali.
Tanpa mengangguk atau mengiyakannya, Is terus masuk ke rumah diikuti Farah.
Aryana terus mengambil penyapu dan menyapu halaman. Kalau dilihat Farah dirinya tak berbuat apa-apa. Sudah pasti, dia akan buat satu agenda yang buruk.
Is yang berada di dalam rumah terus tanya Mak Som.
" Mana Pompuan tu Mak Som?
" Ada kat luar rumah " Jawab Mak Som selamba kerana itulah nama Aryana di dalam rumah itu.
" Panggil jap dia " Suruh Is
"Baik" Jawab Mak Som
Mak Som terus bergegas untuk memangil Aryana yang berada di halaman rumah.
"Aryana! Mai cepat, Tuan is panggil kamu! " Panggil Mak Som sambil menjerit kecil ketika menyebut namanya.
"Ada apa-apa yang tak kena kah Mak Som?" Tanya Aryana kembali dalam keadaan yang risau.
"Mak Som pun tak tau lah.. Tiba-tiba panggil kamu!" Jawab Mak Som kembali.
Mereka berdua bergegas kembali untuk mendapatkan Is.
"Semua dah ada kat sini?" Tanya Is setelah melihat kelibat semua orang.
Semua orang yang dimaksudkannya adalah is, farah, mak som dan aryana. Disebabkan kawan-kawannya bekerja dan makan tengahari di luar, jadi kelibat mereka sukar dilihat manakala Is sengaja pulang ke rumah untuk memberitahu berita yang penting.
“Saya dan Farah akan berkahwin dalam minggu ni!" Beritahu Is sambil menjamu selera.
Mak Som terus terkejut tapi tak mampu buat apa-apa manakala Aryana kosong! Aryana tidak tahu hendak bereaksi sebagaimana! Baginya kehadiran 'suami' dalam hidupnya tidak mengubah apa-apa melainkan menyukarkan lagi kehidupannya.
" Suka tak suka tetap kena terima keputusan saya! " Bagitau Is dengan tegas sebelum menghabiskan makannnya dan berlalu pergi.
Mak Som dan Aryana hanya tercengat sambil melihat perbuatannya beserta pengumuman yang dibuatnya sebentar tadi.
Belum sempat mereka berdua ingin berkata-kata dengan lanjut, Is toleh kembali sebelum melangkah pergi dan mengatakan " Mak Som suruh dia siap untuk pergi ke rumah dia petang nanti.. Saya ikut sekali!" Kata Is dan terus pergi meningalkan mereka.
Fikiran Aryana lebih parah memikirkan sebab Is yang hendak dirinya balik ke rumah yang dirinya tidak mahu pergi dan lebih menghairankan, Is hendak ikut dirinya sekali.. Aryana lebih tidak tenang nemikirkan perkara ini..
***********************************************
"Yana ! Lebih baik kamu siap sebelum Is datang.. Mak Som bukannya apa.. takut dia marah kamu lagi.." Kata Mak Som kepada Aryana selepas berbincang panjang dengan Aryana mengenai topik hangat ketika itu.
" Saya dah siap Mak Som.. cuma pakai selipar dan keluar jaa " Jawab Aryana dengan lembut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Aryana memang berpakaian biasa sahaja.
" Kalau macam tu takpa.." Jawab Mak Som kembali. Perbualan mereka terhenti apabila terdengar suara Is..
" Jom cepat! Aku tak dak masa untuk kelembapan kau lah!" Kata Is kepada Aryana.
Mereka pun bergerak ke rumah Aryana tanpa diketahui sebabnya oleh Aryana sendirinya...
Share this novel