BAB 5

Drama Series 27353

“Kau jangan macam-macam.. benda ni semua tak boleh bawak main-main.. kau tau kan yang budak tu akan jadi isteri kau dalam beberapa minit lagi" kata Aiman menasihati sahabatnya yang dirasakan mengambil keputusan secara buru-buru"

Is hanya membatukan dirinya kerana apabila diberi pilihan antara soal hati dan maruah. Sudah pasti dia akan memilih maruahnya walaupun disaat itu dia terlalu sedih akan mengkhianati Farah. “Kau nak suruh aku buat apa? .. Nak tak nak aku kena terima budak tu jugak dalam hidup aku.. Aku pun tak suka sebab kena khianat Farah but end up aku pun sensara" jawab Is selepas mendiamkan diri.

Aiman yang mendengarkan itu terus berfikir yang Aryana lebih bagus berbanding Farah “Aku tak tau lah wey, tapi apa pun good luck and take care.. Aku tunggu kau kat dalam" Kata Aiman sambil berjalan menuju ke tempat kawannya yang lain berdiri.

Aryana bertanya sekali lagi kepada Is “Tuan, tiada jalan lain kah untuk kes ni? takkan kena berkahwin jugak?" Is mendiamkan diri terus “Aku nampak jalan ni jaa.." Jawab Is tak rela. Is tahu yang Aryana pun tak rela untuk melalui semua ni tapi apakan dayanya? Dia pun sudah terperangkap dalam ni. Setelah mendengarkan itu, Aryana terus tersentak dan mendiamkan diri sehingga di saat dia dinikahi.

“Aku terima nikahnya Aryana Laila Binti Badrul dengan mas kahwin seribu satu ringgit tunai" Ucap Is sambil memuji nama Aryana yang sedap tanpa disedarinya. Selepas semua saksi mengatakan sah, Mereka menyelesaikan semua dokumen yang perlu dilakukan. Maka terciptalah sepasang suami isteri yang kahwin tanpa kerelaan hati masing-masing.

Aryan terus menyarungkan cincin yang bernilai RM1000.00 di jari manis Aryana dan Aryana membalasnya dengan cincin perak di jari manis Aryan. Cincin ini semua dibeli oleh rakan Is setelah Is membuat keputusan untuk berkahwin dengan Aryana.

Aryan tidak mencium Aryana tapi bertindak meninggalkannya dan menuju ke kereta kerana semua dokumen dan media yang telah puas menangkap gambarnya dan diletakkan ditajuk utama.

Aryan lega apabila membaca satu per satu comment netizen mengenai perkahwinannya apabila sudah melabuhkan punggungnya di dalam kereta. Is berkahwin tanpa ada salah pun tapi terpaksa juga untuk tutup mulut netizen.

Aryana yang melihat tindakan Is terus bangun dari dudukannya dan ingin menuju pulang tetapi langkahnya terbantut apabila rakan Is menahannya.

“Tunggu sekejap, kami mula-mula nak minta maaf pada apa yang terjadi, boleh bagi number telefon tak? nanti boleh call kalau ada emergency." Kata Irfan memulakan bicara

“Tuan, saya pun masih tak percaya semua ni jadi pada saya sebab bukan semua ni yang saya inginkan.. saya cuma hantar bungkusan makanan jaa.. tak lebih pada tuu.. saya cuma tak berpuas hati kerana dituduh macam ni.. Haihh.. Takpa lah nah number saya" kata Aryana sambil memberitahu angka tersebut pada Aiman.

“Kamu balik macam mana? nak kitaorang tumpang kah?" tanya luqman kasihan disamping risau akan Aryana.

“Hmm, takpa Insyallah saya balik perlahan-lahan naik motor tu" jawab Aryana sambil menunjukkan arah motornya. Mereka yang mendengar perkara tersebut terus berasa tidak puas hati tapi niat mereka terbantut apabila disapa oleh seorang lelaki yang berusia tua sedikit.

“ Assalamualaikum, Aryana apa yang terjadi sayang. Pak Man risau sangat" kata Pak Man setelah sampai. Mereka yang mendengar gerus mengetahui status dan hubungannya dengan Aryana.

“ Waalaikumusalam, Pak man sebenarnya ... sebenarnya.. " Aryana tergagap- gagap untuk menjawab soalan itu.

Aiman yang mendengar itu terus memotong ayat Aryana dan beritahu pada Pak Man perkara yang sebenarnya.

Pak Man yang mendengar tu terus rasa bersalah akan keadaan Aryana itu. “Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Sekarang ni macam mana?" tanya Pak Man pada mereka

lalu mereka menjawab “Takpa buat masa sekarang, Pak cik bawa balik Aryana dulu, nanti kami call yaa" sambil bertukar no fon dengan Pak Man.

“Baiklah kalau macam tu, Pak Cik balik dulu yaa.. penat sangat dengan semua nii..Kita cuba yang terbaik untuk perbaiki semua ni" kata Pak Man lalu menuju ke motornya dan sama juga dengan Aryana yang menghidupkan enjin motornya lalu bergerak mengekori Pak Man dari belakang.

“Wey, sekarang cam mana?" Tanya Luqman sambil memandang rakan-rakannya. “Marilah kita bincang kat rumah dengan Is" Jawab Irfan cuba menenangkan mereka.

Tq support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience