Aryana telah sampai di perkarangan rumah yang dimaksudkan Mak Piah dan memastikan semula dengan melihat alamat itu semula. Setelah pasti akan rumah tersebut, Aryana terus membuka helmet lalu mengambil bungkusan itu dan menuju ke rumah tersebut.
Aryana hanya menekan loceng rumah tersebut walaupun pintu rumah tersebut terbuka seluas-luasnya.
Selepas beberapa saat, Aryan yang melihat kelibat Aryana terus menanyakan tujuannya ke sini. “Ada apa ya? " Tanya Aryan.
“Saya datang ni hendak kirim bungkusan kepada Siti Somiah" Jawab Aryana.
“Ohh, Mak Som yang order ni kut" kata Aryan “Hmm, takpa-takpa.. letak kat meja tuu" Aryan menyuruhnya letak dia atas meja yang berada di dalam rumah memandangkan dia tengah sibuk membancuh air buat Farah.
Aryana terus menanggalkan kasutnya dan menuju ke meja tersebut dan meletakkan bungkusan tersebut.
Aryana berpaling untuk mengucapkan “Terima kas..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya,
“ Assalamualaikum, kami datang dari Pejabat Agama.. Kami mendapat aduan bahawa berlaku maksiat di dalam rumah ini" beritahu salah seorang Pegawai tersebut. Aryan dan Aryana dua-dua terkejut.
Pegawai itu terus meminta kad pengenalan mereka berdua dan mencatat sesuatu di fail yang dipegangnya. Aryan tanpa henti sedang memberitahu pegawai tersebut perkara sebenar tapi tidak dipercayai pegawai tersebut. Aryana juga turut serta dalam menyakinkan bahawa tiada perkara maksiat yang dilakukan dalam rumah tersebut.
Yang lebih mengejutkan media jugak berada di tempat kejadian sambil mengambil gambar Aryan dan Aryana. Aryana dengan malu terus menutup muka manakala Aryan dengan marah terus mengatakan “Perempuan ni sapa pun saya tak tau" Kata Aryan tanpa memikirkan tentang perkara yang bakal berlaku seterusnya.
Pegawai Agama yang mendengar perkara tersebut terus mengatakan “Baiklah Tuan dan Cik, diminta korang berdua untuk ke Pejabat bagi menguruskan hal-hal yang lain" Aryan dan Aryana yang mendengar terus tersentak dengar arahan tersebut.
“Siapa penjaga kamu memandangkan kamu masih muda…" Tanya pegawai tersebut pada Aryana. “Saya tiada penjaga.." Jawab Aryana kerana tidak mahu melibatkan Pak Man dan Mak Lah kerana dia mahu menyelesaikannya sendiri.
“Kalau macam tu, marilah kita pergi sekarang" kata pegawai tersebut lalu pergi.
Aryan terus mengangkat telefonnya lalu menelefon peguamnya sambil berjalan mengekori Pegawai tersebut.
****************************************
Farah yang berada di dalam kereta menjadi saksi kepada kenaifan dua insan itu tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar tapi disebaliknya mendiamkan diri.
“Takpa, kalau bukan aku pun perempuan lain pun jadilah.. asalkan nama dia kena buruk.. Hahahahahhahah" gelak Farah atas kemenangan rancangannya.
“Aku yakin yang Is takkan kahwin dengan perempuan tu sebab dia sayangkan aku.. Kalau macam tu nama dia akan busuk dan aku boleh raih simpati di media sosial... Hahahahhaha.. Hmmm.. jom tunggu apa yang depa nanti kena" Sambung Farah sambil bercakap dengan dirinya sendiri.
Farah terus menelefon kawannya untuk memberitahu akan perkara yang berlaku dan terus memecut kereta meninggalkan perkarangan rumah Is.
****************************************
Setelah sampai, Aryana terus merisaukan akan wajahnya yang telah terpapar di kaca kamera orang media. Walaupun dia bukan celebriti atau orang yang terkenal tapi ia juga akan menjejaskan namanya di media sosial dan dia juga akan jadi terkenal. Aryan terus pergi berbincang dengan peguamnya.
“Tuan Is saya rasa baik tuan kahwin saja dengan perempuan tu sebab nama tuan telah tercemar akibat peristiwa ini" cadang peguamnya pada Is. Is yang mendengar itu terus bersetuju dengan perkara tersebut. Is terus menuju ke tandas selepas berkata demikian.
“Apa yang aku dah buat? Berkahwin dengan seorang perempuan yang aku sendiri tak kenal asal usul dia? tak payah cakap asal usul, nama pun aku tak tau..Arrghhh" Marah Is dengan dirinya sendiri apabila melihat refleksi dirinya pada cermin tandas yang berada di hadapannya.
Is tahu perbuatannya akan mendatangkan padah tapi apakan dayanya untuk menolak kerana semua perniagaannya akan terjejas jika namanya juga turut tercemar. Pelanggannya tidak akan mempunyai keyakinan padanya lagi. Setelah melepaskan peraasaannya di tandas, dia terus keluar.
Aryan terserempak dengan Aryana dan kelihatan Aryana juga ingin bercakap dengannya.“Tuan Is, saya rasa tuan salah ambik keputusan, saya tahu perkara yang berlaku mampu merosakkan reputasi tuan tapi saya jugak terkesan daripadanya.. Perkahwinan bukan jalan penyelesaian kepada semua ini.." Jelas Aryana pada Aryan dengan penuh rasa gementar akan keputusan yang diambil Is setelah diberitahu oleh peguam Is mengenai perkara tersebut. Is tanpa berkata apa-apa terus melangkah pergi.
Aryana tidak tahu untuk melakukan apa, jadi dia terus memaklumkan pada Pak Man walaupun dia tahu ketibaan Pak Man akan lambat tapi telah menjadi tanggungjawabnya untuk memberitahu.
Aryana yang pada mulanya yakin untuk menyelesaikan sendiri jugak tidak tahu yang kes ini akan menjadi teruk seperti ini.
“ Assalamualaikum Pak Man, saya di pejabat agama nii" Seleroh Aryana setelah Pak Man mengangkat telefonnya.
“ Waalaikumusalam, hah? apa yang kamu cakap ni nak?" jawab Pak Man.
Aryana terus menceritakan apa yang berlaku sehingga dia boleh berakhir berada di pejabat agama.
“Takpa sayang, kamu tak bersalah.. Jangan risau, Insyallah tak da apa-apa yang akan berlaku sayang.. kejap yaa, Pak Man akan datang " pujuk Pak Man walaupun dia tahu ketibaannya tidak akan mendatangkan faedah pun tapi untuk menenangkan Aryana dia terpaksa.. Aryana terasa yakin sedikit selepas dipujuk Pak Mannya.
next chapter mungkin lambat sikit .. sorry .. thank you support
Share this novel