BAB 19

Drama Series 27353

Selepas Aryana keluar dari pejabat 'suaminya', dia terus menjadi tidak tentu arah. Dia dengan segera menutup muka kerana risau akan ada sesiapa yang mengenalinya. Dirinya ibarat patung yang tidak berperasaan ketika itu. Bukan kerana dirinya dipaksa bercakap demikian namun sehingga dirinya terpaksa bercakap bohong akan dirinya sendiri bahawa dirinya seorang MANDUL !!!? Hanya kebenaran diketahui dirinya sahaja. Malah Mak Som sendiri pun tidak tahu akan peristiwa yang melanda dirinya. Apakah dosa yang dilakukannya sehingga dihukum sebegini? Ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Baru sahaja dirinya berasa lega tidak akan didera oleh Mak Lahnya lagi namun hanya sekarang dirinya sedar yang semuanya hanya sama cuma perhubungan diantara mereka yang berbeza.

Aryana tidak tahu ke mana dirinya patut tuju! Kalau balik rumah Mak Lahnya mahu dikerjakan oleh Mak Lahnya nanti tapi dirinya tidak mampu untuk balik ke rumah Is memandangkan dirinya baru sahaja dianayai. Dirinya berasa sangat tertekan!

“Apa harus aku buat sekarang?" Fikir Aryana sendiri

Dirinya terus pulang ke rumah memandangkan dirinya agak dikenali orang disebabkan ceritanya yang masih panas.

Sebaik sahaja dirinya masuk ke dalam rumah, Mak Som orang pertama yang mendapatkannya.

"Apa yang terjadi? Kenapa dia bawak kamu pergi yana?" tanya Mak Som sebaik sahaja mendapatkannya.

Aryana terdiam tidak tahu hendak bercakap apa. Mahu berbohong namun Mak Som sahaja yang memahaminya dan selalu menenangkannya tatkala dirinya dilanda masalah.

"Tuan Is.. Tuan Is ajak pergi rumah Mak Lah dan pejabat dia" Jawab Aryana tergagap-gagap.

"Kenapa ke rumah Mak Lah kamu pulak? Aduhh.. lepas kenapa kamu pergi ke pejabat dia pulak?" Tanya Mak Som bertalu-talu.

Aryana terus mendapatkan kerusi di dapur memandangkan dirinya tidak mampu lagi berdiri sebab dia berjalan jauh dari pejabat Is ke rumah Is.

"Maafkan Mak Som.. Duduk dulu nak.. Kejap Mak Som ambil air untuk kamu." Kata Mak Som lalu pergi mendapatkan segelas air buat Aryana.

Aryana buntu tidak tahu dia harus bermula dari mana? dari perkara di rumahnya atau di pejabat Is? Aryana terus meneguk air yang ditawarkan Mak Som dan terus bersedia bagi menjawab segala persoalan yang sedang bermain di fikiran Mak Somnya.

"Mari duduk Mak Som" Aryana menawarkan kerusi kepada Mak Som kerana dirinya berasa biadap membiarkan Mak Som berdiri lama di hadapannya.

"Baik nak.. Kamu okay kah ni? kenapa muka kamu pucat?" Tanya Mak Som masih merisaukan keadaan Yana.

"Saya okay Mak Som.. Tuan Is ajak saya ke rumah Mak Lah untuk dia berbincang dengan Mak Lah dan memberitahu keputusannya. Jawab Aryana

"Keputusan apa?" Tanya Mak Som yang tidak sabar mahu mendengar dan mengetahui apa yang telah terjadi.

"Tuan Is beritahu Mak Lah dan Pak Man bahawa dia ingin berkahwin buat kali kedua" Kata Aryana

"hah? Berani dia cakap macam tu? Kamu cakap apa pulak? Kamu patut cakap pada Pak Man kamu segala kebenaran" Kata Mak Som

"Semua orang terima dengan hati yang rela" Kata Aryana lagi.

"Biar betul ni? Takkan sorang pun tak persoal sebab dia kahwin lain…" Tanya Mak Som masih tidak dapat percaya apa yang telah berlaku.

"Tuan Is dah rancang, kita yang lalai" Kata Aryana

"Maksud kamu?" Tanya Mak Som lagi

" Tuan Is beritahu semua orang kata saya mandul dan tak dapat lahirkan anak buat dirinya" Kata Aryana dengan nada yang amat tenang.

Buat diri Aryana terasa tenang ketika ini kerana dia sudah pun redha dengan perkara yang telah berlaku dan dia tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan perkra-perkara sebegini memandangkan perkahwinannya bersama Is pun bukanlah perkahwinan yang diinginkan.

"Hah, Dia cakap macam tu? Biar betul punya manusia? Sampai hati buat kamu macam ni.. Kamu ni masih lagi anak dara yang belum disentuh orang.. boleh pulak dia kata kamu ni mandul.. Hilang akal kah apa dia tu? "Kata Mak Som sambil membebel dengan tingkah laku Is yang makin lama tidak boleh dikawal.

"Biar kat diorang jaa Mak Som.. Diorang memang nak kahwin pun.. saya yang menggangu diorang nak kahwin.. Biar kali ni jadi perkahwinan diorang.. saya dah redha Mak Som.. Tuan Is bukan sayangkan saya pun. Tak payah cakap pasal sayang, pandang muka pun tak." kata Aryana pada Mak Som hingga menyebabkan Mak Som terdiam dan terpesona melihat kesabaran diri Aryana.

"Kamu kuat nak.. Kamu mesti kena kuat nak.. Jangan risau.. Mak Som sentiasa berada bersama kamu.. Insyallah.. Allah akan permudahkan segala urusan kamu nak.. Jawab Mak Som

"Terima kasih Mak Som" Jawab Aryana seikhlas hati

***********************************************

"Aku happy sangat " Kata Farah kepada kawannya

"Kenapa pulak?" Tanya Nadia kepada Farah

"Mana aku tak happynya kalau aku akan berkahwin minggu depan" Jawab Farah selamba

"Hah? Minggu depan? Kau gila kah apa? Dengan siapa pulak?" Tanya Nadia bertalu-talu memandangkan berita ini amat mengejutkannya.

"Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Aryan Iskandar.. Kekasih aku dan bakal suami aku" Jawab Farah sambil tergelak puas

"Bukan Is dah kahwin kah?" Tanya Nadia terkejut dengan jawapan Farah

"Boleh kahwin lagi.. apa salahnya?" Jawab Farah secara sinis kepada Nadia

"Apa yang kau merepek ni? Is kan youtuber.. Dia kenalah jaga reputasi dia semua kalau tak mestilah dia kena kecam teruk nanti dengan netizen" Jawab Nadia kembali

" Kami dah settle dah semua tu.. " Kata Farah selamba

"Maksudnya?" Tanya Nadia terkejut

"Maksudnya, aku dan Is dah plan siap-siap pasal benda ni... aku pun pujuk dia dan cakap macam -macam kat dia .. plus bagitau benda buruk-buruk pasal perempuan tu kat Is dan minta Is cepatkan perkahwinan ini . So, kami fikir dan fikir dan come out dengan idea ni... Kami tak nak reputasi kami tercalar dan dalam masa yang sama, kami nak berkahwin.. Jadi kami dah berjaya!!!! " Jawab Farah panjang lebar kepada Nadia

Farah juga telah menceritakan semua rancangan mereka kepada Nadia dari Is memberitahu semua orang bahawa Aryana mandul hinggalah Is mengumumkan perkahwinan kedua dia.

"Kau jangan jadi gila Farah.. Aku tau lah kau tu bukannya sukakan Is tu kan.. kau saja nak kenakan dia ja kan. Kau jangan ingat yang aku tak tau kau kahwin dengan Is pun disebabkan kau nak cover kerja kotor kau kan.. Kesian Is tak salah dalam hal ni . tak pasal-pasal kena jadi kambing hitam untuk kau" Jawab Nadia kembali tidak puas hati akan sikap Farah yang dianggapnya agak melampau

"So what? Bukannya dia kisah pun sebab dia cintakan aku kut.... mesti dia sayang aku punya . One more thing, kau jangan terlepas rahsia tu kat siapa-siapa pun.. kalau tak habislah perkahwinan aku" Kata Farah kepada Nadia

"Aku tak akan cerita rahsia tu semua lah Farah.. Aku still member kau yang setia lagi.. tapi kau jangan ingat aku setuju dengan semua keputusan yang kau ambil.. " Jawab Nadia kembali

"Good" Jawab Farah ringkas mengakhiri percakapan mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience