Aryana mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah memandangkan kelas terakhirnya itu tamat lambat.
Aryana mula gelabah memikirkan Mak Lahnya yang akan memarahinya bukan kerana risaukan dia tetapi kerana Aryana yang perlu masak tengahari buat mereka semua. Aryana dengan segera menghidupkan enjin motornya dan bergerak pulang ke rumah.
Setelah sampai di perkarangan rumah Mak Lahnya, Aryana dapat melihat mulut Mak Lahnya yang sedang berkumat kamit memarahinya walaupun tidak dapat didengarinya dengan jelas.
Aryana terus ke hadapan rumah dan menanggalkan kasutnya sambil mendengar leteran Mak Lahnya “ Kau ingat rumah ni rumah apa? hotel kah? suka hati masuk keluar.. Dah tau dah kena buat apa tapi boleh pulak balik lambat macam tak da apa nak buat.." leter Mak Lah apabila melihat Aryana di hadapannya. Aryana terus meminta maaf dan masuk ke dalam rumah.
Aryana terus menuju ke biliknya untuk menanggalkan tudungnya dan terus menuju ke dapur. Setelah berfikir sejenak, Aryana telah mengambil keputusan untuk memasak makanan yang cukup simple tapi sedap iaitu sambal tumis ikan bilis dan telur rebus. Walaupun tak perlu siang apa-apa tapi proses memasak mengambil masa yang agak lama kerana perlu menyediakan bahan-bahannya.
Setelah siap memasak, Aryana terus menghidangkannya diatas meja dan menuju ke biliknya untuk menunaikan solat.
Memang menjadi kebiasaan bagi Aryana untuk tidak makan sekali bersama mereka kerana apabila dia turut serta untuk makan bersama, ada saja yang tidak kena dihadapan Mak Lahnya yang akan berakhir dengan pertikaman lidah antara Mak Lah dengan Pak Man iaitu bapa saudaranya yang merupakan abang kepada ayahnya.
Pak Man amat meyanyangi Aryana kerana dia telah mengganggap Aryana sebagai anak kandungnya.
Pada awalnya Pak Man selalu menjemput Aryana untuk makan bersama mereka tetapi apabila memikirkan mulut isterinya makin hari, makin berbisa, Pak Man telah berhenti untuk menjemput Aryana bukan kerana takut akan isterinya tetapi sedih apabila melihat hati Aryana yang sering dilukai.
Setelah habis sahaja makan, Pak Man terus menuju ke bilik Aryana lalu mengetuk dan berkata“ Sayang, pergilah makan, kitaorang dah habis makan, jangan biarkan perut tu kosong nak" dan terus berlalu pergi.
Aryana yang mendengar panggilan tersebut telah bangun dan membuka pintu bilik lalu pergi ke ruang dapur untuk makan. Setelah habis makan, Aryana terus mengemas pinggan mangkuk yang dimakan mereka.
Apabila selesai semua urusannya di dapur, Aryana terus menuju ke biliknya, dan terdengar namanya dipanggil.. Aryana membatalkan niatnya ke bilik dan menuju ke ruang tamu untuk melihat siapa yang memanggilnya.
Ternyata Mak Piah yang sedang memanggilnya. “ Assalamualaikum Mak Piah, maaf tak dengar sangat.. ada apa Mak Piah? nak beli apa-apa kah?" kata Aryana sebaik bertemu dengan Mak Piah.
“ Waalaikumusalam, Eh, takpa .. ni Mak Piah nak tanya ni kamu ada nak pergi mana-mana tak?" tanya Mak Piah pada Aryana.
“Tak da lah pulak.. kenapa?" Jawab Aryana kerana pada waktu-waktu ni Aryana akan menghabiskan waktunya untuk mengulang kaji pelajaran sebelum menyambung membuat kerja rumah.
“Oh, takdalah .. ada customer order bahulu dari Mak Piah.. biasanya, Mail yang akan pi hantar tapi tayar motor mail pancit.. tulah tak da siapa nak pi hantar.. ni lah nak mai minta tolong" kata Mak Piah pada Aryana.
“Hmmm, yg ni boleh jaa.. Mak Piah bagi alamat dan no fon org tu.. saya pi hantar" kata Aryana sebaik sahaja Mak Piah mengatakan begitu..
Aryana terus memakai tudung dan menunggu di motornya untuk menerima bungkusan dari Mak Piah.. “ Nah, ni maklumat diorang.. Pi baik-baik tau.. apa-apa call Mak Piah.. Terima kasih banyak- banyak naa" Kata Mak Piah lalu menghulurkan kertas itu kepada Aryana .
“ Baik Mak Piah.. Lepas hantar saya call" Aryana mengambil kertas tersebut dan membaca nama yang tertera disitu ‘Siti Somiah' dan alamat yang tertulis disitu agak jauh untuk dituju.
Aryana tanpa membuang masa terus menghidupkan enjin motornya dan bergerak lalu.
****************************************
Farah yang telah sampai di depan rumah Is terus menunggu kelibat Is dan kawannya yang telah berkomplot dengannya untuk melancarkan rancangan tersebut.
“Arghh lambatnya diorang ni semua.. susahlah cam nii . lagi lambat lagi bahaya.. nanti yang lain balik dah.. Aihhhh" marah Farah terhadap mereka kerana membimbangkan akan rancangannya.
Baru sempat Farah nak menelefon mereka, Farah telah melihat Is yang sedang memakir keretanya dihadapan rumahnya. Farah terus gembira tetapi dibuatnya riak muka yang sedih agar Is merisaukannya..
Is terus datang ke arah Farah dan menanyakan kecemasan aoakah yang disebutnya tadi.. “Sayang okaykah? Apa yang urgent sangat sampai tak boleh nak tunggu ni? tanya Is.
“ I nak air" jawab Farah sebagai alasan untuk masuk ke rumah Is.
“ Okey, I bawakan yaa.. " jawab Is.
“takpa- takpa, I minum kat dalam" kata Farah risau yang Is akan membiarkan dirinya di luar begitu..
“okay.. Mailah masuk sayang.. I risaukan u sangat sayang" jawab Is yang terlupa akan ketiadaan orang dirumahnya ketika itu akibat terlampau risaukan Farah
Farah dengan pantas menghantar mesej kepada kawannya “I masuk tau" lalu ditekan butang hantar..
Kawannya yang melihat mesej tersebut, terus mendial number pejabat agama
“ Assalamualaikum, saya nak buat aduan yang ada pasangan yang sedang buat maksiat pada waktu petang sebegini" Katanya selepas panggilannya dijawab lalu memberikan maklumat yang diminta oleh mereka.
Farah yang ingin masuk ke rumah tersebut teringat yang dia belum mematikan enjin keretanya lalu pulang ke keretanya dan ketika dia sedang mengunci kereta dan ingin berjalan kembali ke rumah Is, dia terlihat kelibat seorang wanita sedang memasuki rumah Is dan diikuti Beberapa pegawai yang disangkanya pegawai dari jabatan agama telah memasuki rumah tersebut setelah beberapa minit wanita itu masuk..
next chapter lambat sikit.. Sebab ada exam sorry
Share this novel