Setelah sampai di rumah, Pak Man terus masuk ke biliknya tanpa bersuara apa-apa pun. Pak Man masih tidak mempercayai yang Aryana sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali asal usulnya kerana salah faham.
Aryana pun rasa begitu.. Bukan salahnya dan bukan dimintanya pun untuk terjadi semua ni.. Bayangkan seorang perempuan yang masih belajar Form 6 telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dirinya pun tidak tahu namanya. Bukankah itu satu kekejaman bagi dirinya yang ingin menolong orang?
Aryana terkejut apabila disergah oleh Mak Lahnya, “Woi perempuan, awat dok tercengat kat sini hah? pi lah masak untuk makan malam.. dah lah menghilang ke mana pun tak tau.. Haihh.." Mak Lah yang melihat Aryana masih berdiri di depannya terus “Kau dengar ke tak hah? Ingat aku cakap dengan tiang electrik kah? Pi masuk sekarang" marah Mak Lah. Aryana terus membuka langkah masuk ke rumah.
Aryana yang buntu terus melakukan kerja hariannya seperti biasa dan ingin ke bilik setelah menghidangkan makanan tetapi langkahnya terbantut apabila dihalang Pak Man
“Aryana, tunggu jap.. Pak Man nak cakap sikit " kata Pak Man pada Aryana. Aryana terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Pak Mannya dan memasang telinga untuk mendengar apa yang ingin dikatakannya.
“Sekarang Aryana nak.. " Percakapan Pak Man terpotong apabila Mak Lah bersuara tapi lebih kepada menjerit “Woi, perempuan!! Kau curi cincin sapa tu hah? Aku tau lah kau tak dak duit tapi tak payahlah sampai mencuri bagai.. Atau.. Kau pi tidur dengan mana-mana laki sampai dapat cincin tu hah?" Andaiannya dilepaskan begitu sahaja apabila terlihat cincin yang tersarung di jari manis Aryana yang berkilai-kilau sehingga dia sendiri tidak dapat mengalihkan pandangannya terhadap cincin itu.
“Lah, apa yang kau dok merepek hah? ada kah tuduh orang macam tu tanpa soal siasat terlebih dahulu hah? Kau ingat Aryana perempuan jenis tu kah? Walaupun tak dak duit, dia akan kerja untuk dapatkan bukan dengan buat kerja terkutuk macam tu .. Faham dak?" Marah Pak Man apabila terdengar andaian isterinya yang agak melampau itu.
“Maaf Aryana, Pak Man pun tak sangka Mak Lah kamu punya mulut celupar sampai macam tu sekali.. Haihh.." Kata Pak Man “Sekarang nak buat apa Aryana? Pak Man dah tak tahu nak buat apa dah..Maafkan Pak Man sebab tak dapat nak jaga hati kamu nak .. tak dapat besarkan kamu dengan baik.. Maafkan Pak Man nak.. Pak Man tak sangka benda macam ni akan berlaku dalam hidup kamu nak... " Sambung Pak Man dengan perasaan yang sedih bercampur kesal sehinggakan dia telah menitiskan air matanya tanpa disedarinya.
Mak Lah yang melihat kejadian tu terus ingin marah kerana dia sendiri tak tahu apa yang telah terjadi. Dirinya ibarat orang bodoh yang sedang memasang teling akan perkara yang tidak diketahuinya topik ceritanya pun.
“Abang, awat abang sampai menangis ni hah? apa yang dia dah buat hah?" Tanya Mak Lah pada suaminya. “Woi perempuan, apa yang kau dah buat pada suami aku hah? sebab ni lah aku tak suka bela kau perempuan.. Kau ni kan ada jaa bawak masalah kat kami" Serbu Mak Lah pada Aryana.
“Jangan merepek Lah, Aryana tak bersalah pun dalam hal ni..." Kata Pak Man yang ingin menghentikan percakapan isterinya yang jika dibiarkannya akan menjadi-jadi lalu diceritakan semua peristiwa yang berlaku sambil didengari anaknya juga.
“Oh.. Kiranya kahwin free lah ni kann.. Bagui lah.. Hah dok duduk sini apa lagi? p lah rumah suami kau.." kata mak Lah pada Aryana.
“Lah! Jangan merepek boleh tak? kamu boleh tak faham yang semuanya perlu dilakukan satu persatu bukan serbu macam tu.." Marah Pak Man pada isterinya yang tidak tahu keadaan.
“Apadia abang yang dok merepek.. Lah nak buat apa? dah kahwin kan.. belah lah dari rumah ni.. jimat sikit tempat kat rumah ni... Nak keluar lambat pasaipa.. pi sekarang je lah. " Jawab Mak Lah dengan sinis.
Pak Man yang ingin menjawabnya balik tidak menjadi apabila terdengar panggilan salam dari depan rumah lalu bangun dan pergi jenguk akan tetamu yang hadir.
“ Assalamualaikum Pak cik, Kami wakil Is nak datang bawak balik Aryana sebab Is sibuk sikit." Kata Aiman sebaik nampak tubuh Pak Man di hadapan mereka.
****************************************
Is serta semua rakan-rakannya terus berkumpul di ruang tamu untuk berbincang akan perkara yang berlaku sebentar tadi. Is kelihatan serabut memikirkan perkara tersebut.
“Wey, sekarang macam mana hah? " Tanya Luqman memecahkan kesunyian.
“Sekarang macam mana apa? Nak tak nak kena bawak balik Aryana lah kan" kata Aiman
“Tak.. Ampa semua tunggu jap, bagi peluang dan ruang untuk Is pikir pasal benda ni.. kesian dia jugak kan.." Kata Aieril menenangkan keadaan
“Korang tahu tak yang Pak Cik Aryana call aku tadi tanya nak buat apa lepas ni, then dia kata apa pun bawak balik Aryana dan bincang elok-elok.. lps tu dia kata tak elok orang bercakap benda ni" jelas Aiman pada rakan-rakannya.
“Kalau dah dia cakap cam tu,. bawak lah dia mai.. kita bincang elok-elok. putus elok-elok.. sebab dia pun tak da kena mengena dalam hal ni kan" Jawab Is seraya mendengar Aiman.
“Tak yah lah sampai putus-putus semua.. bincang dulu.. kalau dah macam tu jom ah kita gerak semua pi jemput dia.. " jemput Aiman
“Aku tak ikut.. Aku nak kena jumpa Farah jap.. Kalau korang nak pi lah ambik.. kalau tak biarkan jaa dia kat situ atau suruh dia mai sendiri" kata Is sebab dia lebih petingkan Farah dari yang lain.
“Hmm.. weyy, sedarlah kau dah kahwin weyy.. aku tau dia bukan calon hati kau tapi respect lah dia sikit .. ni tak belum cukup 24 jam kahwin dah curang" kata Aiman tak puas hati pada Is yang tidak bertanggungjawab langsung.
“Hello, mind your words please! Aku tak curang yaa.. Farah memang girlfriend aku yaa." Marah Is
“Sudahlah.. Kalau macam ni sampai malam pun tak habis.. Haihh . jomlah pi jemput Aryana dulu.." celah Aieril apabila terasa bahang pergaduhan akan bermula tak lama lagi..
Mereka terus bergerak dengan dua kereta ke rumah Aryana setelah mendapat lokasi rumahnya dari Pak Man tanpa menghiraukan Is yang berada di dalam rumah sambil melihat mereka beredar.
Sesudah sampai, mereka terus memberi salam
“ Assalamualaikum Pak cik, Kami wakil Is nak datang bawak balik Aryana sebab Is sibuk sikit." Kata Aiman sebaik nampak tubuh Pak Man di hadapan mereka.
****************************************
Pak Man di dalam hatinya amat bahagia kerana panggilannya amat berguna. Sebenarnya dia memanggil Aryana untuk memberitahunya akan kehadiran diorang tapi tak kesempatan.. Walaupun masa tu Pak Man tak pasti diorang datang ke tak tapi dia cuma nak Aryana bersiap sedia jaa..
“ Waalaikumusalam.. Yaa.. jemputlah masuk" jawab Pak Man salam mereka lalu menjemput mereka masuk ke rumah.
“Ermm takpa lah Pak Cik.. Kitaorang pun ada kerja nak dibuat nii.. Tu lah kitaorang datang sekarang.. Terima kasih sudi jemput kitaorang" Jawab Aieril
Pak Man yang memahaminya terus berkata “Baiklah Nak.."
Pak Man terus masuk mengarahkan Aryana untuk bersiap untuk pergi bersama mereka..
Aryana yang mendengar, terus bersiap dengan barangnya semua termasuk baju dan bukunya.. Aryana terus ke ruang tamu selepas bersiap.
“Sayang, jangan fikir macam-macam yaa ! Nanti Insyallah kita cari jalan untuk semua ni yaa" Baik-baik tau.. apa-apa call yaa" Kata Pak Man sambil memandang Aryana.
“Baik Pak Man.. saya pergi dulu" Kata Aryana membalasnya. Aryana hanya menurut semua yang disuruh kerana dia sudah bingung dengan keadaan yang melanda dirinya sekarang atau dia sudah dibesarkan dengan mendengar sahaja. Dirinya pun tak tahu akan jawapannya.
Mak Lah yang melihat Aryana yang hendak datang salam dengannya terus masuk ke bilik dan menutup pintu sekuat hati. Aryana yang melihat itu terus membawa diri ke luar rumah.
“Mailah Aryana, kami ambilkan barang yaa" pelawa Aiman diikuti yang lain.
“Terima kasih semua" Jawab Aryana tak mampu nak menolak kerana sejujurnya brgnya amat berat.
Setelah selesai meletakkan barang di dalam kereta, Aryana terus melabuhkan punggungnya di dalam kereta dan melambaikan tangannya ke arah Pak Man. Pak Man membalsnya dengan hati yang penuh keikhlasan dan tidak putus mendoakan Aryana.
Aryana mula rasa gementar dan takut apabila difikirkan akan dirinya yang akan tinggal di rumah asing itu nanti. Dia hanya mendiamkan diri dalam kereta dan jika ditanya soalan, dia hanya menjawab sepatah-sepatah sahaja.
Sorry kalau cerita x best .. Thank you support
Share this novel