BAB 10

Drama Series 27353

Is setelah lama berada di luar bilik akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke bilik kerana kawannya semua telah masuk bilik kecuali dirinya.

Is yang melihat Aryana sedang tidur dengan enak di atas katil membuat dirinya marah. Dia marah disebabkan setelah apa yang berlaku, Aryana tidak berterus-terang dengan dirinya. Dia berhak mengetahuinya daripada mulut Aryana sendiri bukan dari mulut orang lain.

Is dengan tidak puas hati terus pergi menolak Aryana sehingga terjatuh ke lantai hingga dirinya boleh dengar bunyi badannya yang tersembab di lantai. Is gelak puas.

“Padan muka kau pompuan! Kau layak dapat semua ni! Aku pun hairan lah tengok kau ni! Berapa kali aku malukan dan maki kau pun, kau macam tak dak perasaan jaa aku tengok.. Ohhhh... Aku lupa yang kau memang binatang pun kan sebab tu boleh buat plan sampai macam tu sekali kan .. sampai boleh bagi kita kahwin.. Apa yang kau nak pasti kau takkan dapat.. Jangan harap aku nak bagi kat pompuan murahan macam kau. " Marah Is pada Aryana disembur ketika itu.

Aryana yang mendengar cuba untuk melawan akan Is tetapi apakan daya kudratnya.

“Tuan Is, saya se... jukk... " Kata Aryana sambil merapatkan lututnya pada dadanya untuk menahan kesejukan akibat terjatuh dari katil dan dia tidak beralaskan apa-apa. Tambah lagi Aryana yang sedang demam.

Is yang mendengar perkara tersebut lagi bahagia kerana tujuannya hanyalah untuk menyeksa Aryana. “Lantak kaulah! Benda lain boleh buat sendiri takkan yang ni perlukan bantuan aku? Hah? Apa kata kita try lagi sejuk nak tak? Jomlah.. Kau kan berani pompuan!" Kata Is lalu terus mencapai alat kawalan pendingin hawa dan terus meminimumkan number sehingga 16°c.

Aryana yang melihat perbuatan Is terus “Tuan... tuan tengah buat apa? Tuan sejukkan lagi kah bilik ni? tolonglah tuan.. Jangan .. saya tak tahan sejuk niii" Kata Aryana sambil memeluk badannya yang terketar-ketar menahan sejuk.

“Aku panas! Lantak kau lah kalau sejuk! Kau ada nampak muka aku macam kisah kah?" Jawab Is tanpa menghiraukan kesejukan Aryana kerana dia memang ingin menyakiti Aryana.

“Kau kan yang tergedik-gedik nak kahwin dengan aku kan? Sampai sanggup mempertaharuhkan maruah kau untuk dapatkan aku? Dasar perempuan murahan" Marah Is terhadap Aryana.

Aryana yang mendengar perkara tersebut tidak dapat menahannya lagi lalu menjerit ke arah Is “Saya tak buat apa pun kat Tuan! Tuan yang salah faham.... Saya pun teraniaya dalam hal ni!"

Is yang mendengar Aryana menjerit terus pergi mendekatkan dirinya dengan Aryana sambil memegang muka Aryana “Hei pompuan! Kau sedar tak apa yang kau buat?.. Kau boleh pulak buat macam tak berdosa kan.. " Jawab Is

“Saya tak buat apa-apa pun Tuan.. Percaya lah.. saya nak buktikkan pun, saya tak da bukti" Balas Aryana dengan keadaannya yang tidak bermaya itu.

“Kau diam lah.. Jangan berlakon naif .. Faham tak? Diammmm.. " Jerit Is menyebabkan Aryana tersentak.

“Percayalah Tuan saya tak bersalah punn" Kata Aryana dan tanpa disedarinya air matanya telah tumpah menghiasi lantai.

“Eh pompuan, aku kata kau jangan berlakon boleh tak? Faham takkk.. Dok menangis bagai.." Air mata Aryana lebih lebat lepas dengar Is menjerit.

“Kau memang degil kan.. Mai kau ajar" kata Is seraya mengangkat Aryana lalu dihempasnya ke katil.

Aryana yang memang dalam keadaan tidak bermaya terus tidak sedarkan diri selepas dihempas Is.

“Woi! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni.. hah?" Kata Is sambil menapar pipi Aryana dan Ya memang Aryana tidak sedarkan diri. Is yang memegang pipi Aryana dan merasa badannya yang terlampau sejuk itu terus menutup suis pendingin hawa.

Walaupun dah tutup suis penghawa dingin, Aryana masih dalam kesejukan dnan Is dapat merasakan itu. Is teringat akan pesanan doktor.

“Apa aku nak buat sekarang! Eshhh.. suis air cond pun aku dah tutup..macam mana nak bagi panas badan dia?" merungut Is dengan perasaan serba salah.

Is yang tidur di sebelah Aryana terus memikirkan jalan sambil menarik selimut menutupi badan mereka memandangkan hanya itu satu-satunya selimut yang ada dalam bilik itu. Is juga telah redha apabila Aryana tidur disebelahnya kerana dia juga punca keadaan Aryana menjadi lebih teruk

Is yang ingin memejamkan matanya dan ingin tidur terganggu dengan pergerakkan Aryana. Aryana yang terjaga terus bergetar kesejukan walaupun telah diselimuti Is dan membuka kipas dalam number yang paling minimum.

“Serius ah pompuan ni?.. Takkan nak bakar bilik ni kut baru dia tak sejuk? Haihh.. " Mengadu Is apabila melihat Aryana yang tidak selesa tidur dengan kesejukan sebegitu.

Yang lebih mengejutkan, Aryana mendangkap tangan Is dan meletakkan kepalanya di lengan Is ibarat lengannya bantal buatnya. Is melihat Aryana lebih selesa apabila mendangkapnya kerana ia membuat Aryana tidak sejuk.

Is melihat muka polos Aryana apabila mereka berada begitu dekat dan akan tidak percaya yang Aryana yang punca semua itu.

Is sendiri tidak sedar bila dia tertidur.

Sorry chapter pendek

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience