Is merupakan seorang YouTubers yang amat dikenali ramai. Wataknya yang peramah dan sopan santun telah menarik minat semua orang untuk menonton videonya.
Tidak dapat dinafikan bahawa akan ada seorang cameraman yang akan mengekorinya ke mana saja yang diperginya apabila mempunyai video baharu yang perlu dilaksanakkan.
Is juga telah memulakan sebuah syarikat berdasarkan produk dan jenamanya sendiri. Perniagaannya mendapat sambutan ramai terutama daripada pengikut-pengikutnya di media sosial.
Rumah mereka itu merupakan hasil usaha dia dan rakan-rakannya. Rumah itu diduduki oleh Is, Aiman, Irfan, Aieril, Luqman dan Mak Som. Mereka semua mempunyai jiwa penyayang. Sebab itu jugalah Mak Som boleh bekerja dekat situ.
“Wey, awai ampa sampai? Awat tak mesej?" tanya Is apabila melihat rakan-rakannya telah siap dan menunggunya.
“Awat? kalau kami habaq pun hg boleh mai awai kah? eleh! kami tau lah hang pi stop mana dulu sebelum mai.. kalau tak, mengamuk gila tu nanti" jawab Aiman kerana dia tahu yang Is pergi melawat teman wanitanya terlebih dahulu sebelum datang ke mari. Aiman dan lain-lain juga geng Mak Som yang senarai hitamkan Si Farah tu.
“Hg tak baiklah dok panggil dia gila semua.. taulah dia tu macam mana tapi dia girlfriend aku kan... Respectlah sikit." Marah Is apabila mendengar Aiman memanggil teman wanitanya gila. Dia tahu akan perangai teman wanitanya tapi dia terlalu sayang akannya. Bak kata cinta itu buta.
“Alah, sudah- sudah.. apalah ampa semua ni, benda kecik2 semua nak gaduh.. mampoi lah.. Mai Is, kami dok tunggu hg lah punya lama baru nampak batang hidung hg.. kami nak bincang pasai next video kita.." Balas Irfan mendamaikan keadaan yang sedang panas tadi. Is terus mengambil tempatnya.
“last video kita dah cecah 30m views tau" kata Aieril untuk memulakan perbicaraan mereka.
Setelah beberapa jam mereka berbincang, telefon bimbit milik Is sedang berbunyi tanpa henti. Is tidak menjawab panggilan terdebut kerana dia menghormati mesyuarat yang diadakan mereka dan panggilan tersebut juga tidak kelihatan penting kerana pemanggil itu ialah Farah.
“Is jawab je lah call hg tu, kalau dak dia x kan lepas hg punya.. rimas aku duk dengar" kata Aiman apabila mendengar telefon bimbit Is yang sedang berbunyi tanpa henti kerana Aiman tahu yang pemanggilnya ialah Farah.
“Yelah yelah.. sorry guys, aku terpaksa jawab call ni, kalau tak dia tak nak berhenti call although aku dah reject call dia.. Haihh" kata Is sambil mengeluh dengan sikap teman wanitanya.
Kawan- kawannya hanya mengganguk sebagai tanda memahaminya. Is telah bergerak jauh sikit daripada tempat perbualan mereka.
Is terus menjawab panggilan Farah yang sedang menelefonnya tanpa henti. “ Hello, sayang I ada meeting kejap, jap gi I call balik boleh? Anything emergency sayang?" kata Is dengan penuh kasih sayang kerana Is terlalu mencintai Farah.
“Bie, l nak jumpa u sekarang boleh x? kita jumpa kat rumah u? please bie.. I merayu sangat2.. memang ada emergency pun but I need you at my side.. Takkan meeting pun u x leh tinggai jap utk I? Sampai hati u bie, tak palah, I kan sapa?" jawab Farah kepada pertanyaan Is.
“Janganlah cakap macam tu sayang, U tau kan I sayangkan u macam mana... Takpa I datang sekarang.. U tunggu kat rumah I .. ya syg.. Love you.. " pujuk Is lalu terus mematikan panggilan tersebut dan beritahu kawan-kawannya bahawa dia ada emergency lalu keluar pergi meninggalkan mereka.
****************************************
Selepas panggilan tersebut telah ditamatkan, Farah terus ketawa bahagia kerana rancangannya akan berjalan tidak lama lagi.
“Padan muka kau Is, kau tunggulah apa yang aku nanti buat.. Aku suruh kahwin dengan aku cepat- cepat kau x nak kan.. sekarang ni kau nak pun, kau tak boleh nak hentikannya.. Hahahaha.." Luah Farah sambil ketawa membayangkan rancangannya yang akan berjalan lancar sebentar lagi.
“ Aku tau yang aku takkan dapat kahwin dengan kau punya sebab orang sekeliling kau nak halang kau tapi aku kena pastikan kita kahwin bie sebab aku nak hidup kaya tannak hidup yang miskin macam ni.. Faham tak?
Aku takut sangat yang aku takkan dapatkan kau sebab orang sekeliling hang.. Tolong faham yeerr.. sekali ni jee kita sengsara lepas tu kita bahagia dah bie.." luah Farah pada gambar Is yang berada di fonnya seolah-olah perempuan gila.
Memang sepanjang pergaulan diorang, Is tak pernah sentuh Farah mahupun memarahinya kerana Is terlalu cintakan Farah. Is juga tahu batas pergaulan nya. Farah satu- satunya manusia yang hadir dalam hidupnya membawa kebahgiaan.
“Simple jaa bie, U dtg rumah and duduk, lps tu I dtg dan kawan I akan tlg call pejabat agama sebaik sahaja I masuk rumah u.. That's it .
Simple kan? I pilih hari ni sebab I tau yang x dak siapa- siapa di rumah ni.. only you and me.. U x yah buat apa-apa pun.. U cuma perlu prepare nak akad nikah jaa.. lps tu, u tulis harta u semua atas nama I? Settle.. Tutup cerita.. Hahahahahahahaa" Sambung Farah menceritakan akan rancangannya pada gambar milik Is di telefonnya.
Tanpa membuang masa, Farah terus menelefon kawannya menyuruh agar bersiap sedia dan dia terus memecut keretanya ke rumah Is.
Harap faham jalan cerita.. Sorry kalau cerita tak best...
Share this novel