Matahari terbit seperti biasa dan masa tetap berlalu seperti biasa. Manusia yang bijak menggunakannya amat untung.
Begitulah pemikiran Is yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan kerana baginya setiap masa yang berlalu amat berharga.
“Mak Som, sedap bihun goreng mak som.. " kata Is sambil memuji Mak Som yang merupakan bibik rumahnya tetapi lebih kepada seorang ibu baginya selepas kematian kedua ibu bapanya.
“Eleh, pandai yer kamu nak ambik hati Mak Som nii.. Mak Som tau Is dok letak ais lebih nii.. " Mak Som dah dapat hidu kehendak Is.
“Mana ada Mak Som.. benda sedap, pujilah.. " nafi Is akibat takut dikantoi Mak Som
“ Mak Som tak akan setuju kamu nak berkahwin dengan Farah tuu" luah Mak Som pada Is kerana dia tahu topik tersebut yang ingin dikatakannya
“Dia bukan perempuan yang sesuai dengan kamu Is, dia tu talam dua muka.. depan kamu cakap macam tak pernah buat dosa tapi belakang kamu .. Haihh..Mak Som bukannya nak burukkan dia ke apa tapi Mak Som kesiankan kamu yang masih tertipu dengan dia" sambung Mak Som dengan riak wajah yang sedih.
“Takpalah Mak Som, Insyallah nanti dia berubahlah.. Mak Som janganlah stress sangat.. Lepas kahwin nanti dia berubahlah" Luah Is nak sedapkan hati Mak Som sebab dia tahu sikap teman wanitanya tetapi akibat terlalu sayang dia juga tak mampu nak kata apa-apa.
Mak Som hanya mengangguk sebagai tanda mendengar kerana Mak Som tahu yang Farah takkan berubah. Is terus bangun dari meja selepas habis menjamu selera di meja makan dan berlalu ke luar rumah untuk bergerak ke tempat kerjanya.
“ Okay Mak Som, Assalamualaikum" kata Is sambil keretanya bergerak berlalu
“ Waalaikumusalam" kata Mak Som tetapi tidak kedengaran Is kerana keretanya telah berlalu pergi jauh dari pandangan Mak Som.
Mak Som terus berlalu masuk ke rumah dan menyambung kerja rumahnya tetapi dalam hatinya tidak jemu mendoakan Is yang dianggap anaknya sendiri untuk mendapatkan jodoh yang baik kerana Farah bukanlah seorang gadis yang baik.
****************************************
“Arghh, mengantuknya" kata Ana sambil mengosok matanya yang masih mengantuk. Ana tahu yang dia akan mengantuk di pagi hari kalau dia melakukan kerja sekolahnya hingga ke pagi tapi apakan dayanya untuk tidak menyiapkannya. Ana terus bangun dari katil daripada dia bermalas- malasan dan lambat ke kolej nanti.
“Woi Perempuan, kau dah tau yang kau nak pi kolej, pasaipa tak bangun awai? sekarang siapa nak buat sarapan untuk kami hah? kau senang- senang pi kolej, habis tu qaisa nak makan apa? jerit Mak Lah apabila tidak melihat kelibat Ana di dapur walaupun matahari sudah terbit.
Ana yang sudah siap solat dan memakai tudung terus menyahutnya “ Ya ya, saya dok mai ni.. sekejap yaa" balasnya dengan kelembutan kerana berdebat dengan Mak Lahnya ibarat berdebat di Parlimen yang tiada kesudahannya.
Ya, memang benar semua kerja di rumah tersebut harus dibuat Ana sejak dia dibela oleh Mak Lahnya. Selepas kehilangan Maknya sewaktu usianya yang kecil itu telah menyebabkan Ayahnya melarikan diri tinggalkannya dengan Mak Lah.
Menurut cerita atau lebih bagus dikenali dengan leteran Mak Lah, Ayahnya telah tinggalkannya selepas kematian Maknya dan berkahwin dengan perempuan kaya yang disukainya. Bagi Ana, dia tidak akan mempercayainya selagi dia yang melihatnya.
Jadi, selepas Ana dah arif membuat kerja rumah, memasak dan ssbagainya, dia ibarat telah tetap dengan kerja-kerja tersebut sehinggalah sekarang.
Bak kata Mak Lah, “setiap kali hg buat kerja rumah tu macam hg bayaq balik kat aku duit yang aku habiskan untuk besarkan hg.. " Ana telah biasa melakukannya tapi ia agak susah untuk dilakukan apabila melakukannya sambil belajar.
Dan sebab itu jugalah Ana telah mengambil Tingkatan Enam yang mempunyai kos yang amat rendah dan sesuai dengannya.
Selepas Ana menyiapkan sarapan bagi semua orang, Ana terus mengambil kuncinya dan berlalu mendapatkan motor yang sudah siap diparkir di halaman rumah Mak Lahnya.
Ana sedang bekerja di kedai Pak Mail selepas habis sahaja SPMnya sehingga sekarang. Gajinya RM1000.00 sebulan tapi Mak Lahnya akan ambil separuh daripadanya dan baki RM500.00 itulah yang digunakannya untuk mengambil lesen dan seterusnya membeli motor dengan membayar secara ansuran. Ana terus menghidupkan enjin motornya dan bergerak lalu meninggalkan perkarangan rumah Mak Lahnya.
Semoga ceritanya best
Share this novel