Setibanya di pejabatnya, Alangkah terkejutnya apabila melihat sekumpulan wartawan yang sedang menunggu kehadiran mereka. Is seperti biasa manakala Aryana sudah mengelabah kerana inilah kali pertama dirinya ke pejabat 'suaminya' dan ini kali pertama dia akan bersama dengan suaminya di hadapan khalayak ramai dan ini kali pertama buat dirinya untuk ditemu ramah oleh wartawan.
Is menoleh ke arah Aryana sambil berkata “Kau ulang apa yang kau cakap kat Pak Man dekat sini gak! Jangan berani kau ubah cakap yaa! " Cakap Is sambil memberi amaran kepada Aryana.
Aryana hanya tunduk memandangkan semuanya telah dirancang Is dan dirinya ibarat anak patung yang digerakkan oleh Is.
Bagi Is, untuk berkahwin dengan Farah adalah impian utamanya namun impiannya hancur tatkala Aryana muncul dan terpaksa berkahwin dengannya. Dirinya yang semakin hari semakin membenci Aryana tidak mampu menerimanya namun perkara itu berlaku sebaliknya jika bersama Farah. Baginya, farah adalah segala-galanya. Ya! Memang tidak dapat dinafikan bahawa farah memang selalu berada di samping Is saat dirinya memerlukan. Jadi bagi Is, perkahwinan yang akan berlangsung antara Farah dan Is akan memberi cahaya sinar kepada kehidupannya semula.
Namun bagi Farah, perkara ini sebaliknya kerana dirinya ingin berkahwin dengan Is semata-mata ingin hidup dalam keadaan kaya raya tanpa sebarang masalah kewangan. Pada awalnya, dia terpaksa buat rancangan 'tangkap basah' dia dan Is kerana dia tahu yang dan takut akan perkahwinannya tidak akan berlaku keran perwatakan Is yang mengikut kata-kata orang sangat tetapi selepas perkahwinan yang terpaksa itu, Is lebih kuat pendirian, tidak langsung mendengar kata-kata orang di sekelilingnya langsung namun sebaliknya yang berlaku tetapi keinginannya untik berkahwin dengan Is bertambah kuat kerana sebab sesuatu yang tidak ingin diberitahunya sehinggalah dia berjaya menjadi isteri yang sah kepada Is.
Is pun turun dari kereta dan menuju ke pintu Aryana sambil membukakan pintu kepadanya dan menunggu sehingga Aryana turun. Peristiwa itu diambil gambar oleh wartawan yang sekarang telah mengelilingi mereka.
Is seterusnya memimpin tangan Aryana sambil menuju ke ke arah pintu pejabatnya. Aryana yang sangat terkejut dengan tindakan Is hanya mampu berdiamkan diri disebabkan terdapat wartawan di sekeliling mereka. Pegangan Is terhadap Aryana terlerai sebalik sahaja memasuki bilik pejabatnya.
Is telah mengarahkan semua wartawan ke bilik mesyuarat dan dirinya akan tampil tak lama lagi. Aryana tahu gerak-geri mereka sedang dilihat oleh rakan-rakan Is yang menjadi terkejut apabila terlihat kelibat Aryana di pejabat mereka. Mereka tidak sempat untuk bertanyakan perkara yang berlaku, terus Is yang dari dalam bilik pejabatnya terus menarik tangan Aryana ke dalam bilik mesyuarat yang telahpun dipenuhi dengan para wartawan.
Is dan Aryana telah mengambil tempat duduk masing-masing sementara Aryana dalam keadaan yang amat membingungkan dan tak mampu bereaksi akan perkara yang sedang berlaku dan bakal berlaku.
" Assalamualaikum semua! Tujuan saya memangil semua wartawan pada hari ini adalah kerana saya ingin mengumumkan tentang suatu perkara yang akan mengejutkan kamu semua!" Is mulakan ayatnya dengan salam dan kemudiannya membuka kata dengan membwri saspen kepada mereka semua.
“Saya akan berkahwin untuk kali yang kedua!" Kata Is seraya mengejutkan semua orang yang berada di bilik itu seperti yang dijangkakannya.
“Adakah tuan Is akan menceraikan Puan Aryana?" Tanya salah seorang dari kumpulan wartawan itu.
Sebutan 'Puan Aryana' amat memberi kesan yang mendalam kepada Aryana.
“Tidak! Saya tidak akan menceraikan isteri saya.. Malah isteri saya juga yang setuju dan memberi galakan kepada perkahwinan ini" Jawab Is dengan amat tenang tanpa sebarang reaksi yang cemas di mukanya.
“Kurang jelas penyataan tersebut! Kami perlukan pernyataan yang lebih jelas!" Kata salah seorang dari wartawan tersebut.
Aryana terkejut tatkala semua perhatian wartawan kini beralih pada dirinya.
“Apakah yang dimaksudkan oleh Encik Iskandar? Adakah Puan Aryana bersetuju dengan perkahwinan ini?" tanya salah seorang wartawan pada diri Aryana.
“Ya, saya setuju" Jawab Aryana dengan ringkas dan tepat.
Jawapan Aryana membuatkan semua di dalam bilik itu diam sebagai tanda sedih dan kecewa.
Kesunyian itu dipecahkan oleh salah seorang wartawan yang lebih cenderung untuk mengetahui sebab keputusan ini dibuat.
“ Encik Islandar, apakah sebab keputusan ini dibuat secara tiba-tiba?" Tanyanya.
“Sebenarnya Isteri saya yang ingin saya berkahwin lain memandangkan dirinya tidak mampu memberi cahaya mata kepada saya ! Saya pun tidak bersedia untuk perkahwinan yang kedua ini namun saya mengikut kehendak isteri saya" Jawab Is dengan muka yang sedih tapi menggunakan nada yang amat tenang.
Jawapan Is amat menyusuk ke jiwa Aryana namun tidak dikatakan apa-apa kepadanya.
“ Maksud tak mampu nak bagi cahaya mata itu apa ?" Tanya wartawan itu secara lanjut.
“Hmm, Isteri saya mandul! Kami dapat tahu apabila kami merancang ingin memiliki seorang cahaya mata!" Jawab Is lagi dengan penipuan yang semakin lama, semakin banyak.
"Puan Aryana ada apa-apa penjelasan dari pihak Puan?" Tanya wartawan yang lain bagai ingin kepastian dari percakapan Is.
“Ya, memang benar pun.. saya tak mampu kurniakan seorang cahaya mata buat suami saya, jadi saya tidak mahu keturunannya terbantut sehingga kami, jadi saya yang menyuruhnya kahwin buat kali kedua! Keputusan ini dibuat dan mendapatkan kerelaan semua pihak dari keluarga kami" Jawab Aryana dengan nada yang amat sayu. Bukan sahaja dirinya difitnah namun dirinya dipaksa untuk bercakap bohong.
Sebelum wartawan itu sambung ke percakapannya yang lain, Aryana terlebih dahulu memotongnya.
“Jika tiada apa-apa lagi, izinkan saya undur diri!" Bagitau Aryana dan tanpa menunggu kebenaran sesiapa, dia terus keluar dari bilik itu.
Dirinya tidak mampu lagi untuk bercakap tipu lagi. Dia ibarat dibunuh hidup-hidup dengan percakapan dan pengakuan Is. Dirinya ketika itu sedang membayangkan perlakuan Mak Lahnya dahulu kala dan merasakan bahawa kedua-kedua mereka tidak mempunyai perbezaan. Mereka hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Aryana terus keluar dari bangunan pejabat 'suaminya' dan terus menuju balik ke rumah
Manakala Is pula telah menamatkan temu ramah tersebut memandangkan Aryana pun sudah cakap apa yang dirinya perlukan. Jadi dia tidak langsung kisah akan perasaan orang lain. Is dengan selambanya masuk kembali ke biliknya dan menikmati momen yang baginya amat indah tanpa memikirkan nasib Aryana selepas itu.
Share this novel