BAB 13

Drama Series 27353

Setelah masuk ke dalam biliknya, Aryana berasa amat sedih akan tingkah laku Is dan Farah. Dia juga berasa sakit di badannya akibat perbuatan Farah terhadap dirinya. Aryana juga telah tertidur dalam keadaan begitu sehingga dikejutkan Mak Som.

“Yana! Yana! Aryana!.. Buka pintu ni nak! Mak Som ni..” Jerit Mak Som sambil mengetuk pintunya.

Aryana yang terkejut dengan jeritan itu terus membangunkan dirinya secara perlahan-lahan kerana badannya masih sakit dan terus memulas tombol biliknya itu dan melihat Mak Som yang tercegat di depan pintu.

“ Hah! Tu pun kamu.. Ingat dah mati tinggai tengkorak dah! " kata Mak Som sebelum Aryana membuka mulut.

“Laaa.. Apa punya doa tu Mak Som? Mak Som tak sayang saya dah kah?" jawab Aryana dengan riak muka yang sedih terus.

Aryana amat menyayangi Mak Som sejak dirinya tinggal di rumah Is tetapi bila difikirkan balik siapakah dirinya untuk disayangi.

“Ya Allah! Kesitu dia fikir... Mak Som melawak jaa nak! Saja nak usik kamu .. Dah lah tadi kena bahan dengan si Farah tuu.. Tu lah Mak Som nak ‘chair up' kamu!" jawab Mak Som dengan penuh kasih sayang.

“Mak Som kata apa?" Tanya Aryana terus gelak dengan kuat.

“Kata apa?" Tanya Mak Som tidak pasti akan ayat mana yang tidak difahami Aryana dan pelik melihat Aryana yang gelak tetapi cukup menenangkan jiwanya yang telah menggangap Aryana sebagai anaknya.

“Tadi kan Mak Som kata ‘chair up' kan?" jawab Aryana sambil memegang perutnya yang sakit akibat gelak yang agak lama.

“Erhhmm yelah .. nak seronokkan kamu kan.. Mak Som tau kamu hairan yang Mak Som boleh speaking kan? ke kamu jealous?" kata Mak Som sambil mengusik Aryana.

“Mak Som .. tu ‘Cheer up' bukan ‘chair up' .." kata Aryana terus menyambung gelaknya.

“ laaa.. okay lah tuu.. asalkan kamu fahamm.." kata Mak Som sambil memarahi dirinya yang ingin bertutur walaupun tidak fasih dalam menyebutnya lagi.

“Errmm.. lagi satu buat apa saya nak jealous dengan Mak Som.. sebenarnya Mak Som dah saya anggap macam mak saya sendiri dah.." Kata Aryana seikhlas hati sambil memeluk Mak Som.

Pelukan Aryana dibalas Mak Som dengam hati yang penuh riang. Tanpa disedari, perbuatan mereka tersebut diperhatikan oleh Is dari jauh.

“Ehem.. Errmmm" kata Is untuk menyedarkan mereka akan kehadirannya. Is agak cemburu melihat keakraban mereka berdua memandangkan dahulu dia yang rapat dengan Mak Som.

Mak Som dan Aryana terus meleraikan pelukan dan berdiri tegak seperti hendak menyanyikan lagu negaraku.

“Peluk dua-dua sampai tak sedar orang berdiri kat sini!" Marah Is lebih-lebih lagi melihat mereka membuat muka polos.

“Kalau macam ni lah gaya dia..pencuri masuk pun tak sedar kut .. silap hari bulan habis semua dia sapu" Marah Is lagi tanpa sebab.

Mak Som dan Aryana hanya mendengar leteran Is kerana mereka tahu apa yang akan diperkatakan mereka pasti akan dimarahi semula.

“Dok tercengat apa lagi? Pi lah hidang makan! Takkan kenyang kut tengok muka korang hah?" Jerit Is tidak puas hati akan mereka yang seakan-akan tidak terasa dengar percakapannya sebentar tadi.

“Baik" Jawab Mak Som dan Aryana serentak sambil bergerak memulakan kerja mereka.

Is terus bergerak ke ruang tamu sebaik sahaja melihat mereka yang telah memulakan kerja.

“Wah! wanginya masakan Mak Som nii! Terliur saya! Yum . yumm.. " Kata Aryana sambil membuat aksi lidah terliur sebaik sahaja membuka periuk yang berisi lauk dimasak Mak Som.

“Kamu jangan macam-macam.. Tu nampak tuu Tuan Is kamu tu dah mengamuk.. menyempat lagi ye kamu nii! Baik cepat sebelum dia mengamuk balik! " Jawab Mak Som takut akan Is yang dirinya juga tidak dapat menjangka angin Is yang tidak menentu.

Mereka berdua terus menghidangkan makanan dan Aryana terus mencapai jug untuk menuangkan air di cawan tetapi perbuatannya terbantut apabila terdengar suara Farah.

“Bie! Mana you pi? Kenapa tak angkat call I? " Kata Farah sebaik sahaja memasuki pintu rumah dan melabuhkan punggungnya di sebelah Is.

Aryana yang melihat kejadian tu terus membuat muka menyampah lalu menyiapkan kerja dan terus menuju ke dapur. Aryana tidak mahu kejadian pagi tadi berulang lagi.

“Nak, baik kamu masuk ke bilik jaa.. Mak Som bukan apa .. takut benda jadi balik.. " Kata Mak Som sebaik sahaja melihat kelibat Aryana.

“Baik Mak Som" Jawab Aryana kerana dirinya juga tidak mampu untuk berhadapan dengan perkara seperti itu kembali.

Is dan Farah terus berbual rancak sehingga dipanggil Mak Som untuk menjamu selera.

“Is, datanglah makan.. " Sapa Mak Som dengan lembut.

“Hmm.. yelah! Jom sayang, kita makan dulu yeerr.. Tak bagus perut kosong lama-lama ni! " Jawab Is terus menuju ke meja makan diikuti Farah dari belakang.

Mak Som terus semawar mereka dan keadaan yang sunyi itu dipecahkan oleh Farah dengan menanyakan keberadaan Aryana.

“Errmm.. Mana pompuan perampas tu hah? " Tanya Farah dengan riak muka yang selamba.

“Sayang, biar pi lah kat pompuan tuu... Jangan tarik pasai dia boleh tak? Dah meluat dengar dah.. At least bagi lah saya makan dengan tenang waktu ni tanpa dia!" Jawab Is sebelum Mak Som menjawab keberadaan Aryana.

“Tapi bieee..." Jawab Farah sambil tangannya yang gedik mengusap lengan Is

“Tak dak tapi-tapi... cukuplah.. bagi saya tempoh bertenang boleh tak? Please?" Jawab Is kembali sambil merayu kembali kepada Farah agar Farah tidak menimbulkan apa-apa masalah buat masa ni.

Perbualan mereka terbantut di situ setelah mendengar sekumpulan suara yang memberi salam di depan pintu.

“Asssalammualaikum! " Kata Aiman, Irfan, Aieril, Luqman beramai-ramai.

Mereka yang mulanya ceria terus berubah riak muka setelah melihat Farah yang berada di meja makan.

“Waalaikumusalam" Jawab Mak Som manakala Is telah pucat terus mukanya kerana dirinya tidak mahu kawan-kawannya melihat Farah di rumah.

“Mailah makan semua.. ni Mak Som dah sediakan semua.. tunggu makan jaaa" kata Mak Som sambil melihat muka Is yang menjeling tajam kearahnya.

Mereka pun terus mengambil tempat di meja makan memandangkan mereka pun sudah lapar.

“Kamu semua tak bagitau pun nak datang? Kalau tak Mak Som boleh masak makanan sedap-sedap gi .. ni Mak Som masak simple jeerr" Kata Mak Som sambil meletakkan pinggan kosong di atas meja.

“Tak cukup makanan kah Mak Som? kalau tak cukup tak palah.. bagi makan kat mana yang kebulur dulu.. kami makan kat luar" kata Aiman pada Mak Som tapi lebih tujukan kepada Farah.

“Ehhh, jangan cakap macam tuu!.. Mak Som tak maksudkan tuu.. Kamu kan suka makan ayam goreng.. kalau Mak Som tahu kamu makan di rumah, Mak som masak lagiii sedap!"

“Sudahlah Aiman ! nak kacau Mak Som pun agak-agak lah.. tengok Mak Som sampai rasa bersalah!" Kata Irfan sampai memandang Aiman yang sedang membuat muka polosnya.

“Dah.. dah Mak Som.. jangan ambil hati sangat dengan dia! Aiman melawak jeee" Kata Irfan memandang Mak Som pula kerana risau berlaku salah faham diantara mereka.

“Ehh, tak pa Irfan.. Mak Som dah masak dengan perangai dia tuu. tak da ambil hati ahh... Ermm.. Jemputlah makan semua!" Jawab Mak Som sambil menjemput mereka makan.

“Ya tak ya jugak.. Dah lah lapar sangat nii.. Jom semua .. Irfan baca doa makan!" Kata Luqman sambil memandang Irfan.

Irfan hanya mengganguk kepalanya sebagai tanda memahami tugasannya. Irfan terus mengangkat kedua-dua tangannya sambil menunggu yang lain berbuat demikian juga.

Semua yang lain telah mengangkat tangan kecuali Farah yang terus ingin mencedok nasi di hadapannya tetapi ditepis Is terlebih dahulu.

“Sayang, baca doa lah dulu! " Kata Is sambil memandang Farah yang menjeling tajam kearahnya.

“Hrmmm" jawab Farah sambil mengangkat tangan dengan muka yang tidak puas hati.

“Bismillahirahmanirahim, Allahumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar" Irfan membaca doa makan dengan begitu lancar.

Setelah itu, mereka semua rancak menjamu selera sementara Mak Som menolong mereka apa yang patut.

Memang telah menjadi kebiasaan mereka untuk membaca doa makan lebih-lebih lagi apabila beramai-ramai.

Aiman yang masih penuh makanan di mulut terus menanyakan Is tentang keberadaan Aryana.

“Weyy Is, mana isteri hang? Batang hidung pun tak nampak?" Tanya Aiman yang dikenali sebagai mulut celupar di antara mereka.

Is yang dari tadi tidak mahu soalan seperti dikemukan kepadanya tertanya juga.

“Errmm.. Aku tak tahu " Jawab Is dengan selamba..

“Mak Som mana aryana?" Tanya Aiman pada Mak Som pulak memandangkan dia masih belum memdapatkan jawapan bagi soalannya.

“Ermm.. Dalam bilik .." Jawab pendek Mak Som sambil menyambung kerjanya.

“Dalam bilik? " Tanya luqman pula yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Mak Som.

“Yaa dalam bilik" Mak Som memberi kepastian.

“Kenapa tak keluar makan sekali dengan kita?" Tanya Irfan pula. Selalunya Irfan tak masuk campur tapi sebab berkaitan Aryana, semua kawan-kawan Is berpihak pada Aryana.

“Suka hati dia lah! Yang korang dok melebih pasaipa? Lantak ah dia nak makan ke tak.. dah besar panjang.. makan pun tak tau kah?" Luah Is pada kawan- kawannya yang sibuk menanyakan keberadaan Aryana.

“ Awat hg dok marah pulak ni? Benda sekarang nii.. org tanya je kan.. yang hg dok emo sangat ni pasaipa?" Jawab Irfan apabila melihat Is sedang marah apabila menanyakan keberadaan Aryana.

Aierel seperti biasa hanya menjadi pendengar sahaja kepada perbualan mereka tanpa berkata apa-apa.

“Okay, boleh tak aku nak tau pasaipa pompuan ni boleh ada kat sini?" Tanya Aiman pada Is.

“Aku yang ajak Farah mai makan! Ada masalah kah?" Jawab Is dengan perasaan yang tidak puas hatinya.

“Bukan masalah tapi.. " Belum sempat Aiman menjawab kembali, dia terdengar pintu bilik Aryana terbuka dan dirinya yang bergegas menuju ke arah tandas.

**********************************************

“Berapa lama lagi aku nak bertahan niii ?" Tanya Aryana pada dirinya yang tidak mampu bertahan sehingga mereka semua habis menjamu selera.

“Aku rasa tak dak masalah pun kan kalau keluar? Paling teruk pun dia buat muka je kan.. .. Ah lantak ah .. yang penting aku dapat pi toilet" kata Aryana pada dirinya dan terus memulas tombol pintu.

Ketika dirinya keluar, dia melihat perbualan mereka terbantut dan semua mendiamkan diri sebaik melihatnya tetapi dia tidak memperdulikan semua perkara tersebut dan menuju ke tandas yang berada di dapur.

**********************************************

“Hah! Tu dia dah keluar dari bilik! Pi lah tanya dia pasaipa tak keluar! Jangan dok bebel kat aku dah! Jom sayang, kita makan kat luar jaa.. kat sini memang tak dapat makan dengan tenang..." kata Is terus bangun dan menuju ke keretanya.

Farah yang meihat Is pergi meninggalkannya terus bangun sambil berkata kepada Aiman dan yang lainnya.

“Jaga mulut busuk you yerr! Once I dah dapat hak I, jaga you! "

Tanpa membuang masa, dia terus pergi menuju ke tempat keberadaan Is.

“Lantak kau lah pompuan.. Sedar diri tu .. Eshh meluatlah" kata Aiman yang tidak tahu sama ada jawapannya didengari Farah atau tidak.

Mereka terus menjamu selera tanpa berkata apa-apa lagi.

Mak Som hanya mendengar tanpa berbuat apa-apa dan sambung melakukan kerjanya yang lain.

Sorry lambat uptade.. Tq support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience