"Assalamualaikum" Ucap Is ketika berada di hadapan rumah Aryana.
Aryana yang berdiri di sebelah Is terus berasa gelabah tanpa henti memikirkan perkara yang ingin diucapkan oleh Is pada keluarganya nanti.
"Waalaikumussalam" Sahut Pak Man sambil dijenguk Mak Lah dari belakang.
Kegelisaan Aryana semakin menebal selepas mereka dijemput naik dan berada di ruang tamu.
"Arr.. Lama kamu berdua tak jenguk kitaorang.. Kamu sihat nak?" Tanya Pak Man pada Aryana dengan pandangan yang penuh kasih sayang.
"Sihat, Alhamdulillaah Pak Man.. " Jawab Aryana ringkas dan mudah kerana baginya selagi Is tidak menjelaskan sebab dirinya ke rumah itu, selagi itulah dirinya tidak dapat duduk dengan tenang.
“Pak cik, saya ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan keluarga pak cik.. " Kata Is menyusun ayat untuk memberitahu hajatnya.
"Ya Is? Bagitau jaa.. mana Pakcik boleh bantu pakcik bantu.. Insyallah! " Jawab Pak Man dengan tenang.
Mak Lah dibelakang sedang berdoa agar perkara yang akan diberitahu itu sesuatu yang buruk.
“ Saya nak kahwin yang kedua! " Kata Is dengan pantas.
"Ah? Biar betul? kenapa?" Jawab Pak Man lebih kepada soalan yang bertalu-talu kerana terkejut akan berita itu.. Tetapi lain pulak bagi Mak Lah yang lebih tertarik dengan cerita itu dan terus membawa dirinya lebih dekat kepada tempat perbincangan itu.
Manakala Aryana pulak masih hairan, takkan disebabkan perkara ini Is sanggup turun pandang hingga ke rumahnya? Masih tidak dapat dipercayai lagi..
“Jangan terkejut Pak Man, sebenarnya saya tak ingin kahwin lain pun tapi disebabkan kekurangan yang terdapat pada Aryana menyebabkan saya mengambil keputusan ini." Kata Is dengan lembut dan jelas.
Aryana pulak terpinga-pinga dengan alasan Is yang ingin berkahwin lain..
“Maksud kamu ? Apa kekurangan yang ada kat dia? Allahu" Tanya Pak Man pada Is dengan inginkan penjelasan yang lebih tepat dan terperinci.
“ Maksud saya.. Arrr.. Sebenarnya Aryana MANDUL! " Kata Is pada awalnya tergagap-gagap dan teruskan percakapannya dengam penuh keyakinan untuk mendapat kelulusan keluarga Aryana agar namanya di khalayak ramai tidak tercemar.
“ Astraghfirullahalazim! Ya Allah! Biar betul? Betul ke Aryana apa yang Is cakap tu nak?" Tanya Pak Man terus kepada Aryana.
“Ah? Arrrr... " Belum sempat Aryana menjawab pertanyaan Pak Man ya, percakapannya dipotong Mak Lahnya.
“ Tulah.. Nampak tak tuhan tuu maha kuasa.. Ayah kau buat dosa kau yang kena tempiasnya.. Tulah jangan belagak sangat dengan apa yang ada.. Nampak tak.. ada laki yang kaya, org kenai tapi nak kahwin lain sebab apa? Sebab kau tuu tak leh mengandung... Hahahahahahhaa.. Ambik kau .. Sedar-sedar lah kau ni pompuan.. cukup-cukup lah kau dah musnahkan hidup kami laki bini dengan dok menyemak kat sini.. Padan muka kau!" Perli berserta dengan sumpahan yang panjang lebar diberikan Mak Lah kepada diri Aryana yang dah lama sentap dengan kata-kata Is terhadap dirinya.
“Sudah-sudahlah kau Lah.. Kesian budak ni.. dia tak berdosa pun.. Dah memang nama bukan rezeki dia.. nak buat cam mana kan? Jangan disoal ketentuan ilahi lah..." Jawab Pak Man kepada leteran Mak Lahnya..
“ Aryana cakap kat Pak Man.. Betulkah kamu redha dengan perkahwinan ini? Tanya Pak Man pada anak buahnya kerana risau akan hati perasaannya memandangkan perkahwinannya juga tidaklah begitu sempurna.
" Aaaa.. Hmmm .. Ya Pak Man.. Saya redha dengan perkahwinan ini.. Saya tak boleh nak bagi anak.. Jadi, saya tak nak keturunannya terbantut.. Saya rasa ini jalan yang paling terbaik! Harap Pak Man dapat terimanya" Jawab Aryana dengan tenang walaupun hatinya sudah memberontak sekuat-kuatnya memikirkan dirinya yang difitnah mandul sedangkan dirinya masih anak dara yang belum disentuh oleh mana-mana lelaki lagi! Ya, walaupun Aryana pun terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut Is sebentar tadi, tapi dirinya sedar siapakah dirinya untuk menghalang perkahwinan mereka yang telahpun dirancang selama ini . Jadi, walaupun tidak dibincang dengannya terlebih dahulu, dirinya sudah tahu bahawa jawapan yang diberikan sudah pasti memberikan kepuasan kepada kedua-kedua pihak.
“ Pak Man terima nak.. tapi Pak Man risau fikirkan tentang kamu nak .. " Kata Pak Man kembali.
“ Insyallah, saya akan jaga Aryana dengan baik.. Walaupun saya akan kahwin lain, tapi saya takkan lupakan Aryana.. Saya akan bersikap adil." Jawab Is yang telah memotong perbincangan diantara Pak Man dengan Aryana.
Aryana sedikit terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Is kerana dirinya tahu bahawa kata-kata Is hanyalah ibarat bermimpi di siang hari. Is yang hanya sandiwara bagi tidak mencemarkan nama baiknya di media sosial.
Perbualan mereka terhenti sebegitu sahaja memandangkan semua orang memerlukan waktu untuk menerima kenyataan tersebut dan bagi diri Aryana, dia sudah lebih tersakiti.
Is yang telah menggunakan alasan kerja bagi menamatkan perbualannya dan perjumpaanya telah berjaya untuk meloloskan dirinya ke tempat kerja... Yang lebih menghairankan adalah Is membawa Aryana bersamanya..
Share this novel