Aryana yang telah habis urusannya di tandas, masih berada dalam tandas kerana risau akan dirinya akan dimarahi Is semula.
“Arrgghh... berapa lama lagi nak tunggu nii! Eehhh.. Lantak ah.. Aku nak keluar jaa ahh.. Kalau dia nak marah pun.. marah je lah.. Lagipun aku dah biasa kena dengan Mak Long.. Bukan benda baru pun" Bebel Aryana pada dirinya sendiri sambil membuka pintu tandas dan dengan perlahan menuju ke depan.
**********************************************
Mereka yang melihat kelibat Aryana terus memanggilnya.
“Aryana mai lah sini jap.. Lama tak nampak! Mai lah makan sekali" Panggil Aiman sebaik sahaja melihat kelihat Aryana. Mereka yang lain juga turut menyokong perbuatan Aiman. Walaupun ada di antara mereka yang dah siap makan.
Aryana terus ke tempat keberadaan mereka sambil kepala yang tak berhenti memandang sekeliling.
“Jangan risau! Is dah keluar dengan pompuan gedik tu dah! " Jawab Aiman sebaik melihat kelakuan Aryana yang seakan takut dengan kelibat Is.
“Baik" Jawab Aryana sepatah.
“Dah makan?" Tanya luqman
“Belum" Jawab Aryana kerana dirinya memang sudah biasa makan bersama Mak Som selepas siap semua kerja di dapur.
“Makanlah dulu" Kata Aierel sambil memandang muka Aryana dengan risau.
Kawan-kawannya yang lain serentak memandang mukanya kerana Aierel dikenali dengan sikapnya yang dingin.
“Caring juga ye kau!" Kata Irfan dengan senyuman sinis di bibirnya.
“Hmm" Jawab Aierel terus bangun dan menuju ke dapur untuk membasuh tangannya.
Begitulah sikap Aierel yang dingin. Sekali sahaja dibuka mulutnya. Mereka sudah terbiasa dengan sebegitu. Kadang, Aierel juga pendamai antara mereka. Kisah tentang keluarga Aierel tidak diketahui ramai kerana sikap Aierel yang tidak suka bercerita hal peribadinya. Tetapi dari peristiwa kahwin paksa mereka, Aierel yang lebih banyak membuka mulut lebih-lebih lagi hal yang berkaitan Aryana.
Mereka terus kembali kepada Aryana yang berdiri di hadapan mereka.
“Makanlah dulu" Kata Luqman pula.
“Hmm.. takpa, satgi saya makan dengan Mak Som lepas settle semua kerja.. terima kasih sebab tanya." Jawab Aryana dengan penuh tenang.
“Aa.." Belum sempat Luqman nak melanjutkan soalan, Irfan terlebih dahulu menghalangnya dan memberi cadangan agar mengubah tempat mereka.
“Aaa.. weyy, jom ah lepak depan tv jap.. Biar Mak Som boleh settle kerja kat sini.. kalau tak sampai ke sudah pun tak habis kerja kalau kita dok sini jaa.. Jom ah yana sekali.." kata Irfan dengan bersungguh-sungguh.
“Aaa. Ya tak yah jugak kan.. Aaa jom ah.." Sokong Aiman pulak menjadikan semua mula bergerak.
***********************************************
“Kamu pergilah nak.. Mak Som settle semua ni!" kata Mak Som pada Aryana.
“Betul ni Mak Som?" Tanya Aryana
“Ya.. Tak perlu risaulah " Jawab Mak Som dengan tenang.
“Kalau macam tu.. saya pergi jap.. kalau Mak Som perlukan apa-apa panggil jaa.. " Kata Aryana kembali kerana terlalu merisaukan Mak Som.
Aryana terus menuju ke tempat keberadaan kawan-kawan Is.
**********************************************
“Macam mana sekarang study?" Tanya Luqman memecahkan kesunyian mereka.
Aryana sedang khusyuk menonton television kerana dirinya juga tidak tahu bila kali terakhirnya menonton television.
“ Ermm... Yana! " Panggil Luqman sambip mengulangi soalannya.
“Ohh.. Yaa.. Maaf"Jawab Aryana terus menjawab soalan Luqman.
“Saya tengah exam semester.. Insyallah habis ni masuk sem 2 pulak"
“Ohh.. Yakah.. Kesian Yana.. sebab waktu exam - exam cam ni lah kamu kena lebih focus study tapi lain yang jadi.." Kata Irfan setelah mendengar penjelasan Aryana.
Dalam hatinya memikirkan yang situasinya sama sahaja jika di rumah Mak Long juga. Mak Long lagi tidak akan beri dirinya masa untuk mengulang kaji pelajaran.
“ Takpalah.. kamu study jaaa di sini! apa-apa yang kamu perlukan beritahu kitaorang jaa tau.." Kata Aiman bagi memberi semangat kepada Aryana.
“Baik. Terima kasih semua" Jawab Aryana sepatah sambil meminta diri untuk dikecualikan bagi membenarkan dirinya boleh menolong Mak Som di dapur. Lagipun dirinya sedar yang perbualan seperti ini tidak akan mengubah dirinya sedikit pun.
“Saya minta diri yaa.. Nak tolong Mak Som di dapur.. Insyallah kita bual lain yaa!"
“Laa.. baru nak sembang... Hmmm.. takpala.." Kata Luqman.
Mereka membiarkan Aryana meninggalkan diorang dan mereka terus menukar topik lain diantara mereka.
Sorry..lambat uptade..
Share this novel