Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Is, Aryana teringat akan peristiwa yang berlaku di rumah ini hingga membawanya ke sini. Aryana terjaga dari lamunan apabila Aiman menegurnya.
“Jomlah Aryana! Takkan nak dok dalam kereta jaa kut ..." Pelawa Aiman sambil mengusiknya kerana dari dalam kereta lagi Aryana hanya menjawab sepatah - sepatah kata sahaja jawapan bagi soalan yang diajukan mereka.
“Ohh.. Maaf, saya turun sekarang" Kata Aryana seraya terus turun.
“Ehh, tak yahlah minta maaf.. Saya melawak jaa.. Jgn serius sangat" Kata Aiman yang berasa serba salah.
Aryana langsung tidak dibenarkan mengangkat barang-barangnya. Semua diangkat mereka atas alasan beg yang berat tapi itu adalah kenyataan.
Setelah memberi salam, Mak Som yang mendengar itu terus membuka pintu dan alangkah terkejutnya Mak Som melihat Aryana disekeliling mereka.
“Allahuakbar, jangan buat dosa nak.. Apa yang dah jadi kat kamu hah? Mak Som kerja dengan korang pun sebab korang ni budak-budak baik.. Ini tidak! Bawak balik perempuan semua bagai.. Astaghfirullaah.. Bertaubat korang.. Mak Som tak nak kerja dengan korang semua dah.. Sudah.. Mak Som nak berhenti kerja" Serbu Mak Som tanpa menanyakan perkara sebenar.
Aryana dan yang lain terkejut dengan kata-kata Mak Som dan akhirnya mereka tertawa terbahak-bahak kerana tidak sangka yang pemikiran Mak Som sebegitu rupa.
Mak Som yang mendengar mereka gelak terus marah “Apa yang lawak sangat hah? Dah lah buat maksiat.. lepas tu gelakkan orang! "
Mereka yang mendengar itu terus berhenti gelak dan terus memberitahu perkara sebenar kerana tidak sanggup lagi mendengar andaian Mak Som.
“Mak Som.. Sabar-sabar.. bawak bertenang dulu.. Dengar apa yang kitaorang nak kata dulu.. jangan serbu macam ni" Luqman bersuara takut Mak Som salah faham
“Apa lagi yang nak sabar? Korang nak kata apa lagi? " Marah Mak Som
Mereka sama-sama ajak Mak Som dan Aryana untuk duduk di sofa bersama- sama
“ Aryana ni isteri Is" Serbu Aiman
“Hah? " Mak Som terkejut apabila mendengar perkara tersebut lalu diceritakan semua yang berlaku pada Mak Som supaya salah fahamnya tidak berlarutan.
“Ohh… Macam tu cerita diaa.. tu lah Mak Som tengok kamu ni berpakaian elok tutup badan takkan ada perangai macam tu kan.. kalau macam si Farah tu boleh lah kata .." kata Mak Som sambil mengutuk Farah “Mak Som minta maaf nak.. Sebab Mak Som kan kamu kena tuduhan macam tuu.. Mak Som minta maaf sangat-sangat.. " Ucap Mak Som kerana tidak sangka hal tersebut akan mencetuskan semua ini.
“Eh,. Takpa Mak Som.. Benda dah nak jadi nak buat apa kan.." raung muka Aryana terus berubah sedih setelah berkata demikian.
“Mak Som yang melihat Aryana terus menukar topik perbualan mereka “Eh, kamu tak perkenalkan diri punn.. Nama kamu siapa?" Tanya Mak Som.
“Nama saya Aryana Laila.. panggil Aryana atau Ana pun tak pa" Jawab Aryana dengan penuh keikhlasan.
“Sedap nama kamu.. Mak Som nak panggil kamu yana lah.. Boleh kan?" Tanya Mak Som
“Boleh.. " Jawab Aryana cuba menampakan senyumannya tapi sebelum dia senyum seikhlas ikhlasnya, suatu suara terdengar lalu membantutkan tindakannya.
“ Assalamualaikum" Is memberi salam sebelum memasuki rumah.. Is yang melihat Aryana yang berada di ruang tamu hanya endah tak endah akannya
“ Waalaikumusalam.. Hah ni pun budak bertuah tuu.. pandai nikah tapi tak pandai bagitau kat orang" Serbu Mak Som
“Bukan salah saya pun, semua yang jadi salah perempuan tu.. Perempuan tu yang dah rancang semua ni awal-awal.. Sebab tu lah buat acah nak hantar barang lah apa lah semua.. " Jawab Is sambil menujukan jarinya ke arah Aryana.
Aryana yang mendengar perkara tersebut terus tersentak.. begitu juga dengan yang lain.. Apa yang dah jadi kat Is sampai boleh lupa akan perkara yang berlaku sedangkan dia juga menyetujui mereka untuk membawa Aryana ke mari
“Apa kau merepek ni hah? Mana salah yana lah.. semua ni jadi secara kebetulan ja lah.. " balas Aiman tidak puas hati dengan kenyataan Is.
“Kau tahu apa? Perempuan ni tipu kita semua.. kau pun jangan tertipu dengannya.." jawab Is
Seperti biasa Aieril akan menenangkan keadaan.. “Baiklah, bawak bertenang semua.. apa-apa pun kita bincang lepas ni nanti yaa. Sekarang semua pergi berehat dulu" Cadang Aieril.
Maka dengan itu semua berundur dan ingin pulang ke bilik masing-masing tetapi telah dihalang oleh Luqman dengan pertanyaannya yang membuat semua orang terfikir.
“Wey Aryana nak tidur kat mana hah?" Tanya Luqman.
Belum sempat Aiman nak bagi idea untuk tidur sebilik dengan Is, Is terlebih dahulu menjawabnya.
“Tidur kat stor jaa" Luas jugak kan stor kita" jawab Is
“Jangan merepek boleh tak Is? Takkan stor kut?" Tanya Luqman
“Hello, dalam stor tu ada katil single tau? Aku bukan suruh dia tidur bawah pun kan.. siap ada kipas lagi.. Aku rasa kau tak patut sebut bilik tu stor tau sebab dah macam bilik aku tengak.. Elok jaa.. Kalau nak ambik, kalau tak nak balik.. simple .. Take it or leave it" Jawab Is tanpa memikirkan hati Aryana dan terus membuka langkah meninggalkan mereka semua.
“Erhmm, takpa-takpa.. saya okay jaa lagipun ada bilik pun saya bersyukur dari tak dak" kata Aryana menyejukan semua orang.. Baginya benda ni semua bukan satu perkara pun baginya kerana dia dah biasa.. “Boleh tunjukkan di mana bilik tu?" Aryana meminta pertolongan rakan Is untuk menunjukkan bilik tersebut.
“Okaylah cam tu.. Insyallah nanti kita perbetulkan balik yaa" Kata Aiman sambil menunjukkan arah bilik tersebut.
Aryana terus memulas tombol bilik itu dan melihat arah sekeliling.. Seperti yang dikatakan Is, bilik tersebut dilengkapi dengan katil usang , sebuah kipas yang tidak tahu berfungsi atau tidak dan lampu yang menerangi bilik tersebut apabila dihidupkan suisnya. Aryana bersyukur ada juga tempat untuknya..
“Terima kasih semua.. Assalamualaikum" kata Aryana sebelum menutup pintu bilik tersebut
Mereka yang mendengar perkara tersebut terus membalasnya dan menuju ke bilik masing-masing kerana terlalu penat, penat sangat akan perkara yang berlaku pada hari itu.
Harap suka jalan ceritanya.. Tq support
Share this novel