BAB 9

Drama Series 27353

“Awat pulak dia kena sebilik dengan saya? hah .. siapa suruh dia tak makan dulu .. kan dah sakit.. Saya takkan bawak dia ke bilik saya" Kata Is lalu membuka langkah ke biliknya tetapi langkahnya terbantut selepas mendengar suara yang bergema sedang menjerit namanya.

“Aryan Iskandar" Jerit Mak Som

“Mak Som tak minta kebenaran kamu tapi Mak Som mengarah kamu" Marah Mak Som

Aryan yang mendengar Mak Som menjerit, terus pergi mendapatkan Aryana dan terus melangkah ke biliknya.

“Bagus! Macam ni lah Mak Som nak..." kata Mak Som apabila melihat Is sambil mendukung Aryana menuju ke biliknya.

Is yang mendengar perkara tersebut tidak menoleh kerana dia masih geram dengan Mak Som. Ya memang tidak dapat dinafikan yang Mak Som hanyalah orang gaji di rumah itu tapi dia sangat sayang Mak Som ibarat Mak kandungnya sendiri. Jadi, dia tidak boleh mengingkari arahannya walaupun tidak disukainya.

Mak Som dengan senang hati menuju ke dapur untuk menghidangkan makan malam mereka semua.

Is selepas sampai ke biliknya, terus dia meletakkan Aryana di katil dan berjalan tidak tentu arah memikirkan perkara yang bakal berlaku kepadanya. Aryana tidak dapat berdiri tegak kerana badannya amat lemah, jadi dia terus melabuhkan badannya di tempat yang diletakkan Is.

Is yang melihat Aryana tertidur senang di katilnya, terus turun ke bawah untuk makan malam.. Dirinya sangat lapar.

Apabila sampai di meja makan, terlihat mereka semua telah siap duduk di tempat masing-masing dan Is juga mengambil tempatnya.

Apabila melihat Is melabuhkan punggungnya di kerusi, Mak Som terus bertanya “Kenapa kamu duduk di sini hah?

“Nak makan lah Mak Som.. takkan saya nak menari pulak kan.. " Jawab Is tenang.

“Mak Som taulah nak makan.. Kalau kamu makan di sini, siapa yang akan suap isteri kamu? Takkan makanan dia boleh terbang sendiri pi kat dia? Dahlah dia tak makan sejak pagi lagi.. Kamu boleh duduk di sini macam tak da apa yang terjadi? Mak Som dah sediakan bubur untuk Yana dan nasi goreng untuk kamu.. Ambil ni pi makan dengan isteri kamu" leter Mak Som sambil mengarahnya.

Is yang mendengar itu terus memikirkan jalan untuk menolaknya tapi dalam masa yang sama dia takut Mak Som akan naik angin sekali lagi.

“Kamu nak pergi esok subuh kah ? Tanya Mak Som apabila melihat Is yang tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Eh.. Tak-tak .. saya pi sekarang jugakk.. nak makan kan"Jawab Is terus mengambil dulang yang berisi makanan mereka berdua lalu menuju ke biliknya.

Is takut yang Mak Som akan menjerit padanya buat kali kedua.. Is sendiri tidak tahu kenapa Mak Som lebih sensitif dengan Aryana. Belum pernah dirinya dimarahi sebegitu tetapi disebabkan Aryana Mak Som ibarat tidak memperdulikannya.

Setelah sampai ke biliknya, Is terus meletakkan dulang itu di meja yang berada berdekatan dengan katil lalu mengejutkan Aryana yang sedang enak tidur dibuai mimpi.

Is mengerakkan badan Aryana lebih kuat berbanding sebelumnya kerana bimbang jika Mak Som datang menjenguknya yang belum mengejutkan Aryana dan memarahi dirinya.

Aryana yang terasa ada gerakkan pada dirinya terus gagahkan diri untuk membuka mata dan ternyata Is yang sedang mengejutkannya.

“Bangunlah cepat! Makan dulu.. Lepas tu nak buat apa pun, buat lah .. Settle makanan dulu." Gerak Is takutkan Mak Som yang sekarang lebih sensitif bila perkara yang berkaitan dengan Aryana.

Aryana perlahan-lahan menbangunkan badannya dan duduk. Is yang melihat Aryana yang sudah duduk, terus menyerahkan mangkuk yang berisi bubur kepadanya lalu mengangkat pinggannya yang berisi nasi goreng dan terus menyuapkan nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya dengan rakus sekali akibat lapar yang teramat.

Aryana yang sedang memegang mangkuk yang diberikan Is hanya mampu untuk makan setengah sudu sahaja yang bakinya dibiarkan sahaja lalu melihat Is yang makan dengan penuh keseleraan.

Is hampir sahaja tersembur nasi yang sedang dikunyahnya tatkala melihat Mak Som yang berada di depan pintu sambil memegang dulung yang berisi gelas.

“Mak Som.... " Teragak- agak Is mengucapkannya sambil meletakkan kembali pinggannya dan terus bangun.

Mak Som yang telah masuk ke bilik mereka terkejut apabila melihat pinggan Is yang hampir licin manakala bubur di mangkuk Aryana masih sama macam diberinya.

“Mak Som suruh kamu buat apa Is? .. Ada Mak Som kata kamu makan dulu kah? Tengok Yana tu! Sikit pun tak dijamahnya.. Kamu ni makan dah macam tak ingat dunia! Dia sakit kann... Sebab tulah Mak Som suruh kamu suap dia! Kalau tak, dia pun tak nak kamu suap dia! Kamu ni sedar lah sikit dah jadi suami orang! Kenalah tanggungjawab sikit.. ni tak macam budak-budak jaa .. Mak Som dah tak tau nak cakap apa" Leter Mak Som panjang leber sejurus menuju ke Aryana dan mengambil mangkuk yang dipegangnya lalu memberikannya kepada Is.

“Nah! suap Yana BUKAN bagi mangkuk kat Yana!" Ditekan Mak Som perkataan ‘Bukan' bagi didengari jelas oleh Is sambil menyerahkan mangkuk bubur itu pada Is.

Is yang tidak sempat membalas leteran Mak Som terkejut akan perbuatan Mak Som yang terkejut gempar sebegitu lalu tanpa berfikir banyak terus mengambil mangkuk tersebut dari Mak Som.

“Dah! Sekarang kamu suap Yana depan Mak Som.. Kamu ni tak boleh caya.. nanti mati kebuluran Yana" Arah Mak Som seraya memandang Is yang menunjukkan riak wajah yang tidak puas hati.

“Demam je pun.. bukan cacat lagi kan.. Tangan, kaki elok jaa pun.. Dah macam-macam boleh plan takkan nak makan sendiri tak boleh? Mengada punya pompuan.. Mengedik jaa kerja" kata Is membalas Mak Som sambil melihat Aryana. Is teringat akan Kata-kata Farah tempoh hari lalu dia terus meletakkan mangkuk itu di meja yang berada di sebelah katil.

“Lantaklah.. kalau nak makan, makan... jangan nak buat drama bagai! Kau nak kehidupan ni kan.. jadi mai aku ajar erti kehidupan yang sebenar kat kau.. Pandai ambik Mak Som letak belah kau.. Kau ingat aku kisah? " Marah Is memandang Aryana tanpa menghiraukan Mak Som yang berada di sebelahnya lalu berjalan keluar dari bilik.

Is sebenarnya hendak sahaja menyuap Aryana apabila disuruh Mak Som tapi apabila teringat akan Kata-kata Farah terus terbantut niatnya malah perasan marahnya muncul kerana dia masih benci akan Aryana yang seolah-olah merampas kebebasannya untuk memilih pasangan hidupnya. Dia juga tahu yang telinganya akan panas hari esok dengan leteran Mak Som tapi dia sudah tidak memperdulikannya lagi apabila dibandingkan dengan soal hatinya.

Mak Som yang mendengar kata-kata Is, terus terkejut akan perubahan emosinya. Mak Som tidak menghalang Is malah terus mengambil posisi di sebelah Aryana dan menyuapnya sehingga dia menghabiskan makanannya.

Aryana hanya menjadi pendengar setia diantara mereka berdua kerana dirinya sudah tidak mampu berkata apa-apa walaupun Is telah menfitnahnya yang bukan-bukan.

Is yang telah keluar bilik sedang memikirkan tentang malam yang akan dihabiskan dengan Aryana pada malam hari kerana dalam hatinya sudah mulai perasaan benci terhadap Aryana dan sudah pasti perlakuannya terhadap Aryana akan buruk tapi itukan janji yang dibuat Is pada Farah.

Tq support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience