BAB 8

Drama Series 27353

Aryana telah mengubah beberapa posisi perabot dalam bilik itu untuk memudahkannya mengejarkan solat. Walaupun keadaan bilik itu sangat sempit, Aryana tidak menghiraukan perkara tersebut.

Tepat pukul 4.00 pagi, Aryana terjaga lalu dia terus menyarungkan tudung dan menuju ke tandas. Aryana turut mengambil wudhuk untuk menunaikan solat tahajud memandangkan dia terjaga lebih awal dari waktu subuh.

Aryana terus menunaikan solat subuh setelah azan berkumandang lalu membaca Al-quran. Aktivitinya itu memang telah menjadi rutinnya dirumah Mak Lahnya dan ia telah sebati dalam dirinya.

Aryana tidak keluar bilik memandangkan dia sendiri tidak tahu apa yang akan dibuatnya di rumah itu lalu memutuskan untuk sambung tidur. Aryana berasa sangat tenang tanpa leteran Mak Lah. Walaupun tidak bagus untuk tidur lepas subuh tapi apakan dayanya kerana dirinya juga memerlukan rehat yang secukupnya. Aryana merasakan dirinya agak lemah ketika itu.

****************************************

Mak Som sangat risau apabila memikirkan Aryana yang belum keluar bilik walaupun hendak masuk waktu maghrib. Mak Som dengan tidak puas hati terus mengetuk pintu Aryana tetapi tiada respon dari Aryana.

Mak Som ingin memberitahu mereka mengenai ini tetapi dia ingin mencuba mengetuk pintu Aryana buat kali kedua sebentar lagi. Mak Som terus bersedia untuk masak malam.

Buat kali kedua Mak Som mengetuk pintu Aryana “Yana!.. Bukak pintu ni sayang.. Kamu dari pagi tak makan nak.. Jangan buat macam ni sayang..Bukalah pintu nii.." kata Mak Som sambil mengetuk pintu.

Aryana gagahkan diri bangun dari katil dan dia terus menuju ke pintu sambil memulas tombol pintu itu. Selepas membuka pintu dia melihat Mak Som dengan kerisauan sedang memandangnya. “Sorry Mak Som, saya tak dengar tadi" kata Aryana dengan mukanya yang penat lesu itu.

“Kenapa dengan kamu ni nak? muka kamu pucat sangat nak.. kamu demam kah?" kata Mak Som seraya memegang dahi Aryana “Panasnya badan kamu nii... Mai sayang, duduk di dapur, Mak Som bagi makan dan kita makan ubat yaa sayang?" Kata Mak Som pada Aryana dan terus memapahnya ke dapur tanpa menunggu jawapan darinya.

Aryana terus didudukan pada kerusi yang berada di tepi dinding sambil dirinya menghala kepada Mak Som yang sedang sibuk menyediakan makanan buat dirinya. Aryana sebak akan perbuatan Mak Som kerana itulah yang diinginkannya selama ini .. kasih sayang seorang ibu..

Aryana mula merasakan sakit di kepalanya lalu terus memegang kepalanya dan belum sempat dia memanggil Mak Som, dirinya sudah elok terbaring di lantai..

Mak Som yang berpaling untuk bercakap dengan Aryana terkejut apabila melihat dirinya yang telah berada di lantai. Mak Som terus mendapatkan Aryana dan ditepuk-tepuk mukanya beberapa kali untuk mengejutkannya tapi tiada sebarang respon darinya yang membuatkan muka Mak Som cuak lalu Mak Som menjerit ke arah ruang tamu rumah.

“Tolong,Tolong,Aryana pengsan.. Tolong... Mak Som tak tau nak buat apa nii.. Badan dia panas sangat .. sapa-sapa yang ada tolongggg" Suara Mak Som agak histeria mungkin disebabkan dia telah mengganggap Aryana sebagai anaknya disebabkan keprihatinan dan sopan santun yang ditunjukkan olehnya berjaya menarik perhatian Mak Som terhadapnya.

Jeritan Mak Som berjaya menarik perhatian semua orang. Mereka berlari ke arah Mak Som lalu ditanyakan apa yang terjadi.

“Dia kurung diri dalam bilik sepanjang hari .. Mak Som ketuklah pintu.. mula-mula tak buka.. lepas tu baru buka.. Lepas ajak mai dapur, dia pengsann.. Mak Som terkejut tengok dia pengsan.." Panjang lebar penjelasan Mak Som.

Mereka yang mendengar hanya mengganguk manakala Aiman dah menelefon doktor dan memberitahu tentang keadaan Aryana dan memintanya ke rumah mereka secepat mungkin.

Mak Som yang melihat Is yang lalu dihadapan mereka bereaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku dan ingin menuju ke biliknya tapi dihentikan Mak Som.

“Is, datang tengok Aryana nii.. Mak Som risau.. dah lah tak makan seharian lepas tu pengsan pulak tuu.. Tolong jap angkat Aryana letak kat sofa tu.. " Minta Mak Som pada Is.

“Kenapa saya pulak yang kena angkat pulak? suruh orang lain lah.. Malas lahh.. Dah lah penat" Kata Is dengan riak muka tak puas hati.

“Hmm, kalau macam tu tak palah.. Mak Som suruh diorang ni jaa yang angkat Aryana.. Macam tu boleh? Okeyy lah.. kamu pergilah bilik kamu" Umpan Mak Som kerana dia tahu Is seorang yang cukup cemburu.

“Mana boleh diorang angkat Aryana.. Aryana kan isteri saya!" Panas telinga mendengar Mak Som yang akan menyuruh mereka mengangkat isterinya..

“Dah kamu tak nak angkat! Mak Som pun tak nak susahkan kamu" Kata Mak Som sambil menahan gelak melihat perangai Is.

Is tanpa membalas kata-kata Mak Som terus menuju ke arah Aryana dan mendukungnya lalu meletakkannya di sofa yang berada di ruang tamu.

Is berasa kagum melihat Aryana yang pandai menjaga auratnya walaupun tengah sakit. Tanpa disedarinya, dia sedang mengamati Aryana sehingga ditegur yang lain.

Is yang malu terus bangun dan menahan malu akan tindakannya. Tetapi senyuman menjadi tawar apabila memikirkan betapa hinanya wanita didepannya dan terus mengenangkan kata-kata Farah tempoh hari sebelum Aryana datang ke rumah mereka.

****************************************

“Sayang, kenapa panggil waktu-waktu ni " Tanya Is selepas berjumpa dengan Farah.

Farah terus memulakan drama air matanya yang dirinya tahu merupakan kelemahan lelaki itu.

“Okay-okay, tak kisah pun pukul berapa pun sayang panggil, bie tetap akan datang"Kata Is untuk memujuk Farah.

Tetapi kelihatan Farah tidak terpujuk, lalu Is hanya mendiamkan diri menunggu Farah memulakan bicara.

Farah yang melihat perubahan pada Is, terus memulakan perbicaraan.

“Bie, sampai hati you tipu I... I tak sangka you boleh kahwin dengan sorang pompuan yang you pun tak kenal dia ... hah? " hembus Farah selepas lama mendendam.

“Sayang, jangan salah faham.. Bie pun tak tau macam mana boleh jadi semua nii.. tiba-tiba sahaja " Jawab Is dengan jujur.

“Tak pa, sayang faham sebab sayang ada siasat sapa dalang disebalik semua ni" Jelas Farah yang membuat mata Is terkebil-kebil untuk mengetahuinya.

“Si Aryana tulah yang rancang semua ni" Jerit Farah dengan geram.

“Apa? tak mungkin dia kut.." Kata Is kerana tidak mempercayai muka polos sebegitu akan melakukan perkara terkutuk sebegitu.

“Bie tak percaya sayang kah?.. Buat apa sayang nak tipu?" Kata Farah untuk membuat Is percaya akan dirinya.

“Bukan tak percaya sayang tapi tak percaya dengan pompuan tuu.. Bie kena tipu sayang.. Maafkan Bie, sayang.. " Kata Is sambil meminta maaf kerana dirinya begitu lemah sehingga tidak dapat mempertahankan cintanya dengan Farah.

Farah yang mendengar itu terus bergembira dalam hati kerana telah berjaya membuat Is membenci Aryana.

“Bie akan pastikan dia hidup sengsara dengan bie.. Dia yang pilih kehidupan ni kan.. Jadi nikmatilah neraka yang akan aku bina untuk kau" Kata Is dengan marah.

Farah ingin sahaja melompat keriangan di situ tapi dikawalnya kerana Is berada di depannya.

****************************************

Is yang tersedar dari lamunannya terus terlihat seorang doktor yang sedang memeriksa Aryana. Baru dia sedar yang agak lama juga dia mengelamun.

Doktor yang telah memeriksa Aryana terus memanggil penjaganya iaitu suaminya setelah diberitahu Mak Som yang Is ialah suami Aryana.

“Isteri kamu okay, cuma dia tak makan dari pagi lagi sampai sekarang dan dia amat terganggu dari segi mental.. Jadi saya harapkan awak boleh menjaganya.." kata doktor pada Is. “Kalau boleh dalam minggu ni.. sesiapa kena berada di sisinya pada waktu malam untuk memastikan badannya suam sebab selalunya pada waktu malam tu lah yang akan mengalami kesejukan... Baiklah, saya balik dulu yaa" Sambung doktor dengan penjelasan yang panjang lebar lalu pergi meninggalkan mereka dan menuju keluar ke keretanya.

“Hah! tunggu apa lagi? Bawaklah isteri kamu naik bilik kamu cepat! Kesian dia "Arah Mak Som pada Is

“Awat pulak dia kena sebilik dengan saya? hah .. siapa suruh dia tak makan dulu .. kan dah sakit.. Saya takkan bawak dia ke bilik saya" Kata Is lalu membuka langkah ke biliknya tetapi langkahnya terbantut selepas mendengar suara yang bergema sedang menjerit namanya.

Tq support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience