EPISODE 14

Drama Series 67629

"biarkan saja lah dia..adinda pun satu dia kan dah besar..dah boleh berdikari sendiri.."
"Dinda risau demi kemasyhuran negara kita. Dalam perjumpaan sidang resmi diraja pun..dia tak mampu fokus ke arah kanda. Selepas mangkatnya putera pertama kanda.. almarhum Tengku Azhar Adrisyah..siapa lagi yang akan menggelar putera mahkota kalau bukan putera kita."

sorot matanya seolah terkesan dengan kata-kata barusan, bagai jarum yang menusuk ke dalam hati.

"Jangan kau berani hina anak aku."

apa masalah orang tua ni? sebelum ni bukan kau tak kisah ke dengan budak tu?

apa yang special sangat sampai anak kau yang satu ni pun..kau lupa? apa special sangat anak gundik yang dah mampos tu

"Kanda-"
"diam. Sebelum beta halau kau keluar dari sini.."
"maaf..atas kelancangan dinda ."

________________________________________________

"Eh Leo..kau tak pandai nak diam ke? hormat ke?"
bidas nya Tengku Rayyan Rizqin putera kedua hasil perkahwinan ayahnya dan isteri ke -2

"Tah.. bukan kisah pun..yang kau sibuk asal?"
"aku bukan apa..tengok kau macam takde kemajuan je?"

"Insyallah lah..dari kau? Bila nak taubat masih geng lorong 50..50?"
"Kau...-"

"spill the tea? Nak ke ramai ni timbalan pertahanan, timbalan menteri, ahli parlimen pun banyak nak? cer aa try"

.......
"cukup semuanya..Leo..Rayyan..putera ayahnda dah besar kan? sepatutnya belajar hormat sesama sendiri..bukan bergaduh sebegini rupa .."
"Ampun atas ketidak sopannya hamba.. ciri-ciri seorang Raja masa depan tersinar terang dari wajah anaknya Tuanku..Tengku Rayyan"

orang-orang perempuan tu?

"apa yang kau merepek? Jelas lah tanpa di suluh Yang Mulia Tengku Uwais Heydar Leonard Zaquan lebih mempunyai sikap yang berwibawa, berpengaruh dan serta mempunyai kekuasan khalayak ramai."

mereka saling membantah antara satu sama lain

aku yang berusaha keras tanpa menggunakan wang sepersen pun milik negara tuk sikap kepuasan hati. Bergaul dengan seseorang yang tamak akan kekuasaan dengan segala cara?
orang-orang bodoh saja yang inginkan hal tersebut.

"Diam semuanya. Beta mengadakan rapat perjumpaan sidang diraji khusus untuk ahli kerabat dan ahli yang terlibat, seharusnya kalian mendengarkan pendapat beta seawalnya bukan diawali dengan perang mulut yang entah bila berhenti"

aku memang muak dengan sidang mengarut ni..kalau aku tak dipaksa dah lama aku menjenguk Cik Dara Allysa

'kenapa tiba-tiba keinginan aku berubah?'
'aku lebih suka habiskan masa dengan dia?'

berbanding kebiasaan yang aku lakukan?

"Beta tak perlukan pemilihan ahli kabinet yang akan memilih waris takhta, Beta sendiri yang akan mengurusnya. Sepenuhnya aku... jawapan di tangan beta."

mula lah dengan bebelan kau dah macam cosplay pengetua sekolah agaknya

"tapi Tuanku..hal utama yang melibatkan masa depan jayanya negara ini..kalau dibiarkan begitu..boleh saja sia-sia"

"habis kau nak cakap pilihan aku salah?"

"tidak Tuanku. Apa yang patik maksudkan bukankah sebelum ini pilihan takhta dilakukan kerjasama antara menteri dan ahli-ahli parlimen yang lain?"

"Ya Tuanku. Patik mempunyai pendapat yang sama..apa sebabnya Tuanku bertukar pilihan?"

.......

hasrat aku tuk memilih sendiri pewaris di masa depan agak sulit diterima parlimen apatahlagi ahli-ahli politik yang lain. Salah satu dari mereka kemungkinan telah di upah..Demi duit manusia menjadi liar dan serakah

"Ayah! Kenapa pula ayah ubah fikiran? bukan selama ni ayah ikut jer ke pilihan parlimen..kenapa sampai garis keturunan Leo dengan Rayyan jadi lain?"

"Jaga sopan santun kau semasa di rapat umum Tengku Rayyan Rizqin..Coba kau lihat dan contoh dengan perilaku Leo? Tambahan pula..aku lah penguasa negara ni..dan aku berhak untuk memilih sama ada mengikut parlimen atau pilihan aku sendiri"

"Pilihan parlimen sebelumnya memang tak diragukan cukup sempurna dan tepat tapi disebabkan aku lebih mengenali sikap kalian berdua..apa salahnya aku sendiri yang turun tangan?"

Soalan tersebut berjaya mengunci mulut Rayyan, dirinya tak mampu berkata apa-apa lagi alasan..

terhenti dan dimatikan hasrat bantahannya

Leo yang melihat mereka hanya fokus ke arah gerak geri ahli parlimen yang sempat dia..curiga
________________________________________________

kadang manusia yang bersusah payah membanggakan seseorang itu mempunyai hasrat disebaliknya .

"Diberi masa selama 5 bulan..pilihan raya umum putera mahkota negara kita akan diumumkan setelah acara tersebut berjaya dilaksanakan. Akan ada latihan dan ujian yang aku sediakan..Bagi kalian berdua cobalah walau sekali sedaya upaya membanggakan ayahnda untuk ini."

mungkin kedengaran berat sebelah..ayah berharap anaknda ayah Leo berjaya memenangi acara tersebut..setelah kau berjaya mendapatkan kuasa itu. Kau boleh saja membalas kembali perbuatan hina ayahmu..

Sekalipun dibayar oleh nyawa..aku hanya halalkan saja perbuatanmu. Ayah yakin akan kebencian yang selama ini kau pendam..aku gagal menjadi seorang ayah dan aku gagal menjadi seorang suami

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience