Episode 37

Drama Series 67629

"Kenapa? seandainya mereka tahu dan Adinda pun berasa malu? begitu?"
"ti.. tidak Kekanda..
"Dari awal tragedi tu berlaku.. sepatutnya Adinda dah datang menghadap mereka turunkan ego, dan memohon ampun kemaafan mereka. Bukannya Adinda diamkan saja sampaikan sudah berlarutan seperti sekarang"

Dari awal tragedi tersebut kau saja berkeras kepala untuk tidak mengakui kesalahan yang telah kau perbuat, puteri sulong General malu akibat kain gaun nya koyak gara-gara kau terpijak kainnya itu..
Lalu kau juga telah menyalahkan orang kanan mu tanpa sebarang bukti yang kukuh.

kau kira aku tak tahu?

"tapi Adinda menyanjung tinggi yang namanya Harga diri kekanda! Adinda isteri Kekanda yang sah..mana mungkin Adinda menurunkan martabat Adinda sebagai selir sekaligus isteri kanda?"

"Itulah sebabnya kenapa bukan Adina yang Kanda pilih sebagai seorang pemaisuri..Adinda bahkan tak punya hati untuk menurunkan ego Adinda .."

apa maksud orang tua ni?

"Beta penat nak melayan karenah adinda...lebih baik Adinda pulang saja ke istana.."
"Kanda.."
________________________________________________

sekarang situasi semakin dingin hanya ada kau dan aku. Jelas kau pun dapat melihat sebesar mana benci aku ke atas kau dan sebesar mana dendam yang aku pendam

"tiap kali Ayahnda melihat wajah anaknda..entah kenapa hati ayahnda sesak.."
"boleh straight to the point tak? aku dah mula bosan dengan puisi..Syarahan kau dari dulu sampai ke sekarang..tak habis-habis "

"tak boleh ke Zaquan berikan ayahnda peluang kedua?"
"peluang kedua astu kau ulang lagi? Yang Mulia Yang Teramat terhormat dan disanjungi langit dan malam..kau ingat peluang kedua boleh bagi Kakak ibu aku hidup?"

kau nangis air mata darah pun belum tentu aku nak terima. Kau tuduh mak aku pelacur kau biarkan kakak aku macam tu, kau abaikan mak aku sendiri

Kau ingat kau sape, sampai kau rasa layak nak dapat peluang kedua? Cer kau mintak ampun kat makam dia orang.. agak-agak ada yang datang bersuara? ada yang datang menyahut? Senang cerita, kalau nak sangat peluang kedua syarat kau mudah je mat..kau datang ke makam dia orang kau tunggu dia orang bangkit

selagi tak bangkit selagi tu kau hadam Sume dosa yang kau tanam selama ni..

"kemain kau tuduh mak aku, kemain kau ada hati nak mintak ampun? Punyalah aku fikir kau nak bak wasiat untuk anak-anak kau tercinta ke apa, rupanya benda bodoh ni jugak kau nak ajak bual"

"sorry no sorry lah mat.. aku memang lahir-lahir takde bapak, tak yatim cuma tu lah bapak nya ghaib. Tu yang biadab sangat sebab tak pernah di ajar"

agak sentap dibuatnya puas Zaquan menghina ayahnya itu

"Niat Ayahnda nak jadikan Zaquan sebagai penerus.. dengan cara tu anaknda boleh balas dendam ayahnda.. ayahnda tahu ini tak adil..tapi ayahnda bersebab.."

"Sudahlah kauuu..niat aku cuma nak hancurkan kau! Kalau memang kau tau aku berniat buruk patutnya kau bunuh aku! kalau kau dah tak anggap aku anak, sepatutnya kau buang aku! bukannya kau simpan, kau bela dah macam anak kandung kau!"

Bergenang air mata namun aku tak mau ada setitis pun yang berani mengalir. Aku kuat! aku takkan tunduk cuma disebabkan haus dengan kasih sayang seorang ayah. Aku membesar dan merasa kasih sayang seorang ayah tak lama..bahkan tak sampai 5 tahun lamanya kasih sayang tu berkekalan

Aku mengaku aku sungguh merindukan Seorang ayah yang akan sentiasa panggil dan peluk sebaik saja kerja nya selesai..sama macam yang dulu..aku nak rasa pelukan, aku nak rasa kata-kata sayang dari seorang ayah..
apatahlagi kasih seorang ibu? aku tak dapat merasa kasih sayang tersebut tak lebih dari 7 tahun.. ibunda pergi tinggalkan aku dan Khadijah sendirian..

kemana seorang ayah yang sepatutnya berada di sisi? kemana semua tu? kemana janji yang kau ungkap? kau mungkiri semudah kacang? dan sekarang kau seolah-olah sedang berlutut tuk memohon ampun. Sungguh aku tak sangka aku terlahir dari benih seorang pengecut

"Mak aku mati semua sebab kau! Kakak aku mati semua sebab kau! kau lah punca aku dah takde sesiapa kat dunia ni! "
"Leonard Zaquan.."
"Aku harap kau mampos! aku harap kau sengsara macam mana ibu aku rasa. Aku harap kau ditimpa balasan yang setimpal sama sakitnya macam mana ibu aku rasa"

Aku pun keluar begitu saja Fareeq yang berada di sebalik pintu hanya bersandar di dinding sementara menunggu aku, yang sedang beradu mulut. Mungkin Fareeq dapat dengar beberapa pertengkaran tadinya..tapi lupakan saja.. Fareeq sendiri tahu masalah aku sepenuhnya

"it's done?" Fareeq bertanya lalu tersenyum sinis "maybe" jawapan Zaquan hanya sepatah. Fareeq sedikit terkejut mendengar kata-kata Zaquan barusan 'what do you mean with maybe huh?' "asal kau pandang aku centu..salah ke jawapan aku?" "takde salah aku just..shock?" Fareeq cuba untuk menafikan jawapan Zaquan tersebut, yelah kalau dah berbelas tahun tak pernah nak berdamai tak kan tiba-tiba 'maybe' pulak..biasa selama ni mamat ni sebut 'never'

Di dalam kereta, kali ini Zaquan yang memandu disebabkan Fareeq dah terlalu penat seharian kerjanya hanya drive..belum lagi masa dia otw pi company Zaquan dari air port ke sana.. bukannya dekat macam warung depan rumah tapi jauhnya berbelas kilometer, tambahan pula dia juga yang jadi driver Zaquan dari Villa ke Kediaman Puan Qaira.

Fareeq tertidur dan aku masih segar walaupun jiwa rasanya sudah lelah...takkan aku nak bangunkan Fareeq semata-mata?

imbas kembali isi mesyuarat tadinya..dia sempat berfikir sampai bila aku nak tutup identiti? seandainya nanti aku sememangnya ditakdirkan untuk menang.. mustahil aku boleh sembunyikan rupa.. sedangkan penobatan harus diperlihatkan oleh orang ramai..

"haih..bila kau nak berubah Uwais Leonard Zaquan? kau sama jer pengecut.." Zaquan mengeluh terhadap dirinya sendiri "nak tak nak kau kena juga hadap lepas ni..."

Dipendekkan cerita Zaquan pun telah selamat sampai ke Villa. Untunglah belum lagi masuk waktu Isyak, jadi..sempat lagi dia nak solat..'huh..ni Ker namanya konsep rumah ku syurgaku?' Patutlah ibunda suka sangat villa ni..baring kat ruang tamu pun dah nikmat apatahlagi berbaring di ranjang yang empuk

Yang mana telah diperbuat oleh bahan yang mahal. Zaquan lalu melangkah ke dapur tuk mengambil air asbab tekaknya semakin kering rasanya.. esok pagi pula dirinya harus berpisah dengan Dara buat waktu yang agak lama, apa agaknya alasan yang sesuai aku nak bagi? 'latihan militer'? aku kan ada cakap..yang aku ada kerja dibahagian militer..so... takdelah masalah yang timbul nanti

segelas cawan telah diisi penuh dengan air mineral
"huh Dara Allysa cantik namanya seindah seperti rupanya..." lalu Zaquan pun tertawa kecil. Fareeq yang melihat beranggapan Zaquan telah gila kerana dirinya telah mabuk kepayang akibat dalam lamunan cinta. "kau dah sewel ke apa?" "kau tak reti nak bagi salam dulu ke?" "alah...dapur ajer Kut buat apa nak salam bagai?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience