Sementara itu Zaquan dan lainnya berada di bawah panas yang terik, berteduhan sebatang pokok tua yang telah wujud dari zaman mudanya.
General Zakariah yang bertugas bersifat tegas dan tidak segan sekalipun menghadapi kedua calon raja di masa hadapan. Orang-orang berfikir kemenangan milik kami tak mudah di gapai, malah Cik Seri ibunda Rayyan pula ada masalah dengan kerabat beliau. Namun hubungan aku dan kerabat mereka tidak seburuk mana.
Hanya saja aku jarang berinteraksi sesama keluarga, yang buatkan aku kelihatan aku seperti tersisih daripada mereka. Padahal ibunda dan kerabat beliau bukan sekadar hubungan biasa atau hubungan majikan dan pekerja melainkan hubungan kawan yang erat.
menjadi permaisuri bukan sekadar kau menikahi raja dan diberikan cinta, sedangkan sebagai ratu kau harus membina kekuatan yang menyokong kau walaupun akhirnya jatuh ke tanah. Pengaruh politik penting inilah sebab mengapa Cik Seri tidak terpilih atau lebih baiknya Tidak layak dijadikan pemaisuri
Kerja Cik Seri hanya mengelola majlis parlimen atau lebih tepatnya sebagai pengisi kekosongan, serupa seperti boneka yang tidak berbuat apa-apa . 4 isteri dan duanya sudah mangkat
"Dalam kawasan ni..kau kena ingat..yang aku berkuasa! Dalam kawasan ni jugak..gelaran kau tak akan pernah mampu buatkan aku tergugat, kau faham?!" arahan nya "FAHAM TUAN!" kami serentak
"KAU ORANG TAK DIBENARKAN KELUAR, TAK DIBENARKAN MENGELUH, TAK DIBENARKAN MELAWAN! KALAU RASA NAK BUAT MAUT PADAHNYA."
"Ya Tuan!"
"SEBELUM SESI 2 BULAN SETENGAH KITA BERMULA.. KALAU ADA YANG RASA NAK TARIK DIRI SILA MAKLUMKAN SEGERA!"
tak ada satu pun yang keluar, ye kita tak tahu apa yang akan dilalui selepas sesi bicara pagi ni..yang pasti semuanya akan jauh dari apa yang dibayangkan
ini bukan sahaja pemilihan khusus buat aku dan Rayyan ada 50 orang para perajurit termasuk kami ikut sertai, lebih tepatnya ini adalah latihan militer yang cukup keras!
"Setiap dari kalian diberikan kelompok dan ahli pasukan secara acak! Di dalam kotak tersebut ada bola yang tertulis nombor, nombor yang sama dia adalah kumpulan yang sama faham?!"
Ini bukan kali pertama aku masuk ujian macam ni.. sedangkan pangkat aku Lieutenant semenjak aku 17 tahun , itu pun asbab aku melarikan diri daripada istana yang persis bak seperti neraka. Lelah rasanya mendengar celoteh budak manja yang tak habis-habis mencari masalah, apatahlagi perangai ibunya dua kali lima tak ada beza.
Kesemua mereka pun mengambil bola tersebut. Sampai pula giliran ku tuk mengambil bola.. ada yang sempat berbisik.. 'kau buat apa kat sini?'
Aku menjawab dengan bahasa isyarat tangan sejurus bermaksud 'restart'
Aku tak mahu ada yang tahu kenapa aku dan Rayyan berada di sini, difikirkan pula kalau aku sambung latihan militer aku.. sekiranya beruntung aku dapat tingkatkan lagi pangkat Lieutenant kepada Captain, cukup dalam masa 2 bulan setengah.
Beberapa dari mereka adalah rakan sekutu ku di saat aku berumur belasan tahun, ada yang pernah menjadi sebahagian kumpulan dan kini berpangkat subedar Major.
Ada juga ahli baru yang berpangkat havildar, naib subedar dan lainnya yang pasti itu bukan masalah bagi ku. Bezanya di sini Rayyan sekalipun tak pernah menjejakkan kaki ke dalam militer lebih ditekankan pula pangkatnya hanya sekadar Sepoy? Pemula yang baru saja mampu merangkak
Aku mendapat kumpulan 7 cukup beruntung dulunya aku pun kumpulan 7, paling bagusnya lagi..aku berada dalam kumpulan yang sama dengan rakan lama ku Black, Shark dan Keli actually itu hanya nama samaran kami terbiasa menggunakannya dan yah.. aku pula Firaun.
Selebihnya ahli team kami hanya ahli yang tak di kenal dalam setiap kumpulan mempunyai 10 orang dikira-kira terdapat 5 kumpulan cukup 50 orang termasuk kami.
Kumpulan 1,3,5,7 dan 9 diambil dari nombor yang ganjil. Rayyan berada dalam kumpulan 3 yang terdiri daripada musuh ketat kami ber 4 berpangkat sama seperti ku Zafrel Anak Dato Affendi.
Berpengaruh kuat dan cukup terkenal, senang cerita karakter dia sama seperti mana kau melihat sosok seorang Danisha hanya saja versi berbatang.
"Geng Firaun dan anak jin huh?" dirinya bersuara
"waalaikumussalam Tuan Zafrel ada apa ye datang kemari? Luka yang lalu masih berparut ke macam mana?" Keli sengaja mengusik lebih-lebih lagi dengan perkataan luka yang lalu, awalnya Zafrel adalah sebahagian sekutu dari kami berempat tapi disebabkan kesombongan, sikap ego dan busuk hati semuanya berubah.
Dalam misi red zone kami ,Zafrel dan Keli bertengkar disebabkan Zafrel tertekan picu missile yang mengarah ke kawasan pendalaman Iraq Beberapa tahun yang lalu. Di sana adalah tempat dimana buah hati Keli berada..Keli jatuh cinta dengan seorang perempuan berasal Iraq yang tinggal di kawasan tersebut, menangis dan meraung Keli melihat badan gadis tersebut kerana terhempap dengan batu akibat gegaran missile.
Zafrel digantung tugas selama 4 tahun dan dalam penjara itu jugalah Zafrel berlatih kemampuan dirinya dengan pesat.
Sehabis 4 tahun digantung Zafrel mengkhianati kami dengan cara yang hina, menuduh keli melakukan hal terlarang misalnya meletakan dadah di dalam bekas pakaian sungguh cara yang hina dan kebudak-budakan,
Di dalam hujan mereka saling bertumbuk dengan laganya, aku dan Black cuba menahan mereka kerana pergaduhan mereka sudah lebih cukup membuatkan para warden terkesan. Zafrel lalu menyerang ku dengan sebilah pisau, aku mengelak dan bucu pisau tersebut terkena di bahagian sebelah mata ku, hampir saja aku buta dan bekas lukanya masih kekal sampai ke sekarang.
"KAU YANG BANGANG PI TEKAN PICU TU BUAT PE BABI!"
"AKU KATA AKU TAK SENGAJA YANG KAU NAK TUDUH AKU SENGAJA APA HAL?"
"weh sudahlah tu..warden nampak kena cabut rank kau nanti ,kau tak takut ke weh?"
"Nak takut benda Zaquan? Dia memang sengaja busuk hati dengan kita, bukan cuma picu tu je aku perasan, kes barang-barang peninggalan arwah bonda kau pun dia yang jual!"
aku tersentak.. padahal aku mencari bagai nak gila kehilangan rantai tu..
"Kau punca tu...?"
"Erk...tak! aku takde nak jual pape sumpah weh!"
'ah sudah Firaun ni pulak dah nak mengamuk'
Black dengan cepat menahan Zaquan.Dia tahu Zaquan mengamuk akan dibawak mati orang tu, tak mau kehilangan sahabat terpaksa dia menahan mati-matian
Share this novel