Episode 29

Drama Series 67629

"Why you nampak macam tak berselera jer baby?"
"Takde lah honey..I okay ajer ni.."
"I tak percaya kalau you cakap you okay "

"Honey..I serious tau..I okay jer takde apa-apa masalah betul..."

kenapa aku rasa Adam ni ada rahsia dekat belakang aku? Apa kena mengena dengan Dara?

"Baby..lepas ni teman I shopping boleh...tak?"
"shopping lagi? Semalam you dah habiskan 70K cuma untuk barang cosmetics honey.."
"you dah tak sayang I Ker Baby? Cuma 70K ajerkan..bukan nya 1Juta!"

70K pun kau dah lokek..kau ingat 70K tu setakat barang cosmetics aku puas ke hah?

mesti la aku nak beli barang branded! setakat Gucci. Aku pun nak merasa Dior

"Cuba you try berjimat Danisha..cuba bayangkan One day I jatuh miskin? You nak hidup pakai apa? Jual diri?"
"Apa you cakap ni Adam! I? jual diri? how dare you cakap tunang you macam tu.."

Aku dah agak Si Dara tu ada jer kacau hidup aku! aku yakin yang dia tu dah hasut Adam sebab nak rampas Adam dari aku!

"Dah lah I dah kenyang! I takde selera nak makan dengan you.."
Danisha memberontak lalu pergi begitu saja dalam keadaan tubuhnya yang sarat berbadan dua..

Adam pun datang menghampiri Danisha dan mencuba untuk memujuk agar buah hatinya tak pergi

"Hey..jangan lah macam ni Honey.."
"Okay. I mengaku yang I salah..I minta maaf and I hope you tak pergi dari I..cuma you jer yang I ada honey.."
merayu Adam kepada Danisha

konon lah katanya 'Only one' apa bagai..padahal Adam cuma gunakan Danisha lahirkan budak dalam perut tu semata-mata nak dapatkan company

demi harta apa saja akan ditunaikan!

"Betul ni You?"
"Ye Honey..trust me.."

________________________________________________

situasi Zaquan saat ini,

"Kau nak ngadu apa lagi kat tua bangka tu? aku caci maki kau sebab rupa kau yang dah sebijik macam bontot lembu? Eh Cik Seri buah hati Raja..kau kena ingat yang langit tu tinggi bukan rendah yang kau remehkan.."

"Aku peringatkan kau jangan pernah menyibuk ambik tahu pasal hidup aku..tak kisah lah sape-sape sekalipun yang aku dekat. Kau sentuh kehidupan dorang, aku takkan segan nak penggal kepala kau. Tu janji aku!"

Budak gila!

"Aku tak tahu lah Benda apa yang kau makan, hah..yang kau sumbat dalam mulut kau tu..sampai kau gila macam ni sekali!"
"I Don't give a fuck with you Holy mother"

Zaquan pergi meninggalkan ruangan, hati Cik Seri dari tadi tak tenang setelah Zaquan bersuara

"Selamat Pagi Yang Mulia.."
siapa lagi kalau bukan pelayan yang paling Zaquan rapat, Wan Zulqarnain atau nama formalnya Sir Eisqandar Zulqarnain

"kan Zaq dah kata jangan panggil macam tu.."
"orang tua ni segan Yang Mulia...pakcik cuma jalankan amanah.."
"macam mana kalau Zaq kata ni perintah? pakcik ikut ?"
"kalau perintah maknanya Pakcik ikut..Ah sudahlah kamu pun..pakcik tertanya-tanya semenjak bape hari yang lalu kamu kenapa jarang pulang ke Istana?"

lama sangat ke aku tak balik neraka ni?

"alah..biasalah..nama pun kerja.. Pakcik kalau Zaq nak tanya something boleh tak?"
"sila lah.."
"macam mana dengan kesihatan papa?"
"Raja? betul Ker kamu Ni Tengku Uwais Zaquan?"

"Tak salah kan kalau nak tahu orang tua tu hidup ke mati?.."
"janganlah cakap macam tu sekali Zaquan..kalau ibunda Zaquan ada mesti Zaquan dah kena cubit.."

"Allhamdullilah Yang Mulia raja nampak lebih sihat dari sebelum ni..sejak kamu dah balik sini..Raja asyik tanya kemana perginya kamu.. Jujurlah pakcik nak cakap.. peluang kedua untuk seorang insan tu satu anugerah Zaquan.."

ini bermaksud aku nak kena bagi jantan tu peluang kedua? macam tu? selepas apa yang jadi dekat ibunda dan kakak?

bukan mudah nak pulihkan hati yang terluka..bahkan lutut yang cedera pun mampu di sembuhkan dengan cepat namun tidak dengan luka di hati.

"pakcik..oh yea..Zaquan lupa pulak arini Zaquan ada meeting..kalau macam tu Zaquan pi dulu la eh? bila-bila nanti kita sambung pasal ni.. assalamualaikum.."
"waalaikumussalam..."

dia anak yang baik..
hanya saja...
keadaan yang membentuk dirinya berhati batu..

padahal pada awalnya dia seorang anak laki-laki yang lembut..mudah berkata maaf dan mudah memaafkan.

ini kah yang dinamakan cukup seorang ibu yang marah dengan anaknya namun tidak dengan ayahnya? seorang anak tak akan pernah membenci ibunya..namun ayah sang anak sebaliknya dan tercetusnya sebuah dendam.

"ya Allah..kau lembutkanlah hatinya itu.."

kau kirimkan lah seorang pendamping yang mampu melembutkan kembali hati yang sedingin ais itu..

________________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience