Episode 24

Drama Series 67629

"eh tapi kan..muka kau ni..macam familliar kat mana eh..?"
Pada dasarnya memang aku pernah bertemu sekali dengan Aidil tak sangka wakil Tan Sri ternyata anak sulungnya. Tan Sri dan Puan Sri saat itu mempunyai masalah peribadi di luar negara, memandangkan hanya Aidil Zafran yang berada di kediaman mereka..jadi digantilah beliau..

Kali pertama pertemuan kami beberapa tahun yang lalu, setelah mangkatnya almarhum Tengku Azhar Adrisyah putera dari isteri pertama.
Nyatanya arwah mangkat disebabkan penyakit..tapi aku menafikannya, jelas lah..mana mungkin orang yang bertubuh sasa dan sihat seperti itu tiba-tiba saja mempunyai penyakit

Sedangkan aku lebih rapat dengannya berbanding adik beradik tiri yang lain..

untuk pengetahuan takhta diturunkan mengikut 5 pola utama, antaranya ialah Kekuasaan wilayah, pengaruh politik, populariti dikalangan sosial, pelajaran akademik dan kuasa yang berdaulat

dasar-dasar di atas akan didukung dengan dukungan para ahli parlimen dengan memberi sebab yang nyata mengapa dan kenapa seseorang tersebut layak menduduki takhta

bukannya semudah yang disangka.. sebanyak mana pun dukungan yang diberi oleh ahli parlimen. Selagi 7 dari, menteri besar tidak bersetuju maka hak tersebut akan digantung

Raja yang baik melahirkan keturunan yang baik itulah dasar pemikiran mereka..

Salasilah keluarga agak rumit untuk dijelaskan
Isteri Pertama melahirkan almarhum Tengku Azhar Adrisyah, Isteri kedua pula melahirkan Tengku Rayyan Rizqin, Isteri ketiga pula melahirkan seorang puteri yang diberi nama Cik Puan Jiha Khairissa manakala isteri terakhir melahirkan dua sang permata iaitu Tengku Heydar Leonard Zaquan dan Cik Puan Siti Khadijah Huraisyah

Walaupun Permaisuri Hawa Uwais Shah Zerial Haq adalah isteri yang ke empat namun Khadijah lebih tua berbanding Rayyan lah kerana ke empat-empat isteri Raja dinikahkan sebulan setelah pernikahan isteri yang lain. Itulah dikatakan rezeki lebih awal..isteri ke empat terlebih dahulu mengandung sebelum isteri kedua maupun isteri ketiga

Dikala suatu hari aku lah yang menduduki takhta, peraturan yang wajib aku haramkan adalah menikahi 4 ratu dalam masa setahun. Peraturan diraja yang bodoh bahkan tak berotak, cukuplah hanya satu nama yang disebut di dalam akad tidak lebih dari itu..

Aku lebih selesa memanggil kakak daripada panggilan formal disebabkan..Kakak sendiri yang memilih aku biasakan unformal dengannya, dirinya bahkan tidak ingin keluarga kandung satu-satunya yang dia ada saat ini seolah orang luar yang wajib berformal apatahlagi tunduk di bawah kuasa nya...

"Leo kena ingat akak tak suka kalau dipanggil Yang Mulia or what! I am your sister just call me kakak okay?"

masih terngiang-ngiang kata-katanya itu...padahal kejadian itu telah lama berlalu..aku bahkan lupa berapa umur aku pada saat itu

berbalik pada pertemuan yang tadi...

"Dijah tak faham papa! Why me? apa..sebab Dijah ni kedua tua? dari adik beradik yang lain..sampai papa anggap takde orang lain yang boleh jadi penerus papa?"

"biasakan formal Puteri.. bila perbualan kita berdasarkan masa depan negara it's mean kita bukan berbual secara pasar. Dan memang jelas dari kesemua syarat utama undang-undang fasa keluarga kita...kamu cukup sempurna tuk dijadikan ratu di masa hadapan"

Aku tak nak dijadikan sebagai ratu maupun permaisuri. Kedua gelaran yang aku benci disebabkan aku tak nak memegang beban yang terlalu besar

sebab aku sendiri tahu makin tinggi kuasa yang ada makin sulit aku nak bertahan hidup! aku cuma perlukan kehidupan normal mempunyai keluarga..dan bahkan mempunyai seorang anak yang penuh dengan kasih sayang..

aku tak nak dinikahkan secara paksa dan, ditekan habis-habisan mengikut kehendak aturan! aku nak bebas

"Bagi ajer lah kat Leo! dia lebih layak dari Dijah"
"Leonard Zaquan masih belum sempurna untuk benda ni Khadijah Huraisyah! Beta berikan arahan agar di turuti perintah! dan ini bukan keinginan melainkan sebuah perintah"

'angkatlah darjat dan pandang lah mereka yang memandang tinggi kuasa mu'

"MENURUT PERINTAH TUANKU! I follow your command puas?"
________________________________________________

"kak kau okay tak?"
"Akak okay jer..."

dari raut wajahnya pun aku boleh nampak..aku harap kau kuat berdiri dan memasang wajah kepada mereka.. bertahanlah.. sedikit jer lagi acara ni akan berakhir dan kita kembali bebas..

"Tahan..orang tau akak penat"

Khadijah memandang lembut wajah adiknya.. seorang yang pengerti..dialah satu-satunya yang ada bonda..

Setelah itu.. datanglah seorang bangsawan luar yang datang menyapa mereka.. Sebelum acara ni berlaku aku mati-matian menghafal kesemua identiti para bangsawan yang akan dijemput hadir ke majlis malam ni..

'William Carter Count of Serenity bangsawan British yang boleh dikatakan cukup terkenal dan salah seorang pedagang besar yang membekalkan barangan mewah'

informasi yang aku dapat..dia mudah tertarik dengan barangan mewah misalnya syarikat-syarikat yang terkenal contohnya Channel, Dior, Hermes dan Gucci boleh dikatakan banyak lagi brand yang terkenal menjual barangan beliau di kedai pemasaran mereka

Brand mana yang akan menolak peluang besar dengan seorang bangsawan?

"Your Royal Highness Princess and Prince...nice to meet you.."

"Count..Your brave attitude will surely be praised by everyone..."

"This is too much Your Highness.. I have learned some 'Melayu' words can I?"

"sure.."
"saya..rasa terpuji.. dapat.. bertemu dengan anda berdua..Yang Mulia..saya juga berniat untuk memperkenalkan anak perempuan saya yang bernama Anastasia Carter..dia gadis perawan berumur 19 tahun dan layak bernikah di usianya yang saat ini.."

'Anastasia Carter' harap saja nama nya enak di dengar namun tidak enak dilihat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience