"Salam sejahtera buat anda Yang Mulia..."
lebam ditangannya seolah-olah sengaja ditunjukkan, untuk apa?
"Ah..maaf tolong abaikan pergelangan tangan saya.."
"Anda membesarkan seorang puteri yang Baik.." pujian dari Khadijah, walau dirinya sefikiran sama seperti Leo.
Perempuan ni sengaja menayangkan pergelangan tangannya yang seolah-olah di dera..
"Satu pujian besar buat saya..Yang Mulia. Kalau Yang Mulia tak keberatan...apa kata kalau kita berbual mesra sebentar?"
"Sorry. Kakak saya terlalu sibuk untuk hal macam ni..apa kata kalau kalau Tuan dengan Puan muda berbual dengan orang lain saja?"
bukan kau yang aku target.. sekalipun kau berpengaruh, menteri utama pun tak ambik tahu
"Baik Yang Mulia..." Sombong! Macam mana aku nak cari untung dengan kerabat diraja.
"I am sorry Anastasia.."
"it's okay father..step by step" tenang saja balasnya seolah dia menikmati permainan kali ni
bukan dia yang didera melainkan ibu bapa nya sendiri yang tunduk akan kata-katanya itu, apa saja yang diinginkan pasti akan dituruti. Maupun baik dan jahat kehendaknya harus dilaksana
"I want him father..."
________________________________________________
"kau tak tidur?"
"takde makna aku nak tido time majlis ni baru mula"
"dah akak penat sangat..cer tengok, kita yang duk diam pun orang beratur nak menyapa..minah sebelah tu..bukan main lagi.."
"Aish.. memanglah kita yang dicari..Cik Seri tu kan dah tak laku"
"bukan main nampak? "
"betul apa? sape jer nak Cik Seri? dia kan dah terkenal ratu badmood dalam istana.."
Ratu badmood gelaran yang diberi oleh para pelayan. Setiap kali ada sesuatu terjadi pasti dia lah yang akan meriang bagai kambing tak makan seminggu
"Eh Mana your father?"
see! aku baru jer kata
"Sorry tak nampak"
aku tanya baik-baik itu ajer balasan kau? haih..nampak sangat tak diajar. Perangai busuk dah macam mak sendiri
"Tanya lah anak kau. Kan selalu duk attention"
"Sorry lah sikit. My son better than you all, lagi satu I peringatkan..yang bila-bila masa...pun apa yang korang ada..akan jatuh ke tangan orang lain"
"Asalkan bukan kau. We Don't care, aku pun nak ingatkan something..baik kau bawak anak kau pi berubat, takut-takut ada orang sihir jadi gay"
kata-kata Leonard Zaquan tak pernah tak pedih
nyatanya memang mamat tu aku tengokkan dah macam ada tanda-tanda Homo. Pelik kan? Kalau berduaan dengan lelaki dengan seluar tergesa-gesa nak tutup zip?
I Don't know business apa yang dibincangkan Dorang..maybe projek berjuta-juta lah kan? Duk tengok dalam seluar..ada credit card, VIP Card isn't?
"kau! Baik kau jaga mulut kau..anak aku..tak Gay. Kau jangan buat andaian yang dia ada rasa dekat lelaki, anak aku normal dan buktinya dia dah ada tunang"
Uish marah nampak?
"Tunang sebagai hiasan.." sambung pula Khadijah
mereka suka mengusik minah tu sampai dia sendiri naik gila dengan perangai mereka berdua, ada yang kata Cik Seri ni gila kalau terserempak dengan diaorang
"Dah lah! kalau aku berbual dengan korang..memang takkan jadi apa, buat menyemak jer!" Cik Seri pun pergi begitu saja.. agaknya dah betul-betul koyak kut?
"Jahat eh Leo.."
"of course I am, memang patut pun minah tu gila..anak pun gila mak apatahlagi"
________________________________________________
Memang sepanjang perjalanan ke istana Aidil Zafran tak henti-henti membebel, Apa pasal aku yang kena , apa pasal lah bapak aku ni boleh ada problem
itulah soalan yang diulang-ulang sampaikan destinasi yang dari tadi dituju pun tak perasan. Sebaik saja dia keluar dari kereta, dia terpegun melihat bangunan mewah tersebut. Bersinar matanya melihat keindahan emas dan jati dijadikan sebagai dekorasi
Harga jangan di tanya, pintu pagar pun dah nampak aura kekayaan apatahlagi dalamnya. Tersusun McLaren seperti basikal bersebelahan dengan kolam renang kecil yang dijadikan hiasan
"Alang-alang dapat datang..apa salahnya aku duk tengok?"
begitu bangga rasanya dapat masuk ke dalam istana yang diidamkan serata dunia, istana mewah yang hanya digunakan tuk perkara tertentu sahaja. Selebihnya di istana yang lain..itulah orang kaya tak tahu nak habiskan duit bina istana pun dah macam bina reban ayam
"ni lah anak sulong Tan Sri Zahid?"
Dato Zulkifli bertanya kepada Aidil, lah kerana Aidil lebih kurang sama dengan Dara..jenis malas nak masuk kalangan sosial mak bapak dia orang
ada pun sekali dua kali, itu pun sebab di paksa
"ye..Dato... Zulkifli kan?"
"ye saya..tak sangka kamu ni dah besar.."
"tulah..saya pun dah lupa kali terakhir dapat jumpa dengan Dato"
kali pertama dan kali terakhir saat Aidil berumur 4 tahun, saat itu ada pertemuan perjanjian saham di syarikat mereka. Hubungan Dato Zulkifli agak baik dengan ayahnya jadi tak masaalah kalau berbual biasa..mana yang tak rapat memang tak lah si Aidil nak melayan
"Takyah lah panggil Dato.. panggil jer Uncle, kan Uncle ni kawan bapak kamu..."
"takde lah Uncle..nanti apa orang kata?"
"alah..anak Tan Sri nak buat apa takut...eh! patutnya sekarang ni kamu kena berjumpa dengan Puteri Mahkota.."
buat pe pulak aku yang pi berjumpa?!
"asal pulak saya?"
"kan kamu pengganti bapak kamu malam ni..dah nama pun bangsawan. Lagi-lagi keluarga kamu tu yang jadi pengaruh besar keluarga diraja.."
"Hah yelah..ye lah..saya kesana..."
............
dah lah aku ni jenis malu nak menyapa...lantak aa langgar ajer lah
"Assalamualaikum Puteri..saya.. sebagai pengganti ayah saya Tan Sri Zahid Osman..ada pesanan dari dia..yang...dia minta maaf sebab tak dapat datang, Puan Sri mama saya.. dia ada hal dekat luar negara..."
Betul ke tak? aku ni...
"Um.. Waalaikumussalam..Tuan..tak apa kalau dah nama pun ada masalah keluarga, itu boleh ditunda..nama pun keluarga Yer kan? Keluarga tu penting..."
"Semacam itu lah..Haha, senanya saya ni tak pandai nak formal..tadi saya dah sah-sah lah kan salah bab nak menegur puteri"
"honestly saya pun tak suka berformal..May I know your name?"
"Oh nama saya Aidil Zafran..puteri boleh panggil saya Aidil..Zafran tak kisah lah! Didi and friend pun saya sanggup"
Tak tahu pula anak Tan Sri ada anak yang comel macam ni..entah kenapa aku rasa dia ni orang yang baik...tak sama macam yang lain. itu cuma sekadar prasangka saja lah..aku tak yakin sepenuhnya
"Okay Aidil..apa kata kalau Aidil..stop panggil saya ni Puteri..tak kisah lah...Yang Mulia ke Puteri Mahkota Ker..apa Ker..saya nak awak..kita awak saya eh? panggil saya Dijah"
Dijah..sedap nama..cantik pulak tu. Aish!! kau ni dil...
"tak masalah..Di..Dijah!"
tersenyum mereka berdua, agak-agak adakah ia cinta pertama? Ceh!
"Awak sebenarnya suka tak kalau ada majlis-majlis besar-besaran astu..pakai baju besar-besar macam ni?"
"Tak."
"aik? asal pulak tak suka"
"Sebab saya dipaksa..saya tak rasa hidup saya ni bebas...makan kena ikut Time.. tak boleh terlebih..bangun pulak, kena bangun pagi-pagi buta.. kadang orang jealous orang-orang lain, boleh tidur, makan, bangun, mengikut kehendak dia orang sendiri..."
"Saya anggap orang yang macam awak ni lah kan..pangkat besar. Hidup dia mesti best-best"
"bagi saya takde lah best mana..duit saja lah yang kena dengan perkataan best awak tu.. tapi kan saya rasa...awak ni macam orang lain"
"lain yang macam mana?"
"yelah..awak tu tak macam anak-anak bangsawan yang lain...padahal dorang tu anak orang Kaya BBNU tapi bongkak kalah Firaun"
Aidil tertawa dengan luahan Khadijah, Ini kali pertama ketawa dan senyum nya itu diperlihatkan oleh orang luar. Begitu juga Khadijah turut kongsikan senyuman dan ketawa nya itu buat kali pertama di depan seorang jejaka yang baru saja ditemui..
Apa agaknya yang aku rasa? Dia tu seorang puteri..apa yang kau merepek?
"Aidil.. kalau ada masa datanglah istana saya kalau awak free, kita boleh bual-bual macam biasa, takdelah nak kekok sangat"
"serious aar? nanti kalau tiba-tiba saya ni kena tangkap hah macam mana pula"
"kan saya yang jemput apa pulak awak nak kena di tangkap?"
"yelah mana la tau saya ni nampak macam orang jahat ke apa..saya senyum kat budak pun budak dah takut lagi kan orang besar"
"mana ada awak baik ajer eh.. buktinya saya tak takut, it's okay awak cakap ajer saya yang jemput nanti saya ingatkan dorang la saya ni terima tetamu"
________________________________________________
"awak rasa saya layak ke terima cinta?"
"kenapa pula tiba-tiba tanya macam tu? awak tu puteri raja kut, mesti lah layak terima cinta"
"saya tak dibesarkan dengan cinta ibunda saya pun dah tak ada..awak rasa saya layak ke?"
"Khadijah..asal usul awak walau segelap mana pun.. Don't worry about that, satu masa awak sendiri yang akan rasa dicintai oleh seseorang yang tepat. Trust Me "
"awak..saya walaupun laki saya ni dramatik tau, saya tak boleh la kalau dengar kisah-kisah macam ni"
"kenapa? dah nak banjir ke air mata?"
"iyalah! takkan saya nak ketawa pula, saya ni cepat koyak. Walaupun saya ni kasar"
jangan ingat tak ada taman di dalam
Share this novel