Aku kalau boleh aku nak ganti lukisan ni daripada sapu tangan yang masa tu aku bagi. Sumpahlah sampai sekarang aku tak move on dengan pemberian aku, aku rasa macam tak layak nak bagi dia benda yang tak seberapa nilainya.
"Amelia..mama nak tanya boleh?"
Amelia mengangguk saja
"Selain Uncle Fareeq..Papa ada abang atau..adik tak?"
"Papa? Umm..ada..tapi papa ada cakap papa tak rapat dengan keluarga papa.."
Tak rapat..
"Umm tu jelah mama tanya..Amelia nak sambung main? Mama ada kertas dengan pensil kalau Amelia nak lukis-lukis.."
"Nak! Amelia nak lukis mama.."
"Hah ambik kertas ni..nanti kalau dah siap bagitau mama tau? Mama nak sambung lukis.."
"hah baguslah tu dua-dua ni sekepala nak conteng-conteng..nanti kalau Amelia nak pandai lukis-lukis tak yah Suh papa cari cikgu, mama Dara ni pun boleh ajar Amelia tau!"
"Ma..dia saje-saje ajer ni melukis anggap je sebagai hobi.. Ma..Along takde call mama ke pagi ni?"
Dah nak masuk tengahari dah ni, mamat tu biasa tiap masa nak call mama, apa dia buat, dia kat mana..
"Takde pulak Aidil nak call mama..kan dia dengan papa, alah..Dorang fikir pasal kerja lah tu"
"Biasakan dia si terpaling rajin nak inform semua benda.."
"Awaknya tu macam mana pulak? Dekat sana pi mana-mana takde pun macam abang kamu?"
"Tapi orang bagi gambar kan tiap-tiap jam? Hah..I still inform you tau my dear"
"Itu pun tak selalu. Awak tu tak rindu ke kat buah hati? mama nak tau juga korang dah bincang belum nak kahwin? Dah minta restu apa semua..tinggal kahwin je kan?"
"Takdelah ma..kita orang umm kawan-kawan dulu, bercinta tu susah lah bagi orang. "
"Jangan lama sangat tunggaknya Dara Allysa.. hubungan lama-lama takut tak ke hujung. Pagi tadi kamu kata dia latihan tentera tu..2..3 bulan kan?"
"Ye ? Kenapa?"
"Tiap minggu pelawat boleh datang kan? Hah nanti datang lah sana.. kut-kut si Amelia ni rindu dekat papa dia"
Habis kita tak rindu ke? eceh..
"okaylah..papa bagi tau mama papa balik pukul 2 petang, mama nak masak jap kat dapur. Order cik puan?"
"Nak ayam paprik ma...rindu lah ayam paprik legend mama.. masak tu eh ma? Sayur banyak pun takpe nanti Dara makan"
"Okay..mama nak berasap kat dapur, kamu tengok-tengok Si Amelia dia haus ke apa, ambik je jus kat dalam peti ais tu.."
_______________________________________________
"Happy lah eh team kau kali ni menang?" Rayyan cuba untuk mengganggu fikiran Zaquan. Binatang kat depan mata aku ni memang jenis tak pandai nak diam, suka sangat menyusahkan orang bingit!
"Alhamdulillah menang asal? Tak terima ke macam mana?" Balas ku pula. "Nothing..aku cuba nak ingatkan kau yang kau tu kena sedar diri"
"For what ?"
"Sebab kau keturunan Isteri ke 4 kau kena sedar bonda kau tu dah masuk rumah tangga orang lain! And disebabkan tu yang layak terima takhta tu aku, bukan kau"
"At least bonda aku bukan 'isteri biasa' tau-tau Permaisuri. Kau tu pun kena lah sedar diri, tak makna kau datang dari yang baik Allah tak nilai semua tu.."
"Apa kau ingat lahir dari cerita buruk, at last akhir cerita semuanya hancur? Aku pun tengah rajin ni mat..nak ingatkan sesuatu, kut-kut berguna untuk kau yang otaknya separuh an? Tiap perkara we need Effort bukan tawakal, tak jalan mat kalau kau tawakal berharap kat orang lain"
"Kau tak yah nak acah alim lah Uwais Zaquan! Kau tu kalau bukan sebab arwah kakak kau si Khadijah tu..kau bukan siapa-siapa dalam keluarga ni"
"Apasal kau nak ungkit nama arwah? Ini kalau bapak kesayangan kau dengar, arwah mendiang Ratu kau anggap remeh silap hari bulan mak-mak kau sekali kena campak."
"Eh asal kau nak sebut bonda aku pulak? Asal tak puas hati?"
Lah PLAYVICTIM? Ada masalah apa keturunan Cik Seri ni eh?
"Hati kau tu dah hitam sangat la Rayyan..aku syorkan kau tu minum clorox, bukan ke kau yang start dulu ungkit arwah bonda Zaquan? Kenapa sampai part kau,kau dah koyak?"
Keli datang cuba nak membantu, dia memang pantang kalau ada spesies sama macam musuh dia.
Spesies ni memang dah ada kat dunia ni, that why nak basmi tu susah
"huh! Kau tengoklah suatu hari Zaquan, aku sendiri bersumpah yang aku ni akan porak peranda kan hidup kau!"
Aku diamkan saja.. kata-katanya buat kan aku sekilas mengimbas wajah Dara dan Amelia.
Aku takut sekiranya Dara sah menjadi isteri aku dan semua ni jadi lain..aku tak nak sekalipun terlibatkan Dara dalam urusan semua ni..
I don't want her to feel all this
"Kau okay Zaquan?" Keli start bertanya, wajah Zaquan agak risau jadi dia pun bertanya untuk kepastian
"Aku.. entahlah keli aku sendiri tak tahu.."
"Tadi aku terdengar perbualan korang, aku minta maaf pasal tu..sebab perbualan korang tu memang boleh dengar kalau dari luar. Untunglah yang ada cuma aku sorang..."
"Part mana kau nak tanya kat aku?"
Aku dah boleh teka..dia ada nak tanya part yang buat dia confuse
"Kau.. datang sini bukan sebab kau nak up rank kau kan dok?"
"Kau datang sini bukan niat sebagai Firaun isn't? Tapi sebab latihan ni sebahagian dari rancangan keluarga kau?"
Zaquan hanya tersenyum sinis melihat ke cermin,
"kau cakap macam dah aku ni nak up rank game je an? Ye aku takde tujuan pun nak ke sini nak naikkan semua benda tu.. aku bukan anggota darat"
"apa pun alasan kau kat sini.. aku tau semua tu benda baik, kau kat sini bertahan berapa tahun jer?"
"3 bulan.."
"tapi kan kem ni ambik masa 3 tahun.."
"alah nanti kau tahu lah caranya.. aku nak kau kirim salam aku kat mak kau, tekak aku ni rindu nak rasa tomyam pekat dia tu.."
"Elok lah yang ini rindu sana,yang sana rindu sini aku ni macam mana pulak? Nasib badan..
"kau jangan lah cakap macam tu sekali.. aku puji masakkan mak kau tau. Kau sepatutnya bangga sebab kau tu lahir-lahir ada Masterchef"
"memang mak aku pandai masak punnn pandai-pandai tu lah mak aku!"
......
"Biadab punya kaum rendahan. Orang darah pelacur macam tu pun kau nak support.." gumam dirinya dengan hati yang panas membara entah kalau di sentuh badan nya mungkin mencair..
"Selain dari kawan-kawan dia..Tengku pun kena tahu sokongan besar Jeneral Zakaria sepenuhnya berada di belakang dia, cuba Tengku fikir balik..macam mana Tengku nak menang kalau ada yang kotor?" Zafrel cuba untuk memanipulasi fikiran Rayyan yang telah serabut akibat dipermalukan
melihat dari senyuman sinis nya itu, dia sengaja agar memancing kemarahan Rayyan untuk melakukan sesuatu.
"apa maksud kau?" Rayyan bertanya dengan nada yang sedikit tinggi
"Cik Seri amanahkan saya untuk bantu Tengku dalam kem kali ni, Tengku tak perlulah nak risau apa-apa dari saya..cukup Tengku percaya yang saya berada di pihak Tengku"
"tadi kau kata Jeneral bagi sokongan kat budak tu? kau comfirm orang tua tu 100% dekat dia?"
"macamlah aku tak kenal pakcik aku tu..mana dia nak, mendekat dengan budak tu? keturunan hina macam tu..kau ingat dia nak sokong ke budak yang tak menguntungkan dia?"
si bangsat ni kalau di lirik muka cam bodoh seposen lama kelamaan macam bongok tak cukup sifat. Kalau aku dah cakap tu ye lah bengap, mak kau pun tak dekat dengan orang tua tu lagi kan kau nak dekat?
duk mengaku kau dah cukup kenal.. benda remeh pun kau masih terkial-kial baik takyah!
"Ye..tapi saya ada cara kalau Tengku nak jatuhkan nama baik budak tu" Zafrel dengan yakin menjelaskan niatnya
........
"aku setuju cara kau, tapi macam mana kalau cara kau ni takde bagi apa-apa kesan kat bangsat tu?"
banyak tanya lah sial Jantan ni
"Tengku.. Tengku fokus dengan rancangan kali ni selebihnya kemudian.."
"kalau macam tu aku percaya dengan kau..kau jangan risau, kalau aku dapat takhta tu..aku boleh janji yang aku akan porak peranda hidup anak pelacur tu"
________________________________________________
Malam pun tiba dan hari pun sudah gelap,
inilah malam pertama Amelia di sini, rasanya seperti simulasi kehidupan aku di masa hadapan nantinya, aku tak terfikir selepas putusnya hubungan aku dan Adam aku akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri
Meja dipenuhi dengan hidangan yang mewah
"Ma.. makanan marhain sangat ni kenapa?"
aku bertanya,
"kita kan nak sambut kedatangan kesayangan baru kita. Apa salahnya ye kan Amelia?"
"Kalau Amelia takut nak tidur dengan mama Dara malam ni, Amelia boleh tidur dengan nenek dengan atok.."
"Mama Dara tu tidur lasak, kalau Amelia tidur sekali tak pasal-pasal Amelia yang jatuh"
"Eh Aidil Zafran, jangan kau nak mandai-mandai eh buat cerita..aku ni tidur normal lagi tau..takde lah sampai kaki ke atas kepala ke bawah"
Share this novel