"Dara dah ada..Along? masih dengan yang lepas?" Soalan yang dikeluarkan oleh Tan Sri sedikit dekeraskan atau mungkin disengajakan ?
Kenapa Tan Sri Zahid tiba-tiba saja menanyakan soalan semacam itu?
"Uh.. nape papa tanya macam tu?"
dinginnya situasi perbualan anak dan ayah satu ni . Beza cerita kalau situasi keluarga aku..
"Papa tertanya-tanya pasal hidup kamu.."
"Abang..kita dah bincangkan pasal benda ni? Kita ada tetamu sekarang..ni"
"Sorry Zaquan.. auntie tak maksudkan macam ni sekali"
"tak..saya tak maksudkan nak sakitkan hati anak kita.. saya cuma nak bertanya Harlina..."
"Tapi soalan awak tu menyakitkan hati awak faham?"
"Okay fine! Orang masih dengan yang lalu..tapi dia dah takde papa.."
Aidil lalu menjawab, sedikit meninggikan suara bagi memperlihatkan sosoknya yang telah muak dengan soalan tersebut
"dia dah takde..dia dah takde buat selamanya..apa papa nak Aidil buat? Papa nak Aidil terima tunangan? Perjodohan? Pa..sebab cinta ni lah buat Aidil macam ni..can you just stop make me feel stupid?"
"A.. Aidil..papa..bukan nak maksudkan.."
Aidil pun pergi ke atas tanpa menoleh kebelakang . Soalan paling dibenci olehnya kini diungkit kembali
'aku mintak maaf Khadijah..aku tak berjaya nak lupakan kau'
Padahal aku yang mintak kau lupakan aku..tapi nyata nya aku sendiri yang menjilat ludah
"uncle memang tak pandai nak jaga perasaan anak..kan Zaquan? Awalnya Uncle tak maksudkan nak mengungkit atau.. apa uncle tahu uncle ni salah.."
"Ye memang awak salah..berbulan anak kita kemurungan, sudahlah dia tiba-tiba berkurung masa kita pi istana. Padahal sepatutnya Aidil wajib pergi, atas sebab dia tu pewaris awak..nak bawak Dara, Dara tu tengah belajar kat luar sana.."
"Sampai lah sekarang..Auntie dengan Uncle ni..tak tahu sape perempuan yang buatkan anak sulong kami macam tu sekali..dia dari kecik suka berahsia..tapi sejak dia dah pernah ada hubungan dengan seorang perempuan ni..dia jadi lebih ramah..dia dah tak jadi seorang pendiam, dia dah banyak buat aktiviti bersama..makan pun dia lebih suka bersama.. He always talking about her.."
Tapi hubungan hangat tu tak berkekalan lama isn't?
"kalaulah kawan auntie sekarang ni masih hidup.. perempuan yang berhubungan dengan Aidil ni katanya bekerja kat dalam istana so auntie tak tahu orang nya macam mana..sape orang nya.."
"sape kawan auntie?"
"Dia wanita yang hebat.. takkan kamu tak boleh teka? 'mendiang permaisuri' negara kita?"
Senyuman Zaquan berubah..tersentak rasanya setelah mengetahui
Puan Sri kawan kepada arwah ibundanya itu..
Patutlah suara nya itu macam pernah didengar..
Hawa banyak tolong aku dalam apa jua masalah biarpun besar maupun kecil, dia sentiasa akan ada disebelah aku dan sedia menjadi tempat luahan. Padahal dia sendiri penuh dengan masalah tapi masih sempat nak tolong aku, entah nikmat tuhan apa yang telah kau dapat sampaikan kau sanggup tersakiti asal bukan orang yang kau sayang disakiti
kalaulah aku boleh tolong selesaikan masalah dia.. mungkin sekarang kita tengah duduk bersama..berborak, macam mana yang kita pernah buat . Masalah dimana harga dirinya sebagai seorang wanita dermawan dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh suaminya sendiri..rumah tangga yang cukup lama didirikan akhirnya dibalas dengan cara yang hina.
sempat kau jatuh cinta dengan seorang lelaki tak guna macam tu..kau sanggup dimadukan kau sanggup dijadikan yang ke empat, tak bermakna kau dan dia menikah atas sebab cinta . Dia tak pernah sentuh isterinya yang lain
Dalam keadaan semacam itu mungkin kau dianggap sebagai perampas tapi sebahagian orang menganggap kau wanita yang mulia kerana mampu mendapatkan cinta dari seorang raja. Padahal isterinya yang pertama tak pernah merasa cinta, ada desas-desus mengatakan bahawa isterinya itu mempunyai kekasih gelap.
Tak perlu dikecohkan, dia pun tak berniat nak ada hubungan apatahlagi nak ada rasa cinta, namun dari segi undang-undang agama dirinya bersalah kerana telah berselingkuh. Isteri kedua dan ketiga keduanya boleh dikatakan cinta namun bertepuk sebelah tangan, jelas kisah tersebut rumit untuk difahami itulah cinta bukan mudah untuk di paksa.
Berbeza dengan nafsu, cinta atau tak cinta nafsu tetap utama dalam setiap mana-mana lelaki. Peraturan istana mengarut, untuk apa dipaksa menjadi jodoh seseorang kalau awalnya benci?
FLASHBACK BEBERAPA TAHUN YANG LALU
dimana zaman-zaman remaja mereka
"aku..dah nak kahwin Harlina"
"kau pandai bergurau kan Hawa? Kan kau mengaku yang kau dah cinta mati dengan putera raja satu tu..dengan siapa pula kau nak berumah tangga kali ni?"
"nampak wajah aku ni bergurau ke Harlina Zarifah? Biarkan aku yang habiskan perkataan aku tadi...aku sememangnya akan berkahwin, namun aku akan berkahwin dengan putera raja satu itu..."
"macam mana kau boleh ada ikatan dengan anak raja? tapi boleh jadi..sebab kita memang anak bangsawan yang tiap minggu keluar masuk kediaman istana"
"macam tu lah aku boleh berjumpa dengan dia..aku dah terbiasa panggil dia Edgar jadi kau kena lah faham kalau aku sebut nama dia macam tu.. Ceritanya panjang tapi aku pendekkan"
dia orang berjumpa secara tak sengaja semasa malam majlis hari kesyukuran. Jadi selama ni Hawa telah berahsia dengan aku?
"sanggup kau berahsia dengan aku ya..Hawa! kau pun tinggalkan aku berkahwin dulu.."
"Halah..kau ni kalau ditinggalkan kahwin dulu tak bermakna kita tak boleh jodohkan anak kita Yakan?"
"Eh Haah lah! kau ni bijak lah Hawa"
________________________________________________
cantiknya dia mengenakan gaun pengantin berwarna emas putih tersebut..rasanya dihari itu dialah bidadari pujaan hati putera raja. Aku sentiasa akan hadir apa jua acara yang berkaitan dengan Hawa, semakin sibuk lah aku kalau tiap masa Hawa yang mengerjakan semua acara
apatahlagi tak lama setelah Hawa mengandung anak pertama Hawa dinaikkan sebagai Permaisuri, pangkat yang lebih berkuasa berbanding madunya yang lain. Isteri keempat namun memegang pangkat seorang pemaisuri, kau sememangnya wanita dermawan yang layak!
"kau pun dah nak menikah Harlina? dengan Zahid?"
"Sejujurnya aku dah lama menikah tapi bukan di sini..iya, aku dan dia sekarang telah menjalani hari bahagia..Karna aku pun mengandung anak pertama. Impian kami mahukan anak lelaki pun tercapai"
"nanti kau jodohkan lah anak lelaki kau dengan anak perempuan aku! hah..kalau aku mengandung lagi pun, kau pun sama jugak kena mengandung sama..biar nanti kali kedua aku lelaki kau pulak perempuan!"
wah dia anggap mengandung tu dah macam apa?
beberapa tahun kemudian, Hawa pun mengandung lagi, namun aku masih belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan yang kedua. Makin dilihat hubungan Hawa dan suaminya betul-betul erat dan bahagia
aku selaku kawan bersyukur kau mempunyai seorang suami yang mencintai kau apa jua kekurangan...namun setelah anak kedua nya itu lahir.. sedikit demi sedikit mereka menjadi retak. Entah siapa yang berhati busuk menuduh yang bukan-bukan tentang Hawa yang berselingkuh, padahal aku lah manusia yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti cinta mati Hawa terhadap suaminya! namun aku tak ada disana untuk menolong Hawa
"Hawa! kenapa semua ni boleh jadi macam ni?"
"aku pun tak tahu Lina..aku dah cuba sebaik mungkin nak jelaskan salah faham ni kat suami aku tapi dia sedikit pun tak hingin nak hadap muka aku.. madu-madu aku yang lain, dia orang jadi batu api dalam gosip tu..sedangkan aku? yang dalam keadaan pantang masa tu boleh buat apa?"
aku tak tahu nak jelaskan macam mana..kenapa kau buat aku macam ni Edgar? kau kan pernah berjanji walau apa pun ujian kita..kau dan aku akan tetap bersama?
"kau buat apa kat sini? "
"Mohon maaf atas kebiadapan saya di sini! Baginda tolong jelaskan perbuatan baginda yang buatkan kawan saya sengsara macam ni.."
"sengsara konon.. perempuan ni dah main belakang dengan aku, ada hati nak aku dengar penjelasan dari mulut dia? "
anak-anak mereka mempertontonkan segala pertengkaran tersebut tanpa celah..tanpa adanya potongan pun dalam sesi tersebut..dimana Hawa di caci, dimana Hawa di hina dan dimana Hawa di seksa belum lagi di saat detik terakhir Hawa dibunuh.
"Tah-tah selama ni budak tu pun bukan darah daging aku! tu yang kau sayangkan sangat budak tu kan?"
"Awak!...dia orang tu anak-anak awak, kenapa awak cakap macam tu..nape awak tak terima dia orang sebagai darah daging awak ? awak dah lupa tanggungjawab awak?"
"Kau jangan nak merepek lah perempuan..aku ni hah dengan kepala mata aku sendiri, nampak kau dengan mamat pengemis mana tah tengah berasmara kat belakang taman tu.."
Cik Seri Khalida pun datang sebagai sumber pembakar
Saat itu aku tak tahu apa lagi yang dilakukan mereka ke atas Hawa kerana aku telah disuruh untuk keluar..
"Kenapa kau nak tuduh aku yang macam-macam Khalida? Kau dan aku kan dah macam saudara..kenapa kau buat aku macam ni?"
"Eh perempuan..oh lupa.. Pemaisuri yang amat mulia, kau kan dah ada suami buat apa kau nak merasa batang jantan lain? "
"betul lah kan kata Si Seri? kau dah main belakang dengan aku selama ni?
Permaisuri Hawa Uwais Shah Zerial Haq.."
huh..
"Aku beri kau masa 2 tahun untuk kau luang kan hari terakhir kau dengan anak-anak haram kau.. sebelum kau dihukum mati!"
________________________________________________
Hawa terdiam seribu bahasa.. kata-kata barusan seolah malaikat maut yang memberi amaran jangka hayatnya itu hanya sebatas 2 tahun saja..
mana tidaknya dia menangis siang dan malam melihat anak-anak nya yang tidak bersalah di tuduh anak haram..jantan mana yang dimain oleh nya kalau bukan kau seorang suami!
Tak pernah terdetik Hawa nak berselingkuh atau mendua..tak pernah sekalipun
Penuh cabaran hidup mereka setelah itu aku pun tak tahu apa yang terjadi selama 2 tahun...
TAMAT FLASHBACK,
sedikit air mata Zaquan mengalir setelah mendengar cerita..Puan Sri barusan
"kenapa menangis Zaquan?"
"eh..takdelah mata saya masuk habuk.."
Aku tarik balik ucapan aku nak berbaik dengan orang tua tu..
setelah itu, Fareeq pun datang dengan kereta Zaquan di depan pintu pagar kediaman Tan Sri
"Auntie..Uncle kawan saya dah sampai.. agaknya sekarang saya kena balik, tolong kirimkan salam saya untuk Dara yer auntie.. assalamualaikum saya pergi dulu.."
"awalnya kamu nak balik.."
Share this novel