Episode 42

Drama Series 67629

"Kau cakap kat aku! sebenarnya kau yang jual rantai bonda aku...nape kau sanggup buat macam tu padahal kau nampak dengan mata kepala kau sendiri aku dah serupa beruk mencari benda alah tu?" apa sebenarnya yang kau fikirkan sampai macam ni sekali. "Ye! aku yang jual sebab aku cemburu dengan kau!" .cemburu untuk apa? perlu ke kau cemburu dengan sahabat kau sendiri Zafrel?

sedangkan aku pun tutup cemburu aku kat sahabat aku..yang dorang tu ada keluarga yang layak dipanggil keluarga, sedangkan aku? keluarga pun dah macam yatim piatu. "Kenapa...? Kenapa kau nak cemburu kat Zaquan Zaf? Kemampuan kita sama-sama usaha Kut?". "Sebab dia lahir dari keluarga senang lah botak! keluarga kau pun sama ajer kan dengan keluarga aku.. ekonomi tak tetap!"

"cuma ekonomi tak tetap? tu rezeki datang dari Allah tau Zaf..kau ingat Zaquan nak ke dia tinggal dalam istana huru hara macam tu?" "kau ingat cuma sebab tu? Aku tak puas hati sebab mamat tu sorang dipuji, apa aku buat mesti ada cacat. Kalau dia buat pape takde pun orang nak judge, takdepun warden nak memekak! cuma sebab aku anak Dato'biasa kemain warden perlekehkan aku?"

"kalau nak sangat hidup macam aku.. cubalah sekali tu kau ganti hidup aku Zafrel! keluarga senang tapi kau nak pakai duit pun tak dapat sial!"

Aku menepis pegangan tangan Black lalu melayangkan sebuah penumbuk tepat ke wajah Zafrel! Hampir saja Zafrel jatuh namun dia berjaya bangkit . Walau kepala nya sudah mula berpusing dirinya tetapi melanjutkan dan melawan kembali

pisau di tangan nya di tikam ke bahagian peha, kelemahan utama bagi ku kerana aku dalam keadaan yang lalai, aku pun menendang bahagian dada miliknya percikan darah terkeluar dari mulutnya itu, genggaman tangannya sudah semakin leka mungkin sebahagian tenaga nya sudah habis dalam pertarungan bersama Keli.

Aku pula dengan mudah melayang kan sebuah penumbuk tepat ke bahagian mata, jelas mata sebelah kanan miliknya bengkak setelah menerima tumbukan yang padu dariku. Telah beberapa kali titisan darah yang keluar dari hidung nya

Aku cuba untuk berhenti namun Zafrel tetap saja melawan dengan menghayunkan pisau. Bahagian dahi di kepala ku terkena dan membuatkan aku sungguh kesakitan, namun disebabkan luka tersebut tak bermakna aku kalah dengan seorang Zafrel!

"BERHENTI! Ini arahan!"
aku pun berhenti dan genggaman ku bertukar longgar, Zafrel juga sama seperti ku. Setelah kejadian tersebut diketahui oleh pihak keluarga, hubungan kerajaan dan keluarga Zafrel sedikit memudar. Ada ramai yang melihat kejadian itu namun kejadian tersebut dijadikan sebagai rahsia demi keamanan nama baik akademi.

"keluar.." arahan General Zakariah kepada jururawat yang sedang membersihkan luka di dahi ku "Uwais Leonard Zaquan.." "Ya Tuan.."

"apa... sebenarnya yang dah jadi? Kau..macam mana anak buah aku boleh terluka disebabkan pisau?"
"Saya leka Tuan.." balas ku "Pakcik tak nak orang lain fikir yang pakcik ni pentingkan keluarga..tapi kau anak buah pakcik yang ada.."

"Tapi.. Rayyan, dengan Kak Khadijah?" "mereka berbeza Zaquan.. hanya kamu yang memohon latihan militer.. apatahlagi dalam kurun umur kamu yang baru saja 16 tahun saat ini, tak lama lagi kamu akan 17 tahun." 17 tahun dan bermakna hari terakhir aku di akademi.. selepas itu aku harus menerima tugas di istana

"Sudahlah..berbaik saja dengan Zafrel, pakcik tak nak tahu kalau ada apa-apa pergaduhan lepas ni."
"baik Tuan.." "kenapa nak formal Yang Mulia?"
"Pakcik sendiri yang formal.."

"seandainya kita sedang berdua anggap saja orang tua ni selayaknya seorang pakcik. Lagipun pakcik ni anggota kerajaan juga.."
"Baik..Pakcik.."
________________________________________________

itulah Ceritanya menjadi musuh ketat disebabkan perkara yang remeh. Hati yang bersemi sebagai batu tak mudah untuk dicairkan

"Latihan Hari ini adalah latihan dengan menggunakan senjata jarak jauh, setiap kumpulan harus berlawan secara senyap tanpa membunyikan sebuah suara."
bermakna kita akan bermain dalam hutan.

Di Kawasan Hutan yang terletak 400m dari kawasan lapangan, para kumpulan dan anggota yang terdiri berbincang mengenai formasi strategi yang akan digunakan.

"Cer kau citer kat kita orang, kenapa kau boleh kat sini?" Shark akhirnya bersuara dengan menanyakan soalan. "Asal? tak leh ke.."
" la kau loya buruk..aku tanya baik-baik tau Firaun"

"takde pape laa..aku saje je nak repeat" "takde kau sekarang ni Lieutenant tau kau nak restart buat pe? dalam 2 bulan setengah kalau kau berjaya full kan mata, dalam latihan khas kali ni..kau boleh naik pangkat Captain auw"

"aku pun fikir macam tu, tapi aku fikir balik aku malas la pulak.."
"Korang lak? nape tak naik-naik dari dulu?"
"Owh...sebab jarang datang lah susah nak naik, jarang datang latihan unformal...yelah sebab aku ada urus company bapak aku"

"rajin kau sekarang Black.."
"kau orang an asyik pakai nama gini nama aku sendiri pun aku boleh lupa.." kata Keli pula yang dari tadi termenung memikirkan sesuatu.

"KADET! DAH HABIS BERBUAL? KENAPA TAK NAK SHARE SEKALI BUALAN NYA?" sindir General

"MAAF TUAN!"
________________________________________________

Sementara itu situasi Dara,

"Anak Zaquan ni an..macam ada iras-iras laa" kata Nadeera
"iras-iras muka dia ke apa?"
"tak..muka Amelia macam muka perempuan ni"

"perempuan kau kenakan dia? tu Mendiang ratu kita tau babe..hah potong lidah kau nanti!"
"Eh! Haah lah mat..aduh ya Allah khilaf..."

tau pun panik jenis tak nak membaca keterangan memang macam ni lah dia punya khilaf

"eh Haah lah mat, muka Amelia ada dekat-dekat muka baginda. Aku rasa an Amelia ada darah yang sama kut....??" "berangan jer kau" "eh kita tak tahu..kau dah tanya belum bakal laki kau? pasal family dia?"

belum..

"tak..aku tak tanya lagi..aku tau Zaquan tu kaya gila-gila tapi takkan lah kaya gila-gila sikit dah anggap dia tu anak raja?" aku cuba tuk menafikan
"artikel yang masa Danisha viral tu pun katanya majlis yang kau pi tu ada anak raja sape agaknya?"

"janganlah tanya aku..aku berdua dengan si Zaquan ajer tau, dia tu pun tuan rumah."
"HAH! kau tak baca artikel tu habis eh?"
"jangan lah jerit-jerit! terbangun budak ni,"

"bawah tu kan ada bagi info Anak Raja turun tangan jadi tuan rumah!! Weh plot twist kau kahwin dengan anak raja!!!" Adhira memang suka buat-buat lucu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience