"ha..semudah itu jer awak cakap? Mohd Adam Daniel..saya sayangkan awak bukan pakai mulut tau..tapi saya guna benda ni..hati..awak tahu tak betapa susahnya saya, usaha tuk keluar dari neraka tu?"
"Saya belajar siang dan malam..untuk pastikan awak..ada seorang isteri yang mampu segalanya. Saya sempat fikir tau masa depan kita..tapi apa yang awak buat?"
Tak kan kau nak tinggalkan aku semudah tu? Tak ada ker rasa serba salah walau sedikit? Aku cuba berkorban macam mana yang kau inginkan..dan aku masih ingat dan kenyang dengan kata-kata kau
Kau berharap mempunyai isteri yang sempurna. Aku cuba dan aku cuba.. kadangkala aku gagal Adam...tapi aku bangkit walau sulit mana pun cabaran yang aku hadap
Aku cuma minta kau tunggu selama beberapa tahun. Tapi apa kau buat? Kau bermain dengan perempuan lain..paling SIALNYA perempuan yang kau main adalah sepupu aku sendiri
"Aku penat Adam! Dan kau Danisha..mana kau punya malu?"
"Jangan kau besarkan suara pada dia!"
Kau pertahankan dia? Berbanding aku?
"Awak pertahankan dia? Eh awak sedar tak siapa yang khianat siapa..Ker awak pun dua kali lima perangai cam setan?"
PAK!
pipi ku di tampar..aku bukan jenis yang setelah di tampar berdiam diri memikirkan takdir..aku akan balas lebih keras daripada apa yang kau bagi
satu tamparan hebat dari aku tepat kepada kedua-dua binatang buas yang berada di atas katil tersebut
"DASAR SIALAN!"
Hilang segalanya kesabaran aku..kali ini aku merangkul sejambak rambutnya dan menarik hingga ke sofa di ruang tamu
"BODOH! Murah penghancur hidup aku!"
Aku menampar betubi-tubi biar lah kau rasa! Segalanya ada di tangan aku segala bukti dan segala macam perasaan
Kau nak report? Harta apa yang kau boleh gadai dengan bukti kuat yang aku ada ?
Aku mengeluarkan telefon pintar milikku lalu menangkap kesemua kelakuan mereka sebagai bukti
"Dara! Lepaskan dia..cukup hubungan kita putus jangan kau berani sentuh dia"
"Aku? Aku memang berani Adam aku memang berani..DASAR KETURUNAN IBLIS! KAU LEBIH BAIK MATILAH!"
Pisau yang sempat aku pegang ingin dituju ke bahagian dadanya
Adam menjerit dan aku terhenti...apa yang aku dah buat?!
Danisha yang dalam tidak berpakaian nya itu berlari ke dakapan Adam dan mereka mengigil ketakutan...
Aku pula melihat ke arah cermin seperti orang yang tidak waras..
"Huh..huh...apa aku dah buat..."
Air mata bercucuran.. sakitnya rasa ya Allah.
Aku hampir saja membunuh keluarga ku sendiri..
Setelah itu, aku berlari keluar dari apartment tu dan menangis sepuasnya..
Aku takut dengan diri aku sendiri.. pada akhirnya, itulah kali terakhir aku menjadi Dara yang kaku dan kuno seperti dikatakan mereka
Aku berusaha berubah agar tidak dikenali orang..ini ker Dara? Itu lah yang aku inginkan dari mereka..
Ye..mereka...
________________________________________________
Cukup panjang mimpi aku..
Rasanya seolah sudah berjam-jam aku tertidur.. kisah silam yang lepas tadinya hanyalah sebuah kenangan di ambang mimpi..
"Darling...are you okay?"
Zaquan menegur..risau melihat keadaan aku yang pucat saja setelah terbangun dari tidur..
Dia mimpi apa sampai pucat muka ni?
"Saya tidur terlalu lama ker?"
"Yup..sangat lama..saya tak berani nak kejutkan awak sebab awak dah terlalu penat..it's okay saya tak buat pape dekat awak"
Aku tahu..Zaquan tak akan pernah melakukan hal-hal hina kepada aku..
"Saya cuma angkat awak..and than baringkan awak dekat atas katil..after that saya sambung lah kerja saya"
Terangnya dengan tenang, namun cemas melihat keadaan aku yang bangun seolah-olah dicekik saja..
"Terima kasih...tapi kalau saya dah terlalu lama sangat..awak kena kejut tau?"
"Ye..saya akan kejut lepas ni..saya janji! Saya tak akan biarkan awak tidur terus.."
"Eh.. sekarang dah pukul berapa?"
"Hmm..dah nak balik dah pun..see dah pukul 5 petang"
"Huh?! Saya dah terlalu lama dah ni.. sepatutnya Nadeera yang ambik saya pukul 4:30 tadi..aduh"
Aku dah berjanji yang aku akan tunggu depan pintu..pukul 16:30 tepat..tapi sekarang dah lebih dari masa yang sepatutnya
"It's okay Darling.. Nadeera tadi..saya dah cakapkan yang awak tak jadi balik pukul 4:30..awak naik saya"
Macam mana lah reaction Nadeera pula?
"Dia tak pelik lah..awak jangan risau saya dah cakap awak nanti saya hantar okay? Awak janganlah panic sangat..saya kan Uwais Zaquan yang akan sentiasa jaga awak"
Tengok tu! manis pula si Zaquan ni
"Sekarang awak dah nak balik?"
"Yer.. saya tengah siap-siap nak kemaskan barang"
"Boleh saya tolong?"
"Boleh. Tu..ada..fail kat atas meja tu awak bawa lah.. selebihnya biar saya"
kami pun turut dari tingkat 7 ke tingkat bawah katanya si Zaquan dia parking dibahagian bawah..sekali tu aku dapat lah lihat suasana perusahaan besar ni..
"acctually You..I tak biasa bila cakap dengan you..'awak' 'saya' tak apa ker kalau kita bahaskan 'You' 'I'? macam tak sweet..."
"terserah you..I ikut kan saja..by the way sekarang kan dah pukul 5 lebih..kenapa staf-staf You masih ada yang bekerja..look siap ada yang baru nak masuk kerja pulak tu"
"sebab office I ni..malam dan pagi pun tetap bekerja, staf-staf ada shif malam shif pagi.. berbaloi kan? kerja macam ni gaji pun besar"
"Betul..betul"
Setelah sampai, aku agak kagum dengan keretanya it's my favourite car!
Mclaren P1 look at the colour and design..Pergh! kekayaan dia tu bau semerbak
"Handsome car huh?" puji ku
"of course just like me"
aku tersenyum rata..
"You ada nak dinner mana-mana? Ker nak balik terus? tapi I rasa bosanlah kalau balik terus jom dating?"
aku nak menjawab pun belum tapi dia dah buat keputusan sendiri, tak apalah lagi pun memang aku tengah lapar...
sebelum tu aku kena call mama! kalau tak habis lah aku.. dan...tepat pada masanya aku nak call mama terlebih dahulu dah call aku
"Dara...you pergi mana ni tak balik-balik?"
"Mama..Dara tengah hari tadi ada jalan-jalan dengan Nad dengan si Adhira..pastu Dara pergilah office Zaquan.."
"office Zaquan? mana Zaquan nya? mama rindu betul tak tengok Zaquan datang sini.."
"yer auntie? cari saya Ker.."
"hah! jaga elok-elok yer anak dara sorang tu..kalau Zaquan mama izinkan..hah pergilah dating tu..balik lambat pun tak per..asal dengan Zaquan Yer sayang. Okaylah mama pergi dulu..."
aik mati kan cam tu jer?
Share this novel