Terlalu awal untuk aku bertanya akan aku gunakan kesempatan sekali ni sebagai penentu masa depan kita.
Tak mampu aku nafikan tatapan mata kau yang sayu itu tidak ada sebabnya, sedangkan aku tahu kau hanya mampu mengalirkan air mata melihat dia yang sedang berbahagia di pangkuan pilihan nya
sakit bukan?
mungkin tak kelihatan rasa sakitnya hanya saja yang pernah melalui atau merasakan saat ini pasti tahu pedih dan peritnya lika liku yang dilalui
awalnya belajar untuk setia dan menghargai tak terfikir suatu saat harus belajar menerima dan melepaskan
......
"Darling.."
"hmm?"
"nampak macam you dah terima nickname baru you. Kalau macam tu I panggil you Darling after this"
"eh No! tak lah orang ingat apa, tak nak lah darling cer yang lain?"
"Eleh sebenarnya nak kan? Apa cinta? Adinda?"
"mengarut lah awak ni..just kidding cukup Dara itu dah sempurna cause what itu nama saya"
"Dara Allysa of course lah..nama tu juga yang akan saya sebut bila akad nikah nanti, Setelah tu kita bertukar status kepada single menjadi couple"
"duda menjadi suami orang HAHAHAA"
Setelah malam menjelang,
sesi klise ni memang aku kena hadap
aduh ye pun mak aku macam lah si Zaquan ni tak balik sini 2..3 tahun
anak mu yang terselit ni tak nak pula gitu Gini
'jealous issue biasalah'
"Lepas ni Zaquan datang lagi tak?"
"Ma.. pls?"
"mestilah datang.. insyallah saya datang sini lagi dengan kerabat saya yer"
"alahai auntie pulak yang malu, dekat-dekat lah dengan anak auntie sorang ni. Ajar dia cara sopan santun duduk depan orang biar bersila cara betul..ni kaki naik, macam mak nya tak ngajar"
tengoklah tu sengaja kan that why aku geram bulat-bulat dengan mak aku
semua hal lah dia nak Cite belum lagi kalau aku kantoi apa semua dia nak Cite Kat saudara mara nenek moyang apa semua itu kalau hidup lagi agak-agak yang dah underground tak ke dia ngajak berbual orang kat dalam tu
"saya tak rasa saya boleh ubah dia Auntie.. Dara Allysa yang saya kenal memang dah sempurna semulajadi.... tak perlu saya ubah jadi jati diri yang lain, kecuali mana yang tak baik"
"alah kamu pandai manisnya percepatkan lah ye nak datang beramai-ramai kat rumah Uncle dengan auntie ni takde masalah"
......
setelah Zaquan pergi bukan main mereka berdua memuji gaya dan perilaku Zaquan yang sempurna tu
ye dia memang sempurna dimata orang ramai aku pun kadang pernah rasa dia tu macam dah di didik dengan keras sampailah dia sempurna macam ni
tapi tak semua orang sempurna kan? ada buruk dan baiknya
biarlah itu urusan Uwais Heydar Leonard Zaquan asalkan yang pasti hatinya itu selembut kapas
keesokan paginya,
"ni lah wajah gegurl yang tak dapat join tu"
bidas si Nadeera
"ada orang special datang melawat lah beb.. sebab tu aku tak boleh join"
"mamat yang Time tu ke?" sambung pula Adhira yang dari tadi mendengar dengan sesuap nasi yang belum habis dikunyah olehnya
"habiskan lah makanan dulu..terabur rezeki"
"gulp- dah aku dah telan hah citer lah..aku dengar"
"ye mamat Time tu yang aku pergi night grand event tu hah! kecoh siap ada bangsawan murni jadi tuan rumah acara tu juga."
"Zaquan ke 'prince' tu?"
"tau ii je kau! nama dia..ko kenal eh?"
"tak lah alarm phone kau dari tadi berdering Zaquan siap ada emoji kucing lagi cute aaa"
"SHUT!!"
eleh malu aaa tu
"Ye..Zaquan?
"Cik Dara kat mana"
"saya..dekat Pavi dengan yang lain ni hah.."
"owh..Saya ganggu Cik Dara ke sekarang?"
"No lah...Awak tak kacau masa saya pun...kenapa awak call saya? Awak perlu pape ke Zaquan?"
"tak lah saya saje nak call awak. Alang-alang dekat office tengah bosan saya cari lah awak.. nak tahu awak sihat ke tak? dah makan ke belum..semalam tido lena ke tak.."
at the same time sebenarnya Zaquan berada di dalam meeting penting soal penerus takhta. Dari kalangan anak-anak Raja Hazerial Edgar hanya Leo sahaja yang berani berbuat sesuka hati
walaupun anak kepada isteri terakhir dulu Leo anak kesayangan beliau yang tak lepas dari pandangan nya
hanya saja setelah kematian mendiang Ratu... Leo menjadi terasing dan penuh dengan kebencian
"Kanda. Sampai bila kekanda nak buta kan mata?"
"see.. ayahnda Leo tu boleh start call dengan perempuan mana tah Time meeting?"
'Cik Seri Khalida Harisyah binti Dato Zulkifli Afiz'
Share this novel