Episode 23

Drama Series 67629

Sepanjang perjalanan aku hanya termenung melihat pemandangan diluar jendela. Pada saat itu, aku sempat terbayang peperangan hebat waktu itu.

Sebodoh itu ker aku? Dara Allysa kau kena bangga sebab kau telah berjaya menangkan babak pertama perlawanan kali ni..Aku kenal perangai Danisha..selok belok fikirannya juga aku masih hafal dan kenyang apatahlagi dengan sikapnya itu.

dendam apa sampaikan kau terlalu benci dengan aku?
Sedangkan aku melayani kau seperti mana layaknya seorang adik kandung..

Zaquan dari tadi turut melihat aku yang termenung kaku tiada hentinya,
Belum pernah aku sebelum ni membisu jikalau sebumbung dengan seorang Zaquan

biasanya aku lah yang paling riuh

"Dara? Are you okay?"
"oh..yea? I okay why? what happend?"
"nothing..You nampak pelik semacam..apa you tak kisah kalau I bawak you pi klinik? atau you nak sekali I hantar kat hospital?"

tak perlulah sampaikan ke hospital apatahlagi ke klinik, aku cuma berdiam diri kerana saking asyiknya teringat akan adengan itu..

"You janganlah...risau sangat, I ni okay jer.."
"habis..you bangun-bangun dah lah muka pucat..astu dalam kete asyik termenung, cer fikir boyfriend mana yang tak ambik tau pasal girlfriend dia?"

"Don't forget Zaquan It's contract."
"I tak lupa..kan boy friend..it's mean teman lelaki, kawan lelaki.."
"yer lah.."

Dara..adakah kau tahu kelakuan ku saat ini tulus?
Mungkin kita tak ada hubungan semata namun perasaan yang aku ragu sekarang ni boleh jadi keduanya

Setelah sampai,

melihat dari design dan struktur restoran kali ni..Zaquan sepertinya telah sediakan terlebih dahulu sebelum aku sampai ke officenya

100 tangkai Hokkaido Rose yang susah tuk didapatkan diserahkan kepada aku, Ini lah bunga yang kedua kalinya aku dapatkan

Orang pertama siapa lagi kalau bukan Adam
dan orang kedua adalah Uwais Zaquan. Jejaka yang berada tepat di depan ku saat ini.

senyuman itu terlalu manis sampaikan aku dapat merasa keihklasan sebagai kawan darinya.

"Do you like it?"
"owh..it's Hokkaido.."
"Yea I hope you like it. Kata orang kalau nak bagi bunga bagi yang special. I sebenarnya ragu bunga mana yang patut I bagi..If you tak suka rose I ada Tulip"

Walaupun aku lebih menyukai Tulip berbanding Rose setidaknya dia ikhlas.. Bukannya memberi sejambak bunga namun niatnya lain

"I boleh agak..you teka yang I dah sediakan semua ni"
"Pandai..dari pukul berapa?"
"Sebelum I call you..by the way..kata orang tempat ni popular dijadikan tempat lamaran.."

Indah.. apatahlgi dengan matahari terbenam waktu itu, sejuk saja mata memandang

Zaquan lalu memegang jari jemari ku..lalu tangannya mengeluarkan sebuah cincin permata yang diukir secara halus nama ku. Aku terkejut kerana permata yang diberikan oleh ku bukan sekadar permata biasa..

Ya tuhan..gadaikan 20% dari saham papa saja belum mampu tuk memenuhi harganya. Apatahlagi membayar bunga

"Dara Allysa binti Tan Sri Zahid Osman...I know ini terlalu awal tapi I bersungguh tuk dapatkan moment ni.."
"Zaquan? apa maksud You..."

"Dara.. mungkin ini terlalu awal tapi bagaimanapun niat saya tulus.. dihadapan semua orang yang berada di sini..di hadapan matahari yang kian terbenam dan dihadapan sebuah cincin permata yang terukir nama mu..sudikah awak menerima saya?"

HAH?!! Biar betul

"menjadi ibu dari anak saya, menjadi permaisuri di istana saya..menjadi satu-satunya insan yang berada di hati saya. Sudikah awak berkata iya?"

Pandanglah aku Dara Allysa..aku sendiri tidak tahu akan apa yang dirasakan saat ini, yang pasti ia mampu membuatkan aku bahagia..walau seribu masalah pun yang hadir aku yakin jikalau kau berada di sisi ku.. segalanya akan menghilang begitu saja

Go Dara katakan Iya! Sepatutnya kau jawab pertanyaan dia..takkan kau nak tercegat sampai ke malam buta?

Aku yakin jawapannya Iya!

"Ya! Uwais Zaquan saya terima lamaran awak..
be my husband and be father to my children.. sanggup ke awak?"
"My pleasure..."

soal hubungan kontrak tersebut bisa saja aku tepikan, saat ini..tolong benarkan aku tenggelam ke dalam mimpi...

________________________________________________
Aku nak sangat peluk wanita dihadapan aku sekarang ni.. disebabkan hubungan yang masih mahram keinginan aku tidak mampu digapai

sehabis mereka menikmati hidangan,
Aku pun tertidur tanpa disedari Zaquan lah yang memangku aku ke dalam bilik..dia merapikan selimut ke atas badan ku lalu meninggalkan aku tertidur pulas..

"maafkan mama yer..Zaquan"
"eh..tak..tak perlu lah sampai maaf..memang tanggungjawab saya.."
"kalau Dara ada susahkan kamu kami sekeluarga betul-betul minta maaf.. walaupun kamu berdua sepasang kekasih, Dara ada kalanya suka mengarah tak tentu pasal"

"auntie..tak perlulah risau setakat ni Dara tak pernah susahkan saya.. berbanding Dara..saya lah yang sering susahkan dia"
"Auntie dengan Uncle dah berfikir panjang.. serahkan Dara kepada Zaquan.."

Zaquan tersenyum manis
kerana hari itu dia telah berjaya mencipta sebuah keluarga

.............

sementara aku yang tertidur di atas Puan Sri Harlina pun meminta Zaquan agar bermalam di sini kerana banyak yang ingin ditanya oleh nya

mungkin soalan tersebut lebih ke arah masa depan berbanding ke masa lalu..

Siapa saja yang tak kenal Tan Sri dan Puan Sri yang menginginkan kedua anaknya mempunyai sepasang kekasih yang sempurna dikemudian hari? Ada ker seorang ibu bapa yang tak ambil tahu soal kehidupan anaknya

Apatahlagi merelakan anaknya itu bersama pilihan mereka..

"Minumlah secawan ni..Banyak auntie nak cakap dengan kamu.."
"Umm Auntie..Kalau boleh tahu Dara ada berapa adik-beradik?"

"ada dua jer..Dara dengan lagi sorang yang paling tua..malam ni agaknya dia balik, petang tadi ikut Uncle pergi offices atas urusan kerja"

"siapa nama dia Auntie?"
"Dara takde cerita ker?"
"haha..Dara mana nak Citer kat saya pasal benda gini.."

"Yang paling tua namanya Aidil Zafran.. lepas ni..kalau Dara dah kahwin bertambah lah anak auntie yer?"

nampak gaya abang ipar aku kali ni.. jodohnya belum jatuh dari langit

Rancak mereka berbual akhirnya yang disebut-sebut pulang jua ke pangkal jalan

"Aduh.. akhirnya orang dapat balik.."
ngeluh si Aidil liat saja balasnya
"Sikit ajer tu.." balasan Tan Sri Zahid dengan kelakuan anak sulungnya satu ini

Padahal dia kerja nya itu ini, tidak seperti ayahnya yang harus mengurus segala hal

"alah... papa ni! orang kan sajer-sajer..."

aduh..seganya aku..dah lah Dara dah tidur..aku pula bermalam di sini

"dah balik pun..meh lah sini papanya..ada tetamu yang bermalam ni"
"tetamu?"

siapa pula yang bermalam? laki Ker perempuan?

"Lah yang ini..kalau yang ini tak apa nak bermalam...Zaquan.. perkenalkan anak sulong Uncle..Aidil Zafran..Along..this is your future brother in law Zaquan"

nampak dari name Card yang Dara tunjuk sebijik betul..ingatkan ada main edit..

Dara..Dara..kau memang luck tahun ni..

"umm..bang"
"Eh.. janganlah di panggil abang semua tu.. panggil jer Aidil ..kalau nak Zafran pun boleh"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience