"Memanglah dapur...kut-kut an aku tengah berangan ke apa ke.." "kurang kerja aku nak tengok ko punya berangan piiilah! Seumur hidup tak pernah nak ada ex padahal diri tu berupa..sekali jatuh cinta kemain sawit kau kerjakan... Hah tah-tah sat gi adalah tu ayat-ayat cinta 'sanggup ku redahi lautan demi mu kasih' heleh....."
"Aku takde nak dramatik sangat eh..kau mandi-mandai jer nak cakap aku gitu...campak kau tido luar baru tau"
Hah nanti baru lah kau sedar malam tu sejuk ke tidak! Sebaik saja laungan Adzan telah diseru mereka pun menjalankan solat seperti biasa..
Dalam kereta kemain lemah gemalai sikit-sikit ngantuk..sampai rumah segar bugar! Takde aktiviti nak dibuat? As a bujang pe lagi kalau tak layan movie?
"Mak Jah... Amelia dah tido ke belum?"
"Dah Tuan Zaquan..baru jer tadi Cik Amelia habis belajar, lepastu. Dia dah mula ngantuk"
"Hari ni dia ada buat apa jer Mak Jah?"
"biasalah Tuan..teman Mak Jah nyuci..ngemas, nanam bunga..nyiram bunga"
Tak terfikir pulak aku nak ajak Dara tengok Si Amelia petang tadi..padahal masa tu dia ada.. Takpelah lain kali ajer kut.. "Weh kalau aku nak minta tolong sikit..boleh tak dok?" Zaquan bertanya kepada Fareeq"po dia cer cite?" "Tolong..jagakan Si Ame...umm takpelah dok aku tarik balik"
"Lah...kalau kau malu nak pinjam duit..takpe aku boleh tolong"
"Aku takde sebut pun pasal nak pinjam duit.."
"Habis tu?"
"Yer rahsia lah...mana boleh tahu"
Jam menunjukkan tepat pada pukul 10:35 malam atau lebih tepatnya 22:35. Mata aku dah mula sayu..tapi Fareeq masih setia dengan tontonan movienya itu.. aku lekas pergi naik ke atas untuk melihat-lihat keadaan Amelia.
Aku lalu membuka pintu dan terlihat Amelia yang sedang tertidur, "Uncle tak pandai nak jaga Lia..."
"Papa kan suruh Lia panggil papa tu papa..mana boleh panggil Uncle!"
"Kan...kantoi! Tak tido lagi nape? Nak suruh Mickey and Minnie culik ke malam-malam"
"Takdelah papa..Lia terbangun masa Uncle Fareeq jerit-jerit ketawa.."
"Uncle Fareeq kau tu memang...sewel! Ada kad tapi terlebih satu"
"Um...Amelia nak tak kalau duduk dengan mama Dara masa papa takde kat umah?"
"nak! Lia nak duduk dengan mama Dara! Tapi mama Dara bagi ker Lia duduk dengan dia?"
"Hmm..tu papa belum tanya lagi, nanti papa nak tido papa call la mama Dara"
"Okay papa... goodnight!"
"Sweet dream little princess.."
____________________________________
Zaquan lalu mendail nombor Dara,
"hah ye Zaquan?" "Um.. Assalamualaikum Cik Dara" "wa.. waalaikumussalam kenapa eh Zaquan? Ada pape nak bagi tau ke malam ni?" Nape Zaquan call aku secara tiba-tiba? Dia tak tido lagi ke apa..kan dah nak tengah malam
"Orang cuma nak bagi tau sikit...yang orang buat masa ni takde kat rumah and kalau Cik Dara tak berat hati...boleh tak tolong jagakan Amelia?" Jagakan Amelia? Sebab kenapa "kenapa pulak? Awak takde tu bape lama? Sebab apa?" Aku pun membalas dengan soalan bertubi-tubi"saya...ada latihan militer..so...agak lama la sikit, saya tak tahu dalam berapa bulan. But sudi ke Cik Dara nak jaga Amelia?"
"Of course lah boleh..Amelia ajerkut bukan masalah besar..sokey, lagipun kan nanti saya senang nak dekat dengan si Amelia pasal pape.."
"So kiranya Cik Dara okaylah ni?"
"Of course I am.. okaylah kalau macam tu Goodnight Uwais Zaquan"
"Yeah...you too Sunshine.."
Pipi Dara agak memerah kerana tersipu malu dengan kata-kata Zaquan
'cairnya Rasa ya Allah'
Pada masa yang sama Zaquan pun turut tersenyum malu kerana kata-kata barusan adalah ayat yang di simpan di hati, tak perasan pula terlepas!
Takpelah nama pun dah lepas buatlah kenangan..
keesokan paginya pula, baju dan barang-barang milik Amelia telah dikemas oleh Mak Jah selama beberapa bulan, berat hati Zaquan nak berpisah jauh dari Amelia .
"Nanti..kalau kat rumah mama Dara, ingat tau pesan papa.."
"Okay Papa! Lia ingat"
"Hah apa dia?"
"Satu! Jangan nakal-nakal dua! Jangan tak dengar kata.. Tiga! Jadi budak baik.."
Lupalah tu lagi satu yang paling important
"Lupa ke satu lagi?"
"Ummm"
"Solat Amelia Batrisyia...it's important! Remember"
Solat tu penting dan utama..
________________________________________________
Sebaik saja kereta berjenama eksklusif milik Zaquan masuk ke halaman kediaman Tan Sri, terlihat jelas sosok mereka yang menunggu di hadapan pintu rumah kediaman yang gah itu
Hati Puan Sri sudah berbunga-bunga apabila Dara mengatakan Amelia tinggal di rumah mereka walau sementara waktu semasa Zaquan tidak ada di rumah.
"Assalamualaikum nenek...."
"waalaikumussalam... Amelia betul ke nak tido umah nenek?"
"betullah nenek...papa kata Amelia nanti kena tido dengan mama"
"kenapa tak nak tido dengan nenek ?"
"alah ma..kan boleh gilir-gilir..arini orang esok dengan mama laa.."
"umm okay la kalau macam tu.. orang pi dulu.."
"Zaquan!" Zaquan menoleh ke arah Dara apa agaknya yang nak disampaikan oleh Dara?
"bape lama awak kat sana?"
"nape kalau saya lama-lama tak boleh ke Cik Dara?" Aku tanya dia tanya mana nak datang jawapannya. "jawablah betul-betul! saya nak tau bape lama awak takde nanti?"
"2 bulan 3 bulan macam tu? It's okay kalau Cik Dara tak nak mengaku nanti Cik Dara rindu saya faham..sebab kita kan jauh di mata dekat di hati"
takdenya aku nak main rindu-rindu!
"Jangan harap eh.. saya cuma tanya takde sebab pun nak rindu-rindu. Ni saya nak mintak izin kalau saya nak Kuar mana-mana saya nak bawak sekali Amelia ikut saya..bole ke?"
"of course bole.. asalkan awak kena janji dengan saya sesuatu"
"janji?" "yea..janji jaga diri..jaga makan minum, jaga hati.."
jaga hati for what? "excuse me..kalau jaga diri saya faham lah...tapi jaga hati?"
Zaquan dengan senyuman kecil nya itu terlihat menarik dimata Dara apatahlagi dimata kaum hawa lainnya. Memang tak layak kalau di panggil ciptaan Tuhan yang fail! "jaga hati tu..sebab yang menghuni cuma saya..okay?"
memerah aku dibuatnya..he just sweet talker and aku? aku dah blushing cam ni sekali?
"Jaga diri awak jugak..awak tu tau cakap pasal orang tapi diri tu wat sama..take care of your heart"
"always Sunshine.." Zaquan pun kembali ke dalam kereta lalu keluar dari kawasan pagar, itu bermakna itulah kali terakhir buat 2..3 bulan ni kami dapat bersemuka. Kira rare kalau aku ni rindu!
'take care of your heart?' cute step Dara...
HAH! "Amelia nak jalan-jalan tak? teman mama pi Kuar dengan kawan-kawan mama.."
"nak!" "hah jom.. beg taruk je kat situ nanti Mak Kiah bak masuk..mama orang pi dulu tau! "
"iyalah..Eh jangan lupa file Along..dia tadi tertinggal kamu hantar lah kat office dia sekali"
"okay!"
________________________________________________
"kalau Amelia nak tau kawan mama ni yang..
masa first time papa Ngan mama jumpa tu.."
"yang kat mall ke mama?" Amelia bertanya untuk kepastian. "Yes! tapi kali ni cuma perempuan ajer..kalau Amelia ingat yang ada pakai tudung tu nama dia Auntie Nadeera..hah yang sebelah dia tu Auntie Adhira"
"mama nama kawan mama dah nak sama laa mama"
"kan? maybe tu Kut sebab Dorang berkawan?"
Sesampai saja di simpang berhampiran dengan company milik Tan Sri,
"kita nak pi office sape ni mama?"
"office abang mama.."
"nama abang mama apa?"
"nama abang mama? nama abang mama nama dia... Uncle Aidil"
Tak tahu pulak di pagi hari yang cerah macam ni aku terserempak dengan pasangan sejoli, sape lagi? kalau bukan Danisha and Adam! seingat aku Adam tu bukan ada problem kes ke dengan papa?
buat apa dorang ke sini? nak minta belas kasihan? hari ni mengikut jadual takde pun meeting apa function dorang ni datang
Dari jauh jelas perut Danisha semakin membesar, panas nya hati aku entah tak tau kenapa! aku bukan panas sebab jealous dalam perut tu anak Adam. Tapi aku panas disebabkan dia orang buat ujian sains atas katil aku! lagi-lagi dalam apartment aku
fuh tragedi tu memang tragedi bersejarah bila agaknya aku nak merasa jambak rambut perempuan ek?
"Dara...?"
aku abaikan saja teguran Adam. Danisha yang melihat kelakuan Adam terus menyenggol menggunakan siku tangannya itu "asal?" aku membalas sepatah
"Sebelah you tu anak you ke?" Danisha pun menyampuk huh..apa lagi perempuan ni nak buat, jangan dia mandai-mandai nak cakap benda buruk pasal Amelia sudahlah..
"Yes my anak! My future daughter"
"You masih berhubungan dengan duda tu? I thought You just using him..."
"itulah Cik Danisha kan suka bersangka buruk..cer lain kali mulut jaga jangan nak bagi lepas sangat."
"what do you mean I bersangka buruk! takkan lah you boleh lupakan Adam semudah tu and than you dah ada pengganti?"
"abis kau?bukan ke kau dua kali lunyai perangainya?" weh sumpahlah sian betul aku tengok miskin sangat sampai tak mampu nak beli cermin RM2.40
"Sudahlah Baby..tak baik nak gaduh-gaduh pagi macam ni..malu la orang nampak kalau kita ni ada problem?"
"hah bagus lah tu idea kau..hah kau bawak balik la..biawak betina ni..Suh dia rehat kut-kut Meletop perut tu..tak jadi anak manusia kang sat gi"
"Jangan nak hina anak I eh!"
"Scary Gile dok auw... jom lah Amelia kita jumpa Uncle Aidil eh? jangan lah kita layan habuk.. nanti sendiri yang sakit kalau dah terhidu banyak sangat"
tak guna kau perempuan!
'Dara...entah kenapa jantung aku berdegup kencang kalau dapat tengok muka kau yang seindah bintang...' kulitnya yang putih bulu mata yang cantik..
Share this novel