"I janji I akan tunaikan kesemua hajat you! Asalkan you terima lamaran I"
Asalkan Danisha terima lamaran ni..aku pasti syarikat tu akan jatuh ke tangan aku..
"I terima lamaran You Baby..Tapi I ragu..."
"Why? I tak cukup sempurna untuk you?..kita dah habiskan malam berdua sayang it's mean I love you.."
Memang kau tak sempurna sebab kau tak sekaya Dara! Tapi.. daripada Dara yang kedekut habuk tu baik aku kikis harta kau kan?
"Are you sure you love me? Macam mana dengan Dara? Atau..macam mana kalau dia tahu hubungan kita?"
Leceh sial perempuan ni tinggal terima je Kut..
"I promise I love you. Pasal Dara..jangan risau One day kita akan bersama, I takkan kahwin dengan Dara..I cuma nak you"
Bagus betul...pak sanggup sorang ni! Belum kau tahu aku pun pernah berhubungan dengan bapak kau dulu..
Habis emas berlian dia bagi kat aku..lepas ni dengan kau dapat apa? Kereta? Villa? love it...I love you all
"you cakap you lapar kan? Jom kita makan..sian perut you lagi berapa hari perut ni akan membesar kita manjakan dia yer?"
Memang dah terisi Kut..
Tinggal acting je belum lagi
"Thank you baby!! Jom..I nak breakfast kat restaurant"
________________________________________________
"Akhirnya aku dapat balik.."
Tiba-tiba saja ada panggilan dari
'Puan Sri Harlina Zarifah'
Hmmm! Tahu-tahu jer orang dah sampai..
"Ye mama.. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam anak mama..dah sampai ke belum?"
"Dah! Orang ada dekat airport ni.. tinggal tunggu grab"
"Adam tak tolong ambik ke? You guys kan dah nak kahwin.."
"umm tak tahu lagi lah ma..dia tidur Kut? Semalam Dara ada chat dia...tapi dia tak baca pun.."
Risau pula aku kebelakangan ni.. Perangai Adam ni kenapa lah tiba-tiba macam ni
"Umm ye lah mama anggap tak ada pape lah.. assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam ma..nanti masak sedap tau"
"Iya lah.."
Aku pun dua kali lima macam mama..sejak kebelakangan ni Adam macam dah berubah..
Chat aku dari pukul 21:30 malam tadi tu pun dia belum baca pagi ni..aku sampai dekat air port ni pun baru pukul 8:30 takkan tak bangun-bangun?
..........
"you..I asyik perhatikan jer handphone you dari tadi ada notification"
"notification?"
______________________________________________
______________________________________________
21:30pm
Dara: Assalamualaikum Awak saya nak minta
tolong boleh? Malam ni saya dah balik mungkin perjalanan ni sampai ke sana dalam pukul 8 atau 9 pagi esok?
Dara: tapi kalau awak busy tak apa..saya order grab siap-siap. Apa pun saya harap awak sihat jer tau..saya rindu awak! Bai"
8:32am
Dara: Awak okay tak? kenapa tak baca chat saya"
_______________________________________________
_______________________________________________
"it's Dara sayang.."
"dia nak apa dari you?"
"garang nampak? dia chat katanya dia nak suruh I pergi ambik dia kat airport..But Don't worry Danisha.. sekarang ni I dah ada you.."
menyemak pula..anak Tan Sri takkan nak harap boyfriend?
lagi-lagi boyfriend aku. Sekarang Adam dah sah menjadi milik aku , it's mean he was mine!
_______________________________________________
_______________________________________________
Adam: Sorry I can't..I busy.
Dara: oh..tak apa yer
_______________________________________________
_______________________________________________
takkan busy semalaman tak sempat nak baca chat aku? Ya Allah..apa dah jadi agaknya?
x skrg ni spe yg rampas siapa punya
Share this novel