Episode 36

Drama Series 67638

"tak boleh..nak duduk sini lama-lama Auntie.. jap lagi saya dah nak ada meeting"
"Maghrib-maghrib cenni kamu ada meeting? Mustahak sangat nampaknya.."
"Eh..takdelah mustahak mana Auntie.. biasalah meeting kan? Cuma adalah nak bermesyuarat hal-hal company.."

Aku tak boleh nak terangkan secara terperinci soal meeting yang aku maksudkan. Actually meeting tu cuma sekadar tipu belaka, katanya para menteri nak sangat tunggu keputusan Raja tentang hal warisan

Kalau boleh aku nak sangat kes ni ditunda terlebih dahulu..tapi tak sangka orang tua tu masih ada semangat juang yang tinggi.

Sebenci apa pun aku terhadap orang tua tu dia tetaplah yang lebih berkuasa, jujur aku tak hingin dan sememangnya tak tertarik nak menjadi sebahagian dari waris semua ni..tapi disebabkan dendam yang aku pendam selama ni aku tak boleh nak patah balik.

Aku kena hadap dan maju, asalkan orang tua tu rasa apa yang sepatutnya dia rasa. Kira untung aku tak bina perseketuan pemberontak kalau tidak aku tak tahu apa yang jadi nanti dengan anak-anak kau apatahlagi isteri-isteri kau

"Kita terus bertolak ke macam mana?" Soal Fareeq sebaik saja aku memasuki ke dalam kereta "sekarang ajer Kut.."
Kenapa mesti Time maghrib juga kau nak ada mesyuarat..tak boleh ke habiskan maghrib ni dulu?

"Kau nak berhenti.. solat tak nanti?" Bidas Fareeq "kita buat meeting ni kat mane?" Balas ku pula sekalian bertanya "umm kat kediaman Puan Qaira..Kut hah..nape kau tanya camtu?"

"Sebelum meeting tu nanti aku nak solat dulu, kau dah solat belum? Kalau dah kau tolong lah ganti aku 5 minit kejap..apa yang aku tak de tu kau boleh lah nanti terangkan aku"

"Boleh..boleh kalau Makcik kebayan tu meraung macam mana?"
"Alah..aku kan solat apa susah sangat? Takkan aku nak pentingkan hal dunia dari hal akhirat, aku ni belum tentu ahli syurga nak kata cam tadi..tapi memang aku ni niat nak solat dulu, so why not?"

Perjalanan ke sana tak adalah lama mana boleh tahan lah jugak, aku sempat tido semasa Fareeq tengah drive . Fareeq pulak dengan lagu galau dia tu memang tak habis-habis, apa tah masalah mamat ni sampai sendu sangat

"Bila nak sampai ni dok.."
"Dah nak ni hah....hah dah, dah sampai dah mat"

Aku melihat ke arah cermin, ramai jurukamera dan paparazi yang tak berhenti berkumpul di luar jendela.

"Far..ada spect tak kat tepi tu?"
"Ada.."
"Mask?"
"Berlambak ni hah..mat kau jangan pulak buat-buat lupa, baju kau tu kena tukar. Aku ada bawak baju kau kat belakang pi lah ambik"

Function segala macam aku mintak tadi tu bertujuan untuk menutupi identiti agar wajah aku tak dipertontonkan netizen maupun internet

Biarlah sosok aku dikatakan misteri atau apa, aku memilih tak tertarik tuk dikenali ramai, apatahlagi aku dan Dara pun belum jujur

"dah ready?"
"Yea.."
Silau ! Cahaya yang keluar dari kamera mereka sememangnya buat kan aku tak biasa, macam mana lah selebriti yang lain boleh terbiasa lagi-lagi ada yang kenakan permata putih separa badan tak ke buta?

"Itu ke Tengku Uwais?"
"Tengku..boleh beri pendapat tak tentang isu pewarisan takhta yang tiba-tiba sahaja ditukar?"

Soalan semacam ni takkan pernah aku menjawab, biasanya aku biarkan Fareeq dia nak balas apa
"Pe kata Cik Adik sendiri yang menghadap baginda tanya kat dia"

Untung jugak Fareeq pun berfikir sama macam aku mungkin itu Kut faktor kenapa kita orang boleh melekat?

"Tengku..berapa agaknya peratusan yang Tengku boleh rasa kemenangan berada di pihak Tengku?"

"Tu kuasa Allah bukan kuasa manusia, soalan tu kasi pandai sikit bang"

"Tengku Uwais maaf saya nak tanya..apa sebenarnya tragedi Tengku tak berminat nak pamerkan wajah Tengku di media?"

"Penting sangat ke nak main pamer-pamer ni kakak oi? Tu pilihan dia kalau dia kata dia tak berminat ye itu lah faktornya, tak yah sibuk nak bertanya lagi"

________________________________________________

'Dia dah sampai..'
'dia langsung tak berikan salam kepada baginda..dia memang satu-satunya anak baginda yang tak kenal erti takut'

"Uwais Leonard Zaquan.."
"Ye Tuanku"
"Macam mana perjalanan kamu ke mari?"
"Biasa saja..Tuanku"

"Kalau Tuanku tak ada apa-apa nak dicakap, saya nak mintak izin.. untuk menjalankan solat terlebih dahulu"
"Tapi Yang Mulia! Mesyuarat dah nak bermula.."

"kan saya ada Tuan Fareeq sebagai orang kanan yang menjadi pengganti.. sekaligus beliau ialah kerabat diraja?"
"tapi-"
"Diam.."

"Kalau tujuan Tengku Uwais adalah untuk menjalankan solat, maka silakan..macam yang Tengku Uwais terangkan anak buah beta ada di sini sebagai pengganti "

Dasar menteri pemula, bersikap seperti budak

"Salam berbahagia kepada Para Petinggi, Tetua , Menteri dan Calon Warisan sekalian serta Yang Amat Mulia Tuanku, saya Puan Qaira sebagai tuan rumah di malam ini ingin menjelaskan tujuan mendadak perjumpaan ini dilakukan"

"Terus kepada intinya, Warisan takhta akan diubah undang-undang nya bahawa Yang Mulia Tuanku berhak memilih dengan cara apa sekalipun. Dan haruslah disetujui oleh para Tetua di setiap negeri bagi mendapatkan pengakuan kenaikan seorang kerabat diraja Yang Mulia sebagai pewaris baginda dimasa depan kelak. Mulai esok, tepat pada jam 6 tugasan mereka telah bermula. "

" Seperti mana yang dimaklumkan Yang Mulia saya selaku orang kanan baginda akan membentangkan pemikiran baginda selama ini..Pewaris haruslah menjalani ujian agar mampu menjadi Raja yang terbaik di kemudian hari"

"Sila ke intinya saja Puan Qaira.." arahan Raja yang ingin mempercepatkan proses mesyuarat tersebut agar dapat menamatkan dengan lebih cepat

Niatnya untuk berbual dengan anaknda nya satu itu, entah kenapa hatinya sungguh berkaca pabila melihat wajah Zaquan yang benar-benar mirip dengannya

"Tengku Rayyan Rizqin dan Tengku Uwais Leonard Zaquan akan dihantar ke luar negara untuk latihan keras dimana mempunyai point setiap kali mereka berjaya menenangkan nya, ianya mungkin kedengaran mudah namun sebaliknya ia lebih sulit dari dibayangkan"

Kenapa mesti luar negara..kenapa tak dalam wilayah sendiri? Macam mana Zaquan nak tutup identiti dia kalau asyik dikejar paparazi di sana..

Nak ajer aku memberi solusi tapi ada yang cakap semua ni alasan pentingkan diri. Perjalanan aku ke sana tiba-tiba saja diberhentikan oleh seseorang, Salah satu ajudan penting baginda datang kepadaku memberi pesan bahawa 'beliau ingin bertemu tepat setelah bersurai'

Dia nak jumpa aku untuk apa? Nak mengaku anak ke macam mana? Aku abaikan saja fikiran tadinya tanpa berfikir panjang aku kembali ke bilik tersebut, perdebatan apa lagi yang dibuat para tetua

"Yang Mulia cuba fikirkan lagi..anaknda anda Tengku Uwais seorang yang menolak keras akan dirinya terpapar di internet, kalau pilihan baginda di luar kawasan wilayah kita.. tak mustahil paparazi di sana tak akan tinggal diam"

"Coba kau syorkan di mana tempat yang sesuai?" kata baginda setelah mendengar kan pendapat Tetua ke 3 tersebut,
"Saya berfikir mungkin di ****** di sana kawasan yang cukup tertutup ada juga unit keselamatan yang akan menjaga di setiap sudut pagar"

"untuk apa di wilayah sendiri? Biarkan saja di luar kawasan wilayah kita Tetua ke 3..sampai bila Tengku nak tutup identiti beliau?"

Aku diamkan saja walaupun aku sendiri tahu mereka sedang berdebat tentang aku
"Saya tetua ke 2 berasa ini terlalu egois"

'Ah..aku dah agak'

"Takde letak salahnya nak buat kat sini dengan kat luar sana, Raja pun dah setuju tadi kan..dah kenapa pulak?"
"Tuan Fareeq tapi inikan menunjukkan sikap yang ego?"

"Anda kan Tetua ke 2 iyakan?"
Aku mulai bersuara,
"I..Iya Yang Mulia saya Tetua ke 2"

"Saya menerima cadangan Tetua ke 3 dengan senang hati Baginda..tapi tak tahu pulak ada serangga yang menyemak tentang hal ini.. jadi..benarkan saya memberi beliau pengajaran"

"Silakan.. lakukan apa yang kau inginkan di sini"
"Thank you.. Sekarang aku tak perlukan pendapat kau tentang sikap ego or what..ada sesiapa ke yang bantah nak buat kat sini? For the hell nak bazirkan duit nak ke luar sana cuma untuk latihan ? and terima kasih jugak lah Tetua ke 2 kau pandai jadi badut kat dalam meeting ni"

Kata-kata barusan memberi kesan yang amat..memalukan bagi dirinya. Bayangkan saja seorang Tetua dimalukan didepan puluhan orang.

'harga diri aku dipijak-pijak oleh keturunan pelacur!'

"Huh..anak pelacur tu tak habis-habis nak buat hal.." bisikan Cik Seri kepada anaknya

Dia berjaya tundukkan Tetua ke 2 hanya dengan beberapa patah perkataan lalu diketawakan oleh orang ramai. Bahkan dia diberi kebenaran oleh Raja tanpa ada sebarang syarat

Aku yang seorang Isterinya saja tidak mampu menjatuhkan Tetua apatahlagi menundukkannya begitu saja..

"Ibunda.. Rayyan risau..kalau Tetua ke 3 berada di pihak Zaquan and than macam mana pulak dengan Rayyan?"
"Shh...semua tu nanti kita bincang, sekarang bukan waktu yang tepat..."

"Ma.. maafkan patik Yang Mulia..patik berjanji tak akan pernah mengulangi kesilapan patik.."
Macam mana baginda dengan mudah berikan dia kebebasan untuk menghukum?! Apatahlagi di hadapan ramai para menteri dan para tetua lainnya?

Aku seorang Tetua..dan aku dimalukan semudah memakan kacang!
Harga diri aku...musnah disebabkan kau!

Mereka yang ada walau raut wajah mereka kelihatan serius padahal disebalik itu sedang tertawakan aku yang sebagai Tetua ke 2

"Beta serahkan kedua anaknda beta ke atas General Zakariah Arsyah..sedara beta yang akan menilai kemampuan mereka di sana..dan beta menerima pendapat Tetua ke 3 untuk melakukan pemilihan tersebut di dalam kawasan wilayah kita"

"Daulat Tuanku!"
Kesemua mereka sepakat menerima perintah dari atasan mereka begitu saja.

General Zakariah?
'kenapa mesti Orang tua tu!'
"Kanda! Kanda lupa hubungan adinda dengan sedara Kanda?"

Orang kan boleh salah faham kalau kau simpulkan dengan perkataan hubungan bebal!

"Apa maksud Cik Seri dengan perkataan hubungan?"
"Hubungan yang cukup renggang. Kalian boleh bersurai..dan Zaquan tunggu sebentar"

"Kanda! Kenapa Kanda mengatakan hubungan adinda dan sedara Kanda hubungan yang renggang?! Itukan Aib keluarga kita!"

'kau sendiri yang buat hal terima lah balasan'
________________________________________________

'Rupanya hubungan Cik Seri tak terlalu baik?'

"Cuba kau tengok perangai Cik Seri tu..mana ada nya General boleh suka dengan perangai mintak penyepak macam tu?"

"Tu saya setuju Dato Rais! Kita para menteri ni dah macam hina kat mata dia, hah baguslah General tak berapa nak ngam sangat dengan Cik Seri..senang sikit urusan kita"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience