"Tahniah bagi kumpulan yang telah berjaya memenangi latihan pertama. Bagi kumpulan yang kalah, jangan letakkan kesalahan ke atas orang lain, sebaliknya tingkatkan lagi pemikiran tuk merancang sesebuah strategi."
Mereka sekaligus bertepuk tangan meraikan hujahan Jeneral
"tahniah black.. sekali lagi strategi kau berjaya..kalau bukan sebab kau sape la kita orang?" Puji ku, disebabkan idea nya itu kita berjaya memenangkan perlawanan kali ni
"Jangan cakap centu laa dok..tanpa korang semua pun apa guna strategi aku?"
"alah kau ni kalau dah kena puji tu kembang la jangan pulak merendah, aku sokong apa yang Firaun ni cakap. Without you who am I?" Sambung Si Keli, haih botak ni..ada ajer perangainya
"Tadi aku tengokkan kau..kau cam lain la sekarang, kau tak macam dulu..kalau dulu kau santai macam tak takut kalah. Ni kau serious, macam kau nak cepat...je kem ni habis"
"Adalah.." balas ku singkat
"bagi kumpulan yang kalah, Don't worry..kalian ada lagi beberapa bulan tuk mengakhiri kem latihan buat tahun ni. Baik! Kita bersuai sampai disini"
Singkatnya latihan, zaman budak kemain sampai ke malam.
Di sebalik kejauhan Ayahnda Zaquan dan Rayyan memerhati dari jauh, apa yang dilakukan anak-anaknya itu.
Yang lebih utamanya lagi, beliau lebih memperhatikan Zaquan berbanding Rayyan yang kerjanya menyuruh ahli kumpulannya untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.
'macam mana Cik Seri kebanggaan negara didik anak ni eh?'
"Tuanku tak apa-apa cuma menonton saja? Jikalau Tuanku berniat nak bersemuka dengan putera-putera Tuanku patik sedia menjalankan titah."
"Wan..bagi kau macam mana dengan kemampuan anak aku?"
"Anak Tuanku? Tengku Putera Rayyan atau Tengku Putera Zaquan?"
"Siapa lagi kalau bukan Zaquan..aku rindu nak berbual santai dengan dia.."
Dalam istana tu sape je tak tahu konflik kematian Pemaisuri? Mereka terpaksa membisukan suara, membutakan mata dan memekakkan telinga akibat tak mahu di buang kerja.
Kelakuan jahat suami baginda jelaslah sudah menjadi topik hangat yang sentiasa akan diungkit di bumbung istana.
"Tengku semakin meningkat pesat dari tahun ke tahun, anaknda Tuanku.. sejujurnya bagi patik lebih layak berbanding Tengku Rayyan, Tuanku."
"Macam tu pendapat kau?"
"Iya Tuanku."
'Terlintas bayangan sosok arwah isterinya itu'
"Anak kita tak perlukan takhta atau harta...anak kita cuma perlukan kita..kasih sayang kita..Zaquan dah pandai merangkak Huraisyah pula.. sedikit demi sedikit membesar.."
"malam ni kan..hari jadi awak.., kenapa awak tiba-tiba nak moment sayu macam ni?"
"Saya bukannya nak moment sayu abang..itu yang saya nak. Itu yang saya anggap hadiah..yang awak sayang dia orang macam mana awak sayang nyawa awak sendiri.."
"abang janji.."
"janji perlukan dikotakan..boleh jari kelingking?"
"Boleh.. untuk sayang apa pun boleh.."
Itu saja imbasan sejarah yang lalu,
rupanya kau berdusta. Kau mungkiri janji, kau bahkan tak kotakan janji, yang dulunya sendiri kau mengakui kau akan berjanji menjaga dan menyayangi mereka.
Bukan saja kau tak menyayangi mereka..wanita yang kau sebutkan nescaya cinta pun kau mungkiri.
"aku memang gagal dalam semua hal..orang yang aku sayang, aku sendiri tak mampu nak pertahankan.. aku berdosa dengan nya.."
sungguh aku malu untuk mengakui sifat munafik ku di saat itu, kesalahan yang aku sengaja atau pun tidak. Hawa..maafkan aku ...
________________________________________________
"Sekolah ni memang dah lain lah Nad..dari tak ada jadi ada, yang dulunya ada diganti yang lain"
tegur Adhira melirik ke arah sekeliling. " Ish kau ni, memang lah lain kita dah berapa tahun? dah habis sekolah? kalau dulu kita anak dara muda sekarang ni kita anak dara tua. Aku dah beristeri orang kau dah bertunang orang." jelas Nadeera
"Macam mana kalau plot twist aku ni betul?" 'apa maksud dia dengan plot twist?' "what do you mean Adhira?"
"alaaah..yang dalam kete aku bebelkan dengan si Dara, aku langsung tak boleh nak cari informasi tunang dia dekat mana-mana sosial media. Kalau tengok face to face memang nampak jelas lah mamat tu orangnya jenis berada... "
"kau ni Adhira..suka tau busy body, aku citer kat Ummi kau baru kau tau. Apa Ummi kau cakap masa tu? kalau kau ada buat salah Ummi halalkan aku kalau aku nak terajang an?"
"kau nak terajang aku Nad? Aku mana ada busy body, ni naluri seorang perempuan la Nad.. perempuan memang dianugerahkan kemampuan tak sedap hati, naluri pe semua ni"
Share this novel