Episode 40

Drama Series 67629

"makin gempak aku tengokkan perempuan tu punya perangai, aku tau sibuk hal orang ni salah..tapi tak ke pelik? Danisha tu kan bakal menantu kenapa nak berbaby-baby, habis Si Adam tu apa function?"

"tulah..Nad kau memang an kalau bab Danisha kau laju jer dapat info"

"Allhamduillah Allah tunjukkan, adalah jugak topik hari ni..so macam mana kau dengan future kau? budak tu anak dia an.."

"yea..kecik-kecik dah cantik cer nanti dah besar? kalah kita yang diva ni babe..pape pun He treat me better than my past"
eii tak suka lah aku nak kenang-kenang cerita yang lalu..rasa semak. Belum lagi memori epic aku tu belum sempat terhilang dalam otak ni

"aku bersyukur kalau kau percaya dia tu yang terbaik, and aku pun happy atas pilihan kau. Aku cuma nak kau tu hidup, hidup and bahagia always!"
"sweet jugak lah member kita ni Dara" usik Adhira kepada Nadeera

"untung lagi aku bersyukur kau bila nak merasa?"
"tengah proses la ni Cik Nadeera jangan banyak membebel boleh tak ?" jawab Si Adhira

maklum lah tak lama lagi dah nak kahwin memang lah ada pasang surutnya setiap pasangan, kita orang tahu kalau mereka bergaduh jelas bersuluh yang buat masalah tu diri dia sendiri. Bukan apa kita orang memang kenal perangai bakal suami si Adhira jenis bersabar dan cukup matang hubungan

berbeza jauh dengan Adhira yang masih kecil-kecil cili padi , keras kepala dah macam batu, jenis kuat merajuk walaupun salah sendiri. Bakal suami dia pulak kawan rapat kita orang senang cerita circle berlima ada pasangnya

bezanya cuma aku kalau dulu ada Adam kita orang berenam tapi disebabkan manusia cepat berubah jadilah 5.

"Naufal tu kita orang dah kenyang dengan dia..baik kau ngaku apa yang kau dah buat? Adhira" Bidas Dara dengan sedikit lantang tak mahu hubungan mereka tiap minggu ada saja surut nya. Patutlah Si Naufal ada chat aku pasal kau masa tu, rupanya ada jer masalah korang ni

"Erk.. begini ceritanya, masa tu aku Ngan Naufal masuk rumah hantu..ada satu perempuan tu dengan kawan dia kena kejar dengan hantu dorang pun lari lah kat belakang kita orang, yang sorang duk belakang aku, yang sorangnya lagi pegang tangan Naufal"

"Bukan nya seram mana pun hantu tu..nak gatal ber awak-awak dengan tunang aku apahal? siap pegang tangan pulak tu. Naufal tepis tapi orang nya tetap nak pegang astu orang un tolak lah bagi jatuh.."

"lah..itu jer ke?" kalau aku yang ada kat situ, aku pun marah and satu lagi aku sokong bab hantu tu tak seram yelah seram lagi Adhira ni bangun tido rambut dah berupa mak Limah. "Belum habis.. Keluar jer dari tempat tu Naufal cakap kat aku lain kali jangan tolak anak orang macam tu...dia kata tak baik, mana tau nanti orang tertolak kuat sangat sampai orang tu luka astu..nanti sape nak tanggung?"

nasib lah Naufal Firdaus..kau dapat tunang yang sensitif

"hah pastu pastu?" "aku merajuk la! aku cakap kat dia dia nak menangkan perempuan tu..aku koyak sebab aku Time tu jealous dia pegang dekat gila, dah lah aku sempat jeling sekali dengan perempuan tu..aku dapat rasa lah perempuan tu sengaja"

"apa pulak dia sengaja? macam mana kau tau?"
"sebab time kita orang keluar aku toleh belakang dia senyum sinis tau! biadab betul
... dah lah badan kecik aku rasa budak sekolah.. kecik-kecik dah gatal dah besar tak tau lah camne"

"dah..dah bincang elok-elok dengan sayang kau lepas ni aku tau esok nya kita berlima jumpa dah bersawit faham?"

"okay.."

fuh.. panjang drama Adhira dengan Naufal kali ni..ghisau la aku budak sekolah pun dah pandai menggatal cakap pasal menggatal aku teringat kat Danisha apa lah agaknya kesudahan cerita dia tadi?

"hah kau Nad..ada pape cerita tak?" soal Adhira, kes dia dah selesai kali ni nak tau kes Nadeera yang berumah tangga pula

"aku nak mengandung tau.." Dara dan Adhira saling bertatapan dengan raut yang terkejut. "kau biar betul? bukan kau kata kau tak ready nak ada baby? " Soalku ,yelah Nadeera ni memang model dari kecik aku takut lah pulak kerjaya dia terganggu. Tapi anak tu pun satu rezeki

"Hafiz ugut ke mat? kemain style dia.. ugut-ugut bagai?" "takdelah..Aku pun baru cakap camtu pagi tadi sebelum dia pi keje, dia sampai terjatuh sudu Time nak suap nasi"

"yelah aku dulu kan berkeras tak nak sebab tak ready semua alasan aku bagi and dia pun tak kesah pilihan aku lagi-lagi bab anak. Yang dia tahu ada anak atau tak asalkan aku isteri dia"

sweet kan Hafiz? dari darjah 1 berkawan darjah 1 tu jugak dia try Nadeera sampai dapat, walaupun pernah di Reject niat dia tak pernah layu. Raja tanpa mahkota kau ni!

"aku dapat mimpi..yang bila aku ada anak nanti kan hidup aku bahagia gila..so aku mintak la dia anak, hah camne?"
"idea bagus bagi pihak lelaki dia on je"

Yup dia 'on je' sape je tak laju kalau lelaki? lagi-lagi dekat orang yang dah betul-betul dia cinta mati. Paling respect kedua kawan aku ada mertua yang terima dia orang apa adanya, ada anak ke takde anak ke dorang tak kesah kalau takde ambik anak angkat senang!

I still remember ayat Ibu mertua nya Nadeera..

'Takde anak ke ada anak tu bukan perkara yang penting kalau nak bahagia..anak tu rezeki kalau yang di atas berkata tidak maka tidak kalau iya maka iya. Janganlah pula pihak lelaki belum lagi dikurniakan menggatal nak mendua tu macam minta kena sembelih. Treat your wife macam mana kita treat sesuatu yang berharga dalam hidup tu'

Future mertua si Adhira ni lagi lah! Sama sebijik macam bakal menantu nya.. apa-apa nanti Adhira ngadu kat mama Naufal biar nanti Naufal pun kena sekali!

borak punya borak, ketawa tak ingat dunia..dari pagi buta jadi tengah hari buta..betul lah orang kata perempuan ni berborak tak ingat waktu!

Amelia pula masih seronok bermain, nampak gaya dia dah semakin penat agaknya nanti dalam kereta tido la tu..

"jom dok kita pi satu tempat?" ajak si Nadeera memandangkan Hafiz hari ni balik pukul 5 dia ada lah waktu nak bermain
"ni aku sokong! jom kita pi sekolah lama kita? kau tak rindu ke dengan suasana kat sana"

"sekolah lama? haah lah kan, tapi ni hari apa?"
"tengok kat luar pagar pun dah cukup, kita cuma nak nostalgia jer..hah jom lah naik kete aku"

"jom-jom! Amelia...jom kita nak pi tempat lain"
"owh..okay mama!! bye awak nanti kita main lagi eh? kita kena pergi..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience