Episode 46

Drama Series 67629

"dah lama kamu berdua ni tak datang ke sini cikgu dah tua nak panggil dari jauh sana pun tak kuat, maaf lah ye kalau cikgu ni buat korang terkejut."

"takpe lah Cikgu.. kita orang faham, kita orang datang sini pun tak lama sebab ada lagi tempat kita orang nak kena datang."

"takpe..ni cikgu datang masa cuti sekolah ni pun sebab nak siapkan stage kat dewan belakang, biasalah kan ada program macam ni. Kita yang kena bantu"

"Program apa sekolah ni nak buat?"
"Program keusahawanan, ada persembahan nyanyi-nyanyi tu yang buat stage besar. Eh mana kawan kamu lagi sorang? Dara mana ? dah tak geng ke dengan Dara?"

"eh kita orang geng cikgu!" bidas Adhira dengan cepat
"dia tak pi sekali ke kesini?"
"dia pi..cuma anak dia tengah tido nak tinggal risau kalau bangun nangis mencari ke apa.. dia cakap dia kirim salam kat cikgu kalau kita orang terserempak"

"waalaikumussalam....eh dah kahwin ke?!" terkejut Cikgu Zuraidah mendengar penjelasan Adhira tadinya.
"Takde lah..tu bakal anak tiri ajer-"
"jadi madu orang ke Dara tu?!" hah sudah keluar soalan bukan-bukan , belum sempat nak bagi penjelasan dia dah tangkap maksud lain.

"idok lah cikgu..dia dah nak kahwin dengan duda..itu ajer, mananya dia nak jadi no 2 kalau boleh no 1?"
"majoriti sekarang kan 'sebab boleh' okaylah kalau macam tu cikgu sambung bertukang kat belakang..kalau haus ke apa singgah lah kat koop, ada tu bukak"

"okay cikgu...babaii"

"Kecoh betul Cikgu kita ni Nad..belum habis aku berucap dia dah sampai Pinang"
"itu lah tu..kita kat Johor dia dah kat Pinang "
alah biasalah tu anggap ajer ilmiah seorang cikgu Sains.

Yang Singa dia
Yang kucing pun dia.

"kau haus tak ni?"
"umm aku tak haus..jom arr kita balik?"
"hah jom arr..nak kemana lagi an?"
________________________________________________

"Lama benoh lah dua minah ni keluar..aku yang kat dalam ni pun penat nunggu" ucapku ngeluh, lama sungguh dikeranakan duduk hanya memperhatikan suasana di luar

"Kepala ni dah bayang bukan-bukan.. istighfarlah Dara.." biasa ar terbayang sosok ketampanan Uwais Zaquan, sejuk di pandang memukau jiwa!

"why your papa hot eh Amelia?"
apa kau ni Dara! hot? mamat yang keje nya nyakat kau 24 jam tu kau kata dia hot?

"apasal aku ni sengih-sengih dah macam beruk"

kalau orang nampak ni habis di bahan aku nya.. sengih-sengih sendiri sebab tekanan jiwa!

"tapi dia memang hot kalau sejujurnya aku nak kata.. " lagi-lagi kalau dia pakai baju kemeja putih selak sampai ke siku janji abang tak payung!

"mama.."
"Eh..dah bangun ke? suara mama kuat sangat ke buat Amelia terbangun?"
"tak.. Amelia nak tido atas peha mama.."

lekas si kecil tu bangun meletakkan kepalanya di atas peha ku. Rasanya berbunga, kerana aku sangkakan akan menjadi lebih sukar untuk rapat dengan seorang Amelia.
Yelah.. lebih-lebih lagi nak kena aku ni mak tiri, Amelia tu mesti tak terima kalau papa dia gantikan posisi mama dia tu untuk aku?

Tapi Alhamdulillah sekurangnya masalah aku yang satu ni berkurang dengan berjalan lancar.

"Amelia..tahu tak pasal arwah mama Amelia?"
"Arwah mama.. dia cantik..macam mama, Amelia tak ingat banyak..Amelia cuma ingat Amelia kena peluk arwah mama jer.."

"kalau papa? macam mana Amelia hidup berdua dengan papa? papa sebelum ni ada girlfriend tak? sebelum mama"

"takde..papa tak banyak senyum sebelum papa jumpa mama...mama cantik mesti lah papa senyum kan mama kan?"
"papa kata kena jadi bersih, lepastu Amelia kena rajin solat. Kalau tak papa kata nanti Amelia kena taruk dekat asrama.."

"Amelia takut duk asrama?" soalku pula. Apalah Zaquan ni.. takut-takutkan budak 6 tahun macam tu. Kesian lah dia "Takut..papa kata kat asrama nanti ada makcik karipap tengah malam ketuk pintu"
aku pun apa kurangnya kena juga dengan ugutan macam ni dengan mama papa. Bezanya takdelah dia orang cerita sampai expert makcik karipap..

"Amelia nanti takut tak tinggal dekat rumah mama? kalau mama tak ada nanti Amelia duduk dengan nenek, Amelia okay?"

seminit Amelia berfikir untuk menjawab soalan aku tadinya. Mungkin dia risau? atau dia segan. Hanya soalan saja tak mungkin aku nak tinggalkan Amelia seorang bertemankan mama kat rumah tu, mestilah dia segan

lagi-lagi mama ni suka nyakat budak-budak. Tapi ada pasang surutnya, kadang dia lah yang kanak-kanak

"Amelia tak kesah..sebab Nenek kan baik bukan macam nenda tu!"

'nenda?'

"Nenda?" "opps..um takde pape lah mama, Amelia tersalah tadi tu.."

Zaquan kenapa dia ni tak cerita pasal kerabat-kerabat dia eh? Macam mana kalau aku terserempak, macam mana aku nak jawab? lepastu aku dah kahwin aku tak kenal dia orang. Aku tak nak jadi menantu tak gunaaa!!!
________________________________________________
"Hahh kita orang dah balik...!!" Bidas Adhira. Panas kat luar tu kena lah pulak dia pakai baju yang tak sepatutnya dipakai time cuaca macam ni. Ikutkan nak jalan-jalan Mall tapi lain pula ceritanya. "Panas Wey kau kat luar tu..macam mana kau still larat nak pakai baju macam tu?" tanya ku. Heran Si Adhira satu ni, ye aku tau lah dia seorang instafamous yang terkenal sebagai model dan fashionista.

Lain lah aku, aku tengok dia pakai baju itu ini pun tekak dah rasa tak sedap hati. "Alah babe..segala cacat cela dalam baju ni, boleh settle after I mandi." balasnya "By the way kita orang ada terserempak dengan Cikgu Zuraidah, aku tak tahulah umur dia dah berapa aku rasa..dia dah nak pencen" terang Nadeera

"aku pun rasa macam tu, sebab yelah..Time kita dulu masih belajar pun umur dia dah berapa? anak dah ramai."

"Jom weh balik..aku dah penat ni..aku rasa aku nak tido lah balik ni, seharian aku nak tido lepas tu esoknya baru aku nak hyper active" ujarku, rasa penat dah ni energy terkuras
"yelah.."

.......

sesampai di rumah.

aku pun lekas ke tandas untuk mencuci muka, sekalian ambik wudhuk disebabkan seruan Adzan sudah dilaungkan. Aku mengajak Amelia solat berjemaah sekali..selepas habis solat tu aku pun bukak lah telefon pintar milikku untuk menceritakan segala hal aktiviti yang dilakukan Amelia ke Zaquan.

Zaquan setelah membaca mesej dariku terus video call.
"Hai Sunshine.. cantik awak pakai telekung beli mana?"
"takde nak berhai- hai eh, ni saya nak tanya awak buat apa sekarang ni? awak dah habis ke latihan pertama? "

"banyaknya pantang larang awak ni Cik Dara..saya ni bakal suami awak, itu kalau saya nak pegang tangan..agak-agak apa produser yang saya kena buat?"

"Lol! takde eh sampai nak prosedur bagai..saya takde nak letak semua benda pantang larang, kalau sekali tu saya letak, jangan pulak mandai-mandai"

"Yolah..apapun saya kat sini dah settle one game. Saya anggap semua ni game je lah eh? Lagi satu game ni agak rumit la senang citer"

"um..apa pun saya harap awak berjaya. Awak mesti kena menang! sebab saya tahu awak tu Uwais Zaquan, okaylah baii saya nak tido... penat"

"sleep well love.. see you"

Berlove bagai, sape nak tanggungjawab kalau muka aku dah jadi tomato nanti? takde pun nak bagi warning

Senang cerita Dara dan Amelia pun tidur sampai lah jam 4 dimana sudah masuk waktu Asar, macam biasa pergi ke tandas ambik wudhuk and solat after that pergi keluar rehat-rehat tea Time.

Sementara mama melayan Amelia yang nak main masak-masak aku pun ambik lah masa sambung melukis lukisan potret yang dahulunya aku tergantung nak buat. Sungguh aku minat dengan lukisan dah macam perasaan kita tu boleh menyatu.

Nak lagi aku melukis gambar Zaquan yang masa tu sempat aku snap gambar dia senyap-senyap. He look perfect..

'maybe he's not my first inspiration, but at least he's a work that I clearly appreciate'

"he's the man I just first admitted that he's some kind of precious piece of work.." gumam ku
dengan tangan yang tidak berhenti bergerak, sudah berapa batang pensel yang semakin pendek aku gunakan.

"cantiknya mama lukis..!" Puji Amelia
hampir saja aku nak terconteng lukisan tu..
"Jangan terkejut kan mama macam tadi tau Amelia..and Thank you my dear cakap macam tu kat lukisan mama..."

"sorry mama..."
"its okay sayang..sambung lah main dengan nenek, ke nenek dah tak larat?"

"mama dah tua Dara..nak main kejar-kejar pun susahhhh"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience