BAB 6

Drama Series 98796

Tiga tahun berlalu dengan sangat cepat dan pantas tanpa Thia sedar.Akhirnya dia kembali ke rumah tempat dia membesar.Rasanya dia sudah selamat untuk kembali.

Dia melihat Faeeq sedang duduk bermain.Banyak mulut sekarang ni, asyik bercakap je.

"Thia..."seru Mak Ina memegang bahu Thia.Mak Ina melabuhkan punggung disebelah Thia yang sedang perhatikan Faeeq bermain.

"Pandai dia...bawa diri...tak banyak ragam pun sepanjang Mak Ina jaga dia"ucap Mak Ina.Thia akui Faeeq memang senang dibesarkan.Jarang sakit dan pandai mengambil hati walaupun baru nak masuk tiga tahun.

"Alhamdulilah....Mak Ina.Walaupun pada awalnya susah tapi Mak Ina dengan Laila sanggup tolong Thia besarkan dia dan selalu nasihatkan Thia"ucap Thia.

Laila datang ke ruang tamu membawa cucur dan air kopi untuk minum petang.

"Bual- bual juga sambil tu makan cucur pisang dengan kopi panas ni"ucap Laila.Thia tersenyum manis.

"Susah je bakal pengantin kita ni.Tengah praktis nak jadi isteri ya?"soal Thia.

"Ishh..kau ni buat aku malulah"ucap Laila.

"Ehh.. minumlah Mak Ina nak pergi tandas sakit perut"ucap Mak Ina bangkit dari duduknya.Laila melabuhkan punggung melihat Faeeq.

Thia mengambil cucur yang masih panas itu ditiup perlahan.

"Aku tengok Faeeq ni wajah dia macam campuran.Setahu aku kau ada rupa arab sikit.Selebihnya mesti ikut..."ucap Laila terhenti dia melihat reaksi Thia.

"Ikut...orang yang hancurkan dia"ucap Thia mendekati Faeeq.Dia menyuapkan Faeeq cucur pisang.

Laila masih ingat lagi wajah lelaki yang datang ke sini tiga tahun lepas.Cuma dia tidak bertanya lebih antara dua lelaki itu siapa ayah kandung Faeeq.

"Thia...kau dengan dia macamana? Aku bukan nak ingatkan kau tentang dia.Tapi kau kata kau kahwin dengan dia.Status kau dengan dia macamana sekarang lepas tiga tahun?"soal Laila.

Thia terdiam dia memandang Laila.Baginya perkahwinan itu sudah terlerai dan dia berharap itu terjadi.Mustahil tiga tahun lelaki itu mahu mengikatnya lagi.Kerana lelaki itu sendiri cakap yang dia tak layak jadi isteri?.

**********

Dia mengeluh berat memandang kerja yang berlambak atas mejanya sekarang.Dia membelek laporan yang berada ditangannya itu sebelum dilemparkan sahaja atas lantai.

"Laporan apa ni? Kau ingat kerja budak tadika.Asal boleh...kau kena ingat syarikat bayar untuk kualiti kerja bukan mulutnya je bercakap kerja pun mesti kualiti.Aku nak kau renew balik kau punya laporan.Sekarang!!!!" tengkingnya.Dia paling pantang kalau perkara kecil dipandang ringan pekerjanya.

"Sorry... Tengku...saya akan betulkan balik" pekerja itu menjawab.

Semua pekerja memang tak suka kalau kena jumpa terus dengan Tengku Aqeev.Pasti ada sahaja perkara akan berbangkit.Untuk mengelakkan berjumpa selalunya diserahkan pada Farhan pembantu peribadi ataupun boleh katakan orang kuat Tengku Aqeev.Farhan akan menyerahkan kepada pemilik Qeev International Group.

"Dah keluar pergi betulkan balik.Aku nak laporan atas meja aku petang ni sama ada aku ada dekat pejabat atau tak. I want that.. understand?"arah Tengku Aqeev.

"Baik Tengku" pekerja itu terus keluar dari bilik yang boleh dikatakan sama dengan bilik gantung diri Penjara Pudu.
Dia rasa sangat letih.Laci disisi ditarik dan dia mahu mengambil dokumen tertarik satu sampul.Sampul itu jatuh ke bawah meja.Dia mencapainya dan dia mengepal tangannya.

Pintu terbuka dan ditolak ke dalam.Senyuman manis dibibir dan haruman semerbak minyak wangi macam lori terbalik pun ada.Tengku Aqeev terus menyimpan kembali sampul itu dan ditutup laci rapat.

"Datang tak bagitahu pun....tak kerja ke?"soal Tengku Aqeev kembali memandang kertas depan matanya.

Rania menarik kerusi dihadapan meja Tengku Aqeev dan melabuhkan punggung.Dia menongkat dagu memandang lelaki yang hebat depan matanya ini.Macamanalah dia tak jatuh cinta dengan Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev sedar Rania merenungnya.

"Dah kenapa tengok I macam tu?"soal Tengku Aqeev.

"Rindu...dengan you.Dahlah susah nak you keluar.Ada saja alasan yang You bagi.Sibuklah...mesyuaratlah..."ucap Rania.

Tengku Aqeev mengeluh.

"Dah memang I sibuk nak buat macamana? You ingat I ni macam CEO dalam drama.Meja kosong pastu pura-pura banyak kerja"ucap Tengku Aqeev.

Rania memuncungkan bibirnya.Dia bangkit dari duduknya dan mendekati Tengku Aqeev.Tangannya memegang pipi lelaki itu cuba menggoda dengan kecantikannya.

Tengku Aqeev meletakkkan pen dan menyandarkan tubuhnya di kerusi.

"You datang sini sebab apa?"soal Tengku Aqeev.Rania meletakkkan jarinya dibibir lelaki itu.Bibir itu sangat menggodanya.

"Macam I cakap tadi I rindukan you.Almost three years I wait for you Qeev"ucap Rania.Tengku Aqeev menurunkan tangan Rania ke tepi.

"Kalau you boleh tunggu tiga tahun, apa kata you tambah lagi dua tahun"ucap Tengku Aqeev tidak pernah serius.

Rania menolak tubuh itu.Dia menegakkan badannya dan kembali ke kerusinya tadi.

"You ni kan tak pernah serius.I put my effort only for you Qeev.Apa lagi tak cukup?"soal Rania sudah berang.

Tengku Aqeev tersenyum sinis.

"I think you need to learn more Rania. Why don't you just give up?"soal Tengku Aqeev.Kalau dia tak suka dia akan tolak mentah-mentah.

Muka Rania sudah merah padam.Dia bangkit dan terus berjalan keluar dari situ dengan menghentak kakinya.

Tengku Aqeev tergelak kecil.

"Rania.... Rania..."

**********

"Kenapa you ikut I Nayla?"soal Syed Uwais bertanya seraya memandang wajah Tengku Nayla yang berdiri disebelahnya.

Pening kepala Syed Uwais sejak akhir-akhir ni.Tengku Nayla mengendalikan projek bersamanya tapi kemana saja Syed Uwais bergerak mesti dia akan ikut.

"I kan usahasama dengan you.Sebab tu I ikut..."ucap Tengku Nayla sambil tersenyum.Syed Uwais mengeleng kepalanya.
"Kenapalah kau hantar dia dekat aku Qeev...."ucap Syed Uwais.

"You cakap apa?"soal Tengku Nayla yang seakan terdengar Syed Uwais bercakap dengannya.

"Tak ada apa...lepas makan terus balik pejabat"ucap Syed Uwais memberi arahan supaya Tengku Nayla tidak mengekori dirinya.Dia terlihat ada seorang wanita yang mahu keluar dari restoran sambil mendukung anaknya.Dia cepat-cepat menarik pintu itu terlebih dahulu untuk membantu.

"Kejap..kita balik..."ucap Thia pada Faeeq.

"Daddy..."terpacul satu perkataan yang dia tak pernah ajar pada Faeeq.

Syed Uwais mengerutkan dahinya.Dia kenal suara itu.Dan dia memandang kanak-kanak itu yang memandangnya.

"Daddy? Kenapa budak ni panggil you Daddy?"soal Tengku Nayla memandang Syed Uwais yang masih tegak memandang perempuan depannya itu.

"Minta maaf Encik..." jantung Thia terasa berhenti.Gerangan dihadapannya itu mengejutkan dirinya.

Syed Uwais terkejut apabila dia dapat bertemu kembali dengan Thia.Dia hanya membisu.Matanya tidak lepas memandang Thia yang makin cantik sekarang.

Syed Uwais terus memandang pada kanak-kanak lelaki yang didukung Thia.Thia dah kahwin baru ke?.Maknanya Tengku Aqeev dengan Thia dah berpisah ke?.

"Faeeq jom kita balik..nanti jalan sesak...lelaki ini bukan Daddy Faeeq, Daddy Faeeq kerja" Thia berkata perlahan sebelum mahu beredar.

"Daddy...."ucap Faeeq.Thia menutup mulut anaknya itu.

"You jomlah..."ucap Tengku Nayla menarik lengan Syed Uwais.

"Ahhh.... Nayla.. You order apa-apa dulu.I tertinggal telefon dalam kereta"ucap Syed Uwais.Tengku Nayla tidak menunggu terus masuk ke dalam restoran.

Syed Uwais cuba mengejar langkah Thia.

"Thia....."panggil Syed Uwais menahan langkah Thia lebih maju.

Syed Uwais menarik nafasnya.

"Maaf saya tak kenal Encik...."Thia berpura-pura tidak mengenali Syed Uwais.

Faeeq memandang Syed Uwais.

"Daddy....." Faeeq yang tak tahu apa-apa terus menerus memanggil Syed Uwais "Daddy".

"Faeeq... stop...." Thia meninggikan suara sedikit.Faeeq mencebikkan bibirnya dan menangis teresak-esak.

"Thia....saya...nak...."ucap Syed Uwais.

"Nak apa?? Tak faham-faham..."ucap Thia dengan nada serius.Hatinya masih lagi pedih dengan apa yang jadi dulu.Dengan hinaan dari "sahabat baik" Syed Uwais padanya.

"Anggap je Tuan tak pernah jumpa saya"ucap Thia terus beredar dari situ dengan Faeeq yang masing menangis.


Syed Uwais percaya Thia pun hilang kepercayaan padanya.Dia memicit lehernya yang rasa sakit.Dia tak ada waktu Thia susah.Dia yang tak menadah telinga untuk mendengar masalah Thia.

***********

Syed Uwais membisu dari tadi.Fikirannya berserabut sekarang sejak berjumpa dengan Thia.Dia memikirkan tentang kanak-kanak lelaki yang memanggil dirinya "Daddy".

"Hoi!!!" jerkah Nik Irfan pada Syed Uwais yang termenung dari tadi.

Syed Uwais berdecit geram dengan Nik Irfan.

"Kau kenapa? Muka banyak kusut....macam hilang anak bini"ucap Nik Irfan sambil menghidupkan rokok.

"Qeev dah ceraikan Thia ke?"soal Syed Uwais.Nik Irfan menghembuskan asap rokok keluar.Dia pelik kenapa Syed Uwais tiba-tiba menyoal tentang itu?.

"Asal kau tanya pasal tu?"soal Tengku Aqeev yang muncul dari belakang.Syed Uwais dan Nik Irfan memandang pada Tengku Aqeev yang mengangkat kening dan berpeluk tubuh dipintu.

Tengku Aqeev pelik kenapa isu itu disebut oleh Syed Uwais.Kenapa perlu menyebut nama perempuan tu?.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal isu tu?"soal Tengku Aqeev melabuhkan punggung disebelah Nik Irfan.

"Entah Syed ni.....mimpi apa entah"ucap Nik Irfan.

"Tak adalah kau kahwin dengan dia...aku cuma nak tahu status perkahwinan kau ni?"ucap Syed Uwais.

Tengku Aqeev tersenyum senget.

"Dia masih isteri aku bila masa aku lafaz untuk lepaskan dia.Kenapa?"soal Tengku Aqeev kembali.

Syed Uwais memandang Tengku Aqeev.Thia mesti tak nak Tengku Aqeev tahu kewujudan kanak-kanak lelaki itu.Walaupun dia juga tidak yakin status anak itu?.

Syed Uwais memandang Tengku Aqeev.Thia mesti tak nak Tengku Aqeev tahu kewujudan kanak-kanak lelaki itu.Walaupun dia juga tidak yakin status anak itu?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience