BAB 3

Drama Series 98796

Thia memandu kereta dengan tidak tenang.Dia rasa malam ini ibarat mimpi ngeri baginya.Dalam sekelip mata hidupnya berubah 360 darjah.Dia menekan brek kereta secara mengejut ditepi jalan.

Dia melihat tubuhnya yang tidak terurus itu.Dia masih dapat rasakan sentuhan jijik lelaki itu.Dia mengosok badannya bagi menghilangkan sentuhan itu.

Cincin dijarinya itu dicabut lalu dilemparkan sahaja ke dalam keretanya.Kenapa semua ni jadi dekat aku?.Kenapa kejam sangat apa yang kau buat dekat aku?.Thia memejamkan matanya rapat dan menangis teresak-esak.

Telefonnya berbunyi tertera nombor dari pihak hospital.Dia mengesat air matanya dan dengan kelam kabut menjawab panggilan itu.

"Cik Thia....banyak kali saya telefon Cik Thia.Saya nak maklumkan tentang Makcik Ros"ucap pemanggil.

Thia meredakan tangisan.

"Kenapa dengan Ibu saya?"soal Thia.Saat ini tubuhnya rasa kaku dan jasadnya seakan terbang.Telefonnya jatuh.

***********

Tubuhnya longlai apabila gebaran putih itu.Dia menyentuh wajah itu dengan penuh penyesalan.

"Puan Ros meninggal dunia dua jam lepas.Kami minta maaf banyak dengan Cik Thia"

"Ibu....."

"Thia...minta maaf ibu sebab lambat... Thia minta maaf.... Thia tak dapat nak pulihkan ibu..."rintih Thia memeluk tubuh yang suda sejuk itu.

Apa dugaan yang dia lalui ini? Apa yang Tuhan sedang uji dia sekarang?

"Ibu.... Thia minta maaf....sangat... Thia dah cuba... tapi....sakit... Ibu...."ucap Thia mencium pipi itu lama.

Dia rasa bertambah sakit dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu dan sekarang dia kehilangan satu-satunya pertama dalam hidupnya.

Dia menggengam tangannya kuat dan bibirnya mengigil bila dia fikirkan tentang kejadian tadi.Kalau bukan lelaki itu mungkin dia sempat untuk berjumpa dengan Ibu.

Api kebencian membara dalam hatinya sekarang.

**********

Tengku Aqeev keluar dari bilik mandi.Dia mencapai jubah mandi berwarna hitam lalu disarungkan ke badannya dan diikat talinya.Dia melabuhkan punggung diatas sofa lalu sebatang rokok dihidupkan.

Dia menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.Dia rasa badannya sakit.Mungkin terlalu bekerja keras tadi.

Dia merasa bibirnya yang pedih gara-gara ditumbuk oleh Syed Uwais tadi.Dia memang sengaja melakukan tugasnya pada hari Syed Uwais tiada di Malaysia.

Tapi dia tetap rasa panas hati bila lelaki itu sanggup melepaskan tumbukan padanya demi nak "lindung" Ayam Dara itu.

Dia memegang bibirnya.Dia tersenyum bila mengingatkan bagaimana dia menyentuh bibir yang mungil itu dengan mulutnya sendiri.Dan yang paling dia tak sangka gadis itu benar-benar masih suci masa dia sentuh.

Mesti perkara itu akan menjadi mimpi ngeri dalam hidup gadis itu.Tapi dia peduli apa yang penting dia puas hati.

Thia duduk di ruang tamu rumahnya yang sudah mulai kosong.Tetamu beransur-ansur pulang.

Laila yang melihat kawan baiknya itu masih berduka dia turut tumpang simpati.Dia mendekati Thia.

"Thia....dahlah tu...Ibu dah selamat dikebumi... Kau kena kuat....kalau Ibu tengok kau macam ni mesti dia sedih"ucap Laila.

Air jernih jatuh dipipinya.

"Aku nak hidup demi siapa?. Hidup aku dah hancur sejak..."ucap Thia tak mampu untuk meluahkan kerana dia berasa sangat sakit.

"Dahlah kau rehat dulu...semua ni biar aku dengan mak aku uruskan.Aku tengok kau pun macam penat dan tak terurus.Nanti kau sakit..."ucap Laila membantu Thia bangkit masuk ke dalam bilik.

*********

"Thia tak datang?"soal Syed Uwais sambil bercekak pinggang.Pembantu peribadinya hanya memandangnya.

Syed Uwais tahu apa sebab Thia tak datang kalau bukan sebab peristiwa semalam.Peristiwa yang meragut maruah dan mahkota gadis itu.Gadis yang baru tiga bulan kerja dengannya.Dia pun tak pernah kenal sangat dengan dia.Kerana sikap gadis itu juga tidak banyak bercakap.

Syed Uwais memicit kepalanya.

"Tuan okay...ke?"soal pembantu peribadinya.

"Awak tahu kenapa dia tak datang?"soal Syed Uwais sengaja bertanya.

"Erm...saya dapat tahu yang mak dia meninggal dunia semalam"ucap Hanim.

Berubah muka Syed Uwais.Allahuakbar.....apa jenis majikan dia tak tahu tentang masalah pekerjaannya sendiri.

"Sakit apa?"soal Syed Uwais.

"Tak silap saya masalah buah pinggang selebihnya saya tahu"ucap Hanim.Syed Uwais rasa terpana.Siapa sangka ketenangan wajah Thia selama ini boleh menjadi bara yang panas semalam.

Dia masih ingat wajah itu mengigil dan menjerit sekuat hati pada mereka semalam.Dia memejamkan matanya.

"Cari alamat dia...bagi dekat saya.Kalau saya lapang saya nak melawat dia"ucap Syed Uwais tapi hanya pada mulut sahaja.Adakah dia kekuatan untuk bersemuka?.Dan boleh ke gadis itu terima kedatangannya nanti?.

***********


Telah tiga minggu sejak kejadian buruk dan menjijikan itu berlaku pada dirinya.Laila datang menjenguk Thia yang nampak tidak sihat.

"Thia...muka kau pucat ni? Kau tak sihat ni.Aku bawa kau pergi klinik ya?" risau sekali suara Laila ketika menuturkan kata-kata itu.Macam mana dia tidak risau keadaan kawan baiknya itu? Tambahan pula, Thia tiada sesiapa lagi didunia melainkan dirinya.

"Tak apalah aku banyak susahkan kau.Kau sibuk kerja pastu jaga aku.Sakit biasa je ni.Nanti baiklah" Thia menolak ajakan Thia dengan lembut.

Sebenarnya dia tidak sedap hati kerana haidnya sudah agak lama tidak datang.Tapi dia hanya berharap yang baik-baik sahaja.

"Tak boleh...aku nak hantar kau pergi klinik.Buatnya aku kerja kau pengsan.Takde...takde siap sekarang"Laila tegas dengan keputusannya.

"Yalah" Thia mengalah.Dia tak larat nak dengar Laila membebel.Kepalanya sering sakit.

"Okay good" Laila senyum.Kalau tadi Thia tak nak pergi klinik, dia akan heret Thia juga pergi klinik.

*************

Thia duduk berhadapan dengan Doktor.Dia merasa sangat cemas.Doktor berpaling dan tersenyum manis padanya.

"TAHNIAH, puan mengandung"

BAAM! Dia rasa pening dengan apa yang baru dia dengar.Dia rasa mahu jatuh.

"Puan!!" tangannya digoncang oleh doktor yang bernama Adibah itu.

"Ya doktor!" Thia memandang pada doktor itu kembali.Dia cuba mencari kekuatan untuk senyum walaupun sebenarnya semuanya tawar.

"Puan jangan stres ia akan memberi kesan pada bayi puan.Banyakkan berfikiran positif dan pastikan pada waktu makan yang tepat.Kalau puan tak jaga ia akan membahayakan kandungan Puan"nasihat Doktor Adibah.

Doktor Adibah dapat lihat wajah Thia seperti tiada sebarang reaksi.Selalunya kalau wanita lain akan menangis ataupun mungkin tersenyum gembira.

"Terima Kasih doktor" Thia sekali lagi cuba senyum.

"Nanti puan boleh ambil ubat di kaunter.Pastikan ambil ubat ya"

Thia mengangguk lalu dia bangun dari kerusi sebelum melangkah lemah.

Dia tak tahu nak buat apa.Tapi yang paling utama dia tak nak bagitahu pada lelaki itu.

"Hei... perempuan....kau dengar sini baik-baik.Walaupun aku kahwin dengan kau sah...tapi kalau kau mengandung anak aku.Aku tak akan mengaku tu anak aku.Kau boleh berambus dari hidup aku.Get lost!"

Dia memejamkan matanya sambil mengusap perutnya yang masih tidak nampak itu.Ada satu nyawa disini.Dan pastinya dia tidak sanggup untuk menggugurnya.Cukup dengan dosa dia yang dah banyak, takkan dia tambah dengan dosa membunuh jasad yang tidak bersalah ini.

"Ibu....apa harus Thia buat? Kuat ke Thia?"soalnya dalam hati.

***********

Harini Syed Uwais baru mempunyai kekuatan untuk berjumpa dan bersemuka dengan Thia.Dia melangkah keluar dari kereta dan berdiri didepan pintu pagar.Dia melihat alamat yang diberi oleh Hanim tiga minggu lepas.

Sama...jadi betullah ini rumah Thia.Tapi tiada kereta myvi milik Thia didalam garaj.Atau mungkin Thia keluar sebentar. Laila yang kebetulan lalu disitu terpandang sebuah kereta besar dan tentunya mahal berada depan rumah Thia.

Dia pandang ada seorang lelaki tinggi sedang berdiri sambil memandang rumah itu.

"Encik nak beli rumah ke?"soal Laila pada lelaki itu.

Syed Uwais berpaling memandang ada seorang wanita.Dia mendekati wanita itu.

"Erm... Asalamualaikum...."

Laila memandang lelaki itu atas bawah.

"Walaikumusalam... Encik ni siapa?.Apa encik buat dekat depan rumah ni?"soal Laila.

Syed Uwais nampak buntu.

"Saya Syed majikan kepada Thia.Saya datang nak jenguk dia.Dia tak ada dekat rumah ke?"soal Syed Uwais.

Laila memeluk tubuhnya.

"Ohh majikan...kenapa lepas sebulan baru datang jenguk? Sibuk betul ya orang kaya?"perli Laila.

Syed Uwais tersedak.

"Erm..."

"Thia tak ada...dia dah pindah.."ucap Laila tegas.

Wajah Syed Uwais terkejut.

"Pindah? Dia pindah mana?"soal Syed Uwais.

"Tak tahu...tahu-tahu je hilang"Laila memandang lelaki didepannya itu yang nampak gusar semacam.

Laila dapat menghidu sesuatu tidak kena.Mesti ada kaitan Thia pindah.Thia hanya memesan untuk menjaga rumahnya sepanjang ketiadaannya.

"Takpelah...saya minta diri dulu..."ucap Syed Uwais terus beredar dari situ.Thia pindah mana?.Laila memandang kereta itu pergi.Rasanya sepanjang dia kenal dengan Thia tidak pernah nampak lelaki tadi.Dari segi cara berpakaian nampak bukan biasa-biasa orangnya.Dia terus pulang ke rumah.

Syed Uwais rasa tidak puas hati.Dia rasa bersalah dengan Thia.Tapi yang lebih dia panas hati adalah dengan Tengku Aqeev.Sahabat baiknya itu kelihatan tiada rasa bersalah ataupun kesian dengan nasib Thia selepas sahabatnya itu melayan Thia dengan buruk sekali.Ini kali pertama dia rasakan Tengku Aqeev melampaui batasan.

************

Sahabat baiknya itu kelihatan tiada rasa bersalah ataupun kesian dengan nasib Thia selepas sahabatnya itu melayan Thia dengan buruk sekali.Ini kali pertama dia rasakan Tengku Aqeev melampaui batasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience