"Daddy!! Daddy!!" sebut Faeeq berkali-kali harini.Dia tak pernah ajar Faeeq untuk menyebut perkataan itu.Entah dari sejak dia jumpa Syed Uwais pagi tadi.Faeeq tak habis menyebut.Dia melipat sejadah dan disangkut pada penyangkut disebelah almari.
Thia mendekati Faeeq yang sedang menonton televisyen sambil mulutnya bising.
"Faeeq.....jom tidur.."ucap Thia mengusap rambut anaknya itu.
Faeeq menggelengkan kepalanya.Menandakan dia tak nak tidur lagi.Thia memandang Faeeq yang tersenyum padanya.
"Kenapa sayang? Sayang nak apa?"soal Thia memegang dagu Faeeq.
"Mummy...." ucap Faeeq memeluk tubuh Thia.Faeeq meletakkkan kepalanya didada Thia.Faeeq sangat manja dengannya.
"Chocolate..." ucapnya.
"No...you can't eat chocolate. You're allergic to chocolate.Esok kita keluar dengan Ibu Laila kita beli aiskrim.Boleh"ucap Thia pada Faeeq.
Faeeq mengangguk dan memeluk tubuh Thia.Dia bukan tak bagi Faeeq makan coklat tapi dia masih ingat lagi dimana kulit anaknya itu naik merah-merah lepas makan coklat.Nak kata dia alergik coklat tak ada.Mana dapat pun dia tak pasti.
Thia menepuk punggung Faeeq sambil berzikir.Mata Faeeq makin berat dan dia dah mula menggaru matanya.
********
Syed Uwais mengelak dari terus menatap mata Tengku Aqeev.Dia menyandarkan tubuhnya di sofa.
"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal dia? Kau ada jumpa dia dekat mana-mana?"soal Tengku Aqeev.Riak wajah Syed Uwais sedikit berubah. Tapi dia kekal tenang.
"Kenapa kau cemburu?"soal Syed Uwais.Nik Irfan yang duduk ditengah-tengah merasakan ketegangan antara mereka berdua.
"Aku kalau jumpa perempuan tu memang dia takkan lepas"ucap Tengku Aqeev.
"Kalau kau tak sayang dia, buat apa kau nak simpan dia lepaskan jelah dia.Tiga tahun Qeev kau tak move on ke? "perli Syed Uwais.
Tengku Aqeev gelak besar.
"Aku kalau nak heret dia dah lama aku buat.Aku boleh je pergi mahkamah keluarkan surat yang dia nusyuz "ucap Tengku Aqeev berlagak.
Nik Irfan memandang Syed Uwais.
"Kau yakin sangat Qeev.Aku risau kau yang melutut nanti.Dan aku rasa Thia takkan biarkan kau buat macam tu"ucap Syed Uwais.
"Ehh... korang berdua ni tak habis dengan Thia dah kenapa?"soal Nik Irfan yang bingit dengar dari tadi.
"Diamlah Kau!!!!" ucap Tengku Aqeev dan Syed Uwais serentak.
Nik Irfan tersentak dimarah oleh kedua-dua mereka.Api kemarahan Tengku Aqeev membuak-buak bila Syed Uwais sengaja mencabar dia.
************
Thia menyiram pokok bunga dilaman rumahnya.Kalau dulu arwah Ibu ada laman ni penuh dengan bunga.Sekarang banyak dah mati dan ada yang dia sendiri yang kurangkan sebab takut tak terjaga.
Sudip tanah diambil dan digemburkan tanah dalam pasu.Sebuah kereta jenis Maserati Levante berhenti dihadapan rumahnya.Dia bangkit dari duduknya dan melihat siapa yang datang.
Selendang dikepalanya dibetulkan dahulu.Kaki melangkah keluar dari kereta dan terpandang pada wanita itu yang berada didalam pagar.
Thia mahu berpaling.
"Thia tunggu!!"halang Syed Uwais dengan cepat.Syed Uwais mendekati pagar rumah itu.Thia tidak keruan.
"Thia...saya nak cakap dengan awak ni"ucap Syed Uwais dengan tutur kata yang tersusun.Thia berpaling dan memandang lelaki itu.
"Apa yang Tuan nak dari saya? Saya tak kacau hidup sesiapa pun?"soal Thia.
Syed Uwais mengangguk perlahan.
"Saya tahu...awak tak pernah kacau sesiapa pun.Maaf sebab saya lambat...lambat tahu pasal perkara yang berlaku dekat awak.Maaf saya tak masa awak perlukan"ucap Syed Uwais tenang.
Thia memeluk tubuh.
"Dah habis? Saya nak masuk..."ucap Thia mahu berlalu lagi sekali.
"Budak tu anak Tengku Aqeev betul?"soal Syed Uwais membangkitkan isu anak Thia.Thia memandang Syed Uwais.
"Sorry...anak saya bukan anak lelaki jahanam tu.Dia mana ada anak.Dan anak saya pun tak ada nama dia"ucap Thia geram.
Syed Uwais dengar Tengku Aqeev pernah mengatakan itu pada Thia.Kawan baiknya itu pernah menidakkan tentang anak dengan Thia.
"Awak dengan dia masih suami isteri."ucap Syed Uwais.Wajah Thia berubah.Dia masih isteri Tengku Aqeev selama tiga tahun ni.Kenapa lelaki itu tidak melepaskan dia?.
"Thia...bagi saya tolong awak kali ni.Saya nak tolong awak"ucap Syed Uwais menunjukkan riak wajah yang berbeza.
Thia tersenyum sinis.
"Tak perlu...biar saya sendiri yang minta cerai dengan dia.Pergilah Tuan balik tak perlu risau hidup saya.Saya dah cukup bahagia tanpa kawan baik Tuan tu.Dan Kalau nak tolong saya boleh, tolong jangan masuk campur urusan saya"ucap Thia terus masuk ke dalam rumahnya.
Syed Uwais mengenggam tangannya.Dia ikhlas nak tolong Thia.Dia menyesal dengan apa yang jadi tiga tahun lalu.Kalau dia cepat sikit semua tu takkan jadi.
*********
Rania dari tadi memeluk lengan Tengku Aqeev.Tengku tidak menunjukkan yang dia sebenarnya teringin nak keluar dengan Rania.Rania memandang lelaki itu yang dari tadi diam tidak bersuara.
"You ni kenapa macam tak suka keluar dengan I.Kalau dengan kawan-kawan you bukan main lagi.Dengan I muka tu macam tar jalan ketat memanjang"bebel Rania.
Tengku Aqeev mengeluh kecil.
"You yang beria ajak I keluar.Lepastu complain tak puas hati.You sendiri tahu I memang tak minat shopping bagai.You selalu keluar dengan kawan-kawan you tak cukup lagi"ucap Tengku Aqeev.
Rania memegang lengan Tengku Aqeev.
"You...I ni pakai cantik-cantik semua untuk you Tau.Mestilah I kena bergaya sentiasa barulah kena dengan title isteri CEO.Jom kita pergi butik"ucap Rania menarik lengan Tengku Aqeev untuk mengikutnya ke butik Louis Vuitton.
Thia membelikan Faeeq aiskrim sementara menunggu Laila.Dia membungkuk dihadapan Faeeq.
"Ni aiskrim vanilla mummy janji semalam untuk Faeeq.Makan pegang elok-elok"ucap Thia menyerahkan aiskrim vanilla ditangan Faeeq.
Dia mendudukkan Faeeq dibangku.Matanya mencari Laila.Dari jauh dia nampak Laila keluar dari kedai minyak wangi.
"Sorry....Babe... sorry Faeeq Ibu beli minyak wangi.Amboi sedapnya makan aiskrim tak ajak ibu pun"ucap Laila.
"Apa lagi yang tinggal?.Kata nak cari semua harini kan?"soal Thia.
"Tulah...tapi kalau Faeeq penat nanti kita baliklah.Mana tahu biasalah budak kecil selalu cepat bosan"ucap Laila.
Thia memandang Faeeq yang comot makan aiskrim.
"Aku nak cari kemeja untuk Nizam.Dekat butik mana ada sale?"soal Laila.Thia memandang sekeliling pusat membeli belah itu.
"Ermm....aku rasa depan sana ada tadi ada sale"ucap Thia mencadangkan butik yang dia nampak tadi.
"Okaylah jom.. lepastu kita pergi makan.Mesti Faeeq pun dah lapar"ucap Laila.Faeeq mengikut langkah kaki Thia dan Laila sambil tangannya memegang mangkuk aiskrim.
Mereka berdua mendekati satu butik pakaian lelaki.Thia berhenti melangkah.Laila memandang Thia.
"Kau tak nak masuk ke?"soal Laila.Thia memandang Faeeq.
"Takpelah Faeeq tengah makan aiskrim nanti takut kena baju butik.Aku tunggu dekat sini je"ucap Thia.Laila mengangguk dan masuk ke dalam.
Faeeq tengah makan aiskrim dia nampak ada belon terbang.Dia mengejar belon yang sedang terbang.Thia memandang Faeeq yang berlari.
"Faeeq!!"jerit Thia.Laila yang sedang membayar melihat Thia berlari tiba-tiba.
Bam!! Rania melihat bajunya sudah terkena aiskrim dari kanak-kanak lelaki.Dia sudah meradang.
"Habis baju I...mana mak budak ni!!"marah Rania.Tengku Aqeev melihat kanak-kanak lelaki itu terduduk dilantai.Dia membungkuk dan membantunya berdiri.
"You ni tak relaks apasal.Budak kecil pun"ucap Tengku Aqeev mengeluarkan sapu tangannya mengelap tangan kanak-kanak lelaki itu yang kotor.
Thia ternampak Faeeq.Dia terus meluru ke arah anaknya.
"Faeeq!!!"jerit Thia.Faeeq terus berlari ke arah Thia.Tengku Aqeev bangkit dan detak masa seolah-seolah terhenti.Roda masa seakan berhenti seketika.Dia tak sangka akan kembali menatap wajah itu setelah sekian lama.
"Baju I ni mahal Tau"rungut Rania mengadu pada Tengku Aqeev.Tengku Aqeev terus memandang Thia.
"Faeeq...pergi mana?"soal Thia melihat wajah anaknya itu.Thia memandang ke hadapan.Dia terkejut melihat lelaki yang paling dia benci berada betul-betul beberapa jarak darinya.Kelihatan jambang nipis disekitar rahangnya.
"Tu mak mesti mak budak tu..I nak pergi minta ganti rugi"ucap Rania mahu mendekati Thia.Tengku Aqeev cepat menarik lengan itu.
"Tak payah I boleh bayar baju ni"ucap Tengku Aqeev.
"Thia kenapa ni?"soal Laila yang berlari ke arah Thia dan Faeeq.Thia memandang Laila.
"Laila tolong pegang Faeeq untuk aku"ucap Thia memerlukan pertolongan dari Laila.Dia tak nak lelaki itu tahu status Faeeq.
"Rania...you balik sendiri.I ada hal nak selesaikan"tanpa menunggu kata setuju Rania.Dia terus berjalan ke arah Thia dan menarik tangan perempuan itu untuk agar mengikutnya.
"Qeev!!! you tak boleh buat I macam ni!!"jerit Rania.Laila terus menarik Faeeq dalam pelukannya.
Dia melihat lelaki yang pernah dia jumpa itu menarik tangan Thia.
"Mummy!!!" jerit Faeeq meronta mahu turun dari dukungan Laila.Thia memandang anaknya itu.Dia mahu melepaskan genggaman tangan Tengku Aqeev tapi lelaki itu terlalu kuat.
Tengku Aqeev berhenti melangkah sebaik sahaja dia dengar kanak-kanak lelaki itu memanggil Thia dengan gelaran "Mummy".Thia memandang lelaki itu yang masih diam.
Kenapa kanak-kanak lelaki itu memanggil Thia Mummy?.Tengku Aqeev memandang tepat pada anak mata Thia.Genggaman tangan masih kemas tidak dilepaskan.
Ya Allah...kau jauhkan aku dari dia dan lindungilah anak aku.Thia mahu tangannya dilepaskan.
"Lepaslah Encik.Kalau tak saya jerit dekat sini" Thia berusaha mahu melepaskan genggaman tangan Tengku Aqeev.
Hatinya masih lagi pedih dengan hinaan lelaki ini.Dia ingat hinaan lelaki itu sampai hari ini.Masak dia lupa walaupun tahun dan hari sudah berganti.
Hatinya masih lagi pedih dengan hinaan lelaki ini.Dia ingat hinaan lelaki itu sampai hari ini.Masak dia lupa walaupun tahun dan hari sudah berganti.
Share this novel