"Faeeq tinggal dengan siapa?"soalan akhirnya terpacul keluar dari bibir Tengku Aqeev.Thia memandang lelaki itu.
"Mak Ina tolong tengokkan dia"balas Thia.Tengku Aqeev mengangguk perlahan.Dia mendengus perlahan.
"Tentang awak kena tinggal sebumbung dengan saya tu saya tak paksa pun cuma saya nak minta izin awak untuk sama-sama dengan saya untuk tukar nama Faeeq dekat Jabatan Pendaftaran Negara"ucap Tengku Aqeev.
Thia buntu pada permintaan Tengku Aqeev.
"Saya tahu saya pernah cakap yang saya tak terima kalau awak mengandung anak saya.Tapi ni demi masa depan Faeeq"ucap Tengku Aqeev.
"Bila awak nak balik KL? Faeeq asyik tanya pasal awak?"soal Thia.Yeke Faeeq menanya?.
Tengku Aqeev tersenyum sedikit.
"Insyallah bila saya dah okay nanti saya baliklah.Lagipun kalau dekat sana nanti siapa nak jaga saya.Susahkan orang je"ucap Tengku Aqeev memegang tangannya.
Tengku Nayla masuk ke dalam bilik melihat Thia yang berdiri tidak jauh dari Tengku Aqeev.
"Abang...kami dah nak balik.. Abang nak ikut balik sekali..."ucap Tengku Nayla.
"Takpelah... Abang duduk sini je..sampai betul-betul okay baru Abang balik.Nayla nak balik pergilah bawa Thia sekali nanti kesian Faeeq tinggal lama-lama"ucap Tengku Aqeev pada Tengku Nayla.
Tengku Nayla memandang Thia yang diam sahaja.
"Kenapa nak tinggal sini? Rumah kita ada ataupun rumah Thia pun boleh? Kan Thia?"soal Tengku Nayla.
"Ahh?" Thia terkejut.
"Takpelah Man boleh jaga dekat sini.Nanti dekat KL siapa nak jaga.Tak payah.."ucap Tengku Aqeev kedengaran tegas.
"Thia...takkan nak biar dia duduk sini.."bisik Tengku Nayla pada kakak iparnya itu yang sebaya dengannya.
"Awak....duduklah rumah saya..saya boleh tengokkan awak"ucap Thia membuat keputusan.
Tengku Aqeev mendongak memandang wajah itu.
"Tak Thia...saya..."ucap Tengku Aqeev mahu memotong kata Thia.
"Awak boleh duduk dekat bilik tingkat bawah ada kosong.Dan mudahkan pergerakan awak.Saya buat ni sebab Faeeq.Nanti kalau kita dah berpisah taklah ralat"ucap Thia sebelum keluar dari bilik itu.
Tengku Nayla memandang Thia yang berlalu keluar.Nampaknya hati kakak iparnya itu masih keras.
Tengku Aqeev hanya diam.
"Bini siapa yang ketegaq sangat tu"ucap Tengku Nayla terus keluar longhat Kedah.
**********
Farhan memapah Tengku Aqeev masuk ke dalam kereta.Nasib Tengku Nayla bawa kunci spare kereta Tengku Aqeev.
"Nah kunci"ucap Tengku Nayla memberi kunci pada Thia.Dia meminta Thia yang bawa kereta Tengku Aqeev.
"Tapi....Thia..."Syed Uwais mahu bersuara tapi Tengku Nayla cepat-cepat menarik tangan lelaki itu untuk beredar.
Farhan faham apa yang Tengku Nayla cuba buat jadi dia pun beredar masuk ke dalam kereta Syed Uwais.
Thia memandang lelaki itu yang sedang baring dikerusi hadapan.Dia masuk di tempat sebelah pemandu.Suasana bertukar janggal sekali lagi.
"Kenapa awak yang bawa? Farhan?"soal Tengku Aqeev.
"Awak nak pergi rumah saya jadi saya kenalah bawa awak balik"ucap Thia menghidupkan enjin kereta Mercedes Benz AMG C63.Tali pinggang keselamatan ditarik dan dipakainya.
"Awak boleh ke bawa kereta? Saya belum sedia nak mati lagi belum banyak pahala lagi.Jangan bawa laju"pesan Tengku Aqeev yang baring kerusi disebelahnya.
"Tahulah...saya..."ucap Thia mengundurkan kereta dan keluar dari kawasan kampung Ustaz Luqman.
Sepanjang perjalanan tiada perbualan.Thia hanya fokus pada perjalanan.Trafik mula bergerak perlahan kerana pemandu lain mula memenuhi lebuhraya.
Dia memalingkan wajahnya memandang Tengku Aqeev yang sedang tidur memeluk tubuh.Dia memperlahankan sedikit suhu penghawa dingin.
Dia ada bagitahu Laila yang dia bawa Tengku Aqeev pulang ke rumahnya.Pada awalnya Laila macam marah tapi lepas di terangkan situasi baru Laila reda sikit.Cuma Laila bagi nasihat jangan terlalu rapat.
Tengku Aqeev tersedar memandang Thia.Dia dapat rasakan kereta tidak bergerak.Dia mengesat matanya.
"Kenapa berhenti?"soal Tengku Aqeev pada Thia.
"Ohh...trafik sesak...dekat depan tu ada kemalangan"ucap Thia.Tengku Aqeev menegakkan sedikit postur kerusi.
"Sorry... saya tak temankan awak bawa kereta, ubat tahan sakit tu buat saya mengantuk"ucap Tengku Aqeev.
Thia mendengus perlahan.
"Saya dah biasa sorang-sorang.Lepas ni pun saya sorang-sorang juga"ucap Thia.
"Awak memang tak nak teruskan perkahwinan ni Thia?.Thia....saya minta peluang pada awak untuk saya perbaiki hubungan kita"ucap Tengku Aqeev perlahan.
Thia masih kaku.
"Saya cintakan awak Thia... sepenuh hati saya..."ucap Tengku Aqeev.Thia memandang lelaki itu.
"Saya tak layak sebab saya ni hanya teman awak dekat katil.Awak tak ingat awak yang cakap benda tu tiga tahun lepas"ucap Thia dengan memandang tepat pada anak mata Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev seakan terkena panahan petir saat ini.Lidahnya kelu untuk berbicara.Pandangan Thia kembali ke arah jalan raya.
Tengku Aqeev memandang luar tingkap dan memicit kepalanya.
********
Sampai sahaja dirumah Thia, Thia memapah Tengku Aqeev masuk ke dalam bilik di arah dapur rumahnya.Bilik itu selalu untuk tetamu yang datang.Ada bilik air bagi memudahkan urusan harian Tengku Aqeev.
"Takpe....saya boleh...jalan..."ucap Tengku Aqeev melarang Thia untuk membantunya.Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam.
Thia mendudukkan Tengku Aqeev secara perlahan atas katil.Beg baju Tengku Aqeev diletakkan di tepi katil.
Thia ke dapur sebentar mengambil air untuk Tengku Aqeev.Dia membawa segelas air pada Tengku Aqeev.
"Nah...minum air dulu..."ucap Thia menghulurkan gelas pada lelaki itu.Tengku Aqeev meminum air dalam gelas itu sebelum diletakkan ditepi meja katil.
"Faeeq mana dekat rumah Mak Ina lagi ke?"soal Tengku Aqeev.
"Aah... dekat rumah Mak Ina.Kejap lagi saya ambillah.Awak nak apa-apa ke?"soal Thia.
Tengku Aqeev serba salah nak minta tolong Thia.
"Saya nak mandi...lepas tu nak solat...boleh awak ambil beg saya..."ucap Tengku Aqeev pada Thia.Thia mencapai beg dan diberi pada Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev mengeluarkan kain pelikat dan baju t-shirt hitam serta tuala.Tengku Aqeev bangkit perlahan dan berdiri walaupun sebenarnya sakit lagi pinggangnya.
"Awak nak saya tolong ke?"soal Thia.Tengku Aqeev malu dengan Thia.
Thia membantu Tengku Aqeev ke bilik air.Dia menurunkan keperluan Tengku Aqeev sedikit rendah.Thia rasakan Tengku Aqeev terlalu rapat dengannya.Tangan Tengku Aqeev memegang pinggangnya.Selepas memastikan semuanya baik.Thia melepaskan sentuhan tangan Tengku Aqeev dipinggangnya.
"Awak mandilah saya pergi ambil Faeeq kejap"ucap Thia terus keluar merapatkan sedikit pintu.
Dia keluar sekejap dari rumah ke rumah Mak Ina.Dia rasa bahang pada mukanya.
"Asalamualaikum....Mak Ina..."panggil Thia dengan cepat.
"Walaikumusalam...."balas Mak Ina membuka pintu.Faeeq terus tak sabar nak keluar.
"Tengok tu..tak sabar nak balik...suami Thia ada dekat rumah ke?"soal Mak Ina.
Thia memegang tangan Faeeq.
"Ada... tengah mandi...tu Faeeq kejap.Laila belum balik ke?"soal Thia melihat kereta Laila tiada dilaman.
"Belum....ni Faeeq dah makan dah..mandi pun dah...bolehlah Thia rehat.."ucap Mak Ina.
Thia senyum.
"Terima Kasih Mak Ina..sebab tengokkan Faeeq.Ni Thia balik dulu..tu dekat rumah tu nanti jatuh ke apa"ucap Thia mengundurkan diri dengan Faeeq.
"Sama-sama" balas Mak Ina.
Thia membawa Faeeq ke bilik Tengku Aqeev duduk.Pintu ditolak perlahan Thia terpempan melihat Tengku Aqeev yang tidak berbaju hanya berkain pelikat sahaja keluar dari bilik air.
"Daddy..."Faeeq terus berlari ke arah Tengku Aqeev dan memeluk tubuh itu.Thia mendapatkan Faeeq kembali.
"Faeeq tak boleh macam tu.. Daddy..tengah sakit..."ucap Thia.
"Takpe.... budak-budak...dia tak faham.."ucap Tengku Aqeev.Thia memandang lelaki itu.Dia melihat bentuk badan "suaminya" itu.
Tapi yang menarik matanya adalah rantai cincin yang ada pada lehernya.Tengku Aqeev perasan Thia memandangnya.Dia mencapai baju atas katil.
"Kenapa awak tak buang je cincin tu?"soal Thia.
"Ini saya punya buat apa nak buang.Tak semua benda kita benci kita perlu buang"ucap Tengku Aqeev menyarungkan pakaiannya.
"Mummy Faeeq nak tidur dengan Daddy boleh?"soal Faeeq.
"Tak boleh.... Faeeq pergi naik bilik sekarang!"ucap Thia dengan nada marah.Tengku Aqeev hanya diam.
Faeeq terus keluar dari bilik itu.
Badan Thia ditolak oleh Tengku Aqeev ke almari.Thia memandang lelaki itu.Senyuman terbit di bibir Tengku Aqeev.Kenapa tiba-tiba Tengku Aqeev boleh berubah?.
"Lepaslah..."ucap Thia mahu melepaskan sentuhan Tengku Aqeev.Tengku Aqeev menarik nafasnya dalam-dalam.
"Macamana nak cakap dengan awak ya?.Cakap elok-elok awak tak nak dengar.Saya terpaksa berkasar dengan awak...ke awak memang suka kasar-kasar?"soal Tengku Aqeev.
Thia menampar muka Tengku Aqeev.Tengku Aqeev tersenyum.
"Jangan nak kurang ajar ya"ucap Thia menaikkan jari pada Tengku Aqeev.Tengku Aqeev mendekatkan wajahnya pada Thia.Tangan Thia diletakkan pada dadanya.
"Don't play with fire Thia...there will bring you hot..sunshine..."ucap Tengku Aqeev mengerdipkan matanya sekali pada Thia.Thia terdiam seketika tanpa sedar tangannya masih melekap pada dada suaminya.
Dia boleh rasakan degupan jantung Tengku Aqeev laju.Thia cepat-cepat menolak tubuh Tengku Aqeev dan mahu melangkah keluar.Tangan Tengku Aqeev lebih pantas menarik semula tangan Thia.
"Thia....awak nervous ke?"usik Tengku Aqeev.Thia berpaling dan mengigit tangan Tengku Aqeev kuat.
"Arghhhhh!!!!!! Thia sakitlah" jerit Tengku Aqeev menahan sakit pada tangannya.Terdapat kesan gigitan Thia pada tangannya.
"Best tak!!!"ucap Thia.
"Kalau nak gigit bukan dekat tangan tapi dekat sini" ucap Tengku Aqeev menunjukkan lehernya.Muka Thia dah merah padam.Dia terus keluar meninggalkan bilik itu.
Thia naik ke biliknya dan menutup pintu bilik rapat.Dia menarik nafas dalam-dalam.Tengku Aqeev tersenyum lebar baring diatas katil.Senang dapat mengusik Thia malam ni.Dia melihat tangannya yang sudah merah.Ternyata tajam juga gigi Thia.
*************
"Daddy!!!" jerit Faeeq mengejutkan dirinya yang sedang tidur.Dia melihat pada Faeeq yang nampak takut.
Tengku Aqeev bangkit perlahan.Dia mengelus pipi Faeeq.
"Kenapa ni sayang?"soal Tengku Aqeev yang masih mamai.
"Faeeq takut Mummy...."ucap Faeeq.Thia...kenapa dengan Thia?.
Dari tangga Tengku Aqeev terdengar Thia menjerit.Dia melangkah lebih laju cemas dengan jeritan itu.
"Lepaslah.... lepaskan aku!!!!"jerit Thia yang masih tidak sedarkan diri.
Tengku Aqeev memegang tangan Thia.
"Thia... bangun.... Thia bangun..." Tengku Aqeev menampar muka Thia supaya Thia bangun.Faeeq duduk di tepi katil dengan wajah takut.
"Lepaslah....sakit....lepaslah...."ucap Thia menampar-nampar tangan Tengku Aqeev.Tengku Aqeev menarik tubuh Thia dan dipeluknya erat.
"Shh...tak ada apa....tak ada siapa yang sakitkan awak.Saya minta maaf.....saya minta maaf ..."ucap Tengku Aqeev mengelus rambut isterinya.
Thia kembali senyap.Dia tak tahu Thia akan lalui mimpi buruk setiap malam.Ya Allah....kejam ke aku buat isteri aku macam ni.Thia...maafkan I.Thia tersedar dia memandang wajah Tengku Aqeev.
Terus dia menampar muka Tengku Aqeev berkali-kali dan menampar kuat.
"Kau buat apa ni!!! pergi jangan kacau aku!!!! aku jijik dengan kau"jerit Thia memukul Tengku Aqeev.
"Nur Fathia!!!"jerit Tengku Aqeev memegang tangan isterinya itu.Sakit pada mukanya dibiarkan sahaja.
Dia nak Thia sedar apa yang dia buat sekarang.Faeeq sudah menangis.Tengku Aqeev bangkit perlahan dari katil Thia.
Dia terus keluar dengan memimpin tangan Faeeq yang menangis keluar dari bilik.Dia mahu Thia menenangkan dirinya dulu.Thia meraup wajahnya.Dia baru sedar yang dia mengigau.
Thia turun dari bilik setelah hampir satu jam dia menenangkan diri.Dia membuka pintu bilik Tengku Aqeev perlahan.Dan melihat Faeeq sudah tidur didakapan Tengku Aqeev.
Kalau Tengku Aqeev boleh terima dan redha dengan kesalahan sendiri tapi kenapa dia yang tak redha lagi dengan apa yang berlaku.Adakah dia takut dengan masa silam?
Kalau Tengku Aqeev boleh terima dan redha dengan kesalahan sendiri tapi kenapa dia yang tak redha lagi dengan apa yang berlaku.Adakah dia takut dengan masa silam?
Share this novel