Tengku Aqeev kemas memegang tangannya lagi.Dia cuba untuk melepaskan genggaman itu.
"Lepaskan tangan saya"ucap Thia cuba melawan.Laila yang melihat hanya terdiam.Faeeq pula mahu turun melepaskan tangannya untuk pergi ke arah Thia.
"Mummy!!!" Nak Mummy"ucap Faeeq merengek mahu dilepaskan.Tengku Aqeev memandang kanak-kanak lelaki itu dan kemudian pandangan diubah kepada Thia.
"Kenapa budak tu panggil kau Mummy?"soal Tengku Aqeev keras nadanya.Thia diam mengeras dia tak nak kalau Tengku Aqeev tahu tentang Faeeq.
"Aku tanya kau siapa budak tu?"soal Tengku Aqeev menggengam lebih kuat tangannya.Thia memandang Laila dan Faeeq.Dia memilih untuk membisu.
Tengku Aqeev mula panas hati dengan kebisuan Thia.Dia melepaskan genggaman tangan Thia.Thia dapat lihat wajah Tengku Aqeev merah mungkin menahan marah.
Tengku Aqeev terus berjalan ke arah Faeeq.Thia mengejar langkah itu dengan cepat.Tangan Tengku Aqeev mahu menarik tangan Faeeq.Dengan pantas Thia menghalang Tengku Aqeev.
"Jangan...sentuh dia dengan tangan awak"ucap Thia menyorokkan Faeeq dibelakangnya.
Tengku Aqeev dapat agak ada sesuatu yang tak kena.Thia cepat-cepat mendukung Faeeq.Laila dibelakangnya hanya diam tidak mahu mengganggu.
Tengku Aqeev memandang wajah kanak-kanak lelaki yang dipanggil Thia sebagai Faeeq itu.Rambutnya keperangan, hidungnya mancung ikut Thia dan matanya bundar seperti dirinya.Kanak-kanak ini ada rupa dirinya.
Faeeq memeluk leher Thia erat.Tengku Aqeev tanpa sepatah bicara terus menarik tangan Thia mengikutnya.
"Ehh kau nak buat apa ni?"soal Laila memegang lengan lelaki yang buat kali kedua dia jumpa.Tengku Aqeev memberikan renungan tajam.Thia memberi isyarat jangan menghalang takut nanti Laila pun terlibat dengan masalah dia.
"Ini hal keluarga aku"ucap Tengku Aqeev menarik lengan Thia mengikutnya.Thia yang mendukung Faeeq hanya mengikut langkah kaki lelaki itu.
"Lepaslah...jangan sentuh saya dengan tangan kotor awak tu"ucap Thia menolak tangan Tengku Aqeev.
"Mummy..."rintih Faeeq.
"Faeeq jangan risau... mummy ada"ucap Thia menenangkan anaknya yang ketakutan.Tengku Aqeev membuka pintu keretanya.
"Masuk!" Tengku Aqeev membuat isyarat mata supaya Thia masuk dalam keretanya sekarang.
"Saya takkan ikut awak pergi mana-mana"ucap Thia mahu berpaling.
"Thia!!!"jerit Tengku Aqeev.Faeeq terus menangis memeluk tubuhnya.Thia geram dia berpaling dan memandang lelaki itu.
"Tengok apa yang awak dah buat dekat anak saya" Kali ini Thia pula memarahi Tengku Aqeev.Dari tadi dia hanya membiarkan lelaki itu sahaja meradang.Bila Faeeq dah menangis dia jadi panas hati dengan Tengku Aqeev.
"Dia anak I kan?"soal Tengku Aqeev meneka.Thia memeluk tubuh Faeeq lebih Tengku Aqeev bercekak pinggang.
"Dia bukan anak awak!" nada suara Thia tinggi.Dia tidak mahu Faeeq jatuh pada tangan lelaki seperti Tengku Aqeev.Dia mahu Tengku Aqeev menganggap mereka berdua tidak wujud.
"Hei... perempuan....kau dengar sini baik-baik.Walaupun aku kahwin dengan kau sah...tapi kalau kau mengandung anak aku.Aku tak akan mengaku tu anak aku.Kau boleh berambus dari hidup aku.Get lost!"
Kata-kata hinaan inilah yang membuatkan dia rasa hinaan itu terlalu tajam setajam lidah yang menghinanya.
Tengku Aqeev tersenyum sinis.
"You nak menipu pun agaklah.I orang pertama yang sentuh you"matanya keras merenung tajam pada mata Thia.Dia masih ingat lagi saat pertama kali tubuhnya menyentuh tubuh Thia.Dan ia terpahat dalam fikirannya sampai hari ini.
"Jangan kurang ajar"
"Masuk!!" sekali lagi Tengku Aqeev menyuruh Thia masuk ke dalam keretanya." Masuk sekali I cakap baik dengan you atau I akan sakitkan budak ni"ucap Tengku Aqeev mengugut Thia.
Thia memeluk Faeeq erat.Laila yang nampak terus mengambil kereta yang parkir tidak jauh.Dia tidak mahu hilang jejak Thia dan Faeeq.
Thia terpaksa masuk ke dalam kereta.Tengku Aqeev menutup perlahan pintu kereta sebelum bergerak ke arah pintu sebelah pemandu.
Tengku Aqeev masuk ke bahagian pemandu.Dia terus mendakap tubuh Thia dan kanak-kanak lelaki itu.
"Lepaslah awak dah gila ke?"terkejut Thia dengan tindakan lelaki itu.Dia berusaha menolak tapi tiada sebarang gerakan yang terhasil.
Tengku Aqeev melepaskan pelukannya.Dia memandang Thia.
"I rasa tak salah.I masih suami you.Bila masa kita berpisah?"soal Tengku Aqeev.Thia mengerutkan dahinya.
"Kalau macam tu ceraikan saya.Tak ada guna awak nak simpan saya lagi.Awak pun dah ada kehidupan awak.Saya tak tuntut apa-apa dari awak kalau kita berpisah pun"ucap Thia.
Tangan Tengku Aqeev memegang pipi Thia.
"Kalau macam tu saya akan buktikan budak ni anak I.Lepastu kita jumpa dekat mahkamah"balas Tengku Aqeev dengan nada dingin.
"Tak saya tak izinkan awak buat" tekan Thia.
Dia tak gentar nak lawan lelaki ini.Jangan ingat kuasa dan duit mampu menutup dosa sendiri.
"Apa sebab yang you nak cakap budak ni bukan anak I?.Tunjukkan sebab pada I?"soal Tengku Aqeev masih merenung dirinya.
"Sebab apa? Hei Tengku! Saya tak perlu sebab untuk bagi pada awak.Nama dia pun tak berbin kan awak.Hidup saya aman dan tak menyusahkan Tengku selama tiga tahun ni" kali ini Thia tidak boleh menahan dirinya daripada menjerit tepat di pada muka Tengku Aqeev.
Memang benar nama Faeeq tidak berbinkan lelaki ini semua kerana dia tidak dapat mengemukan sijil perakuan pernikahan sewaktu mahu mendaftarkan nama Faeeq.
Dia terpaksa memilih berbinkan dari 99 nama Allah. Maka terhasil Muhammad Faeeq Bin Abdul Basith.
Jangan diuji kesabarannya yang sudah senipis kulit bawang.Lagi-lagi kalau berhadapan dengan manusia yang mengubah hidupnya.
"Mummy cry..." Faeeq menyapu air mata Mummy yang jatuh.Dia memeluk erat tubuh ibunya.
Allah maha adil dalam kegusaran dan kesedihan yang dilalui dihadirkan Faeeq sebagai penenang untuk dirinya saat dia susah.Walaupun kelahirannya banyak dugaan dan banyak rintangan yang terpaksa dia hadap.
"Lamanya dalam kereta...ish..harap tak ada apalah jadi dekat diaorang"ucap Laila yang menunggu dibelakang kereta lelaki ego tinggi tadi.
Tengku Aqeev yang melihat suasana itu mulai sebak.Argh peduli apa dia! Dia mahu mengambil kanak-kanak lelaki didakapan Thia.
Thia menolak kasar tubuh badan Tengku Aqeev sebelum dia membuka pintu kereta dengan pantas sehinggakan Tengku Aqeev tertolak ke belakang.
Laila nampak Thia keluar dari kereta.Dia mendekatkan kereta ke arah Thia.Thia terus masuk ke dalam kereta.Tengku Aqeev tidak dapat mengejar langkah "isterinya".
"Kita akan jumpa lagi Thia" ujarnya perlahan sambil tersenyum sinis.
Thia minta dilepaskan?. TIDAK! itu takkan terjadi.Kalau terjadi mungkin lepas dia mati.Saya akan tuntut Thia.
**************
Thia memeluk tubuh Faeeq dia benar-benar takut tadi Tengku Aqeev mahu mengambil Faeeq darinya.
Laila memandang Thia.
"Psycho ke apa lelaki tu? Dia ke Ayah kandung pada Faeeq?"soal Laila sambil memandu.
Thia bimbang kalau Tengku Aqeev buat keputusan gila.Sanggup buat apa saja untuk paku dirinya dalam hidup lelaki itu ataupun mengambil Faeeq darinya.
Kalau lelaki itu menyesal sekali pun tiada guna.Sejarah kalau dah diubah semuanya takkan sama macam sekarang.Pedulilah Faeeq membesar tanpa kasih sayang seorang bapa sekalipun.Selama tiga tahun ini pun dialah ibu dan dialah bapa.
Cukuplah bayang Tengku Aqeev menghantui dirinya setiap malam.Kemunculan Tengku Aqeev seakan membuka kembali kesakitan yang pernah dia lalui selama ini.Kesakitan yang Faeeq rasai selama ini.
"Kau nak buat sekarang? Buatnya dia betul tekad nak rampas Faeeq dari kau macamana? Kejap...bermakna kau dengan dia masih suami isteri? Ya Allah....Thia..."ucap Laila yang masih tak percaya dengan apa yang dia baru tahu.
Thia perlu fikirkan siapa yang perlu dia minta tolong sekarang ni.
"Thia...bagi saya tolong awak kali ni.Saya nak tolong awak"
Dia teringat tentang kata-kata Syed Uwais Tapi dia perlu berhati-hati juga sebab Syed Uwais kawan baik pada Tengku Aqeev.Mungkin Syed Uwais akan berpihak pada Tengku Aqeev lebih darinya?.
*********
Tengku Aqeev mengetuk meja PA Syed Uwais yang sedang teliti buat kerja.Wajah Hanim berubah melihat gerangan yang datang.Tiba-tiba dia rasa pejabat ni sejuk sampai ke tulang.
Hanim berdiri.
"Syed ada?" Tengku Aqeev menaikkan keningnya.
"Ada Tengku.Silakan masuk"ucap Hanim keluar dari mejanya dan membuka pintu untuk Tengku Aqeev.
Pintu dibuka dari luar, Syed Uwais mengangkat muka sebaik sahaja dia melihat ada yang menjengah ke dalam pejabatnya.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Syed Uwais yang nampak sibuk.
"Kau sibuk ke?"
"Bolehlah..."jawab Syed Uwais tanpa memandang Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev melabuhkan punggung dan menyilangkan kakinya memandang Syed Uwais.
"Aku jumpa Thia"
Syed Uwais berhenti menulis seketika.Dia meletakkkan pensel diatas meja.
"Dengan anak"
Syed Uwais tenang sebab dia tahu tentang Thia.Dan kanak-kanak lelaki yang bersama dengan Thia.
"Jadi kau nak buat apa? Nak get back dengan dia?"soal Syed Uwais.
Tengku Aqeev mengeluh.
"Dia minta aku lepaskan dia"ucap Tengku Aqeev.Syed Uwais tergelak kecil.
"Memang patut pun dia buat macam tu.Kau pun bukan layan dia baik pun.Kau lupa kau rogol dia.Bro..seorang suami dia harus lindung isteri dia bukan sakitkan isteri.Ini namanya kifarah"ucap Syed Uwais kedengaran tajam.
Tengku Aqeev memegang kedua-dua tangannya.
"Aku ada rancangan untuk pastikan Thia dan anak tu jadi milik aku"ucap Tengku Aqeev tersenyum senget.
Syed Uwais kelihatan tidak setuju.Dia nak tengok sejauh mana kesombongan Tengku Aqeev.Dan Thia? Dia harus jumpa Thia juga.
Syed Uwais kelihatan tidak setuju.Dia nak tengok sejauh mana kesombongan Tengku Aqeev.Dan Thia? Dia harus jumpa Thia juga.
Share this novel