Farhan memandang Tengku Aqeev yang nampak kelam kabut.Apa yang Tengku Aqeev nak kejar pun dia tak pasti.
"Tengku...kelam kabut ni kenapa?"soal Farhan pada Tengku Aqeev.
"Aku nak kena siapkan takut tak sempat.Nanti kalau aku tak ada kan senang.Kau kosongkan jadual aku kan untuk tiga hari.Aku risau kalau aku tak balik."ucap Tengku Aqeev yang masih fokus pada kerja depan matanya.
Farhan mengerutkan dahi.
"Apa pulak Tengku tak ada kan Tengku datang je pejabat"ucap Farhan makin pelik dengan kelakuan Tengku Aqeev.
"Aku nak pergi...."ucap Tengku Aqeev terhenti sebaik sahaja panggilan telefon masuk.Dia tersenyum dan menjawab panggilan.
Farhan terus keluar dari pejabat tidak mahu menganggu perbualan Tengku Aqeev.
*********
Hari perbicaraan kes tuntutan penceraian Tengku Aqeev akhirnya tiba juga.Tengku Aqeev menarik nafasnya dalam-dalam sebelum melangkah keluar dari kereta yang dipandu Farhan.
Dia berjalan masuk ke dalam kawasan mahkamah mendaki anak tangga satu persatu.Dia mendongak memandang Thia yang sudah sampai di depan pintu bilik mahkamah.Dan paling dia tidak menyangka disebelah Thia ada Syed Uwais.
Jadi Tengku Aqeev mula faham kenapa mudah Thia mendapatkan peguam untuk menuntut penceraian padanya.
"Tengku...kenapa Syed Uwais ada dekat sini?"bisik Farhan.
Tengku Aqeev hanya diam sahaja.Dia mendekati Thia yang manis bertudung warna hitam dan jubah biru gelap.
Thia langsung tidak memandang lelaki itu.Syed Uwais menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Aqeev tapi Tengku Aqeev buat tak endah.Betullah kawan biar beribu tapi yang betul-betul setia itu susah.
"Thia saya nak cakap sikit dengan awak?"soal Tengku Aqeev meminta izin sambil memandang Syed Uwais.
Laila turut ada memandang Tengku Aqeev.Thia bergerak ke satu sudut yang lain dikuti dengan Tengku Aqeev dari belakang.
"Apa yang Tengku nak cakap lagi?"soal Thia memeluk tubuh.
"Okay...saya masih nak peluang untuk perbaiki hubungan ni Thia.Saya nak jaga anak kita dengan awak"
"Chopp... anak saya bukan anak kita.Patutlah awak rasuah dia dengan mainan semalam.Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang buat masa saya bekerja"ucap Thia menuduh Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev memeluk tubuh memandang Thia yang langsung tidak mahu memandang wajahnya.
"Saya cuma bagi hadiah dekat Faeeq itu je.Tak niat saya nak rasuah anak sendiri.Thia....saya tahu saya ada dosa besar dekat awak.Dan saya akan bawa dosa saya sampai mati.Tapi saya tambah dosa saya dengan abaikan lagi isteri dengan anak saya"ucap Tengku Aqeev dia cuba mendekati Thia.Tapi Thia mengelak rapat dengannya.
Tengku Aqeev tersenyum tawar.
"Saya serah keputusan pada mahkamah tapi saya tetap dengan pendirian saya untuk jaga awak dengan Faeeq yang memang darah daging saya walaupun peluang tu hanya senipis kulit bawang.Saya cintakan awak Thia...."ucap Tengku Aqeev.
Thia mendongak memandang wajah lelaki itu.Dia tidak percaya kata-kata itu akan keluar dari mulut orang yang pernah hinanya dulu.
Tengku Aqeev terus berjalan masuk ke dalam bilik mahkamah.Thia memandang lelaki itu.Laila mendekati Thia.
"Thia jom...masuk"ucap Laila menarik tangan Thia untuk masuk ke dalam bilik mahkamah.
Selepas hampir satu jam didalam bilik prosiding Tengku Aqeev keluar bersama dengan Farhan.Diikuti dengan Thia, Laila dan juga Syed Uwais.
"Tengku...nak balik ke?"soal Farhan melihat Tengku Aqeev yang nampaknya dalam keadaan baik.
"Tunggu!!!" suara Thia menghalang langkah Tengku Aqeev.Lelaki itu memandang Thia yang nampaknya sangat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah beri.
Farhan mengundurkan dirinya sedikit memberi ruang pada mereka berdua.
"Puas hati awak....awak dapat bodohkan orang dekat dalam tu... untuk batalkan penceraian saya.Lepas tu awak tuntut untuk saya kembali taat pada awak.Berapa banyak awak sogok mulut diaorang?"soal Thia pada Tengku Aqeev.
"What? Thia... saya tak ada masa nak sogok orang.Buat saya nak bayar orang kalau benda tu boleh buat saya masuk penjara.Mahkamah yang buat keputusan.Itu bermakna...."
"Bermakna apa?"soal Thia keras.
"Allah bagi kita peluang untuk saya betulkan keadaan.Untuk saya selamatkan rumah tangga saya"ucap Tengku Aqeev.
Wajah itu merah menahan amarah dan sakit.Tengku Aqeev memandang tepat pada anak mata Thia.
"Saya minta maaf kalau awak tak suka keputusan tadi.Thia kita masih suami isteri"ucap Tengku Aqeev dengan nada perlahan.
"Suami.... saya tak perlukan suami macam awak....."ucap Thia terus beredar dari situ.Laila mengejar langkah Thia yang lebih laju meninggalkan kawasan mahkamah.
Syed Uwais mendekati Tengku Aqeev tapi Tengku Aqeev terus beredar meninggalkan kawasan itu bersama Farhan.
************
Tengku Aqeev turun ke bawah untuk berjumpa dengan Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan.
Dah seminggu mereka berdua langsung tidak mahu bercakap langsung dengannya ataupun bertegur.
Dia melihat kedua-dua duduk di laman sambil minum kopi ditepi kolam renang.
"Bonda.... Ayahanda..."ucap Tengku Aqeev.Perbualan mereka terhenti apabila Tengku Aqeev datang.
"Qeev nak bagitahu yang Qeev nak pergi..."
Tengku Sri Khadijah terus bangkit dari duduknya dan masuk ke dalam rumah.Tengku Najhan juga turut mengikut langkah Bonda.
Tengku Nayla yang nampak keadaan itu rasa kesian dengan Tengku Aqeev.Dia mendekati Tengku Aqeev Abang kandungnya itu.
"Abang nak cakap apa dengan Bonda dan Ayahanda tadi?"soal Tengku Nayla.
Tengku Aqeev memandang Tengku Nayla.Dia berpaling dan menghadap satu-satunya adik perempuannya itu.
"Abang nak pergi jumpa kawan Abang.Mungkin tiga hari dekat sana.Incase kalau ada apa-apa Nayla cari Abang dekat sana"ucap Tengku Aqeev.
Tengku Nayla mengerutkan dahi.
"Habis macamana dengan pejabat?"soal Tengku Nayla.
"Ohh pasal tu..Farhan ada boleh tengokkan kalau Abang tak ada.Nayla tolong jaga Bonda dan Ayahanda boleh untuk Abang"ucap Tengku Aqeev pada Tengku Nayla.
Tengku Nayla tak suka cara percakapan Tengku Aqeev.
"Ishh...tak suka pesan-pesan macam tu, macam orang nak mati"ucap Tengku Nayla marah Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev tersenyum manis.
"Takpelah Abang pesan siap-siap"ucap Tengku Aqeev.
Tengku Nayla mencebikkan bibirnya.
"Macamana dengan kes abanf dengan kakak ipar tersorok Nayla tu?"soal Tengku Nayla.
Tengku Aqeev gelak kecil.
"Nama dia Nur Fathia dan nama anak saudara Nayla tu Muhammad Faeeq"ucap Tengku Aqeev.
"Ehh kejap kenapa tak Tengku Muhammad Faeeq?"soal Tengku Nayla.
"Nantilah Abang cerita....Abang nak masuk tidur nanti lambat pulak esok"ucap Tengku Aqeev mengelus rambut adiknya itu.
Dia mendaki anak tangga ke aras atas biliknya.Tengku Nayla rasa Tengku Aqeev nampak lain malam ini.
***********
"Bermakna kau kena tinggal sebumbung dengan dia kan?"soal Laila.
Thia masih menyimpan rasa marah dengan keputusan mahkamah semalam.
"Ya..dia tuntut untuk aku kembali taat pada dia.Dan mahkamah minta aku duduk sebumbung dengan dia.Memang tak aku nak duduk dekat rumah dia"ucap Thia.
"Nampaknya dia nekad nak selamatkan rumah tangga korang berdua ni.Tapi kan dia macam lainlah semalam macam nak kata gembira dengan keputusan mahkamah pun tak.Aku tak boleh nak baca reaksi wajah dia"ucap Laila.
"Aku tetap dengan pendirian aku yang aku tak nak duduk dekat rumah dia kalau dia suruh aku tinggal dengan dia"ucap Thia memeluk tubuhnya.
Tengku Aqeev turun ke arah sungai dia nampak sahabat lamanya sedang duduk dibot.
"Asalamualaikum...Man."sapa Tengku Aqeev.Lelaki yang tengah meletakkkan barang dalam bot itu berpaling dan tersenyum lebar.
"Walaikumusalam...Ya Allah baru sembang tup...tup...muncul dekat sini"ucap Luqman meletakkkan barangnya berjalan ke arah Tengku Aqeev.
Mereka bersalaman dan berpeluk.Kali terakhir mereka jumpa rasanya adalah 10 tahun lepas rasanya sebelum Tengku Aqeev sambung belajar dan dia menetap di Mesir.
"Datang tak bagitahu awal boleh aku masak untuk kau"ucap Luqman.
"Takpe...aku memang saja datang nak jumpa lama tak borak.Ni kau nak pergi mana?"soal Tengku Aqeev bercekak pinggang.
"Ada orang KL minta ikan sungai.Aku nak turun pergi tangkaplah ni.Kau rehat dekat sini tunggu aku balik nanti aku masak untuk kau"ucap Luqman mengarahkan Tengku Aqeev duduk di rumah bot.
"Ehh...takpe aku ikut kau jelah.. daripada aku duduk sini sorang..Jom..."ucap Tengku Aqeev yang mengambil jaket keselamatan dan melangkah ke dalam bot milik Luqman.
Dia pun melangkah ke dalam bot.Luqman membawa bot ke kawasan tengah sungai.Dia melepaskan jala untuk menangkap ikan.Tengku Aqeev termenung jauh.
" "Suami.... saya tak perlukan suami macam awak....."
Bila balik KL nanti dia kena tinggal sebumbung dengan Thia.Tapi Thia nak ke tinggal sebumbung dengannya.
"Malam ni kau jadi imam untuk pelajar tahfiz sini boleh kan?"soal Luqman memecahkan kesunyian.Tapi soalan Luqman tidak didengar oleh Tengku Aqeev yang mengelamun.
Luqman memandang wajah sahabatnya itu yang nampak kusut.Dia berdeham kecil.
"Aikk... banyak sangat masalah tu Qeev sampai terbawa dekat sini.Aku cakap pun kau tak balas"ucap Luqman.
"Aku dengar kau cakaplah...tapi Man layak ke seorang pendosa macam aku imamkan orang solat?"soal Tengku Aqeev dengan nada serius.
"Tangisan taubat seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbihnya seorang yang sombong.Tak ada hadis yang melarang seorang pendosa lebih lagi yang sudah bertaubat untuk jadi imam.Kadang yang selalu jadi imam pun belum tentu dia seorang yang mulia"nasihat Luqman.
Tengku Aqeev mengangguk perlahan.
********
Pintu butik dibuka oleh Tengku Nayla.Dia memandang sekeliling butik yang cantik dan sangat moden.Dia menyentuh baju yang tergantung di setiap rak.
"Cik nak tengok baju pengantin ke?"soal pekerja butik pada Tengku Nayla.
"Saya nak jumpa dengan pemilik butik ni, dia ada?"soal Tengku Nayla.
Pekerja butik mengangguk laju.
Thia keluar ke hadapan dan melihat ada seorang gadis yang berpakaian sangat berjenama sedang duduk bersilang kaki.
Dia mendekati gadis itu.
"Cik ke yang nak jumpa saya tu?"soal Thia.Tengku Nayla memandang wanita yang berdiri didepannya.Cantik! patutlah tak nak cerai.
"Ya...saya duduklah dulu"ucap Tengku Nayla.Thia duduk dihadapan gadis itu.
"Cik nak tengok pakej perkahwinan ke?"soal Thia.
Gadis itu hanya senyum manis.
"Nope...saya belum nak kahwin lagi.Saya datang ni nak cakap pasal Tengku Aqeev"ucap Tengku Nayla.
Berubah muka Thia mendengar sebaris nama itu disebut.
"Awak ni girlfriend dia ke?"soal Thia.Tengku Nayla menghambur ketawa.
"Sorry....saya Tengku Nayla adik kandung Tengku Aqeev"
Thia terdiam sebaik sahaja gadis itu memperkenalkan dirinya.
"Ohh..ada apa ya Tengku nak jumpa saya? Tengku Aqeev suruh ke?"soal Thia menduga.Lelaki itu banyak agenda macam dia tak tahu.
Tengku Nayla menggeleng kepalanya.
"Tak...dia tak tahu pun saya datang sini.Sebab dia pun tak ada dekat KL"ucap Tengku Nayla pada Thia.
**********
Luqman menarik jala ke dalam bot dibantu oleh Tengku Aqeev.Kerana permukaan bot yang licin menyebabkan Tengku Aqeev terjatuh ke dalam sungai yang paras agak dalam.
"Qeev!!!!" jerit Luqman yang menjatuhkan jalanya dan berlari ke arah tepi bot untuk menarik Tengku Aqeev.Dia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Tengku Aqeev yang sudah hilang dari air.
Tengku Nayla memandang wanita itu.
"Keadaan dekat rumah keluarga saya sekarang tengah kucar-kacir.Bonda dan Ayahanda saya bermasam muka dengan Abang saya.Rasanya hampir seminggu sejak dia terus terang tentang Awak dan juga Faeeq mereka berdua tak bercakap dengan Abang saya.Macam pembunuh kena hukuman.
Dia mengharap orang lain faham tapi tak ada siapa yang sokong dia.Sebenarnya I pun tak rapat dengan Abang I tapi I tak pernah pulak tengok dia bukan kesalahan besar dalam hidup dia.Nak kata dia kaki perempuan...tak...kaki minum..tak...kaki kelab...pun tak...tapi pelik orang hukum dia macam orang lain tak pernah buat dosa.Dia cuma nak jadi baik tapi tak ada orang yang nak dengar"ucap Tengku Nayla pedas kata-katanya.
Thia mengenggam kedua-dua tangannya.Dia tahu Tengku Nayla memerli dirinya walaupun dengan cara halus berkata-kata.
"Suami.... saya tak perlukan suami macam awak....." Tengku Aqeev memejamkan matanya.
Share this novel