Tengku Nayla mengejar langkah Syed Uwais yang baru sahaja keluar daripada keretanya.Dia mengangkat kain yang labuh itu bagi memudahkan dia melangkah.
"Syed...tunggu...."panggil Tengku Nayla.Syed Uwais yang nampak Tengku Nayla kelam kabut menghentikan langkahnya.
"Nayla....buat apa dekat sini? Kan projek usahasama kita dah habis"ucap Syed Uwais.
Tengku Nayla menarik nafasnya.Dia membetulkan rambutnya dahulu.
"Abang Nayla ada telefon Syed tak?"soal Tengku Nayla.Dari semalam dia cuba menghubungi nombor Tengku Aqeev tapi tak dapat langsung.
Syed Uwais membelek telefon pintarnya dan melihat sejarah panggilan yang ada.Tapi tiada nama Tengku Aqeev.
"Tak ada kenapa?"soal Syed Uwais.
"Seriuslah...Nayla tried contact number dia tak dapat... cuba Syed telefon dia"ujar Tengku Nayla.Syed Uwais mendail nombor rakannya itu.
Lama tiada sebarang bunyi dan terus tamat.Syed Uwais memandang Tengku Nayla.
"Tak dapat....dia tak ada dekat pejabat ke?"soal Syed Uwais menyimpan kembali telefon pintarnya dalam poket seluar.
"Okay his PA Farhan bagitahu yang dia ada kerja luar for three days.And right know dah already four days.Kami tak dapat nak hubungi dia"ucap Tengku Nayla yang risau.
"Pelik..dia tak pernah matikan telefon dia"ucap Syed Uwais.
"Right....dan yang paling pelik sebelum dia keluar dari rumah.Dia cakap benda-benda pelik dekat Nayla.Minta tolong jaga Bonda dan Ayahanda pastu dia pesan kalau dia tak balik cari dia dekat sana.Sana tu mana?"cerita Tengku Nayla.
"Ke...sebab kes penceraian tu? Nayla..jom ikut saya..."ucap Syed Uwais menarik Tengku Nayla mengikutnya.
"Nak pergi mana?"soal Tengku Nayla mengikut langkah kaki panjang Syed Uwais.
***********
"Hilang?"soal Thia dengan muka serius.Syed Uwais dan Tengku Nayla mengangguk serentak.Tengku Aqeev hilang ke atau menghilangkan diri.
"Mustahil dia hilang.... mana tahu dia sengaja buat macam tu..."ucap Thia.Tengku Nayla memandang kakak iparnya itu.
"Habis nak tunggu mayat dia depan mata ke baru percaya.Abang saya pesan yang dia nak pergi luar dari KL tiga hari je.. sekarang ni dah masuk hari kelima.Saya telefon tak dapat-dapat.Syed telefon pun tak dapat.Jadi kitaorang datang sini nak tanyalah mana tahu dia ada datang sini"ucap Tengku Nayla yang geram.
Thia mula rasa tidak sedap hati.Dia terlalu keras ke terhadap lelaki itu.Sampai lelaki itu menghilangkan diri.
"Betul tu Thia, kesian dekat Nayla.Dia cari Qeev.Bonda dan Ayahanda macamana?"soal Syed Uwais.
Tengku Nayla mendengus kasar.
"Itu satu masalah lagi... Bonda dan Ayahanda langsung tak tanya mana Abang Qeev pergi.Kalau semua pentingkan perasaan sendiri susah juga"ucap Tengku Nayla.
Faeeq datang ke arah Thia.Tengku Nayla memandang kanak-kanak lelaki didepannya itu.Betullah kanak-kanak lelaki ini anak buahnya wajahnya saling tak tumpah macam Tengku Aqeev.
Telefon pintar Tengku Nayla menjerit meminta untuk diangkat secepat mungkin.Dia mengeluarkan dari beg tangannya.Tertera nama Farhan.
Syed Uwais memandang Tengku Nayla.
"Farhan...."sebut Tengku Nayla menjawab panggilan.Wajahnya nampak serius.
Thia rasa jantungnya berdebar tanpa sebab.Dia memandang Tengku Nayla.Bila Tengku Nayla kata Bonda dan Ayahanda mereka tidak peduli pada Tengku Aqeev.Dia rasa sedih.
"Farhan macamana?"soal Tengku Nayla.
"Sekarang ni saya dengan PI Tengku Aqeev tengah cuba cari lokasi terakhir kereta Tengku"ucap Farhan melihat Shadow dengan pantas menekan komputer ribanya.
Shadow menekan papan kekunci.Dia berharap dapat membantu dalam mencari majikannya.
Tengku Nayla menggigit jarinya menunggu keputusan.
"Jumpa dah..."ucap Farhan apabila melihat ada petunjuk pada skrin.
"Jumpa? Dekat mana?"soal Tengku Nayla.Thia memeluk Faeeq.Syed Uwais merampas telefon dari Tengku Nayla yang nampak kaku.
"Hello Farhan...Ni Syed Uwais..mana lokasi Tengku Aqeev sekarang?"soal Syed Uwais.
"Sungai Pahang....."ucap Shadow.
"Sungai Pahang....okay Farhan kau ikut aku cari dia"sebut Syed Uwais.Farhan bersetuju dengan cadangan Syed Uwais.
Syed Uwais meletakkkan panggilan.Tengku Nayla memikirkan sesuatu.
"Sungai Pahang..."ucap Tengku Nayla bangkit dari duduknya.Thia dan Syed Uwais memandangnya.
"Saya rasa dia pergi jumpa...Man..."ucap Tengku Nayla.
"Man? Siapa Man?"soal Thia pada Tengku Nayla.Syed Uwais juga tidak tahu siapa yang disebut oleh Tengku Nayla.
Tengku Nayla berpaling dan kembali duduk.
"Man...kawan lama dia.. selalu kalau dia ada masalah dia akan jumpa dengan kawan dia.Tapi saya tak ada nombor Man tu"ucap Tengku Nayla.
"Bukan kawan dia Kitaorang je ke?"soal Syed Uwais.
Tengku Nayla menjelingkan matanya.
"Kalau awak makan kawan pun susah juga"ucap Tengku Nayla bangkit mahu balik.Thia bangkit dari duduknya.
"Nayla..."panggil Thia.
Tengku Nayla menghadap Thia.Dia memeluk tubuhnya.
"Boleh saya ikut cari dia?"soal Thia pada Tengku Nayla.
"Awak tanyalah orang tu..."ucap Tengku Nayla menunjukkan pada Syed Uwais.Terus dia keluar dari rumah itu.
********
Arghhhhh!!!!!!
Jeritan kali ini bertukar kuat apabila dia rasakan sakit pada bahagian pinggan sampai kakinya.Luqman memandang kawannya itu menahan sakit diurut oleh orang kampungnya.
"Tahan Qeev....kalau tak tak baik nanti"ucap Luqman.Dia rasa serba salah sebab bawa Tengku Aqeev ke sungai tak pasal-pasal perkara buruk jadi.
Mungkin masa jatuh dari bot pinggang Tengku Aqeev terhentak pada badan bot manakala kaki Tengku Aqeev terseliuh sebab tergelincir.Dia risau juga masa melihat Tengku Aqeev hampir lemas kerana arus air sangat dalam ketika itu.
Wajah Tengku Aqeev merah menahan sakit.Dia tidak dapat nak hubungi keluarga Tengku Aqeev kerana telefonnya hilang manakala Tengku tidak mahu mengganggu keluarganya.
"Itu saja untuk harini.Besok kita akan berurut lagi.Sabar...badan ketul-ketul takkan tak tahan kena urut..Pakcik balik dulu..."usik Pak Kassim menepuk bahu Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev bersalaman dengan Pak Kassim.Luqman memandang Tengku Aqeev yang menyandarkan tubuhnya.
"Aku tak dapat nak alihkan kereta kau dekat sungai tu.Sebab kunci kereta kau pun rosak masuk air sungai"ucap Luqman pada Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev berkerut dahi.
"It's okay....asalkan ini selamat ada dengan aku.."ucap Tengku Aqeev menunjukkan rantai cincin yang ada pada lehernya.
Luqman gelak.
"Aku perasan tu setiap malam kau belek cincin tu.Special sangat ke?"soal Luqman.
"Of course ni nyawa aku... sekarang..."ucap Tengku Aqeev.
"Nyawa-nyawa juga...kau hampir mati tau..ni kau nak pergi tandas bagitahu aku.Kau tak boleh bangun lagi tu.."pesan Luqman yang bangkit meninggalkan bilik yang Tengku Aqeev baring.
Tengku Aqeev mencabut rantai yang dipakainya dan dipegangnya.
Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan
Tengku Aqeev menyanyikan lagu Rindu dari Kerispatih secara perlahan sambil melihat cincin ditangannya.Dia mengeluh berat.
*******
Sampai sahaja dilokasi kereta milik Tengku Aqeev.Mereka semua mencari kereta yang terletak elok ditempat letak kereta.
Thia juga turut ada.Farhan membelek keadaan kereta yang dalam keadaan baik tapi tiada orang didalamnya.Syed Uwais juga turut mencari disekitar kawasan pinggir sungai.
Tengku Nayla dan Thia hanya menunggu diatas.Farhan dan Syed Uwais naik ke atas kembali setelah tiada sesiapa dibawah.
"Ada jumpa tak?"soal Tengku Nayla.
Farhan dan Syed Uwais menggelengkan kepalanya.Farhan ternampak ada orang naik motor mendekati kawasan sungai.
"Asalamualaikum...."tegur Farhan bersalaman dengan penduduk disitu.
"Walaikumusalam...."jawab lelaki itu.
"Minta maaf saya nak tanya Pakcik tahu tak pemilik kereta ni pergi mana?"soal Farhan.
"Tuan kereta ni jatuh sungai beberapa hari lepas masa pergi cari ke sungai dengan Man"ucap Pakcik itu.
"Jatuh sungai?" Tengku Nayla terjerit kecil dan dia rasa mahu pengsan pun ada.Wajah Thia sudah tidak sedap.
"Habis mana orangnya?"soal Syed Uwais.
"Orang kampung bawa dia balik rumah Ustaz Luqman dalam tiga kilometer dari sini.Sebab dia tak boleh bangun...kaki dia terseliuh dengan pinggang dia macam tergeliat"cerita Pakcik itu.
"Boleh tunjukkan kami rumah dia?"soal Syed Uwais.
*******
Thia diam memandang tangannya.Dia benar-benar tak boleh nak bayangkan keadaan lelaki itu sekarang.
Tengku Nayla memandang Thia yang diam.Tangan Tengku menyentuh belakang tangan Thia.
Thia memandang Tengku Nayla.
"Insyallah dia okay..."ucap Tengku Nayla.Thia memang tak dapat nak sorokkan kerisauan dalam lubuk hatinya.
Ustaz Luqman mengangkat tubuh Tengku Aqeev yang baru sahaja selesai mandi.Dia memapah lelaki itu dengan penuh berhati-hati.
"Asalamualaikum....."
Luqman dengar ada orang datang di rumahnya.Dia meletakkkan Tengku Aqeev di katil.
"Ada orang dekat luar mungkin Pakcik Kassim nak urut kau...kau boleh pakai baju kan?"soal Luqman.
"Boleh pergilah..."ucap Tengku Aqeev mencapai bajunya dan disarungkan pada badannya.
"Walaikumusalam...."ucap Luqman menjengah diluar terdapat ramai tetamu.Dia turun dari tangga rumah.
Farhan dan Syed Uwais bersalaman.Thia memerhati matanya melihat rumah ini.
"Boleh tahu Encik cari siapa ya?"soal Luqman.
"Saya Farhan, ini Syed, Tengku Nayla dan Thia.Kami datang cari Tengku Aqeev.Kami diberitahu oleh orang kampung dia ada dekat rumah Ustaz Luqman"ucap Farhan.
"Allahuakbar....saya ingat siapa tadi.Qeev ada dekat atas baru lepas mandi.Jom silakan naik"ucap Luqman menjemput mereka masuk.
Tengku Aqeev menunggu Luqman yang begitu lama dekat luar.
"Dia ada dalam bilik sebab pergerakan terbatas sebab dia cedera dekat pinggang dengan kaki kiri dia terseliuh"ucap Luqman pada tetamunya.
Syed Uwais dan Farhan muncul didepan pintu bilik.
"Qeev ada orang nak jumpa..."ucap Luqman.
"Tengku...."panggil Farhan sebaik dia melihat keadaan Tengku Aqeev yang duduk dikatil.Tengku Aqeev memandang dengan terkejut.
Syed Uwais juga ada disitu.
Farhan terus memeluk tubuh Tengku Aqeev.
"Saya risau dengan Tengku...."ucap Farhan menangis.
"Dah....aku okaylah..."ucap Tengku Aqeev.Syed Uwais turut mendekati Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev bersalaman dengan sahabatnya itu.
Tengku Nayla bercekak pinggang didepan pintu bilik memandang Tengku Aqeev.
"Abang...."jerit Tengku Nayla.
Tengku Aqeev memandang adiknya itu.Apa Tengku Nayla buat dekat sini?.
Tengku Nayla memeluk kuat.Tengku Aqeev menjerit sekuat hati.
"Sakitlah..."ucap Tengku Aqeev menahan sakit.Thia menjengah sedikit ke dalam.
Tengku Aqeev memandang pada Thia yang berdiri didepan pintu tapi tidak masuk itu.Macamana Thia boleh ada dekat sini?.Takkan dia risau dekat aku kot?. Tak mungkinlah mesti sebab Syed yang ajak ni?.
"Apa kata kita keluar minum dulu sementara Qeev nak berurut dengan Pak Kassim"ucap Luqman.
"Berurut?"
"Ia urat nak kena betulkan balik"ucap Luqman.Tengku Nayla keluar menolak Thia masuk ke dalam bilik.
Syed Uwais menarik Tengku Nayla mengikutnya dengan Farhan. Tengku Aqeev rasa janggal ditinggalkan dalam bilik dengan Thia.
Dia hanya duduk menyandarkan tubuhnya.Thia nak mulakan bicara.
"Takpelah awak keluar kejap lagi saya nak berurut"ucap Tengku Aqeev pada Thia.
Mereka duduk di ruang tamu.Dan boleh dengar jelas jeritan Tengku Aqeev menahan sakit diurut oleh Pak Kassim.
"Teruk ke ustaz?"soal Farhan.
"Ini dah kali kedua urut.Masa bawa pergi hospital doktor kata tergeliat.Tu yang susah nak jalan sebab kebetulan kaki kiri terseliuh.Sebelum saya nak minta maaf pada keluarga Tengku Aqeev sebab tak bagitahu.Bukan tak nak bagitahu tapi telefon Qeev rosak pastu alat kawalan jauh kereta pun rosak.Tu yang tak gerak kereta tepi sungai tu"ucap Luqman.
"Kami patut terima kasih pada Ustaz Luqman sebab tolong Qeev"ucap Syed.
"Alhamdulilah... lagipun Qeev kawan lama saya masa belajar dekat pondok dulu.Dia pun banyak tolong saya dulu masa saya belajar dekat Mesir"puji Luqman tentang Tengku Aqeev.
Thia bangkit dari duduknya dan menuju ke bilik Tengku Aqeev berurut.Tengku Nayla menoleh.
"Nak baik kena sakit dulu...."ucap Pak Kassim.Thia masuk ke dalam bilik.Pak Kassim memandang pada wanita yang berada dalam bilik ini.
"Ini siapa?"soal Pak Kassim.Tengku Aqeev mengangkat kepalanya memandang Thia.Dia menarik nafas.
"Ibu pada anak saya"ucap Tengku Aqeev.Thia terdiam.
Pak Kassim gelak kecil.
"Bermakna isteri kamulah.Mesti dia rindu kamu sebab lama tak jumpa ni."ucap Pak Kassim.Tengku Aqeev hanya diam.
Selesai berurut Pak Kassim meninggalkan ruang bilik pada Thia dan Tengku Aqeev.Thia memandang lelaki itu nak bangun dari menyiarap.
"Nak saya tolong?"soalan itu terpacul keluar dari mulut Thia.
Tengku Aqeev memandang wajah Thia.Dia hanya mengangguk perlahan.Thia mendekati memegang badan Tengku Aqeev yang tidak berbaju itu.
Tengku Aqeev duduk menyandar pada kepala katil.Mata Thia terpandang pada rantai cincin yang ada pada leher Tengku Aqeev.Itu cincin...dia memandang Tengku Aqeev.Tengku Aqeev perasan Thia nampak cincin dilehernya itu.
"Ambil kan baju saya"ucap Tengku Aqeev menunjukkan baju yang tergantung pada almari.Thia mengambil baju itu dan diserahkan pada Tengku Aqeev.
"Terima Kasih..."ucap Tengku Aqeev menyarungkan pakaiannya pada tubuhnya.
Mereka membisu.Tengku Aqeev tak nak bicara takut tersalah kata boleh menyinggung perasaan Thia.Thia pula masih rasa bersalah dengan kata-katanya yang lancang.
Mereka membisu.Tengku Aqeev tak nak bicara takut tersalah kata boleh menyinggung perasaan Thia.Thia pula masih rasa bersalah dengan kata-katanya yang lancang.
Share this novel