Dia memandang pada cek dan juga cincin yang berada atas mejanya.Dia mengepal penumbuk.Dia melonggarkan tali lehernya.Kenapa perempuan tu pulangkan semula cek ni?.Bukan dia perlukan sangat duit ni ke? atau dia sengaja perangkap aku untuk kahwin dengan dia?.
Damn it......dia menghentak tangannya atas meja.Pedih tapi dia rasa seakan dikhianati oleh perempuan itu.Dia bangkit memandang ke arah luar tingkap.
Farhan membuka pintu dan mendekati Tengku Aqeev.
"Tengku...."
Tengku Aqeev berpaling dan memandang Farhan yang berdiri dibelakangnya.
"Saya dah jumpa alamat rumah yang Tengku minta.."ucap Farhan menghantar pesanan pada Tengku Aqeev.
Tangannya menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon.Dia membuka mesej dari Farhan.
"Thanks...habis kerja kau terus balik tak payah hantar aku"ucap Tengku Aqeev dingin.Dia perlu cari perempuan tu.Dia rasa tercabar bila muka wajah tenang Thia muncul di fikirannya.Dia tertipu dengan wajah suci dan polos perempuan itu sehingga dia tunduk.
"Baik Tengku saya minta diri dulu.."ucap Farhan terus beredar.
*******
Mercedes Benz Coupe C200 berhenti di alamat yang diberi oleh Farhan.Dia melihat kawasan rumah itu nampak kosong pagar juga bermangga dan berantai segala.
Tapi kereta milik perempuan itu tak ada dekat laman rumah.Agaknya perempuan itu keluar?.Dia buka tali pinggang keselamatan dan melangkah keluar dari kereta.Dia mendekati pagar rumah itu.
"Asalamualaikum....."ucap satu suara dari belakang.
Dia berpaling dan memandang seorang wanita yang memang dia tidak kenal.
"Walaikumusalam...."balas Tengku Aqeev.
Laila mendekati lelaki itu yang nampak sangat asing.Dan yang pasti ini bukan lelaki yang pernah datang sini dulu.Yang mengaku majikan Thia.
"Encik ni siapa? Ada apa berdiri depan rumah orang ni?"soal Laila.
"Ermm....rumah ni memang tak ada orang ke?"soal Tengku Aqeev.Dia tak nak nampak sangat yang dia mengenali Thia.
"Maaf...tuan rumah ni tak ada.Dia tak duduk sini.Saya pun tak tahu dia pergi mana.Tapi saya betul-betul hairan sejak arwah Makcik Ros tak ada kerap pulak saudara jauh datang"ucap Laila sambil memandang lelaki itu atas bawah.
Setahu dia Thia tak ada saudara mara.Laila tahu sebab lelaki ini dia tidak pernah nampak sebelum ini.Dia beralih pandangan pada kereta lelaki itu.Nampak oversea sangat.
"Takpelah kalau macam tu terima kasih"ucap Tengku Aqeev sebelum melangkah meninggalkan rumah itu.
Laila menunggu sehingga kereta itu beredar.Tengku Aqeev memandu beredar dari situ.Jadi betullah perempuan tu sengaja, kalau tak kenapa dia perlu pindah kalau bukan sebab dah berjaya bodohkan dia.
Tengku Aqeev mendail nombor Syed Uwais.Syed Uwais yang baru sahaja selesai mesyuarat terkejut apabila telefonnya menjerit.Dia melihat skirn tertera nama Tengku Aqeev.Dah lama lelaki itu tidak menelefonnya.Apasal pulak harini tiba-tiba telefon?.
Dia menjawab panggilan itu.
"Asalamualaikum..." Syed Uwais memulakan bicara.
Tengku Aqeev tersentak dengan bicara dingin Syed Uwais.
"Walaikumusalam....kau dekat mana?"soal Tengku Aqeev.
Syed Uwais menunggu valet keretanya sampai.Dia berpeluk tubuh.
"Aku dekat Mandarin Oriental Kuala Lumpur lepas habis press.Aku nak balik dah.Kenapa?"soal Syed Uwais dengan nada dingin.
Tengku Aqeev mengeluh kecil.
"Jumpa aku dekat tempat biasa sekarang"ucap Tengku Aqeev menamatkan panggilan.
"Hello.."Syed Uwais memandang skrin telefonnya yang sudah gelap.Dia mengeleng kepalanya.
***********
Dia melihat pergelangan jam tangannya sudah dua jam dia menunggu Syed Uwais.Tapi sahabatnya itu tidak menunjukkan diri.Dia mula rasa panas hati.Syed Uwais nampaknya sengaja buat dia tertunggu-tunggu.
Dia baru mahu bangkit untuk beredar pintu dibuka oleh Syed Uwais dari luar.Syed Uwais nampak tenang berjalan dan duduk didepannya.Tengku Aqeev kembali duduk dan memandang Syed Uwais yang buat muka tidak bersalah.
"Lama ke tunggu?"soal Syed Uwais.
"Adalah dekat dua jam.Aku baru je nak berambus dari sini kalau lagi lima minit kau tak muncul"perli Tengku Aqeev.
Syed Uwais gelak kecil.
"Asal kau gelak? Aku tak buat lawak pun"ucap Tengku Aqeev.
"Macam tulah dua jam kau hancurkan hidup orang lain.Apa perasaan dia agaknya?"soal Syed Uwais.
Tengku Aqeev mengepal tangannya.Dia bukan tak tahu Syed Uwais membangkitkan isu perempuan itu.
"Alang-alang dah kau sebut pasal perempuan tu.Mana dia? menghilangkan diri lepas puas bodohkan aku?"ucap Tengku Aqeev.
Syed Uwais menegakkan badannya.
"Aku rasa kau patut tahu lebih mana dia pergi.Kau kan suami dia"perli Syed Uwais mengena batang hidung Tengku Aqeev.
Wajah Tengku Aqeev merah menahan marah.Tapi dia kekal tenang dengan situasi sekarang.
"Dia tak muncul lepas malam tu.Aku cuba telefon nombor dia tu dah tak pakai.Aku rasa ada baiknya juga dia menghilang dari muncul depan manusia serupa iblis"ucap Syed Uwais.
Tengku Aqeev bangkit dan melemparkan gelas yang ada depan matanya ke dinding.Dadanya berombak laju bila asyik diperli oleh Syed Uwais.
"Kau tak payah nak pura-pura nak tolong dia.Dia tu guna muka dia yang kesian tu nak tarik perhatian lelaki.Entah-entah ramai lelaki yang dah termakan dengan muka polos dia tu.Kau cakap aku iblis.Kalau aku iblis kau tu apa? Macam kau tu baik sangat"ucap Tengku Aqeev meradang.
Syed Uwais mengangguk perlahan.
"Aku memang bukan orang baik.Solat aku pun kadang tunggang langgang tapi aku sedar benda tu salah.Tapi kau....aku tak faham.Kau tahu tak aku makin lama tak kenal siapa kau ni? Nak kata kau ikut perangai Tengku Sri Khadijah atau pun Tengku Najhan.Aku rasa tak bro"ucap Syed Uwais.
Tengku Aqeev meluru ke arah Syed Uwais dan memegang kolar baju sahabatnya itu.
"People change bro..."Tengku Aqeev dengan bangganya.Syed Uwais menolak tubuh Tengku Aqeev.
"Manusia berubah pada arah kebaikan bukan arah kejahatan.Manusia macam kaulah yang menyebabkan orang pandang perempuan tu murah.Sebab orang macam kau ni.Memang bagua Thia tu pindah tak payah dia nak hadap perangai gila kau ni"ucap Syed Uwais.
Tengku Aqeev terus menumbuk muka Syed Uwais.Lelaki itu jatuh ke sofa.
"Eh.. aku sanggup buang kawan macam kau ni"ucap Tengku Aqeev terus mahu keluar dari situ.Tombol pintu dipegangnya.
"Masa kau hancurkan hidup dia, mak dia meninggal dunia"
Syed Uwais mengesat darah dihujung bibirnya.Tengku Aqeev terus keluar dari situ tidak peduli bicara akhir Syed Uwais.
*********
Beberapa bulan kemudian....
Tangisan itu hanya dibiarkan sahaja.Dia duduk dilantai hanya memandang pada malaikat kecil yang sedang menangis.
Pintu rumah dibuka, sebaik sahaja Laila masuk dia melihat Thia yang duduk di atas lantai manakala anaknya dibiarkan menangis di atas katil.
"Thia!!" jerit Laila terus meluru mencapai si kecil yang sudah merah akibat menangis terlalu lama.Dia mendukung dan memujuk supaya anak itu tenang.
Dia memandang Thia yang duduk dilantai.
"Thia...kau tak boleh macam ni...kau dalam pantang lagi.Kenapa kau biarkan anak kau menangis?.Kau tak kesian dekat dia ke?"soal Laila yang cuba memujuk lagi anak kecil itu.
Thia hanya buat keras.Laila terus mencapai susu tepung dan diberikan pada si kecil.
Thia mengesat airmatanya.Laila menyelimutkan tubuh si kecil itu mungkin kepenatan menangis.
Laila mendekati Thia yang masih duduk di lantai.Bahu Thia dipegang.Keadaan Thia kusut masai tidak terus.
"Thia..kau sayang aku kan? Aku tak nak tengok kau macam ni.Mana pergi Thia yang dulu"ucap Laila.
Thia memandang Laila.
"Thia yang dulu dah mati sejak malam tu"ucap Thia.Laila sebenarnya terkejut apabila beberapa bulan lepas Thia nak berjumpa dengannya.Dan yang paling dia hampir pengsan bila dia tengok perut Thia ketika itu.
Laila melabuhkan punggung disebelah Thia.
"Thia....kau kena kuat.Faeeq perlukan kau.Dia perlukan ibu dia.Kesian dia tadi sampai merah muka dia menangis.Thia dia tak salah pun"ucap Laila.
Thia memandang Laila.
"Aku tak tahu.... kenapa semua benda ni jadi dekat aku.Aku sampai rasa aku nak bunuh dia kau tahu tak?.Sebab aku tak sangka aku akan bersalinkan benih lelaki tu?"luah Thia.
Laila memegang tangan Thia.
"Thia.... pandang aku"ucap Laila pada Thia.
Thia memandang Laila dengan mata bergenang.
"Kau tak boleh lemah.Kau nak dia tengok kau lemah macam ni ke?.Aku ada dengan kau untuk tolong kau besarkan Faeeq.Aku tak nak tengok kau lemah.Thia yang aku kenal kuat.Aku nak kau kuat"nasihat Laila pada Thia.Thia memeluk tubuh Laila.
Laila mengusap bahagian belakang badan Thia.Kalau tak ada Laila mungkin kemurungan Thia akan lebih teruk dan nyawa Faeeq akan melayang dengan dia sekali.Tapi peritnya itu sangat dalam.
Laila mengusap bahagian belakang badan Thia.Kalau tak ada Laila mungkin kemurungan Thia akan lebih teruk dan nyawa Faeeq akan melayang dengan dia sekali.Tapi peritnya itu sangat dalam.
Share this novel