Tengku Aqeev keluar dari Mercedes Benz Coupe C200 dia memberikan kunci pada petugas valet untuk memakirkan keretanya.
Butang blazernya dibuka dan melangkah laju ke dalam Qeev International Group.Farhan yang berada di lobi menyambut kehadiran Tengku Aqeev.
"How is my request?"soal Tengku Aqeev yang masih berjalan menuju ke lif.Farhan mengikut langkah kaki panjang Tengku Aqeev.
"They already arrived five minutes ago"balas Farhan menyerahkan tablet pada Tengku Aqeev.Tengku Aqeev membelek latar belakang orang yang dia minta untuk berjumpa dengannya hari ini.
Sampai sahaja di tingkat pejabat Tengku Aqeev.Farhan membuka pintu bilik mesyuarat.Tengku Aqeev memandang lelaki yang dari tadi menunggu kehadirannya.
"Awak shadow, betul?"
Tegur Tengku Aqeev pada lelaki itu.Lelaki itu berdiri apabila namanya disapa.
"Ya Tengku "
"Sit.Maaf sebab lewat jalan sesak"Tengku Aqeev memberi arahan untuk shadow duduk.
"It's okay Tengku saya pun baru saja sampai"ucap Shadow.
Tengku Aqeev memandang wajah Farhan."Farhan minta Kak Ruby siapkan minuman untuk tetamu kita"arah Tengku Aqeev.
"Baik Tengku" Farhan keluar dan menutup pintu dengan rapat.
"Jadi kau mesti tahu kenapa aku panggil kau jumpa aku? Farhan ada bagitahu kan?"soal Tengku Aqeev menyilangkan kakinya.
"Ya Tengku...Encik Farhan ada bagitahu saya yang Tengku memerlukan khidmat saya untuk cari seseorang"ucap Shadow.
"Tengku Aqeev mengangguk.
"Bagus... jadi bila kau free? Aku nak maklumat tu secepat mungkin.Tapi aku nak tengok hasil kerja kau.If you can get the information within two days. I will take you as my personal PI with any question"
"Sure Tengku "sahut Shadow setelah lama dia mendiamkan diri.
Tengku Emir mengeluarkan telefon pintarnya dalam poket seluarnya.Dan menunjukkan gambar Thia yang berada dalam telefonnya kepada Shadow.
"Aku nak maklumat perempuan ni.Nur Fathia nama dia.Aku nak tahu apa yang jadi tiga tahun lepas dan semua perkara tentang dia"Tengku Aqeev menolak sedikit telefon pintarnya lebih dekat.
Shadow mengamati wajah itu dan mengangguk perlahan.
"Baiklah saya akan dapatkan maklumat dalam masa dua hari"ucap Shadow dengan yakin.Sangat mudah untuk mencari maklumat orang lain.Kerja mudah!
Kerja ni tidak terlalu mencabar untuknya.Dia pernah lalui lebih teruk dari yang ini.
"Good...I just want a good news only.."ucap Tengku Aqeev mengambil kembali telefon pintarnya dari Shadow.
Farhan kembali ke dalam bilik mesyuarat setelah dipanggil semula oleh Tengku Aqeev.
"Farhan will explain more about this.Farhan give my cards to Shadow.Remember just two days.I go to go I have meetings.Farhan I wait you in car"ucap Tengku Aqeev terus bangkit dan keluar dari pejabatnya.
Farhan menyerahkan segala apa yang diperlukan oleh Shadow atas arahan Tengku Aqeev.
*********
Syed Uwais hanya diam menghirup kopi yang disediakan oleh Thia.Dia betul-betul terkejut pagi-pagi Thia dah menghubunginya.Rupanya Thia masih menyimpan nombor telefonnya.
"Mesti Tuan tahu kenapa saya panggil Tuan ke sini?"soal Thia pada lelaki itu.
Syed Uwais memandang Faeeq yang sedang bermain.Dia memandang Thia.
"Mesti sebab Tengku Aqeev kan"ucap Syed Uwais cuba meneka.
"Maknanya Tuan kenapa saya perlukan Tuan dekat sini.Mesti kawan baik Tuan dah mula bertindak"ucap Thia.
Syed Uwais berdeham.
"Memang Qeev mula nak cari bukti yang Faeeq anak dia.Dan dia ada rancangan untuk pastikan Thia dan Faeeq dalam genggaman dia"ucap Syed Uwais berterus terang.
Thia tersenyum sinis.
"Bukan dia tak nak mengaku anak kalau saya mengandungkan anak dia.Kenapa tiba-tiba nak ubah fikiran?. Dia nak mati ke?"perli Thia.
Syed Uwais menelan air liur.
"Itu saya tak tahu.Tujuan dia nak awak dengan Faeeq.Thia apa pertolongan yang awak nak dari saya?"soal Syed Uwais.
Thia memandang Faeeq.
"Saya nak awak carikan peguam dan tuntutkan penceraian saya pada Tengku Aqeev Alauddin"ucap Thia.
Syed Uwais memandang Thia.Nampaknya Thia nekad untuk tuntut penceraian pada Tengku Aqeev.
*********
"Sedap?" Laila memandang Faeeq yang duduk disisinya.
"Dap" Faeeq mengangguk seraya menyuap nasi ke dalam mulut Faeeq.
Thia hanya termenung sahaja.Faeeq membesar dengan kasih sayang orang lain.Kalau perjalanan hidup Faeeq seindah seperti orang lain mungkin dia takkan serisau ini.
"Kau okay tak ni? Aku peliklah kenapa kau minta tolong Syed Uwais untuk dapatkan peguam lawan suami kau.Diaorang kan kawan baik.Kau tak takut ke kalau dia belot ke?"
Laila bertanya apabila melihat Thia hanya senyap dari tadi tidak berbicara.Makanan tidak diusik langsung oleh kawannya itu.Nak kata sedap rasanya itu makanan kegemaran Thia.
"Kau diet ke? Tak luak pun makanan kau?"soal Laila.Thia menggelengkan kepalanya.
"Mana ada tak nampak aku tengah makan ni"
"Ye ke? Aku tengok sama je macam baru sampai tadi.Ke kau tengah makan hati?"soal Laila yang melihat Thia yang tidak cukup tidur itu.
Laila tahu Thia tak cukup tidur sejak kejadian berjumpa dengan Tengku Aqeev tempoh hari.Jelas kerisauan pada wajah ibu muda itu.
"Mana ada...buat apa aku nak makan hati dengan orang yang dah hancurkan hidup aku" Thia menafikan perlahan.Sejak dia hadapi malam itu dia memang menghadapi kesukaran untuk tidur.Sehingga kadang dia terpaksa mengambil ubat tidur untuk merehatkan diri.
"Mummy Faeeq berak"ucap Faeeq mematikan perbualan mereka.
Thia tersenyum manis.
"Yeke? Laila aku pergi cuci Faeeq kejap.Jom sayang" Thia mendukung Faeeq untuk ke tandas.
Langkahnya diperhati dengan tajam oleh sepasang mata yang tak lepas memandang meja Thia.
"Farhan..kau makan dulu..aku nak pergi tandas"
"Baik Tengku" Farhan sambung makan sementara menunggu Tengku Aqeev ke tandas.Tengku Aqeev berjalan melepasi meja tempat Thia dan kawan baiknya itu makan.
Tengku Aqeev duduk berdiri dihadapan tandas khusus untuk mereka yang ada anak kecil.Tengku Aqeev terdengar gelak kecil didalam.
"Faeeq berak busuk..."ucap Faeeq.
"Faeeq makan banyak....kan?"soal Thia yang memakaikan pampers pada Faeeq.Faeeq tersenyum.
"Mummy.... Faeeq nak toys..boleh.."ucap Faeeq dengan suara manja memujuk Thia.Thia tersenyum melihat kemanisan Faeeq.
"You want toys... Faeeq dah banyak mainan dekat rumah"ucap Thia menyarungkan seluar Faeeq.
"Please satu...je..."ucap Faeeq.Tengku Aqeev memandang disebalik pintu yang tidak rapat itu.Thia tersenyum manis mengusap rambut anaknya.
"Kiss Mummy dulu"ucap Thia memuncungkan bibirnya pada Faeeq.Faeeq tersenyum dan mencium bibir Thia.
"Okay dah siap.Kesian Ibu Laila tunggu"ucap Thia mendukung anaknya itu.
Perasaan apa ni? Sedih atau gembira melihat keintiman dan kemesraan Thia dengan anaknya itu.Atau kedua-dua sekali?.
Apabila dia nampak Thia sudah keluar, dia sembunyi di sebalik dinding.Dia tarik lengan Thia ke dinding.Nasib tak terlepas Faeeq dari tangannya.Bulat mata Thia memandang lelaki itu.
Macamana lelaki ini boleh ada disini?.Dia ikut aku ke?.
Wajah lelaki itu tenang tidak seperti selalu tegang.Mata Tengku Aqeev nampak berkaca.
Thia memeluk Faeeq.Kenapa ni?.
"Awak nak apa ni? Lepaskan tangan awak dari sentuh saya" Thia cuba untuk tidak membenarkan Tengku Aqeev menyentuhnya.Tengku Aqeev melepaskan sentuhan tangannya.
Thia mahu lari dari Tengku Aqeev.
"Thia tunggu awak tu masih isteri saya.Berdosa seorang isteri lawan cakap suami"ucap Tengku Aqeev menghalang langkah Thia.Dia tahu Thia takut dengannya tapi dia nak Thia berbincang dengannya.
"Awak tidur ke tadi? Teruk awak mengigau ya? Isteri?.Isteri awak tu dah lama mati.Dan dia pun tak pernah anggap dia dah kahwin"kali ini suara Thia tidak kurang garangnya.
Jawapan Thia hanya membuatkan Tengku Aqeev terasa tapi dia tidak tunjuk pada Thia.
"Mind your words Thia"
"Untuk apa? Pernah ke awak cakap baik-baik dengan saya? Orang macam awak ni tak perlu nak cakap baik-baik.Susah faham" lantang Thia membalas kata-kata lelaki itu.
Tengku Aqeev mendekatkan wajahnya dengan muka Thia sehingga Thia dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu.
"I boleh dapatkan you balik kalau tak dapat I akan gunakan Faeeq walaupun terpaksa dan perkara tu akan buat you benci I" ujar Tengku Aqeev mahu mencium Thia tapi dihalakan bibirnya pada Faeeq.
Thia dah kaku.Tengku Aqeev tersenyum sebelum melangkah sambil melambaikan tangan pada Thia.
"Bye Faeeq...."ucap Tengku Aqeev.
Perlahan-lahan dia rasa jantungnya laju tapi dia menidakkan perasaannya.Dia memeluk tubuh Faeeq rapat padanya.
*******
Tengku Aqeev melabuhkan punggung atas katil setelah penat seharian bekerja.Dia menarik laci disebelah katilnya.Dan mengeluarkan sampul surat itu.
Tangannya menarik cek dan juga sebentuk cincin yang pernah menghiasi jari manis Thia tiga tahun lepas.Dia tidak yakin apa yang dia buat ini mampu atau tidak menyelamatkan kembali keadaan?.
Tanpa sedar airmatanya mengalir tiba-tiba.Dia mengesat dan memandang airmata di tangannya itu.Pelik......
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.Dia menyandarkan tubuhnya dan melelapkan matanya dengan mengenggam cincin dalam tangannya.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.Dia menyandarkan tubuhnya dan melelapkan matanya dengan mengenggam cincin dalam tangannya.
Share this novel