BAB 18

Drama Series 98796

"Farhan masuk pejabat saya sekarang!!!"jerit Tengku Aqeev yang berjalan ke pejabatnya.Dah kenapa pulak tiba-tiba mengamuk, nak kata cuaca dekat luar tu panas tak ada pun.Farhan cepat-cepat berjalan ke arah pejabat Tengku Aqeev sebelum apa lagi yang terbang.

Farhan membuka pintu dan melihat Tengku Aqeev bercekak pinggang.Dia perlahan-lahan menutup pintu.

"Tengku kenapa ni?"soal Farhan.Tengku Aqeev berpaling dan meluru ke arah Farhan sebelum menterbalikkan tubuh itu jatuh.

Ouh....mahu patah pinggang aku!!.Tengku Aqeev tersenyum puas.Farhan rasa macam patah pinggangnya diterbalikkan Tengku Aqeev.

"Tengku buat apa ni?"soal Farhan bangkit perlahan.

"Saja aku gian dah lama tak terbalikkan orang.Sikit je tu...kan"ucap Tengku Aqeev kembali ke tempat duduknya.Puas hati dapat mengenakan Farhan semula.

Farhan mengurut belakang pinggangnya.Tak sakit kata Tengku Aqeev.Ini kalau teruk aku minta ganti rugi tak kiranya.Angin apa tengahari buta nak terbalikkan orang.

"Tengku panggil saya kenapa ya?"soal Farhan membetulkan cara berdiri.

"Aku nak tanya jadual hari ni.Silakan!!"ucap Tengku Aqeev mengambil pen didepannya.

"Hari ni Tengku ada minum petang dengan wakil dari Jepun, Ai Ayato dan malam nanti pula ada majlis persandingan anak Tan Sri Hamdan.Itu saja untuk harini"ucap Farhan.

Tengku Aqeev menghela nafas.Nampaknya dia akan sibuk sampai malam harini.

"Okay...sediakan baju untuk majlis malam ni.Nanti letak dekat sini je.Aku malas balik rumah"arah Tengku Aqeev pada Farhan.

"Baik Tengku...ohh tadi saya ada belikan Tengku makanan atas meja tu"ucap Farhan menunjukkan beg kertas warna coklat pada Tengku Aqeev.

"Ahhh.....aku nak tanya kaulah...kedai mana kau beli... Aku teringin nak jumpa dengan pemilik kedai ni..."ucap Tengku Aqeev selamba.

Farhan terbatuk mendengarnya.

"Ahh....ada makcik tu baru lagi meniaga.Saya pun tak sempat nak berkenalan lebih.Takpe nanti saya tanyakan.Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah"ucap Farhan tergesa-gesa keluar dari bilik pejabat Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev tersenyum senget.

*********


"Asalamualaikum.....Cik Thia ada?"soal seorang lelaki yang datang menghantar barang.Thia ke depan sebaik sahaja namanya dilontarkan.

"Walaikumusalam...saya Thia.Ada barang untuk saya ke?.Setahu saya tak ada pesan apa-apa barang"ucap Thia menidakkan lebih awal.

Lelaki itu tersenyum sahaja.

"Saya ada kiriman bunga untuk Cik Thia"ucap pemuda lelaki itu mengeluarkan sejambak bunga ros diberikan pada Thia.

Thia mengambilnya.

"Siapa yang bagi?"soal Thia.

"Erm...saya pun tak tahu saya cuma tolong hantar je.Cuba Cik tengok dekat kad tu.Boleh saya ambil gambar Cik"ucap pemuda itu mengeluarkan telefon dan mengambil wajah Thia yang senyum terpaksa.

"Terima kasih Cik.."ucap pemuda itu terus melangkah keluar.

Thia memandang jambangan bunga itu.Dia tertanya-tanya siapa yang menghantar padanya.Dia mencapai kad yang terselit pada bunga dan dibuka.

~ Saya Pakcik Din, 59 tahun , saya pandai bina rumah tangga kita ~

Thia mencampak bunga tersebut atas meja.Pakcik mana pulak ni?.

"Eliss!!!" panggil Thia.Eliss berlari anak ke arahnya.

"Erm..awak ambillah bunga ni.Saya benci bunga"ucap Thia terus memberi sejambak bunga ros itu pada Eliss.

Dia geli melihat kad tadi.Entah orang tua mana yang gatal pun dia tak tahu.Simpang malaikat empat puluh empat.

"Puan Thia....kejap"panggil Eliss.

Thia berpaling dan memandang Eliss.Gadis itu mahu mengatakan sesuatu padanya.

"Apa dia Eliss?"soal Thia.

"Okay... Mr Red dari Brick Wedding.Dia telefon dia perlukan Floor Manager untuk majlis persandingan anak Tan Sri Hamdan malam ni.Katanya urgent"ucap Eliss.

"Malam ni...okay..awak bagitahu dia saya boleh take over.Tanya tema pakaian apa malam ni?.Senang saya nak cari baju"ucap Thia.

"Okay...saya reply nanti saya bagitahu Puan Thia balik.Tapi Puan betul ke tak nak bunga ni?"soal Eliss.

Thia menggelengkan kepalanya laju.

*******

"Wow cantiknya janda ni"ucap Laila memuji Thia yang sudah bersiap dengan pakaian tradisional.

"Ishh mulut kau ni kan nak kena cili ke?"soal Thia membetulkan tudung selendangnya.

"Ehh betullah...Janda ni saham lebih tinggi lepas bercerai.Malam ni kau carilah lelaki yang boleh ganti tempat Tengku Aqeev.Pasal Faeeq malam ni aku jaga dia baik untuk kau.Yang penting kau balik bawa bapa baru"ucap Laila.

Thia mengerutkan dahinya.

"Laila...aku pergi sana untuk jadi Floor Manager majlis bukan nak cari bapa baru Faeeq.Jangan ajar anak aku yang bukan-bukan okay.Faeeq peluk Mummy dulu"ucap Thia membuka tangannya untuk dipeluk.

Faeeq memeluk Thia dan sempat mencium pipi Thia.

"Duduk dengan Ibu Laila kejap okay.Kalau Mummy lambat tidur dulu.Jangan nakal-nakal"pesan Thia.

"Mummy pun jangan nakal-nakal "ucap Laila.Thia terus keluar dari rumah.

Tengku Aqeev sampai di majlis persandingan anak Tan Sri Hamdan.Jemputan dari wakil ahli lembaga pengarah syarikat kenalah dia pergi.Dia membelek pakaiannya terlebih dahulu.

Dah pastikan semuanya kemas.Dia membuka pintu belakang kereta mengambil hadiah untuk pengantin.Hadiah apa Farhan beli pun dia tak tahu.Janji buat syarat.

Dia berjalan masuk ke dalam dewan majlis yang sangat besar itu.Kehadirannya disambut oleh Tan Sri Hamdan sebagai bapa pengantin lelaki.

"Tengku Aqeev Alauddin akhirnya sampai juga CEO kita"ucap Tan Sri Hamdan bersalaman.

"Alhamdulilah....tahniah Tan Sri dapat menantu.Ni ada sedikit hadiah untuk mempelai"ucap Tengku Aqeev menyerahkan hadiah.

"Terima Kasih...ini bermakna kena balas balik ni.Takpe lepas ni giliran Tengku Aqeev pula mesti lagi meriah"ucap Tan Sri Hamdan.

Tengku Aqeev hanya mampu gelak dan tersenyum tawar.

"Jemput masuk...makan dulu"ucap Tan Sri Hamdan.Penyambut tetamu membawa Tengku Aqeev ke meja orang kenamaan.

Dia melabuhkan punggung dikerusi yang disediakan.Dia memandang suasana majlis yang sangat meriah.

"Hai...Qeev..."sapa satu suara memegang bahunya dan duduk disebelahnya.Tengku Aqeev menolak tangan itu perlahan.

"Hai Puan Juwita...Puan Juwita buat apa dekat sini?"soal Tengku Aqeev yang nampak tidak selesa.

"I temankan suami I Dato Rozaimi.Dia kan sepupu dengan Tan Sri Hamdan.So that's why I dekat sini"ucap Juwita.

Juwita lebih muda dari Tengku Aqeev tapi dia tak faham kenapa gadis muda ini memilih untuk berkahwin dengan Dato Rozaimi yang tiga puluh tahun lebih tua.

"ohhh....I think better you temankan suami you.Takut ada yang rampas nanti"ucap Tengku Aqeev.

"Suami I okay je...lagipun..I nak teman you dekat sini"ucap Juwita sambil tangannya mahu memegang paha Tengku Aqeev.Dengan cepat Tengku Aqeev bangun dari duduknya.

"I think...I nak pergi restroom... enjoy your meal"ucap Tengku Aqeev menyelamatkan dirinya dari dibaham jadi mangsa Juwita.Macam dia tak kenal Juwita yang playgirl.Kahwin tu untuk pastikan semua kelengkapan dirinya lengkap.Ataupun duit berkepuk-kepuk sentiasa walaupun muka lelaki yang dia kahwin tu sebaya Ayahanda.

Tengku Aqeev menukar arah jalannya ke luar dari dewan.Dia pun bukan suka tempat yang terlalu ramai orang.Dia mengeluarkan kotak rokok dan dinyalakan sebatang rokok.

"Saya ingatkan awak tak hisap rokok dah?"soal satu suara yang amat dia kenal.Tengku Aqeev tersenyum.

"Kau dah gila agaknya Qeev sampai sini kau dengar suara dia"ucap Tengku Aqeev tanpa berpaling.Thia mengerutkan dahi mendengar Tengku Aqeev bercakap sorang-sorang.

Asap dihembus perlahan.Thia mendekati Tengku Aqeev yang segak berbaju melayu.Masalahnya sama pula warna baju mereka berdua.

"Awak!!!" jerit Thia.

Tengku Aqeev terkejut melihat Thia berada dibelakangnya.Dia terkesima melihat penampilan Thia malam ni.Tapi apa Thia buat dekat sini.

"Cantik.."terpacul keluar dari mulut Tengku Aqeev.

Thia tersenyum.

"Awak cakap apa?"soal Thia lagi sekali.

Tengku Aqeev menggelengkan kepalanya dan menampar mukanya perlahan.

"Awak buat apa dekat sini?"soal Tengku Aqeev berubah mukanya nampak tegas.

"Saya jadi Floor Manager....tadi....awak pulak tetamu vvip dekat sini"ucap Thia.

Tengku Aqeev mematikan putung rokok.Dia memeluk tubuh memandang Thia.

"Saya tanya awak tak jawab pun..."ucap Thia.

"Suka hati sayalah...nak jawab ke tak nak..."ucap Tengku Aqeev sengaja.

Thia memuncungkan bibirnya sedikit.Terasa dengan kata-kata Tengku Aqeev.

"Awak dekat sini.... Faeeq dekat mana?"tegas dan parau suara itu.

"Rumah dengan Laila..."ucap Thia perlahan.Thia bermain dengan jari jemarinya.

Tengku Aqeev berdeham kecil.Rasa janggal pula duduk dekat luar ni berdua.Ada beberapa tetamu memandang ke arah mereka.Mungkin sebab pakaian mereka warnanya sama.

"Awak dah makan ke?"suara parau Tengku Aqeev kedengaran tegas tapi sebenarnya ambil berat.

Thia menggelengkan kepalanya.

"Jom teman saya makan..."ucap Tengku Aqeev menarik tangan Thia mengikutnya masuk ke dalam dewan semula.

Thia hanya mengikut langkah kaki panjang lelaki itu.Tengku Aqeev menarik kerusi untuk Thia duduk.

Thia memandang lelaki itu.

"Kenapa tak duduk..?"soal Tengku Aqeev memandang Thia yang masih berdiri.

"Boleh ke saya duduk sini? Saya bukan vvip tapi tetamu biasa"ucap Thia pada Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev memandang nama pada meja itu.Dia menghulurkan tangan pada Thia.

"You more than vvip... sunshine..."ucap Tengku Aqeev masih menghulurkan tangan pada Thia.Dia nak Thia tahu kedudukannya sangat tinggi pada matanya.

Thia memandang tangan Tengku Aqeev.Dia menyambut huluran tangan itu dan duduk dimeja tetamu kehormat itu.

"Makan dulu..."ucap Tengku Aqeev pada Thia.Thia memandang lelaki itu yang nampak mengambil berat padanya.

Tengku Aqeev memandang Thia yang tengah makan.Dia meletakkkan lauk pada Thia.

"Awak tak makan?"soal Thia.Tengku Aqeev tersenyum senget.

"Saya kenyang lagi sebab tengahari tadi saya makan masakan makcik mana entah Farhan beli dan petang tadi saya ada hi tea"ucap Tengku Aqeev mengangkat keningnya.

Uhuk...uhuk....

Thia tersedak dengan kata-kata Tengku Aqeev.Dia panggil aku makcik.Tengku Aqeev dengan perlahan menepuk lembut belakang Thia.

"Makan jangan bercakap...kan dah tersedak..."ucap Tengku Aqeev minum air didepannya.

Syed Uwais yang baru sampai tersenyum dari jauh melihat Tengku Aqeev dan Thia yang duduk semeja.Dan yang paling sweet baju matching warna.

Syed Uwais mengambil gambar mereka berdua dan dia menghantar pada Tengku Nayla.

Tengku Aqeev menemankan Thia ke keretanya.Thia berpaling memandang Tengku Aqeev.

Pandangan mata Tengku Aqeev tak lepas pada memandang Thia.Dia mengaku Thia memang cantik malam ini.

"Saya minta diri dulu... terima kasih sebab tadi temankan saya makan..."ucap Thia memandang lelaki itu.

"Sama-sama saya boleh temankan awak seumur hidup saya if that is possible.. tolong ciumkan Faeeq untuk saya...."ucap Tengku Aqeev sambil tersenyum.

"Okay... good night..."ucap Thia masuk ke dalam kereta.

"Good night...sunshine..."ucap Tengku Aqeev memandang kereta Thia pergi dari pandangan matanya.

Satu tepukkan dibahunya mengejutkan Tengku Aqeev.Tengku Aqeev memandang belakangnya.

Satu tepukkan dibahunya mengejutkan Tengku Aqeev.Tengku Aqeev memandang belakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience