BAB 4

Drama Series 98796

Tengku Aqeev turun ke bawah berjalan ke arah Bonda yang sedang membaca Al Quran di tepi kolam renang.

Dia melabuhkan punggung dikerusi.Puan Sri Khadijah menutup Al Quran ditangannya.Dia memandang pelik pada anak terunanya itu.

"Kamu tak pergi ke pejabat ke?"soal Tengku Sri Khadijah melihat Tengku Aqeev yang berpakaian biasa tidak seperti selalu.Rambutnya kelihatan kusut.

"Tak sedap badan...macam nak demam"ucap Tengku Aqeev.

"Takpelah...sakit tu kan penghapus dosa....tapi setahu Bonda Qeev jarang demam"ucap Tengku Sri Khadijah.

Tengku Aqeev hanya diam membisu.Tengku Nayla yang baru balik melihat pelik pada Tengku Aqeev.

"Hey brother.... you're supposed to be at the office right now.Why you been here?"soal Tengku Nayla memerli.

Tengku Aqeev memandang sinis pada Tengku Nayla.

"I'm not feeling well.You tu tak ada rumah ke..pagi macam ni baru balik"ucap Tengku Aqeev.

Tengku Sri Khadijah melihat Tengku Nayla yang berdiri sambil memeluk tubuh.

"Nayla where have you been?"lembut suara Tengku Sri Khadijah bertanya.

Tengku Nayla memandang Tengku Sri Khadijah.

"Nayla tidur rumah kawan Bonda.But don't worry Nayla takkan buat benda yang tak baik kan brother"ucap Tengku Nayla pada Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev panas hati.

"Yelah tidur rumah kawan ke? Rumah jantan mana?"soal Tengku Aqeev.

"Macam dia tu innocent sangat"ucap Tengku Nayla.

"Nayla....Qeev...stop...kamu berdua ni memang tak boleh jumpa asyik nak gaduh je.Kamu tu dua orang je tapi dah memeningkan kepala Bonda.Kamu ingat hidup menongkat langit ke? Hidup senang lenang macam bukan orang Islam.Bonda rasa didikan yang Bonda bagi cukup untuk kamu berdua.Dan Tengku Aqeev mana pergi ajaran tahfiz kamu"ucap Tengku Sri Khadijah jelas.

Tengku Aqeev menggengam tangannya.Bila Bonda dah sebut pasal perkara tu bermakna Bonda benar-benar marah.

"Nayla ni Bonda balik-balik sindir apa masalah dia pun tak tahu"ucap Tengku Aqeev.

"Okaylah Bonda Nayla nak mandi lepastu nak pergi pejabat"ucap Nayla terus berlalu.Tengku Qeev mamah rahang menahan amarah pada Tengku Nayla.

Dia memicit dahinya menahan sakit kepala.Tengku Sri Khadijah memandang Tengku Aqeev.

"Kalau sakit pergi rehat...mungkin badan kamu tu dah sampai limit untuk berehat.Asyik bekerja je.. Bonda suruh kahwin kamu banyak alasan.Entah perempuan macamana kamu nak pun Bonda tak tahu"ucap Tengku Sri Khadijah.

Tengku Aqeev tersenyum sinis.

"Perempuan macam bondalah.Pandai urus rumah tangga"ucap Tengku Aqeev ala kadar sahaja.

"Pasangan kita ni cerminan diri kita.Kalau baik baiklah pasangan tu kalau tak baik dapat pun tak baiklah.Bonda nak masuk dalam.Kamu tu jangan ingat Bonda diam kamu boleh sesuka hati kamu"ucap Tengku Sri Khadijah beredar meninggalkan Tengku Aqeev dengan nasihat yang mendalam.

Tengku Aqeev memicit kepalanya yang semakin sakit.Dia bangkit dari duduknya masuk ke dalam rumah.

***********

Dia meneliti jadual yang diberi oleh pembantu peribadinya.Dia berdecit sikit.Farhan yang sedang memandu melihat cermin pandang belakang.Dia melihat Tengku Aqeev berkerut dahi.

"Tengku... okay ke? Pada ke jadual yang saya susun tu.Nak saya tukar ke?"soal Farhan dengan berani tapi matanya masih memandang jalan.

"Tak payah...aku cuma sakit kepala sikit je....."ucap Tengku Aqeev mengurut lehernya.

"Tengku nak pergi klinik ke? Saya boleh bawakan sebelum sampai pejabat ni"ucap Farhan lagi.Jarang dia tengok Tengku Aqeev tak sihat.

Tangannya menutup tablet ditangannya dan diletakkan ke tepi.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Tak...perlu just drive..."ucapnya memejamkan matanya sejenak sebelum sampai ke pejabat.Dia betul-betul.

Selalu dia rasa sakit kepala makan ubat mesti terus lega tapi kali ni makan ubat macam tak berapa jalan.

************

"Syed malam ni jom lepak dengan kitaorang.Aku rasa lama juga kau tak ikut kitaorang lepak sejak...."ucap Nik Irfan memperlahankan suaranya.

Dia memandang sahabatnya itu yang ralit dengan kerja.Dia mengeluh sedikit.

"Asal kau tak habiskan ayat kau tu? Sejak apa?"soal Syed Uwais semula.

"Erm....alah...kau ni maksud aku sejak malam..."

"Sejak malam Qeev hancurkan hidup orang lain tu maksud kau.Kau tahu kenapa aku tak setuju nak lepak dengan korang"ucap Syed Uwais tegas.

Nik Irfan hilang senyum.

"Syed jangan macam ni aku dah kenal kau lama...kau mesti dah masak dengan perangai kawan-kawan kau ni"ucap Nik Irfan tanpa rasa bersalah ataupun simpati dengan nasib Thia.

Syed Uwais bangkit dari duduknya dan dia berjalan disekitar dalam pejabatnya.

"Memang aku masak dengan perangai korang.Sebab aku kenal korang semualah aku tak boleh terima apa yang dia buat.Aku nak tanya kaulah ni kalaulah Qeev buat macam tu dekat adik perempuan kau.Kau nak tepuk tangan ke tengok apa dia buat.Aku tak tahu apa yang merasuk dia untuk benda tu.Thia tak pernah kacau hidup orang lain.Aku betul-betul kecewa dengan korang.Dahlah kau baliklah aku ada banyak kerja nak buat sebab aku bukan langau"ucap Syed Uwais dengan nada serius.

Nik Irfan tersenyum kelat.Dia bangkit dari duduknya dan keluar dari bilik pejabat Syed Uwais.

Syed Uwais memegang kerusi didepannya.Ketukan pintu menegakkan kembali postur tubuhnya.

"Hanim....ada apa?"soal Syed Uwais.

"Erm...Tuan Syed macamana dengan barang-barang Thia?"soal Hanim.

"Awak kemas letak dalam kotak pastu letak dekat stor.Mana tahu kalau satu hari nanti dia datang sini boleh bagi dekat dia.Ada apa-apa lagi?"soal Syed Uwais.

Hanim mengangguk.

"Tengku Nayla ada telefon katanya nak jumpa dengan Tuan Syed.Sebab dia telefon Tuan Syed tak jawab"ucap Hanim memandang Syed Uwais.

"Kalau dia telefon awak cakap je saya habis internet"ucap Syed Uwais terus kembali duduk di kerusi menyambung kerjanya.

Hanim mengerutkan dahi.Kalau tak nak jawab panggilan orang cakap jelah.Kenapa nak cakap tak ada internet.

"Saya minta diri dulu"ucap Hanim keluar dari pejabatnya.

Syed Uwais meletakkkan pen di atas meja.Dia menyandarkan tubuhnya dan menghela nafas.Mana lagi dia perlu cari Thia?.

*********

Farhan memarkirkan kereta didepan lobi Qeev International Group.Dia memandang belakang melihat Tengku Aqeev yang melelapkan mata.

"Tengku...kita dah sampai"ucap Farhan.Tengku Aqeev membuka matanya.Dia membuka pintu dan keluar dari kereta.

Farhan mengikut langkah Tengku Aqeev ke arah lif utama.

"Farhan!!!"bisik satu suara ditepi tiang.Farhan memandang pada arah wanita yang berada di receptionist.

Wanita itu melambaikan tangan padanya untuk mendekatinya.

Farhan memandang Tengku Aqeev.Pintu lif terbuka.Lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam lif.Dia memandang Farhan yang masih tercegat.

"Kau tak nak naik ke?"soal Tengku Aqeev dengan nada serius.

"Erm...saya tertinggal dompet dalam kereta Tengku.Saya pergi ambil kejap.Tengku naik atas dulu"ucap Farhan.

Tengku Aqeev tak banyak bertanya dia terus menekan butang lif.

Sebaik sahaja pintu lif tutup, Farhan mendekati wanita itu.

"Kenapa ni Kak Raz?"soal Farhan.

"Ni Kak Raz nak bagi surat.Tadi nak bagi dekat Tengku Aqeev Kak Raz takut.Ni suratnya"ucap Kak Raz.

Farhan melihat surat itu.Tiada sebarang alamat rasmi mahupun cop daripada mana-mana penghantar yang tertulis disitu nama "Tengku Aqeev".

"Tolong sampaikan ya? Amanah orang ni"ucap Kak Raz.

"Tapi Kak Raz siapa yang bagi?"soal Farhan.

"Entah pagi-pagi ada orang letak dekat atas meja.Dengan nota suruh serahkan pada Tengku Aqeev.Kak Raz nak pergi sambung kerjalah"ucap
Kak Raz.

Farhan kembali ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Tengku Aqeev.Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk.

"Come in!!"jerit Tengku Aqeev.

Farhan masuk ke dalam bilik pejabat dan melihat Tengku Aqeev sedang meneguk air mineral.

"Ahh...dah ambil dompet kau"ucap Tengku Aqeev.

"Dah.. Tengku..."ucap Farhan memandang ke arah Tengku Aqeev yang masih berdiri depan matanya.

Tengku Aqeev pelik dengan pandangan Farhan.Kenapa dengan pembantu peribadinya itu?.

"Ada apa-apa lagi ke?"soal Tengku Aqeev.

"Ermmmm.... Tengku ada orang tinggalkan ni untuk Tengku"ucap Farhan menyerahkan satu sampul surat pada Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev mengambil dari tangan Farhan.Dia memandang surat tanpa alamat itu.

"Terima Kasih kau boleh keluar"arah Tengku Aqeev pada Farhan.Farhan mengundurkan diri keluar dari pejabat Tengku Aqeev.

Dia membuka sampul surat itu dan dia mengerutkan dahinya.Dia membelek lagi dalam sampul tersebut ada sebentuk cincin dan cek bernilai tujuh puluh ribu ringgit.

Dia berjalan keluar dari pejabatnya dengan perasaan meradang.Dia meluru ke arah Farhan yang sedang buat kerja.

"Mana kau dapat benda ni!!!"jerit Tengku Aqeev pada Farhan.Semua pekerja yang ada di situ terdiam mendengar suara Tengku Aqeev bergema rasanya satu tingkat lapan ini.

Macamana lepas berbulan-bulan senyap dan dia tidak memikirkan tentang itu.Perkara ini membuatkan dia meradang.

*******

Dia memandang luar tingkap dan mengusap perutnya yang sudah nampak.Yang diharapkan semuanya akan tamat.Dia tidak mahu terikat dengan manusia yang mengubah hidupnya sekarang.

Yang diharapkan semuanya akan tamat.Dia tidak mahu terikat dengan manusia yang mengubah hidupnya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience