Tengku Sri Khadijah turun dari biliknya melihat Tengku Aqeev sudah duduk bersarapan dimeja.Selalunya anak lelaki itu jarang bersarapan selalunya terus hilang ke pejabat ataupun masih tidur kalau hujung minggu.
Tengku Aqeev sedar kehadiran Tengku Sri Khadijah.
"Bonda....sarapan sekali"ucap Tengku Aqeev menyuap nasi lemak kegemarannya.Minum wajib perlu ada seminggu sekali.Kerana dia penggemar nasi lemak.
"Awal bangun harini? Nak keluar ke?"soal Tengku Sri Khadijah sambil meletakkkan nasi lemak ke dalam pinggan.
"Lepas subuh tadi tak boleh tidur..so Qeev bangun jelah.Kejap-kejap lagi baru keluar ada urusan sikit"ucap Tengku Aqeev.
Tengku Sri Khadijah pelik mendengar kata-kata Tengku Aqeev. daripada tu"jelas Tengku Aqeev.
"Qeev tak nak bagi peluang pada dia? Mana tahu boleh berubah perasaan tu"ucap Tengku Sri Khadijah.
"Tak Bonda.....Qeev tutup rapat semua tu untuk orang.Qeev sekarang pun dah 33 tahun.Banyak benda lagi nak kena fikir.Qeev harap Bonda faham"ucap Tengku Aqeev bangkit dan meninggalkan ruang makan.
Tengku Sri Khadijah mengeluh kecil.Apalah nak jadi dengan Tengku Aqeev agaknya?.
**********
"Ini semua maklumat tentang Nur Fathia yang Tengku minta gali tu.Saya pun ada jumpa apa yang jadi sepanjang tiga tahun lepas"ujar Shadow menyerahkan fail pada Tengku Aqeev.
Dia membelek setiap kertas yang ada ditangannya.Matanya membaca semua maklumat berkaitan dengan Thia.Dia menarik beberapa keping gambar yang ada.Itu gambar Thia.
Jarinya menyapu birai mata yang mulai basah.Shadow hanya melihat wajah majikannya itu muram.Dia tahu Nur Fathia merupakan isteri sah Tengku Aqeev.Mungkin ada perkara yang membuatkan lelaki ini menyesal dengan perbuatannya dahulu.
Dia melihat kertas yang ada lambang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Maklumat tentang Faeeq dibaca.
Muhammad Faeeq Bin Abdul Basith
05.01.2021
Hospital Selayang
Dahinya berkerut melihat nama Faeeq tidak berbinkan namanya.Dan nama Faeeq juga tiada pangkal Tengku dihadapan.Dia mengangkat wajahnya pada Shadow.
"Faeeq ni anak aku yang sah.Tapi kenapa dia berbinkan nama lain bukan nama aku sebagai bapa kandung dia?" terkedu Shadow apabila ditanya soalan bertalu-talu.
Memang mengikut siasatan perkahwinan mereka sah tapi sewaktu Puan Thia meninggalkan Tengku Aqeev.Dia mungkin tidak ada sijil perakuan pernikahan sewaktu itu.
Shadow menyusun kata sebelum bercakap dengan Tengku Aqeev.
"Er macam ni Tengku prosedur Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya ibu atau bapa tidak dapat menyatakan sijil perakuan pernikahan Maka mereka anggap tiada berlaku apa-apa ikatan antara ibu atau bapa itu.Jadi mengikut prosedur anak tersebut kena berbin atau berbintikan daripada pilihan 99 nama Allah"jelas Shadow walaupun dia tidak berapa arif tapi pengetahuan dia ada boleh membantu.
Terdiam seketika Tengku Aqeev dibuatnya.Dia menyandarkan tubuhnya.Jadi selama tiga tahun ni Muhammad Faeeq dianggap tak ada Ayah.Walaupun sebenarnya ikatan perkahwinan itu ada.
Ya Allah apa aku dah buat dengan Thia? dengan Faeeq.
Dan itu bermakna pada makluman bapa tertera tiada makluman berkenaan.
"Dan saya pasti Puan Thia tidak pernah berkahwin dengan sesiapa sepanjang tiga tahun lepas mungkin masih tidak yakin dengan status dia sendiri"ucap Shadow.
Tengku Aqeev meletakkkan semua kertas atas meja.Dia memicit kepalanya.
"Hei... perempuan....kau dengar sini baik-baik.Walaupun aku kahwin dengan kau sah...tapi kalau kau mengandung anak aku.Aku tak akan mengaku tu anak aku.Kau boleh berambus dari hidup aku.Get lost!"
Dia memejamkan matanya rapat menelan segala kata-kata yang pernah dia lontar pada Thia dulu.Akibat kata-katanya Faeeq membesar tanpa kasih sayang seorang Ayah.
"Nampaknya aku kena buat permohonan dekat mahkamah untuk tukar balik data anak aku.Terima kasih sebab tolong Aku.Mulai harini kau akan jadi PI aku"ucap Tengku Aqeev.
Wajah shadow nampak gembira.
"Betul ke Tengku?"
Tengku Aqeev mengeluarkan buku cek dalam kotnya.
"Sebut je harga aku bayar tapi lepas ni gaji bulanan"jarinya jatuh pada cek dihadapan Shadow.
"Baik Tengku"Shadow mengangguk perlahan.Farhan berjalan ke arah Tengku Aqeev.
"Ya Farhan ada apa-apa ke?"soal Tengku Aqeev.Farhan menyerahkan sepucuk surat kepada Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev mengambil surat tersebut dan wajahnya berubah sebaik sahaja dia terpandang logo surat itu.Surat dari majlis agama.Dia membuka dan membaca isi surat itu.
"Damn it!!"jerit Tengku Aqeev terus melangkah keluar meninggalkan Farhan dan Shadow tertanya-tanya disitu.Satu saja tujuannya iaitu tempat kerja Thia.
********
Thia sedang menyusun aksesori yang telah digunakan untuk majlis persandingan minggu lepas ke tempat inventori.Sambil tangannya mencatit setiap pemulangan barang lengkap atau pun ada kerosakan.
Tengku Aqeev menekan loceng butik pengantin milik Thia.Pekerja butik membuka pintu.Tengku Aqeev masuk membuka kasut.
"Encik datang nak tengok pakej perkahwinan ke?"soal pekerja butik pada lelaki yang wajahnya serius.
"Mana owner butik ni?"soal Tengku Aqeev dengan nada serius.Pekerja butik memandang ke arah dalam.
"Puan...dia.."
"Aku tanya mana owner butik ni!!!!"jerit lelaki itu dengan suara yang kuat.Thia yang sedang menyusun terkejut.Dia meletakkkan barang dan berjalan menuju ke arah depan.
Dia memandang pekerja kaku dan jasadnya seakan mahu keluar melihat Tengku Aqeev berada dalam butiknya.
"Nina...awak keluar kejap..."arah Thia pada pekerja butiknya.Nina terus mengambil telefon dan keluar tanpa banyak bertanya.
Tengku Aqeev menghala ke arah pintu dan dia terbalik papan "buka" kepada "tutup" sebelum kembali berpaling pada Thia.
"Macamana awak tahu saya dekat sini? Apa awak buat dekat sini? Nak buat kecoh?"ucap Thia.Tengku Aqeev menghalakan surat yang dia dapat tadi pada Thia.
"Ni apa?"soal Tengku Aqeev terus.Thia memandang surat itu.Nampaknya Syed Uwais melaksanakan apa yang dia minta.
"I tanya you ni?"
Thia memeluk tubuh.
"You buta huruf ke? Tak tahu baca?"perli Thia.Tengku Aqeev mengenggam tangan Thia kemas.
"Thia... saya nak bincang benda ni dengan baik.Kenapa awak hantar surat ni pada saya?"marah Tengku Aqeev.
"Dah tak ada apa nak dibincangkan.Dan saya rasa lebih baik bawa haluan masing-masing.Saya tak perlukan awak dalam hidup saya.Saya dan anak saya hidup bahagia tanpa awak"ucap Thia dengan yakin.
Tengku Aqeev tersenyum sinis menyorok perasaannya.
"Jadi awak nak perang dengan saya?.Look here Thia I will get what I want.If I don't get you I will get Faeeq from you"ucap Tengku Aqeev mengugut.
Tengku Aqeev mahu berlalu.Thia menghalang langkah lelaki itu.
"Saya takkan biarkan awak rampas Faeeq dari saya.Dan benda tu takkan jadi selagi saya hidup"ucap Thia.
Tengku Aqeev mendekatkan dirinya pada Thia.Thia mengelak dari memandang lelaki itu.
"Listen Thia....I don't want to argue with you about this.I want to settle down and be good to you and Faeeq.Give me a chance Thia.You know right I can do anything...to get what I want"ucap Tengku Aqeev mahu menyentuh wajah Thia.
Tapi Thia menepis tangan kasar Tengku Aqeev.
"I can let you go...you and Faeeq will only be mine until my last breath...kalau awak saya berlutut saya sanggup asalkan awak terima saya"ucap Tengku Aqeev dengan nada sedikit perlahan.
Thia kaku tidak bergerak.Dia langsung tidak memandang wajah Tengku Aqeev.Tengku Aqeev mengundurkan dirinya sedikit.
Dan perlahan-lahan menjatuhkan badannya untuk berlutut.Dia sanggup kalau itu yang Thia mahukan.
"Awak ingat saya kisah ke kalau awak berlutut depan saya? Jangan pura-pura jadi baik!!!"jerit Thia terus meninggalkan Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev menarik nafasnya.Dia mengenggam tangannya kemas sebelum dia melangkah keluar dari butik Thia.
Thia menghambur tangis dimejanya.Kenapa ujian Allah bagi sangat berat padanya.Kenapa dia harus hadap perkara ni lagi?.
*************
Keluhan panjang dilepaskan buat kali keberapa dia tidak tahu.Dia rasa beban berat atas bahunya sekarang.Hati Thia benar-benar keras sekarang.
Dia memandang cincin pada telapak tangannya itu.
"Qeev ada masalah ke?"soal Tengku Sri Khadijah yang melihat dari tadi anaknya itu kusut.
Tengku Aqeev membetulkan kedudukannya.
"Pasal kerja?"soal Tengku Sri Khadijah.Tengku Aqeev menggelengkan kepalanya laju.
"Habis pasal apa?"soal Tengku Sri Khadijah.
"Bonda macamana nak buang dosa kita buat dekat orang?"soal Tengku Aqeev.
Tengku Sri Khadijah mengerutkan dahi.
"Minta maaf dengan ikhlas pada orang tu"cadang Tengku Sri Khadijah.
"Tapi kalau kita dah minta maaf dan sedaya upaya nak berbaik tapi orang tu keras hati macamana?"soal Tengku Aqeev.
"Itu maknanya kesalahan yang kita buat mungkin menyinggung perasaan dia ataupun dah terbit rasa dendam dalam hati orang tu.Tapi siapa yang tak maafkan Qeev"ucap Tengku Sri Khadijah.
Tengku Aqeev hanya diam.
"Qeev ni terukkan Bonda.Qeev ni jahat dari syaitan.Qeev memang tak layak dapat maaf dari sesiapa.Mungkin hukuman untuk Qeev seumur hidup"ucap Tengku Aqeev terus bangkit masuk ke dalam rumah.
Pintu bilik ditutup.Dan dia mendail nombor peguamnya.
"Hello... Tuan dah siapkan apa yang saya minta?.Kalau boleh saya nak secepat mungkin.Apa-apa Tuan bagitahu saya"ucap Tengku Aqeev sebelum mematikan panggilan.
Perkara pertama sekarang ni dia perlu buat permohonan untuk pertukaran nama dan maklumat sijil lahir Faeeq.Dia tak mahu anaknya membesar dengan pandangan serong masyarakat.Tuntutan cerai Thia pula dia serah pada mahkamah dahulu.
**********
Thia tidak mampu melelapkan matanya sejak pertemuan dengan Tengku Aqeev pagi tadi.Dia patut bersyukur Tengku Aqeev tidak sewenang-wenangnya mengambil Faeeq darinya.Separuh masyarakat mungkin sanggup menculik anak sendiri.
"Listen Thia....I don't want to argue with you about this.I want to settle down and be good to you and Faeeq.Give me a chance Thia"
Dia membenamkan mukanya pada lutut.
"Listen Thia....I don't want to argue with you about this.I want to settle down and be good to you and Faeeq.Give me a chance Thia"
Share this novel
TQ update