BAB 17

Drama Series 98796

Tanpa sedar hampir dua minggu penceraian mereka berlaku.Tengku Aqeev menyibukkan diri untuk "melupakan" semuanya.Dia tak mahu memikirkan tentang apa yang pernah berlaku.Ketukan pintu mengejutkan dirinya yang sedang leka menghadap komputer riba.

"Masuk!!!" jerit Tengku Aqeev pada Farhan.Farhan masuk ke dalam pejabatnya.Dia memandang pada pembantu peribadinya itu.

"Ada apa?"soal Tengku Aqeev.Farhan tersengih-sengih memandang lelaki itu.

"Tengku sekarang waktu lunch... Tengku tak nak pergi makan ke?"soal Farhan.Tengku Aqeev melihat jam dipergelangan tangannya jam sudah menunjukkan dua belas tengahari.

"Kau nak makan pergilah aku nak siapkan kerja"balas Tengku Aqeev kembali pada kerja.Farhan garu kepala.

"Erm...."

Tengku Aqeev mengangkat wajahnya pada Farhan.Dia mengangkat keningnya.

"Apa lagi?"soal Tengku Aqeev.

Farhan meletakkkan makanan atas meja Tengku Aqeev.Tengku Aqeev memandang makanan berbungkus itu.

"Apa ni? Aku tak ada pesan makanan pun"ucap Tengku Aqeev.

"Erm...saya beli dekat bawah tadi sebab saya tahu Tengku tak nak keluar makan.Nanti Tengku makan ya, jangan buang nanti membazir"ucap Farhan.

"Biarlah situ dulu nanti aku lapang aku makanlah"ucap Tengku Aqeev.Farhan mengundurkan dirinya dan terus keluar dari pejabat.

Perutnya dah berbunyi menandakan perlu diisi dahulu supaya dia boleh lebih fokus dengan kerjanya.

Dia menyusun semua kertas yang ada depannya ke tepi sedikit supaya tidak kotor nanti.Dia mengambil makanan yang dibeli oleh Farhan.Dia membelek.

"Nampak sedap"ucap Tengku Aqeev membuka penutup makanan itu.Dia mencium haruman yang sangat menaikkan seleranya.

"Kari kepala ikan...not bad...Farhan..."ucap Tengku Aqeev mengambil sudu dan mula merasa kuah kari itu.

Dia terdiam seketika.Rasanya sedap cukup dengan rempah.Dia tersenyum.Dia bangkit menuju ke bilik airnya dan mencuci tangan terlebih dahulu.Kalau makan nasi berlauk dia lebih suka pakai tangan dari pakai sudu.

Dia membawa makanan tersebut ke ruang tempat duduk dan mengeluarkan air mineral daripada peti sejuk kecil di kabinet.

Farhan memerhati dari cermin jernih yang ada ditepi.Nampaknya Tengku Aqeev menikmati makanan yang dia beri tadi.

*********

"Asalamualaikum....."ucap satu suara dibelakang Thia.Thia berpaling dan memandang seorang wanita yang mungkin sebaya dengan arwah ibunya.

"Walaikumusalam.... silakan duduk Puan"ucap Thia kepada pelanggannya.Wanita itu duduk dikerusi yang disediakan.

Thia tersenyum dan melabuhkan punggung dikerusi.

"Puan nak tengok pakej perkahwinan ke?"soal Thia memberi buku katalog pada wanita itu.Wanita itu tersenyum sahaja melihat anak muda yang sangat manis dan cantik didepannya.

"Kamu ni Thia kan?"soal Tengku Sri Khadijah pada Thia.

"Ya saya Thia pemilik butik ni"ucap Thia mengiakan soalan wanita itu.

Wanita itu bangkit dari duduknya dan mendekati Thia.Thia pelik dengan kelakuan wanita Tengku Sri Khadijah memeluk tubuh Thia.

Thia kaku.Tapi dia rasakan pelukan itu hangat terasa.Dia teringatkan arwah Ibu.

"Puan..."seru Thia.


Tengku Sri Khadijah melepaskan pelukannya.Dia memandang bekas menantunya itu.Dia lambat ambil peluang untuk mengenali hati budi wanita muda ini.Dan dia terkejut apabila Tengku Aqeev membuat keputusan untuk lepaskan orang yang dia cinta.

Thia memandang wanita itu.

"Boleh saya tahu Puan ni siapa? Kenapa Puan peluk saya sebab kita baru jumpa harini"ucap Thia ingin tahu.

"Saya lupa nak perkenalkan diri saya lebih baik.Saya Tengku Sri Khadijah Bonda kepada Tengku Aqeev"ucap Tengku Sri Khadijah.Thia terdiam.Dia tidak menyangka wanita didepannya ini bekas ibu mertuanya.

Thia terus bersalaman dengan Tengku Sri Khadijah.

"Maaf....saya tak tahu...."ucap Thia gugup.

Tengku Sri Khadijah tersenyum manis.Dia menepuk lembut bahu Thia.

"Bonda faham....Qeev pun tak sempat nak kenalkan Thia pada keluarga dia.Bonda pun bersalah dengan Qeev sebab tak nak ambil tahu tentang apa yang jadi.Sampaikan Qeev buat keputusan lepaskan Thia "ucap Tengku Sri Khadijah.

"Thia banyak salah dengan Qeev juga.Thia banyak pentingkan diri.Thia tak bagi peluang untuk dia...."ucap Thia memandang Tengku Sri Khadijah.

Tengku Sri Khadijah memegang tangan Thia.Dia sebenarnya nak Thia kembali pada Tengku Aqeev.

"Thia sayangkan Qeev?"soal Tengku Sri Khadijah.

"Thia....baru mula nak buka hati terima Qeev"ucap Thia mengaku pada Tengku Sri Khadijah.

"Tapi kenapa masa Qeev lafaz Thia tak pertahankan perkahwinan ni?"soal Tengku Sri Khadijah.

"Sebab Thia tak tahu kenapa Qeev mengalah.Mungin sebab Thia trauma kalau nampak dia, sebab tu dia buat keputusan untuk lepaskan Thia agaknya"ucap Thia.

Tengku Sri Khadijah memegang tangan Thia dan diusap perlahan.

"Kalau Bonda pujuk Qeev untuk rujuk dengan Thia macamana?"soal Tengku Sri Khadijah.

Thia hanya diam.Dia tak nak lelaki itu terima dia kerana terpaksa.Walaupun sebenarnya dua minggu perpisahan mereka itu hatinya tak gembira sama sekali.

*********

Tengku Aqeev singgah di rumah Thia.Dia menunggu kepulangan Thia didepan rumah.Mak Ina nampak Tengku Aqeev yang bersandar dikereta sambil memeluk tubuh.

Dia menghampiri Tengku Aqeev.

"Asalamualaikum....Qeev...nak jumpa Thia ke?"soal Mak Ina pada Tengku Aqeev.Tengku Aqeev hanya tersenyum.

"Walaikumusalam...Mak Ina.. aahh nak jumpa Faeeq.Tadi Thia kata dia on the way balik dari kedai dengan Faeeq"ucap Tengku Aqeev menyilangkan tangannya.

"Qeev...Mak Ina nak tanya sikit boleh?"soal Mak Ina seperti berbisik.

"Apa dia? Macam serius je bunyi tu"ucap Tengku Aqeev bercekak pinggang memandang.

"Kamu dah ada pengganti Thia ke?"soal Mak Ina sengaja.

Tengku Aqeev gelak besar.

"Pengganti....apa spare part ke?.Mak Ina ni yang bukan-bukanlah.Mana ada...saya tak ada masa nak fikir cari lain.Cukuplah apa yang ada sekarang ni.Saya selesa dan semua orang gembira"ucap Tengku Aqeev.

Kereta Thia berhenti didepan rumah.Faeeq buka pintu terus berlari ke arah Tengku Aqeev.

"Daddy!!" jerit Faeeq memeluk tubuh Tengku Aqeev.Tengku Aqeev mendukung tubuh kecil itu.Dia mencium pipi Faeeq.

Thia keluar dari kereta.

"Amboi....jumpa Daddy dia bukan main seronok macam nampak gula-gula ya"ucap Mak Ina.Thia mendekati dia memandang Tengku Aqeev yang tinggi itu.

Wajah itu nampak sedikit kurus.

"Takpela Mak Ina balik dulu nanti kita borak lagi ya"ucap Mak Ina.

"Okay Mak Ina nanti kalau nak gosip ajak saya"ucap Tengku Aqeev.Mak Ina balik ke rumah meninggalkan mereka bertiga.

Thia membuka pagar rumahnya dan pintu sekali.Tengku Aqeev mendukung Faeeq masuk ke dalam rumah.

Thia mengambil air didapur dan dibawa ke ruang tamu untuk Tengku Aqeev yang sedang melayan Faeeq.

"Ini air untuk awak"ucap Thia.Tengku Aqeev hanya mengangguk perlahan.

Thia melabuhkan punggung memandang dua beranak itu.Faeeq kalau Tengku Aqeev datang memang terus lupa pada Thia.

"Faeeq dah makan?"soal Tengku Aqeev.

"Dah... Mummy masak"ucap Faeeq sambil tersenyum.

"Sedap tak Mummy masak?"soal Tengku Aqeev.

Faeeq mengangguk perlahan.

"Sedap... Mummy masak apa harini?"soal Faeeq pada Thia.

Thia memandang Faeeq.

"Mummy masak kari harini"ucap Thia perlahan memandang Tengku Aqeev.

"Ya ke? Daddy pun makan lauk kari dekat pejabat tadi Uncle Farhan belikan untuk Daddy"ucap Tengku Aqeev pada Faeeq.

Thia mengerutkan dahi.Tengku Aqeev seakan tak nampak dia ada dekat sini.Seakan mengelak nak berbual dengannya.

"Daddy... boleh tak Daddy tidur dengan Faeeq dekat sini"ucap Faeeq.Tengku Aqeev terdiam.

"Awak...."

Tengku Aqeev memandang Thia.

"Kita perlu bincang..."ucap Thia bangkit ke dapur.Tengku Aqeev meninggalkan ruang tamu dan berjalan ke arah dapur.

"Apa yang nak dibincangkan?"soal Tengku Aqeev memeluk tubuh.Thia memandang lelaki itu.

"Kenapa awak mengalah dengan saya?"soal Thia perlahan.

Tengku Aqeev memicit batang hidungnya.Dia menyandarkan tubuhnya pada peti ais.

"Saya bukan mengalah tapi kita perlukan ruang antara satu sama lain.Thia kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya"ucap Tengku Aqeev.

Thia menggengam tangannya.

"Awak langsung tak ada perasaan pada saya ke?"soal Thia.Tengku Aqeev kekal tenang.

"Perasaan saya pada awak tak pernah padam cuma saya takut kalau saya hanya bertepuk sebelah tangan je"ucap Tengku Aqeev mengangkat keningnya.

Tengku Aqeev berjalan keluar dari dapur.Thia memejamkan matanya.

*******

"Nah bos...saya dah belikan nasi untuk bos"ucap Farhan meletakkkan makanan atas meja Tengku Aqeev.

"Aku rasa dah seminggu kau belikan aku makanan.Sedangkan aku tak minta pun.Kau nak claim dekat aku ke?"soal Tengku Aqeev mahu mengeluarkan dompetnya.

"Ehh... bos tak saya beli ikhlas sebab bos banyak tolong saya.Apalah sangat dengan makanan yang saya bagi ni"ucap Farhan.

Tengku Aqeev mengambil bekas makanan itu.Ada nasi putih, ayam goreng kunyit dan sambal belacan.

"Terima Kasih sebab belikan aku makanan.Tapi tulah aku rasa seminggu aku makan makanan yang kau bawa ni.Aku boleh gemuk tau..aku dahlah sekarang malas nak pergi gym.Makanan ni pulak menggoda aku"ucap Tengku Aqeev.

Farhan tersengih-sengih.

"Saya keluar dulu bos.Bos jemput makan"ucap Farhan mahu melangkah keluar.

"Kejap!!!"ucap Tengku Aqeev.Farhan berpaling dan memandang lelaki itu yang nampak serius memandangnya.

"Ya bos"

"Mana Shadow? Aku tak nampak dia pun"ucap Tengku Aqeev.

Alamak Tengku Aqeev bertanya tentang Shadow.Apa aku nak jawab ni?.

"Ermm... shadow dia sakit perut harini...dia lambat sikit masuk"ucap Farhan dengan takut-takut.Walaupun lepas jumpa Thia Tengku Aqeev tidak mengamuk selalu tapi dia risau angin kus-kus Tengku Aqeev kembali.

"Okay...kalau dia datang suruh jumpa aku"ucap Tengku Aqeev.

Farhan mengangguk dan terus keluar dari pejabat Tengku Aqeev.

Shadow membuka spek matanya apabila dia sampai sahaja di restoran makanan barat itu.Dia nampak Puan Thia duduk dimeja berdekatan.

"Maaf lambat..."ucap Shadow.

"Awak yang telefon saya?"soal Thia.Shadow tersenyum manis.

"Ya saya yang telefon Puan Thia.Saya shadow PI peribadi Tengku Aqeev"ucap Shadow memperkenalkan dirinya.

"Shadow? Awak melayu kan?"soal Thia.

"Ehh... ya saya melayu...tu nama samaran saya.Tujuan saya datang jumpa Puan ni pasal Tengku Aqeev.Sebenarnya Tengku Aqeev tak tahu saya jumpa Puan.Tapi Farhan kata puan perlukan bantuan"ucap Shadow.

Thia memeluk tubuh.

"Ya...saya tanya Farhan macamana Tengku Aqeev boleh jumpa saya dulu.Jadi dia kata Tengku Aqeev ada PI sendiri.Jadi saya nak tahu apa yang Tengku Aqeev minta awak cari sebelum dia lepaskan saya haritu.Saya tertanya-tanya sampai harini..."ucap Thia seakan merayu.

Shadow mengeluarkan beberapa helai kertas dan diserahkan pada Thia.

"Ini semua rekod perubatan Puan Thia.Saya dapat maklumat ni dah serahkan pada Tengku Aqeev.Lepas tu dia buat keputusan"ucap Shadow.

Thia melihat kesemua isi maklumat itu tentang dirinya.

"Apa yang saya tahu Tengku Aqeev ada kata dia lepaskan Puan sebab dia tak nak Puan terus tersiksa bila ada dengan dia.Dia nak puan rasa gembira.Dia tak nak trauma puan lagi teruk dengan kehadiran dia"ucap Shadow.

Thia menutup mulutnya dengan tangan.Tengku Aqeev lepaskan dia sebab takut dia lebih sakit.Tapi Dia sebenarnya yang menyakitkan diri sendiri.

********

Tengku Aqeev masuk pejabat lambat sedikit harini.Dia membawa briefcase berjalan ke arah lobi syarikat.Kakinya terhenti sebaik sahaja dia nampak Thia berjalan ke arah pintu masuk.Dia menyembunyikan tubuhnya disebalik kereta yang ada.

"Apa Thia buat dekat sini?"soal Tengku Aqeev hairan.Setahu dia Thia tak pernah datang sini sebelum ni.

Dia nampak Farhan keluar dari pintu utama mendekati Thia.Dia mengecilkan matanya.

Bekas makanan dalam beg kertas warna coklat itu diserahkan pada Farhan.Kejap itu bukan ke beg kertas dari kedai Farhan beli makanan kenapa pulak?.Tengku Aqeev mengangguk faham sekarang.

Maknanya selama ni Thia yang hantar makanan dekat akulah.Kenapa perlu melalui Farhan bukan terus hantar dekat aku?.Semua pekerja yang lalu memandang Tengku Aqeev yang melekap disebalik dinding memperhatikan Thia.Nanti kau Farhan....kau cakap kau beli... siap kau!!!

Semua pekerja yang lalu memandang Tengku Aqeev yang melekap disebalik dinding memperhatikan Thia.Nanti kau Farhan....kau cakap kau beli... siap kau!!!

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-01 23:44:41 

Hahaha kelakar lah pulak mengintai janda sendiri kalo dah sayang rujuq lah sebelum abih edah


NovelPlus Premium

The best ads free experience